Followers

Sunday, September 30, 2012

Forward 5 Right 5

Saya sungguh terharu membaca komen-komen di coretan di  sini. Tak apalah pihak berwajib tak ambil kisah langsung tentang sumbangan dan pengorbanan para veteran yang terlibat dalam proses mentransformasikan sebuah atol kepada pulau peranginan. Apalah nak dikatakan...Itu hak mereka untuk tidak membuat sesuatu bagi mengiktiraf pengorbanan warga mereka sendiri walaupun mereka mampu membuat perubahan. Kuasa di tangan mereka!

Sepanjang bertugas sebagai seorang Nuri pilot di Semenanjung Malaysia, hanya sekali saya membuat 'deck landing'. Itu pun di atas kapal KD Mahawangsa. Pendaratan ini tidak menjadi masalah kerana 'LP' terletak  belakang kapal. Ini bermakna tiada halangan di kiri dan kanan LP: halangan hanyalah 'bridge' kapal di hadapan 'flight path' semasa membuat 'approach' untuk mendarat.

Semua pilot helikopter dilatih untuk mendarat di 'confined area', ala....mendarat di LP le tu. Mendarat di LP memang ada cabarannya tersendiri.  Kapal juga tergolong dalam kategori ini.  Perbezaannya ialah LP di hutan tak bergerak: kapal pula sentiasa bergerak walaupun perlahan. Masalah berganda apabila mendarat atas kapal seperti KD SRI BANGGI. Memang satu cabaran!

M23-37 mendarat di KD SRI BANGGI

Keluasan LP di atas kapal bukannya menjadi persoalan. Masalahnya ialah 'obstructions',  iaitu 'bridge' dan juga 'tiang/aerial' di hadapan: LP terletak di antara bridge and tiang/aerials (lihat gambar). Untuk mendarat, kaedah yang dipraktikkan ialah Nuri terbang 'parallel' dengan kapal dan pada masa yang sama 'move sideways'. Kelajuannya melebihi kelajuan kapal. KU memainkan peranan penting kerana hanya beliau yang nampak kedudukan bridge relatif kepada ekor pesawat. 'Pattering' KU memaklum kapten pesawat, lebih kurang berbunyi '....Forward 5 Right 5'  serentak (kehadapan 5 kaki kanan 5 kaki). Masalah bertambah tatkala  laut bergelora. Alangkan orang sekali pun boleh 'mabuk' percuma apabila kapal terumbang-ambing dipukul ombak...He...He...He. Menurut PW2 Saifuddin (B) yang membuat detasmen atas kapal berkenaan, kapten kapal ada memaklumkan bahawa beliau (kapten) 'tutup mata' bila Nuri nak mendarat atas kapal.

Ketika pesawat dalam penerbangan untuk mendarat di atas kapal yang dalam pelayaran ke Terumbu Layang Layang, saya menerima arahan daripada Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD2), Kuching, untuk menghantar draf SOP tentang 'Deck Landing'. Sebenarnya, sebelum Mei 1983, tiada tercatat dalam SOP Nuri berkaitan topik ini. Apa lagi, saya pun menghantar mesej mengarahkan kapten pesawat untuk menghantar draf  kepada saya dengan seberapa segera. Kalau tak silap saya, draf itu hanya 2 muka saja dan saya bersetuju dengan syor beliau. Ia telah dipanjangkan kepada MAWILUD2. Sudah pasti diluluskan tanpa sebarang komen. Beberapa bulan kemudian, perkara ini telah dibincang dengan panjang lebar semasa Heli Seminar di KL. Saya difahamkan, SOP Nuri kini menghendaki semua krew membuat 'deck landing' setiap 6 bulan sekali.

Saya bersyukur kepada Ilahi kerana sepanjang saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, tiada sebarang kemalangan berlaku kepada pesawat dan krew sepanjang misi Ops Terumbu. Malah, tiada sebarang kecelakaan berlaku kepada krew dan juga kedua-dua jenis pesawat dalam inventori skuadron - Nuri dan Alouette 111....Syukur alhamdulillah. Sekarang hanya Nuri sahaja sebagai aset skuadron.   Saya berbangga dengan tahap professionalisme semua anak buah saya, termasuk 'ground crew', yang sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Untuk itu, sekiranya ada di antara mereka yang membaca coretan xbos mereka ini, saya ingin merakamkan ucapan....TERIMA KASIH.

Sekira diizinkan-Nya buku ke2 menjadi kenyataan, saya akan masukkan komen-komen yang tercatat dalam coretan berkenaan, insyaAllah. Saya tidak kisah apa orang akan kata tentang kandungan buku itu nanti serta gaya penulisan kerana saya menyanjung tinggi pengiktirafan oleh mereka yang menghargai pengorbanan para veteran ATM....TERIMA KASIH.

Thursday, September 27, 2012

Ini Hak Malaysia

‘...Pada tahun sama (1981), apabila saya menjadi Perdana Menteri, langkah pertama yang saya ambil adalah menempatkan orang kita di Layang-Layang serta mula membangunkannya sebagai pangkalan kecil dan pusat peranginan.’ Tuntutan dan penempatan anggota tentera bermakna ‘...maka secara automatik kita juga menuntut hak ke atas kawasan yang luas di sekelilingnya’ ('DOKTOR UMUM Memoir Tun Dr Mahathir' ms 366). Dengan keputusan tertinggi itu, maka dengan secara rasminya bermulalah proses penghijrahan kaum etnik PASKAL ke Swallow Reef/Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima/Pulau Layang Layang yang diketuai oleh Tok Ketua Lt Johari TLDM. 

