tag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post2467579914310212883..comments2024-01-29T03:21:14.445+08:00Comments on Jottings of Xnuripilot: Faktor 'Gemuk'Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) http://www.blogger.com/profile/01538708021185828293noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-579746377805519962011-10-11T12:28:26.115+08:002011-10-11T12:28:26.115+08:00Tuan, saya bersetuju peringatan tuan bahawa kita m...Tuan, saya bersetuju peringatan tuan bahawa kita merancang kewangan dari hari pertama kerja. Saya mempunyai pengalaman anak sendiri yang belajar salah satu di Institut ATM . Betapa bangganya saya bila anak diasuh membuat potongan gaji ke Tabung Haji dan potongan Ke Ibu sendiri . <br />Tapi masalah timbul bila ada yang mengalakkan anak -anak tersebut untuk membeli rumah pada usia muda. Saya tak tahu samaada yang mengalakkan ini ada niat untuk dapat komisen atau niat ikhlas. Saya mengetahui anak saya membeli rumah semasa sebulan lagi untuk serahan kunci (itupun terjumpa surat dari Pinjaman Perumahan Kerajaan) . Saya memang salahkan anak saya kerana tidak berbincang dengan saya atas pembelian ini . <br />Saya selalu terfikir adakah staf yang mengalakan itu memberi kata nasihat kepada anak tersebut yang rata-rata umur 18-21 tahun supaya berbincang dengan keluarga walaupun mereka dah ada gaji sendiri. Saya beranggapan anak-anak ini masih tidak matang lagi ,perlu mendapat nasihat dari ibu bapa mereka.<br />Bayangkan mereka perlu membuat potongan perumahan 25-30 tahun. Saya rasa biar lah mereka membeli rumah selepas mereka ‘posting’ dan anak ini sudah berakal sikit . Bila mereka ditempatkan di kem-kem seluruh Malaysia , rumah terbiar , disewa pun murah (bukan kawasan strategik spt KL),gaji pun dah tinggal sikit. Bagi ibu bapa yang ada pendapatan lebih boleh lah bantu anak-anak tersebut. Ini akan timbul gejala yg tidak sihat kpd anak anak yang baru nak mula hidup. Umur baru 21 tahun , hutang keliling pinggang.Biar lah mereka mantap dulu dengan gaji dan pandai menguruskan kewangan.<br />Cadangan tuan untuk beri ceramah atas urusan kewangan elok sangat terutama di Institut tersebut ..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-75761994072268632782011-09-30T09:24:33.459+08:002011-09-30T09:24:33.459+08:00kasihan..kasihan..Anonymousnoreply@blogger.com