tag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post9090210071520189749..comments2024-01-29T03:21:14.445+08:00Comments on Jottings of Xnuripilot: Patriotisme 4....Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) http://www.blogger.com/profile/01538708021185828293noreply@blogger.comBlogger193125tag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-37888411726414885232009-10-22T22:02:29.417+08:002009-10-22T22:02:29.417+08:00Patriotisme ini terlalu subjektif. Sukar untuk kit...Patriotisme ini terlalu subjektif. Sukar untuk kita mengukur bahawa seseorang itu patriotik ataupun tidak kerana maksud dan pengertiannya terlalu luas. Bagi saya, patriotisme ini merupakan semangat sayang dan cinta akan negara.semangat ini perlu dipupuk oleh semua golongan peringkat tidak kira tua ataupun muda.Namun ia bukan boleh diukur secara fizikal semata-mata.

Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Saifuddin Abdullah dalam artikel Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme pula menjelaskan bahawa makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Jelasnya lagi, perkataan ‘patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ yang bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air.

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Sebagai pewaris negara ini, generasi muda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat patriotisme yang kukuh dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Pada alaf baru ini, amat merunsingkan kerana terdapat unsur-unsur tekanan daripada yang kuat terhadap yang lemah.Sehubungan itu, generasi muda perlu mempunyai semangat cinta kasih yang kekal dan kental kepada negara selain bersemangat setia pada negara.Semangat patriotisme juga meliputi semangat kekitaan dan rasa berbangga menjadi rakyat Malysia.
Menurut beliau lagi, semangat patriotisme amat penting untuk membangunkan negara supaya menjadi sebuah negara yang dihormati di dunia. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk dalam kalangan generasi muda, negara tidak akan dapat dipertahankan dari serangan budaya luar.Konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan pada alaf baru ini boleh menghakis identiti bangsa dan negara ini.Generasi muda harus sedar mengenai kesan negatif globalisasi dan tidak terus menerimanya secara bulat-bulat.Tidak ada cara yang lebih berkesan untuk menangani daripada segala ancaman yang datang termasuk melalui teknologi maklumat (IT) melainkan dengan memupuk semangat patriotisme.

Kesimpulannya kita sebagai generasi pelapis perlulah kental dan tegar dengan semangat ini agar terus sebati dan tidak tenggelam dek arus kemodenan dan peralihan zaman. semangat cintakan dan sayangkan negara ini perlu dipupuk sejak kecil lagi agar kita mempunyai perasaan cintakan negara dan mengelakkan perasaan tersebut lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka.

Nama : AIDA SHAKILA BINTI ISHAK

No. Matriks : 94946Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-32434342087885753702009-10-20T22:49:42.129+08:002009-10-20T22:49:42.129+08:00Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap posi...Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.

Semangat Patriotisme boleh dipupuk dengan berbagai cara antaranyamelalui mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras dalam SPM terutamanya dikalangan pelajar.Kemudian dengan mengibarkan jalur gemilang juga boleh menunjukkan semangat patriotisme, malah menamakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan sebagai Bahasa Malaysia juga merupakan antara cara meneguhkan patriotisme..

Jadi banyak cara yang boleh dilakukan jika semangat patriotisme itu ada di dalam diri setiap individu.

Siti Inursuliana Binti Osman
98960Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-57047701561544713622009-10-19T01:52:17.127+08:002009-10-19T01:52:17.127+08:00Patriotisme bukan sekadar semangat cintakan negara...Patriotisme bukan sekadar semangat cintakan negara dan namun lebih daripada itu. Semangat patriotisme tidak cukup hanya sekadar mengibarkan bendera Jalur Gemilang setiap ulangtahun kemerdekaan Malaysia.

Namun patriotisme menuntut lebih daripada itu.Patriotisme tidak semestinya perlu ditunjukkan setiap masa. Adakalanya apabila kita memakai pakaian jenama luar negara atau membeli barangan buatan negara luar, kita tidak boleh dikatakan tidak cintakan negara. Ianya bergantung kepada pengertian dan penghayatan setiap individu terhadap semangat patriotisme ini.
Seharusnya setiap individu atau warganegara, walaupun tidak berpijak di tanahair sendiri, namun mereka seharusnya menanamkan semangat patriotisme ini di hati mereka. Walaupun setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi mengekspresikan kecintaan mereka terhadap negara, namun keikhlasan adalah melebihi segalanya. Walau kita melakukan pelbagai perkara bagi menunjukkan patriotisme tetapi hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa hati dan niat yang ikhlas, maka tiada gunanya kita digelarkan sebagai patriotisme. Dengan menghargai pembangunan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara, cukup untuk kita membuktikan kecintaan kita kepada negara. Setiap warganegara berhak menunjukkan semangat patriotisme dengan cara yang tersendiri. Rakyat khasnya golongan muda perlu dididik sejak kecil mengenai semangat patriotisme ini. Ini kerana mereka merupakan generasi pelapis harapan bangsa dan negara, dan diharapkan tidak berpaling tadah terhadap negara sendiri. Tanpa penerapan semangat ini, mereka akan menjadi tidak ubah seperti kacang yang melupakan kulit, yang tidak menghargai tanah tumpah darah mereka sendiri.

