Followers

Friday, August 30, 2013

Merdeka...Merdeka...Merdeka

Sambungan daripada coretan di sini.

29/8/13...Jam tepat 0800 saya dah terpacak kat MRSM Kubang Pasu walaupun saya dijadualkan memberi ceramah pada jam 0900. Dah jadi fiel saya yang tak suka menunggu dan tak suka ditunggu. Kalau terlewat, saya akan menghubungi pihak terbabit memaklum kelewatan. Lagi pula, saya nak mempastikan tiada sebarang masalah tentang penggunaan 'power point (PP)'. Almaklum sajalah, baru belajar penggunaan PP...He...He...He.

Program Ceramah Merdeka

Inilah buat pertama kali, dah dalam usia 64 tahun, saya menjejak kaki ke sekolah berasrama penuh. Saya perhatikan para pelajar yang menguruskan majlis tersebut; daripada penyedian IT, pengacaraan dan bacaan doa. Cikgu hanya mengawal saja. Pada saya, sungguh hebat!

PELAPES dari UUM turut mengambil bahagian

Dalam tak reti nak bercerita kepada mereka yang bertaraf 'cucu' ni, saya diingatkan yang masa dah nak habis. Jadi terpaksalah pendekkan cerita. Lepas itu, pihak pengurusan sekolah menjemput untuk menjamu selera kat bilik VIP. Bergebang punya bergebang, jam hampir 1200 baru le bertolak ke Kangar.

Sampai di Perpustakaan Awam Perlis, majlis pengkisahan dah selesai dan semua hadirin sedang menikmati makan tengah hari. Saya pun masuklah ke bilik tetamu untuk berjumpa dengan para pengesah dan jemputan, termasuk seorang Xco yang mewakili YAB MB.

Dari kiri: Tuan Hj Muhammad (Pengarah PPA Perlis), isteri PW Razali, saya, PW 2 Razali (B), Dato' Yazid, Lt Kol Dr Syed Othman (B), isteri Dr Othman, Cik Haizatul (PPA), Lt Kol Sulaiman (B), Lt Kol Basri (B)

Saya ni memang tak tahu atau sengaja buat tak nak tahu tentang protokol. Saya ajukan soalan kepada YB agar mempertimbangkan penganugerahan pingat kebesaran negeri Perlis kepada arwah Lt (U) Wan Munsiff. Ini adalah kali ke3 saya ketengahkan isu ini. Pertama kali saya soundkan kepada seorang YB yang berpengaruh di Perlis tahun lepas dalam satu majlis.  Kali ke2, kepada seorang VVIP ketika makan tengah hari di Kangar yang turut dihadiri oleh orang-orang beso. Kali ni, saya nampak YB tu mencatatkan nama arwah dalam smart phone beliau. Berjaya atau tidak, wallahualam. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba.

Eh...Eh...Eh...Tentu depa ingat saya ni kurang 'asem' bebeno. Pokoknya, negeri tak berbangga ke dengan anak watannya yang terkorban demi mempertahan kedaulatan negara? Come to think about, JHEV ade ke beri PJM kepada warga tentera yang terkorban secara posthumous? Kalau memang dah dibuat....syabas. Jika tidak, apa kata ambil inisiatif untuk menjemput NOK ke majlis penyampaian pingat tersebut bagi pihak suami mereka. 

Saya tabik spring kepada PPA Perlis. Dah 2 tahun berturut-turut mereka telah menyediakan platform untuk para veteran menceritakan pengalaman semasa era insurgensi di suatu ketika dulu. Sudah pasti saya menghargai mereka kerana menerima cadangan saya supaya menganjur majlis pengkisahan tersebut. Kalau ada penganjuran membabitkan para veteran sebelum ini, saya tak tahu le. Untuk itu...Terima kasih PPA Perlis. How I wish lain2 agensi gomen mencontohi PPA Perlis!  