Ini kisah Tok Ketua sebagai kumpulan pertama penduduk 'Fantasy Island' yang saya coretkan di sini.
Apabila kumpulan pertama seramai 11 orang anggota Paskal, termasuk saya, mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar.  Jadi, khemah-khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan mebasahi pakaian dan peralatan yang ada di  dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!

Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ (kiri) dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak. Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya. Memancing merupakan hobi terpilih untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.

Disebabkan ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari. Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu! Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan. Pada bulan Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari. Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!

Kumpulan Paskal ini hanya dibekalkan dengan senjata ringan seperti, M16 dan GPMG untuk mempertahankan diri dan kawasan sekitarnya. Alat komunikasi yang dibekalkan adalah radio HF TRA 921 dan PRC77 (gambar kanan - hiasan). Disebabkan keterbatasan bateri, radio hanya dihidupkan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi dan jam 8 malam untuk menghantar ‘sitrep’ (situation report) ke Markas di Labuan.

Pembinaan Modul Pertama
Setelah beberapa lama menduduki TLL secara tetap, kerajaan telah membuat keputusan untuk membina sebuah modul tempat tinggal bagi menempatkan anggota-anggota yang bertugas di sana. Modul ini telah dibina oleh pasukan Jurutera Tentera Darat dan dibantu oleh pihak TLDM dan TUDM. Unit TLDM yang terlibat secara langsung dalam pembinaan modul ini ialah KD SRI BANGGI sementara dari pihak TUDM, Skuadron Nuri yang berpengkalan di Labuan merupakan ‘work horse’ yang terlibat secara aktif di dalam projek ini. Kumpulan Paskal terus berperanan memberi perlindungan keselamatan semasa kerja-kerja pembinaan giat dijalankan.

Disebabkan keadaan sekitar terumbu yang merbahaya untuk pendaratan bot kecil, maka helikopter Nuri digunakan sepenuhnya untuk memindahkan bahan binaan dari KD SRI BANGGI ke TLL. Operasi ‘Under-Slung’ dijalankan sepanjang hari bagi membawa simen, batu bata, besi, tong ‘drum’ yang berisi air tawar, pembancuh simen, kayu kayan dan sebagainya ke TLL.  Kemampuan juruterbang dan awak-awak kapal melakukan operasi ini tanpa sebarang kemalangan adalah sesuatu yang perlu diiktiraf dan disanjungi!  Helikopter Nuri bukan sahaja ‘hover’ di atas air, malah ada kalanya mendarat di dalam air!  Semoga mereka yang terlibat dalam operasi ini akan diiktiraf secara rasmi oleh ATM dan kerajaan Malaysia di masa mendatang. “It’s still not too late to recognize and honour these pilots and the air crews!”

Suatu pengalaman unik yang saya alami semasa kerja-kerja pembinaan modul ini berjalan adalah jam kerja yang diamalkan oleh pihak Jurutera Tentera Darat.  Berbeza dengan jam kerja pejabat yang biasa kita amalkan, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang, jam kerja di TLL bergantung sepenuhnya kepada pasang surutnya air laut! Ini bererti, kerja pembinaan modul akan bermula sebaik saja air laut mula surut dan berakhir apabila air laut mula pasang penuh. Pernah kerja-kerja pembinaan bermula pada jam 2 pagi dan berakhir pada 10 pagi setelah air pasang penuh! Ini bererti anggota Jurutera akan tidur waktu air pasang dan berjaga waktu air surut!

Berkerja di waktu malam ketika air surut
Walaupun modul pertama yang dibina di TLL boleh dianggap ‘basic’ ataupun sederhana, namun pembinaannya telah meningkatkan kualiti hidup anggota Paskal yang bertugas di TLL dengan amat ketara sekali. Dengan adanya modul ini, anggota-anggota sudah tidak lagi terdedah kepada cuaca panas dan cuaca buruk yang sering melanda kawasan ini. Solar panel yang dipasang telah membekalkan cahaya pada malam untuk semua penghuni di TLL.  ‘Water Tower’ yang dibina bersebelahan modul, juga dapat digunakan sebagai ‘Watch Tower’ oleh anggota Paskal yang bertugas. Ini membolehkan anggota bertugas di ‘Watch Tower’ dapat membuat pengawasan kawasan sekitar dengan lebih berkesan lagi.

