Pages

Ahad, 31 Julai 2016

The Old But Faithful "IRON BIRD"

Syukur Alhamdulillah, akhirnya 500 naskah buku yang dicetak diterima sebentar tadi.



Sesiapa yang berminat, sila kredit RM130 senaskah ke dalam akaun CIMB 0210-0001938-20-2 NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN. Kemudian harap WhatsApp/sms/messenger di 019-4744849 dan beri nama penuh & alamat pos. Apa jua sokongan sangat saya hargai. 

TERIMA KASIH

Sabtu, 30 Julai 2016

From Baling to Hat Yai: The Spiral Road To Peace

Satu perkara yang memberi kesan kepada saya apabila menjerumuskan diri membuat kajian tentang The Old But Faithful Iron Bird ialah saya bersyukur sebagai rakyat negara Malaysia tercinta ini. Dan berbangga turut terlibat secara langsung mempertahankan kedaulatan negara daripada komunis. Saya menghargai pengorbanan para veteran yang sedia berkorban demi negara. Tetapi sayang sekali, pengorbanan ini tidak banyak dipaparkan kepada rakyat. Akhirnya, ramai golongan muda yang kurang mengetahui sejarah negara mereka sendiri...sungguh sedih! 

Mungkin ramai akan bertanya mengenai tajuk posting ini. Macam ini le, pertemuan di antara gomen Malaya dan PKM bermula di Baling pada 26-28 Disember 1955. Pertemuan ini yang dikenali sebagai "Baling Peace Talks", melibatkan delegasi Malaya yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sementara PKM oleh Setiausaha Agongnya, Chin Peng dan kuncu2nya.

Kegagalan itu menyaksikan Malaya/Malaysia terpaksa berhadapan dengan keganasan komunis sehingga 2 Disember 1989 apabila termeterainya Perjanjian Damai di antara kedua-dua pihak di Hotel Lee Garden, Hat Yai, Thailand.

Saya ada menghubungi production houses mencadangkan kepada mereka supaya membuat filem dokumentari untuk History Channel/National Geographic berkaitan perkara tajuk posting ini. Saya kata ramai mereka yang terlibat, terutama Perjanjian Damai, masih bernafas. Sayang sekali sekiranya mereka ini pergi buat selama-lamanya. Tut...Tut...semalam saya terbaca salah seorang perintis jalan keamanan sudah uzur. 


Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Mokhtar Mahmood Baginda. Nak tahu tentang peranan beliau baca di SINI. Memang beno luahan beliau yang sumbangannya tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya. Setahu saya yang kurang membaca kisah2 sebegini, nama beliau hanya tercatat dalam buku yang ditulis oleh Suriani Abdullah, isteri kepada Abdullah CD, Pengerusi PKM...
Nama Datuk Mokhtar sudah pasti tidak tercatat dalam buku berikut...

Tak tahu le saya. Apa pun, saya bersyukur walaupun baharu saje nak mengenal sejarah negara, kecintaan saya terhadap negara ini menjadi lebih mendalam.