Kepada para veteran yang sedia kongsi bersama pengalaman anda, saya syorkan anda menghubungi PPA Perlis. Saya percaya kemungkinan besar mereka akan bersetuju, wallahualam. Jangan nafikan generasi akan datang tentang kisah2 yang tidak boleh dinilai dengan RM berkubur dengan jasad bila tiba masanya nanti. Tekankan kepada mereka kenikmatan kehidupan yang mereka kecapi kini tidak datang bergolek begitu saja. Ada pihak yang sedia berkorban seperti anda. Mana mereka nak tahu sekiranya tiada siapa yang nak beritahu, betul tak? Sekarang, sekurang-kurang dah ada platform, ambillah kesempatan ini. Fikir2kanlah.

Untuk 2014, saya nak cadangkan pada depa untuk menganjur kisah transformasi awal Pulau Layang-Layang. Ahli panel terdiri daripada  xRAJD, xPaskal dan xpilot yang terlibat dalam operasi berkenaan. Sebenonya dah 'sound2' pun pada depa dan responsnya agak positif. He...He...He.
  
30/8/2013....Pacu le kereta sekali lagi ke Kangar. Kali ni ke SMK Abi. Saya dijadualkan memberi ceramah pada jam 0830 selama 45 minit. Jadi, jam 0700 bertolak dari rumah dan tiba pada jam 0800. 

Dengan 'peminat-peminat'. Maklum le dah glemer...He...He...He

Dari pemerhatian saya dan jika 1st impression ni boleh dijadikan ukuran, semangat patriotisme yang ditonjolkan ketika saya berada di kedua-dua lokasi (MRSM & SMK Abi), saya tidak le begitu bimbang tentang the so-called 'kehakisan' semangat kecintaan terhadap negara di kalangan remaja. Saya berdoa agar semangat ini terus diterap sehingga ke akhir hayat mereka, wallahualam.

Oh ya, terkejut berok juga saya dibuatnya apabila Utusan Malaysia menyiarkan semula surat saya; pertama kali pada 20/8/13 (klik di sini)....

'Forum' UM pada 28/8/13

Soalan cepumas...Ada ke pihak berwajib nak ambil peduli? Mungkin 'Musim Patriotisme' tahun depan - 2014, wallahualam.

Thursday, August 22, 2013

Majlis Pengisahan

Ini sumbangan saya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013...

Utusan Malaysia 20/08/2013

Semasa pelancaran buku, klik di sini, saya telah mencadangkan kepada pihak PPA Perlis agar menganjur majlis pengisahan oleh warga veteran yang mengalami cacat  anggota tubuh badan, antara lain, akibat jerangkap samar semasa negara diancam pengganas komunis. Pada saya, jangan dinafikan rakyat daripada mendengar kisah wira-wira yang tak didendang ini. Janganlah hanya kerana mereka bukannya penerima 'Anugerah Perkasa', mereka dipinggirkan!

Syukur alhamdulillah, cadangan saya diterima. PPA bertanya sekiranya saya boleh mencadangkan wira2 tersebut untuk diundang sebagai pengisah. Saya pun berilah nama2 berikut...

                                 Dari kiri: Lt Kol Sulaiman (B) (RAJD), Lt Kol Dr Syed Othman (B) (RAMD),
 PW2 Razali (B) (RAJD)

.....Dan ketiga-tiga mereka bersetuju untuk hadir. 

Saya dimaklumkan majlis tersebut akan diadakan pada 29/08/2013 di PPA Perlis, Kangar. Program bermula pada jam 0800. Sudah pasti le mejar pencen ini turut dijemput ke majlis tersebut. He...He...He.

Kad Jemputan ke PPA Perlis

Saya memaklumkan kepada PPA yang saya akan hadir, insyaAllah. Saya telah menulis pasal mereka bertiga dalam buku saya tapi saya tidak mengenali atau berjumpa mereka. Saya hanya menghubungi mereka melalui telefon sahaja untuk mendapatkan cerita. Sudah pasti saya berhajat menemui mereka. 