Modul ini juga dibekalkan dengan sebuah janakuasa 25 KW. Fungsi utama janakuasa ini adalah untuk mengecas bateri-bateri radio TRA 921 dan PRC77 yang dibekalkan. Namun, atas ‘inisiatif’ beberapa anggota Paskal, janakuasa ini juga digunakan untuk penayangan video! Selain janakuasa, modul juga dibekalkan sebuah “kerosene fired refrigerator” yang mebolehkan pembuatan ais dan penyimpanan makanan segar yang dihantar dari Labuan. Malangnya, peti ais ini hanya bertahan buat beberapa hari sahaja sebelum jelaga (soot) perlu dibersihkan sebelum ia boleh berfungsi semula.
Menjaga kedaulatan negara di perbatasan paling hadapan
Kesimpulan
Pengalaman di TLL adalah sesuatu yang tak mungkin dapat saya lupakan sehingga ke akhir hayat saya. Pengorbanan yang telah dibuat oleh mereka yang telah menduduki dan membangunkan TLL perlu dibukukan agar generasi akan datang tidak mensia-siakan pengorbanan mereka. Kepada semua anggota TLDM, TUDM dan TDM yang merupakan perintis di TLL, Syabas saya ucapkan kerana “You have claimed and occupied that precious piece of real estate in the South China Sea before others could lay their claims!”

Kept Johari TLDM (B)....Terima kasih.

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Monday, September 24, 2012

Penerbangan ke PLL

Bila saya cerita masalah navigasi semasa nak terbang ke Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima, sekarang Pulau Layang Layang (PLL), ramai yang tak faham apa yang saya tulis. Tak salah depa juga kerana 'power of expression' saya sangat kelam kabut. Jadi, hantar le 'mayday call' pada saudara Mangchikla. Saya lakarkan apa yang dikehendaki. Jeng...Jeng...Jeng...Ini hasilnya..

Labuan-Pulau Layang Layang 

Jarak PLL dari Labuan ~170 bn (batu nautika): penerbangan dengan Nuri ~1jam 30 min. Radius 'radar coverage' Labuan ~ 60 bn. Ini bermakna 110 bn Nuri tidak ada dalam skrin radar. Tidak dinafikan pada masa tu memang dah ada 'hand-held' GPS; antara jenama yang popular ialah 'Magellan' (gambar hiasan). Masalahnya, kami tidak dibekalkan dengan alatan tersebut. Alatan navigasi yang ada dalam Nuri hanyalah 'radio compass' dan 'standby compass'. Dan yang paling canggih sekali...Mark2 eyeballs (mata kurnian-Nya). Mungkin ada akan berkata...Apa masalahnya? Masalahnya ialah, silap haribulan 'TERterbang' di ruangangkasa negara asing. Amboyna Cay (Pulau An Bang) yang diduduki oleh Vietnam yang hanya ~50 bn saja dari PLL. Saya percaya mereka tak akan sambut Nuri dengan bunga manggar dan kompang kut!! 

Jadi, untuk menentukan lokasi terkini, kena le tune radio Brunei dan Kota Kinabalu. Ambil 'back-bearing' dan di mana garisan itu bertemu, itulah lokasi pesawat! Perlu diingati juga, Nuri tidak dilengkap dengan 'radar cuaca'. Kami tak tahu ada ribut ke, hujan ke, arah dan kelajuan angin ke. Begini le, andainya arah dari Labuan ke PLL ialah 340*. Berlepas saja dari Labuan, 'set course' 340*. Melepasi 60 nb, tanpa disedari angin dari arah 90*. Pesawat masih terbang dengan arah 340* tapi ia sebenarnya telah 'drifted' ke kiri, tidak lagi di 'flight path' yang asal. Kalau cuaca elok OK lagi kerana PLL dapat dikesan dari jauh. Tapi, bila cuaca buruk....Ingatkan PLL..Tengok-tengok dah mendarat di Vietnam. Baru haru dibuatnya! Alangkan dengan negara China (PRC) depa sanggup berperang '....Tahun 1988 di Spratly terjadi perang terbatas selama 22 menit,[1] 12 Juli 1991 dimana pasukan Cina menenggelamkan tiga kapal perang Vietnam dan menewaskan 77 korban' (petikan di sini) inikan pula sebuah helikopter tentera terkonteng-konteng terbang di kawasan mereka. Tak menghairankan jika semua 'POB' (persons on board) hanya tinggal dalam kenangan!

Di awal tahun 1983, saya telah diarahkan untuk menghantar sebuah Nuri membuat detasmen di atas kapal KD SRI BANGGI (di sini). Misi ialah membantu warga Jurutera membina 'hotel terapung' khusus untuk para penghuni terumbu tersebut bersantai - komando/Paskal. Bahan binaan, air yang diisikan dalam tong drum 44 gelan, scaffolding, dll, diterbangkan dari kapal ke lokasi pembinaan. Sebelum pembinaan hotel, pemastautin  terpaksa berlindung dalam basya di waktu siang hari yang panasnya terlalu terik: berbumbungkan ponco...berlantaikan air laut. Mana ada walau sebatang pokok pun. Ketika ribut, berlindung di celah-celah batu. Inilah pengorbanan warga tentera di perbatasan paling hadapan. 

