Followers

Tuesday, February 7, 2017

Artikel Untuk "JEBAT"

Salah satu syarat untuk peserta yang mengikuti program PhD di Pusat Pengajian Am, UUM, ialah sipengkaji MESTI menulis 2 artikel untuk diterbitkan oleh scorpus-indexed journals. Nak tahu lebih lanjut apa dia tu scorpus, tanya Prof Google le. Saya sendiri tak pernah dengo perkataan itu sebelum ini...He...He...He. Jadi, nak tak nak, tulis le tentang apa yang saya ketahui sedikit sebanyak. Penyelia saya telah menghantar ke JEBAT, jurnel UKM, yang tersenarai dalam scorpus.
















Saya bukannya ahli akademik. Jadi saya tulis le cara saya sendiri. Tapi nak aksen sikit konon. Tulis dalam bahasa gomen...dah pastilah nahu ada le sikit bertarabur. Apa nak kisahkan sangat. Macam  kata Mat Saleh "...after all, English is not my mother tongue". Tak kisahlah...janji diterbitkan. Mind you, tulisan itu bukan semberono saja. Sengkang mata dibuatnya untuk mendapatkan fakta-fakta.

Sesiapa yang berminat, klik DI SINI