Tut...Tut...pada 19/08/2013, saya terima panggilan telefon daripada seorang cikgu dari MRSM Kubang Pasu. Beliau mengundang saya sebagai penceramah sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 29/08 yang dianjurkan oleh sekolah beliau. Saya minta maaf tidak dapat hadir dengan alasan nak pergi ke Kangar pada hari itu. Tapi cikgu tu merayu. Dia kata di sana saya hanya nak dengar cerita yang saya sudah nukilkan dalam buku. Manakala di MRSM, mereka nak dengar cerita saya. Kesian juga dibuatnya. 

OKlah. Tapi slotkan saya di awal pagi dan selepas itu saya akan terus ke Kangar. Mengikut program, saya dijadualkan bercerita pada 0900-1000. Lepas tu, bolehlah saya ke Kangar. Objektif utama saya ke sana ialah untuk berjumpa mereka bertiga. Itu paling mustahak. Mengikut program PPA, majlis berakhir pada jam 1200. Mungkin sempatlah saya berjumpa dengan mereka, wallahualam. 

Saya hanya mampu merancang, Allah menentukannya.

Saturday, August 17, 2013

Tugu Peringatan

Ada orang 'mentioned' nama saya dalam 'bukumuka'. Sebenonya saya ni jarang buka fb tapi dah ada dalam emel, buka le. Apa yang saya lihat ialah gambar yang saya 'copy & paste' berikut....
Dedikasi kepada warga TUDM yang KIA dalam Tragedi Gubir yang mengorbankan 11 warga ATM

Soalan Pertama. Di mana lokasi 'Tugu Peringatan' ini?

Tuan empunya fb memaklumkan di Pintu Utama Pangkalan Udara Butterworth, berhampiran dengan pesawat F5E. Menurutnya lagi, gambar tersebut berusia 2 tahun. Ikhlas saya katakan, inilah kali pertama saya mengetahui kewujudan Tugu Peringatan ini. Tapi, bukan saya saja yang jahil kewujudannya. Terdapat anggota No 3 Skn di pangkalan tersebut turut bertanya lokasi tugu itu!

Soalan Kedua. Nuri dari Pangkalan Udara Butterworth?

Masa tu, 1976, belum tertubuhnya 'composite squadron'. No 3 Skn yang berpangkalan di situ adalah skn Alouette. Semua Nuri di Semenanjung Malaysia berada dalam inventori No 10 Skn, TUDM Kuantan. Composite squadron hanya diwujudkan pada awal 1977. Kami kerap membuat 'detachment' di TUDM Butterworth bagi memenuhi keperluan operasi. Tapi betul le tu jika yang dimaksudkan ialah Nuri tersebut berlepas dari Butterworth.

Soalan Ketiga. 27 April 1976? Betul ke ni?

Sapa2 yang membaca blog dan buku 'Coretan Xnuripilot' sedia maklum tarikh yang saya catatkan ialah 26 April 1976. Sebelum saya mengabadikankan tarikh tersebut, saya telah menghubungi ANM bagi mendapatkan pengesahan. Pada mulanya mereka kata 27 April 1976, klik di sini. Selepas itu mereka mengesahkan insiden berlaku pada 26 April 1976, klik di sini.

Mungkinkah saya dan ANM silap? Almaklum sajalah, mana mungkin pihak TUDM 'tersilap' tentang tarikh tragedi tersebut. Mereka adalah pemegang semua sumber maklumat. Sudah pasti mereka telah menyemak dengan laporan 'Lembaga Penyiasatan (BOI)' insiden tersebut.

Just to be 100% sure, saya hubungi Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) dan Mej Sim KP TUDM (B). Semasa kejadian, Kapt (U) Sim ada di Kem Gubir bersama Alouette gunshipnya. Apabila diberitahu tentang panggilan 'Mayday' dari mendiang Lt (U) Chung, beliau dan gunnernya, Kpl Ismail, telah berlepas ke lokasi. Menurutnya, dari jauh lagi beliau telah nampak kepulan asap hitam. Apabila tiba di lokasi, beliau melihat Nuri sedang terbakar. Beliau mengesahkan tarikh insiden pada 26 April 1976 dan nombor airframe Nuri FM 1715. Ini tercatat dalam Log Booknya.