'Hotel Terapung' dalam proses pembinaan

PLL pada September 2012. Bayangkan bagaimana warga komando/Paskal yang ber'R&R' berhadapan dengan cuaca buruk sebelum terbinanya infrastruktur seperti sekarang ini

'Mayday' saya ini telah membawa kenangan kepada saudara Mangchikla. Beliau telah menghantar emel ini '....yr 'back-bearing' reminded me during cadet days when my group were lost around Bukit Bajula area, Seremban during '3 day & night' compass marching. It was raining heavily, n most of the features in the terrain map like rivers were no longer on the 'ground'. First thing we did was hike to the highest point , get the the 'back-bearing' of the two highest visible peak, and where the 'back-bearing' crosses was our location. We got lost for 3 days, By the time we reached SK in the evening, it was 'Aidil Adha' the next , n that night n early next morning we got 'hell' from the DO, an Army Engineering officer, dah arwah dah not sure if he was a Lt Col or Maj when he died due to road accident, Ex KE VII 'Tiger', 'org tepen', nama die Nasir .. tq for 'jolting' the memory hahaha :D'

Saudara Mangchikla...Terima kasih.

Saturday, September 22, 2012

Kecewa...Sedih...Hampa

KECEWA...SEDIH...HAMPA!!! Mana tidaknya apabila menerima emel berikut (tanpa edit) yang ada kaitan dengan coretan di sini. Saya sungguh bersimpati dengan saudara Bazlie yang merayu dengan penuh harapan!!!

From: Bazlie Lei
To: nor ibrahim sulaiman
Sent: Tuesday, 18 September 2012 9:27 AM
Subject: Re: Arwah Hassan b Mustapha - 3RAMD - 1076

Assalamualaikum. Semalam saaya menziarahi pak wa saya. Saya difaham arwah Hassan b Mustapha meninggal di lokasi di Weng Baling, Kedah dan batu nisan arwah tercatit PBT 27986 Hassan b Mustpha - meninggal dunia pd 16 Julai 1976. Adalah difaham arwah baru balik dari hutang 6 bln dan dipanggil untuk operasi arwah yg terakhir. Kononnya semasa pengkebumian keluarga arwah telah dimaklum akan penganugerahan pingat namun arwah telah dipanggil balik beroperasi ( his last one  -  I supposed ) But upon seeing pusara arwah , doesn't seems any penganugerahan or at least acknowlwdgement . Saya diceritakan oleh pak wa bahwa arwah pernah membunuh seorng komunis yg giginya semua hitam di Gua Musang dan sebelum balik ke kem dari Miri ke Kepala Batas ( his last visit/leave) arwah memberitahu ,pak wa bahawa he feel this is his last visit and he can't make it - could be being jus jenazah balik. Sorry - pendek kata , sya mohon jika ada sebarang maklumat lain or mungkin saya kurang faham akan regimen or kompeni. Saya benar2 mnta maaf or boleh tunjukkan kpd siapa kita dpt buat rujukan. Saya hanya in - contact dgn tuan kerana hanya tuan yg ada menjawab e-mail saya. Yg belum ada sebarang info. Tiada niat lain sekadar nak menjejak perjuangan arwah pak ngah for the future 'telling' to the next generation.
Apa yang saya boleh lakukan hanyalah memanjangkan emel tersebut kepada 3 RAMD dan salinan kepada PTD, KP JHEV...

Harap pihak anda dapat membantu saudara Bazlie dalam pencarian beliau untuk mendapatkan maklumat tentang bapa saudaranya, arwah 27986 PBT  HASSAN BIN MUSTAPHA (kiri).

Apa jua kerjasama yang diberikan sangat dihargai. Terima kasih.

Dan pada malam 19/9, sekali lagi menghubungi Mej Zaini, Penasihat Persatuan 3 RAMD, untuk membuat sesuatu.  Apa yang saya harapkan hanyalah pihak terbabit menghubungi saudara Bazlie bagi memaklum yang tindakan sewajarnya sedang diambil...Itu sahaja. Agaknya kerana pak penakan beliau  hanya seorang PREBET saja, orang tak ada masa nak melayannya...bolayan!  Dan apa si mejar pencen ni buat menyebuk pula? Jangan salahkan saya mempunyai persepsi sebegini. Wallahualam.

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini

Tuesday, September 18, 2012

A Daughter's Quest

17 September 2012, I received this e-mail from a stranger....A pleasant surprise indeed...

Hi I am the daughter of late Capt Choo Yeok Boo. Am wondering if you have any old photos or information on my father. 
thanks


Zena Choo

From left: The late Capt (A) Choo, arwah Capt (A) Mustaffa Kamal

The late Capt (A) Choo Yeok Boo, one of the 11 killed when a Nuri, FM 1715, was shot down in Gubir ops area on 26 April 1976. And, he was one of the 3 recipients of PGB from the RMAF. In my reply, I told her that I'd documented the tragedy in my book and the National Archive. Her response...

It's really good to hear from you so quickly. How do i get a copy of the book and also, do you know who else i can contact for photos of my father?

My dad received a PGB medal posthumously, and it was stolen from my mother years ago. Do you know how i can obtain some records of it?

I also want to visit his grave, the last time i was at the camp, they informed me that the graves were moved.

Well, the least I could do was to forward her email to KP JHEV....

Saya harap pihak Dato' dapat membantu Ms Zena, anak kepada mendiang Kapt (U) Choo Yeok Boo PGB yang terkorban dalam nahas Nuri pada 26 April 1976, berkenaan dengan rekod PGB bapanya. Sepertimana yang dinyatakan, pingat PGB berkenaan telah dicuri orang. 

Kerjasama Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

I also asked her if she wouldn't mind telling me about the family after the incident. I told her that readers are interested to know what happen to the kins of those fallen heroes. And if possible, photographs. I'm happy that she willingly obliged to my request.... 

I was only 8 months old when my father passed away. I am now trying to find out more about my dad as I have some time on my hands. 

My mom went on to marry a Sgt from the air force, Krishna Moorthy when i was 3 yrs old, which ended in a divorce 10 years later. In total there were 3 of us from my father and 2 more from my stepfather. It's difficult to put into words how things were after the tragedy. I hear wonderful stories from random people about him, but never knew him. I am now on a quest to find out more about him and document as much as possible.

This is a photo of us taken 2 years ago during CNY. 

Photo Caption (L to R) :  Prema Swea Choo a/p Krishnamoorthy (born 1981), Grete Han Choo a/p Krishnamoorthy (born 1983), Lani Choo May May (born 1974), Chong Bee Yim (my mother), Tahirih Choo Fay Fay (born 1971), Zena Choo Lay Lay (born 1975)

This morning, I called No 7 Sqn, RMAF Kuching, requesting if they could assist her in sending her father's photographs if still available in their Scrap Book. I'm happy that the officer is willing to assist and, in fact, asked her to call him.

Now that I'm in contact with the families of the late Capt (A) Choo, arwah Capt (A) Mustaffa Kamal and arwah Lt (A) Wan Munsiff (click here), I wonder what happen to the families of the others perished in the crash. Those with any form of information relating to the families are most welcomed to email me. 

Saturday, September 15, 2012

2 Jam Di PNM

13 Ogos 2012, saya berada di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur, untuk majlis 'BICARA PEJUANG BANGSA'. Saya dan Mej Ishak (B) telah diundang sebagai pengkisah. Para hadirin terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan para pelatih guru dari IPG. Saya sungguh berterima kasih kepada PNM kerana sedia menerima tawaran saya untuk menceritakan pengalaman para veteran.
Sebelum masuk dewan. Kapt (U) Aziz, xPaskau, turut hadir (2 dari kanan)

Sebelum naik ke pentas

Dr Mardiana (Pemudahcara) dan Mej Ishak

Sebelum bersurai, makan tengah hari

Saya masih berpegang teguh kepada adab sopan...orang berbudi kita berbahasa. Jadi, melayanglah surat ini melalui faks dan emel....
Saya bersyukur kepada Ilahi kerana sedikit sebanyak masih dapat menyumbang bakti kepada negara tatkala usia dah menjangkau senja. Sepertimana yang saya katakan di sini, saya tidak menyalahkan 100% rakyat yang tidak mengetahui sejarah tanah air mereka sendiri. Malah, ramai anggota ATM dewasa kini yang juga 'buta' sejarah pasukan mereka sendiri. Terdapat pegawai berpangkat Lt Kol TUDM tidak mengetahui yang ada sebuah Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis! Tak percaya? Itu yang dimaklumkan oleh seorang rakan seperjuangan yang masih berkhidmat. Kejahilan ini kerana mereka tidak mendapat pendedahan sewajarnya. 

Ramai veteran yang masih hidup dan sedia menceritakan pengalaman mereka, tapi tidak diberi peluang. Akhirnya, berkubur dengan jasadnya nanti, wallahualam! Untuk mengetahui kisah kepahlawanan anak watan sendiri, tunggulah tayangan di 'History Channel' yang diterbitkan oleh 'mat saleh', baru ada 'credibility' kut. He...He...He.

PS: Sambungan kepada 'The Story of A Soldier's Wife' di sini.

Thursday, September 13, 2012

Tam & Belang

Sedih & Kecewa...Itulah kata-kata yang saya boleh luahkan! Sedih kerana beberapa ekor kucing di DGCC sudah tidak kelihatan lagi. Kecewa kerana saya difahamkan oleh seorang pekerja, seorang eksekutif kelab telah mengarahkan supaya kucing-kucing tersebut dibuangkan.

Sepertimana yang saya coretkan di sini, tak kira hari dan dalam apa jua cuaca, saya akan pergi ke kelab untuk memberi makanan kepada mereka. 2 ekor pula, 'Tam' & 'Belang', sangat manja. Selepas makan, mereka akan 'panjat' atas saya: Belang pula akan cium dan gigit telinga saya.

Tam & Belang

Favourite spot siBelang - bahu saya

 Mungkin saya silap, kemungkinan besar mereka di'hukum' kerana 'bauan' yang kurang menyenangkan tatkala menyahut 'nature's call'! Saya tak tahu di mana mereka berada. Saya hanya mampu berdoa agar ada hambaNya yang sanggup memberi mereka makan walaupun ala kadar saja. Saya tidak boleh ambil mereka kerana di belakang rumah saya dah ada lebih kurang 10 ekor kucing terbiar. Setakat memberi makan tu, bukannya satu masalah,  insyaAllah.

Sayang sekali di Alor Setaq atau Jitraq tiada NGO seperti SPCA. Kalau ada, saya akan menghantar kucing-kucing ke sana dan memberi sumbangan kepada organisasi tersebut. Kepada 'pembenci' kucing, percayalah bahawa setiap perbuatan itu ada balasanNya. Saya yakin amal jariah kepada ciptaanNya yang juga haiwan kesayangan Rasulullah akan diberkatiNya. Mungkin tidak dalam bentuk wang ringgit, tapi mungkin kesihatan, wallahualam.