Ini pula petikan sms Haron yang saya terima pada 14 Ogos 2013, ketika itu berpangkat Kapt (U) dan Ketua Flt No 3 Skn, '....Confirmed on 26 Apr 76 I flew with Lt Kol Fauzi to Gubir to see the burning wreckage of Nuri TUDM'.

Ada hamba Allah, dalam komennya, menyatakan apalah yang saya sibuk2kan tentang tarikh tu... isu remeh. Yang pentingnya isi kandungan tugu itu. Heran juga....Sesuatu tarikh terhadap sesuatu peristiwa pun ada 'tolerance limit +/- 1' macam 'Ts & Ps' juga ke? Pada pandangan mejar pencen ini, fakta tetap fakta. Macam ni lah, nak ke kita terima tarikh kemerdekaan negara tercinta ini pada 30 Ogos 1957 atau 01 September 1957, bukannya 31 Ogos 1957? Kalau dalam kes mahkamah pula, sesuatu kes boleh di'buang' hanya kerana kesilapan tarikh, wallahualam. OK lah, itu hak sipolan terbabit.

Saya nak 'qualify' kenyataan ini. Mungkin inilah satu2nya tugu yang terpahatnya nama para wira TUDM yang KIA, selain diabadikan dalam buku saya dan 2 buku terbitan TDM. Untuk itu, TERIMA KASIH TUDM. Namun demikian, hope depa don't mind saya nak buat komen sikit. Alangkah eloknya jika tugu tersebut dipaparkan di tempat yang lebih sesuai dan menarik. Sebagai contoh, ambil tugu peringatan 'Peristiwa Kalabakan'....

Peristiwa Kalabakan di sini

Tugu Peringatan Kalabakan (Ihsan chomelz di sini)

Bercakap pasal tugu peringatan ni, saya gagal dalam usaha melobi agar pihak berwajib, baik pihak ATM atau pun PBT, membinanya di kawasan2 operasi tertentu, seperti di Gubir dan Kroh (Pangkalan Hulu). Saya menyarankan agar diabadikan nama mereka yang terkorban dalam operasi di kawasan terbabit, itu saja. Mana le tahu, mungkin ia akan menjadi satu tarikan pelancongan ke lokasi tersebut.

Apakan daya, terima sajalah hakikat....siapalah nak pedulikan saranan mejar pencen ni. Sungguh2 mengecewakan kerana tak ada yang berminat! Apa pun, sekurang2nya saya telah mencuba.

Monday, August 12, 2013

Graffiti

Kreatiaf? Mungkin tidak. Lebih tepat vandalisme. Manalah saya tak membebel apabila ada hamba Allah nak meluahkan perasaannya melalui graffiti di tembok rumah saya dan jiran....


Tembok kiri - rumah jiran di belakang rumah saya

Di tembok rusuk rumah saya

Saya pasti artis yang tak sesiapa pun mentauliahkannya, telah menampilkan bakatnya pada malam 07/08/13. Ini kerana pada senja hari itu, sebelum berbuka puasa, saya telah pergi ke belakang rumah untuk mencari kucing saya, Caca. Masa tu apa pun tiada pada dinding itu. Tut...Tut...Keesokan hari Menteri Dalam Negeri memaklumkan kewujudan graffiti tersebut. Terdapat 4 'paint-spray cans' di luar rumah saya. Depa sanggup berbelanja RM32 (~RM8/can). Kan elok duit itu disedekah kepada mereka yang memerlukan daripada menyakiti hati orang. Tak tahulah apa yang mendorong mereka berkreatif.

'Marbler'? Apa kata kamus Webster's Revised '... 
n.1.One who works upon marble or other stone.
2.One who colors or stains in imitation of marble.'