Tam & Belang...I miss you. 

Tuesday, September 11, 2012

Tiada Rekod!!!

Saya terima emel berikut yang jelas maksudnya...
From: Bazlie Lei
To: "nibsny@yahoo.com"
Sent: Monday, 10 September 2012 2:15 PM
Subject: Arwah Hassan b Mustapha - 3RAMD - 1076
Assalamualaikum, saya Abd Bazli b Ismail, mewakili ayah saya - Ismail b Mustapah ingin mendapat maklumat mengenai arwah abgnya - Hassan b Mustapha yg gugur dlm pertempuran di Baling Kedah dalam tahun 1976. Lokasi saya kurang pasti tapi difaham arwah pak ngah saya meninggal kerna terkena booby trap yg menebusi bahagian leher dan badan. Juga difaham arwah akibat ledakan boom yg turut mengenai 02 orang rakan sperjuangan yg difahamkan msh hidup pd masa itu. Arwah dikatakan meninggal dalam helikopter . Arwah telah disemadikan di tanah perkuburan orang Islamdi Sg Baong Miri, Sarawak. Ayah menceritakan bahawa dlm tahun 1980'an 3RAMD telah berpindah ke Miri, Sarawak dan ada anggotanya menziarahi datuk saya - Allahyarham Mustapha b Mohd ALi di Kpg Hj Wahed, Miri. Atok saya seorang guru silat di Miri. Saya mohon jasa baik pihak tuan jika ada rakan seperjuangan arwah pak ngah, kami ingin sgt nak berhubung. Laman sosial fb ayah saya   Ismail John atau hp ayah 017 8090887 atau ibu saya Zainab Semail 016 8094798. Saya ucap ribuan terima kasih.

Blog simejar pencen ni dah jadi ruangan 'jejak kasih'...Eh...Eh...Eh. Tak apalah, orang nak minta tolong...tolonglah mana yang termampu! Saya telah menghubungi seorang kenalan di 6 RAMD berkenaan perkara ini. Beliau telah menyarankan saya menghubungi 'squad-mate'nya di 3 RAMD, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Saya pun menghungilah pegawai berkenaan dan menceritakan hasrat Saudara Abd Razli. Bagi tujuan itu, saya telah memanjangkan emel di atas kepadanya, 'cc' kepada pengirim, untuk tindakan selanjutnya. Pegawai tersebut berjanji akan cuba membantu, insyaAllah.

Juga, saya telah melayar laman sesawang 3 RAMD. Terdapat Persatuan x3 RAMD di bahagian utara yang memaparkan nama dan # telefon ahli-ahli persatuan. Apa lagi, saya pun menghubungi seorang mejar (B) selaku 'Penasihat'. Dipendekkan cerita, beliau memaklumkan bahawa insiden yang melibatkan arwah Hassan bukannya di Baling, tetapi di kawasan operasi Gubir. Ketika itu, unit berkenaan beroperasi di Mong Gajah. Arwah adalah anggota Kompeni 'Bravo'. Maklumat ini turut saya maklumkan kepada pegawai di Lok Kawi bagi memudahkan beliau membuat semakan.

Xmejar berkenaan juga menceritakan anggota-anggota unitnya yang terkorban dalam tragedi 26 April 1976. Ketika itu beliau hanyalah seorang Lt M dan berada di Mong Gajah. Arwah Lt Ibrahim dan arwah Sjn Khamis Dolmat telah menaiki Nuri di LP untuk membawa mereka keluar ke Gubir. Kedua-dua mereka akan menghadiri kursus mortar. Beliau telah mengiringi jenazah Sjn Khamis balik ke Melaka untuk disemadikan. Berlandaskan kepada maklumat ini, saya berpandangan arwah Hassan terkorban pada Mac - Apr 1976, wallahualam.  

Para pembaca....Sekiranya sesiapa mengetahui insiden jerangkap samar berkenaan, apa kata emelkan kepada saya untuk disiarkan dalam blog ini. Marilah kita kongsi bersama pengalaman yang tak terhingga nilainya daripada terkubur dengan jasad apabila tiba masanya nanti. Perkayakanlah khazanah sejarah negara untuk tatapan  generasi akan datang. Jangan salahkan rakyat 100% sekiranya mereka tidak menghargai pengorbanan kita kerana kita 'menyembunyi' bahan sejarah itu sendiri. Subjek sejarah yang dipelajari di sekolah hanya menceritakan sejarah secara 'makro': 'perencah' cerita datang daripada individu yang terlibat. Mana orang nak tahu kalau kita sendiri 'segan' menceritakannya. Fikir-fikirkanlah!!

Terkini: Hari ini, 11/9...

1. Terima emel daripada Saudara Abd Bazli, petikan '...Terima kasih. Saya hanya surf info melalui internet coz kta tidak ada maklumat . Saya ucap jutaan terima kasih.' Satu kepuasan bagi saya kerana dapat membantu seorang hambaNya....Alhamdulillah.

2. Terserentak juga bila pegawai 3 RAMD terbabit memaklumkan bahawa tidak terdapat sebarang rekod dalam simpanan unit berkenaan insiden jerangkap samar yang mengorbankan arwah Hassan dan juga arwah Lt Ibrahim dan Sjn Khamis Dolmat yang terkorban dalam nahas Nuri pada 26 April 1976 di Gubir.  Beliau akan menghubungi Sekretariet RAMD untuk mendapatkan kepastian. Saya menyarankan beliau menghubungi Penasihat Persatuan x3 RAMD untuk mendapatkan cerita selanjutnya, wallahualam

3. Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Sunday, September 9, 2012

TLL - The Early Days

I'm in communication with an xPASKAL officer, Kept Johari Ramza RMN (R), on the issue of Terumbu Layang-Layang (TLL), aka Station 'LIMA'. He is kind enough to entertain me in sharing his experiences when he and his merry men were given the honour to be the first Malaysians to enjoy an all expenses-paid  holiday on a fantasy atoll in the South China Sea. 

My squadron, No 5 Sqn, RMAF Labuan, was fully involved in 'Ops Tugu'.  A detachment of one Nuri set sailed on board KD Sri Banggi in early 1983. I told him of a directive from higher command only after the aircraft had airborne for deck landing on the ship. Put this way lah, I'm grateful to Almighty Allah that everything went smoothly without any incident otherwise there's a lot to answer...Syukur Alhamdulillah. 
 Lt (N) Johari,  the pioneer Chieftain of the inhibitants of TLL/Station 'LIMA' receiving the PM 

I'm elated by his comments sent through the e-mail.... 
  
Yes, I was very impressed with the risks taken by the Nuri crews. Considering the very basic support available on board KD SRI BANGGI.  Other than 'luck', the professionalism of the pilots and air crew ensured that no untoward incidents took place throughout the operations. Credit should also be given to the ship's crew, the army engineers and everyone else involved in the operations.

I believe the efforts of those pilots and air crew who served in the early days of Terumbu Layang-Layang should be shared with current RMAF's officers and men. Likewise, the efforts of those Paskal, ship's crew and army engineers should be made known to current sailors and soldiers alike. Last but not least, the early Terumbu story must be made known to all Malaysians!

Appreciate the efforts you are taking in documenting and telling this TLL story which would otherwise be forgotten.

Salam,

Johari Ramzan

Yes, I received this official letter from the Pang5 of MAWILUD 2, Kuching...
(No 5 Sqn 'Scrap Book')

I'm proud to say that I, too, had contributed in the transformation of the now Pulau Layang-Layang. The first chapter of my proposed 2nd book would be on this foremost front line of our beloved nation as a tribute to all those involved in the initial transformation of an atoll to a holiday resort...Pulau Layang-Layang, if it materialises, insyaAllah.

Kept Johari TLDM (B)....Thank you.

"NEVER HAVE SO MUCH OWED BY SO MANY TO SO FEW" (Winston Churchill)....Very relevant indeed!

PS. Continuation of ' The  Story of A Soldier's Wife'  here.

Wednesday, September 5, 2012

'Forum' UM

Eh...Eh...Eh...Sungguh tak disangka tulisan simejar pencen yang bercelaru (klik di ini) mahu juga Utusan Malaysia menyiarkan dalam ruangan 'Forum'nya...He...He....He. Syukur alhamdulillah.
Setelah diedit...Janji isi kandungan tidak lari

Ini sajalah sumbang bakti yang termampu saya berikan kepada negara tercinta ketika usia sudah di ambang sore. Tak tahu le saya sama ada terdapat  pihak yang berminat dengan perkhidmatan para veteran yang kebanyakan usianya sudah menjangkau senja, wallahualam. 

Objektif saya bukannya apa, hanya mengharapkan agar rakyat mencintai...dan terus mencintai negara kita yang satu ini. Mungkin ada yang mahu berhijrah ke negara lain yang kononnya lebih 'bertamadun', tapi bagi majoriti rakyat, inilah satu-satunya negara kita. Negara inilah tempat kita dilahirkan dan di sini jugalah kita akan disemadikan, insyaAllah. Kalau kita sendiri tidak menghargainya, siapa lagi? 

Saya telah kepilkan keratan akhbar tersebut dalam emel berikut kepada mereka yang berkelipan 'bintang-bintang' di bahu....Mungkin mereka akan memahami apa yang tersirat (di sini)Itu pun sekiranya mereka 'terbaca' emel itu...He...He....He.
From: nor ibrahim sulaiman
To: PTU ; Tan Sri PAT ; PTD ; KP PLKN ; PTL
Cc: KP Veteran ; "farihan@khidmatnegara.gov.my"
Sent: Tuesday, 4 September 2012 3:06 PM
Subject: PENGKISAH

ASSALAMUALAIKUM TAN SRI/DATO'/PUAN,

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
1 Attached file
Sebenarnya saya tak kisah walau pun mungkin ada tanggapan negatif mereka terhadap saya. Biaq pi lah jika depa ingat saya ini kemaruk 'attention'. Tak rugi sesen pun!!  Mereka bukannya bertanggungjawab mengisi 'BAT.D11B - Penilaian Prestasi' - saya...He...He...He. Saya lakukan hanyalah demi negara tercinta, itu sahaja. Dan conscience saya clear. 