Apa pula maksud '42O'? Jawabnya layarilah Wikipedia '....4204:20, or 4/20 (pronounced four-twenty) is a code-term used primarily in North America that refers to the consumption of cannabis and by extension, as way to identify oneself with cannabis subculture or simply cannabis itself. Observances based on the number 420 include smoking cannabis around the time 4:20 p.m. (with some sources also indicating 4:20 a.m.[1][2]), on any given day, as well as smoking cannabis on the date April 20 (4/20 in American form).[3]'

Jangan salahkan saya mengandaikan pelukis graffiti ini terlibat dalam kegiatan tak sihat. I really wonder siapalah mereka ini semua. Mereka sanggup mengeluarkan ongkos dan bersekang mata dikala penghuni rumah nyenyak dibuai mimpi hanya untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Sayang sekali usaha mereka tidak mendapat pengiktirafan dan penghargaan oleh sesiapa, terutama saya.

Wednesday, August 7, 2013

1 Syawal 1434H

Kepada semua pembaca yang dihormati.....


Tuesday, August 6, 2013

Opsyen

4/8/13 jam 0830...Saya dah terpacak untuk mendaftar kat Hospital Sultanah Bahiyah walaupun temujanji dengan pakar kulit pada jam 1100. No problem. 'Mingguan Malaysia' dan 'New Sunday Times' menjadi bahan bacaan sementara menunggu.

Jam 1130....Giliran saya berjumpa dengan doktor. Oh...Oh...Doktor A yang merawat saya sejak 3 bulan dulu sudah pi cuti dan akan bekerja selepas Hari Raya. Jujur dikatakan, saya mahu berjumpa dengan beliau kerana beliau lebih mengetahui masalah saya. Pada 7/7 ketika berjumpanya selepas 2 bulan mengambil 'Itraconazole', klik di sini, beliau memaklumkan jika tiada lagi binjul2 atau muncul binjul baharu, pengambilan ubat 'anti-kulit' ini boleh dihentikan. Itu sebabnya saya teruja sangat nak jumpa beliau. Tapi, ialah kita hanya mampu merancang, Allah menentukannya.

Binjul2 dah hilang, hanya tinggal parut berwarna keunguan

Anyway, berjumpalah saya dengan pengganti beliau; pakar jugalah. Beliau mendapati tiada kelihatan binjul2 dan bertanya bila binjul2 tidak lagi timbul. Jawapan saya semasa pertemuan dengan Dr A pada 7/7, sebulan dululah. Sebenonya, saya tak perasan pun. He...He...He. Jadi, beliau memberi 2 opsyen. Menurut beliau, kebiasaannya selepas lenyap binjul2 tu, pesakit disarankan mengambil ubat untuk 3 bulan lagi, just to be on the safe side . Sementelah saya dah ambil sebulan apabila binjul2 ranap, jadi saya disarankan untuk teruskan menelan bagi 2 bulan lagi.  Macam mana pulak ni? Doktor A tak kata pun begitu. Mind you, peranan ubat ni lebih kurang 'anti-biotic' juga dan pengambilan berterusan memunkingkan kerosakan pada hati dan mengurang 'immune system' saya.

Untuk mendapat kepastian, saya bertanya adakah saya dah 'free' daripada virus 'kulat kucing'. Jawapan beliau 'Ya'. Namun demikian, kemungkinan ia berulang memang ada sekiranya saya bercucuk tanam atau melayan kucing. Jika ini berlaku, saya perlu mengulangi prosidur ini semula. Kalau gitu, tak apalah, biar saya ambil risiko.

Saya beritahu beliau yang saya nak tahu keadaan hati setelah 3 bulan menelan ubat itu. Dia pun suruh pi ambil darah di bilik sebelah dan temujanji pada 27/10. Itu lama sangat. Jadi, saya memandai pi jumpa staf klinik itu dan memberitahu yang saya nak jumpa doktor A. Depa tetapkan pada 8/9, itu paling awal. OK le tu.

Saya kurang pasti adakah penyakit ini disebabkan oleh kucing atau gardening. Ini kerana Menteri Dalam Negeri tidak mengalami masalah ini dan beliau memang memanjakan kucing2 di persekitaran rumah, syukur alhamdulillah.

Apa pun.....Syukur alhamdulillah.