Kalau kita nak sesuatu, kenalah push...push..and keep on pushing dan seterusnya berdoa kepada Ilahi. InsyaAllah berjaya. Ini terbukti apabila PLKN akan menjemput para penerima SP & PGB dalam program 'Jejak Pahlawan' mereka walaupun saya gembira dalam kehampaan (klik di sini)!

Pada pemerhatian saya, jika sesuatu formasi tentera menganjur majlis yang turut dihadiri para veteran, seperti 'kem terbuka sempena Hari Raya', kebiasaannya Pang5-Pang5 akan menyarankan agar mereka (veteran) tidak lokek kongsi bersama pengalaman. Komen saya hanyalah....'Pak-Pak Pang5....Are you sincerely willing to walk the talk...Cakap serupa bikin'? Saya bercakap berlandaskan apa yang dilalui apabila cuba menyahut 'seruan' orang beso-beso. Akuan penerimaan kepada surat/emel berkaitan perkara ini yang saya hantar pada mereka pun jauh panggang dari api!!

Tak tahulah saya. Mungkin menonton kisah sejarah negara sendiri melalui 'History Channel' yang diterbitkan oleh mat saleh lebih afdal daripada mendengar cerita dari tuan empunya tubuh!! Mungkin juga mereka menganggap keadaan yang pernah dilalui dulu tidak mungkin berlaku lagi, wallahualam.

Orang Beso-Beso...Mengapa tidak direnungi semula kata-kata Sir Winston Churchill..."Those who forget history are condemned to repeat it" (sumbangan 'Arunzab'). Fikir-fikirkanlah.

PS. Sambungan kepada 'A Soldier's Wife Story' di sini.

Monday, September 3, 2012

31 Ogos 1957...Ternoktah Segala Ancaman?

Pada 2 Sep, jam 1430, saya telah menghantar emel berikut kepada 'Forum' Utusan Malaysia...

31 Ogos 2012...55 tahun negara tercinta ini mengecapi kemerdekaan. Tetapi adakah sejujurnya rakyat Malaysia, terutama generasi 'X' dan 'Y', memahami bahawa keamanan tidak ternoktah pada tarikh keramat 31 Ogos 1957? Saya membangkitkan soalan ini kerana saya agak kecewa terhadap pengetahuan sejarah di kalangan segelintir golongan remaja. (Maaf kerana mengambil kenyataan seorang penuntut dijadikan ukuran).

Baru-baru ini, saya berkesempatan menceritakan pengalaman saya di era insurgensi kepada seorang penuntut politeknik. Beliau, bagai tidak percaya, menyatakan tidak tahu bahawa negara menghadapi ancaman daripada pengganas komunis sehingga 2 Disember 1989. Pada tarikh tersebut, termeterailah Perjanjian Keamanan yang ditandatangani di Haadyai, Thailand, dimana pengganas komunis bersetuju meletak senjata.

Penuntut berkenaan menyatakan, setahunya, tiada lagi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara selepas pengisytiharan kemerdekaan oleh almarhum YM Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Negara aman sejahtera selepas 1957!

Saya tidak menyalahkan beliau terhadap kecetetan pengetahuan sejarah negara sendiri. Jujur dikatakan, saya tidak mengetahui sukatan pelajaran subjek sejarah di peringkat sekolah menengah dewasa ini. Namun demikian, menyedari bahawa subjek SEJARAH bukannya subjek wajib, dan berlandaskan kepada kenyataan beliau, saya berpersepsi sukatan pelajaran subjek itu hanya tertumpu bagaimana negara mencapai kemerdekaan, wallahualam. Justeru, saya bersyukur apabila kerajaan mengumum mata pelajaran SEJARAH akan dijadikan subjek wajib. Selain itu, saya mengharapkan agar sukatan pelajaran itu dikaji semula supaya lebih menyeluruh.

Saya ada mencadangkan kepada beberapa agensi kerajaan agar menjemput para veteran sebagai pengkisah sekiranya mereka (agensi) menganjur majlis pengkisahan sempena 'musim patriotisme'. Saya percaya kehadiran para veteran akan memberi kesan kepada para perserta yang mengikuti apa jua kursus yang dianjur oleh agensi-agensi terbabit. Bayangkan perasaan para peserta apabila pengkisah datang dengan tongkat putih kerana kehilangan kedua-dua mata atau berkerusi roda, dan sebagainya. Kecacatan anggota bak angkara kedurjanaan pengganas komunis.

Negara bertuah kerana wira-wira yang tidak didendang ini masih hidup untuk menceritakan pengorbanan mereka demi mempertahankan kedaulatan negara. Alangkah ruginya jika pengalaman tersebut bersemadi dengan jasad apabila tiba masanya nanti! Saya sendiri sedia menceritakan pengalaman saya sekiranya diundang jika tiada aral melintang, insyaAllah.

Dan paling penting sekali, pada saya, program bagi menyemarakkan semangat patriotisme ini dilaksanakan secara berterusan, bukannya bermusim seperti musim buah-buahan.

Saya tak pasti sama ada surat saya akan disiarkan oleh Utusan...Wallahualam.

PS: "A Soldier's Wife Story" di sini.