NORADILA BINTI MUSTAPA
95068
MAJOR : SAINS POLITIKAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-41333438000975785522009-10-15T17:10:18.809+08:002009-10-15T17:10:18.809+08:00patriotisme merupakan satu fahaman sayangkan negar...patriotisme merupakan satu fahaman sayangkan negara dan bangsa.manakala, patriotik adalah sikap yang ditujukkan sebagai tanda menyayangi negara dan bangsa.semangat patriotisme adalah satu sifat yang murni dimana sikap dan tindakan kita tidak boleh mencemarkan dan menjatuhkan maruah negara dan bangsa kita sendiri.

Cabaran memupuk semangat patriotisme di negara kita bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. kerajaan perlu menjaga hati setiap kaum disamping mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.Hal ini supaya satu keadaan ekonomi, politik dan sosial yang stabil dapat diwujudkan.

Walaupun kesatabilan sosiopolitik di negara kita dikagumi oleh sesetengah negara, namun, masih ramai rakyat negara kita tidak menghargai nilai sebuah kemerdekaan.Baru-baru ini, terdapat rakyat Malaysia yang sanggup melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri semata-mata untuk menjadi warganegara Britain, namun akhirnya menjadi pelarian disana apabila kerajaan Britain telah menolak permohonan kewarganegaraan mereka. hal ini perlu dijadikan iktibar oleh semua rakyat Malaysia supaya tidak memperlekehkan isu kewarganegaraan, sedangkan jika kita perhatikan sekarang, bejuta-juta rakyat asing berlumba-lumba datang ke Malaysia disebabkan kestabilan politik, ekonomi dan sosialnya, tp ada juga rakyat Malaysia yang tergamak melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri,mereka tidak pernah bersyukur dengan keselesaan yang ada sekarang.

globalisasi merupakan cabaran yang besar terhadap sesebuah negara. Oleh itu,semangat patriotisme harus dipupuk sejak dari kecil lagi supaya anasir-anasir jahat yang dicipta oleh sesetengah pihak yang iri hati dengan keamanan negara tidak mudah mempengaruhi minda rakyat yang mengajak rakyat untuk membenci negara.

NURUL HUDA BINTI YACOB
95113Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-47893433673948566792009-10-14T02:34:26.067+08:002009-10-14T02:34:26.067+08:00Pada pandangan saya mengenai patriotisme adalah sa...Pada pandangan saya mengenai patriotisme adalah satu semangat cintakan tanah air,cintakan negara dan bangsa sendiri.Sikap patriotisme adalah satu perasaan yang mendalam terhadap tanah air sendiri.Orang yang mempunyai semangat ini adalah orang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka sendiri demi mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah atau dikuasai oleh orang lain demi negara serta masa depan negara mereka.Semangat patriotisme juga adalah satu tanda penghargaan kepada tokoh-tokoh atau bapa-bapa perjuangan pada masa dahulu.Walaupun negara kita tidak seperti keadaan sebelum zaman kemerdekaan ,namun kemerdekaan harus dikekalkan dan dipertahankan setiap masa dengan adanya semangat patriotisme dalam setiap rakyat.Tanpa semangat patriotusme mungkin negara kita akan diancam oleh musuh.Semangat patriotisme dapat dibuktikan dengan menyanyikan lagu negara dengan penuh perasaan dan menyelami makna-makna dalam setiap ayat yang dinyanyikan dalam lagu kebangsaan.Pengibaran jalur gemilang, sambutan hari kemerdekaan dan berjasa demi mengharumkan nama negara dapat membuktikan kita mempunyai semangat patriotisme yang mendalam.
Semangat patriotisme sudah diterapkan dalam diri masyarakat sejak dibangku sekolah lagi dengan mengadakan sambutan hari kemerdekaan di sekolah-sekolah untuk memupuk masyarakat pada maa hadapan sanggup berkorban dan berhadapan dengan ancaman musuh demi mempertahankan tanah air dan juga negara.

Sebaliknya apa itu bukan patriotisme?
Bukan patriotisme adalah merupakan orang yang tidak mempunyai semangat untuk mempertahankan tanah air.Orang yang tidak mempunyai semangat cintakan tanah air kemungkinan akan membawa dorongan untuk membawa ancaman kepada negara.Tanpa semangat patriotisme negara kita mungkin senang untuk diceroboh.Mereka yang tidak mempunyai semangat cintakan tanah air adalah orang yang sangat mementingkan diri sendiri padahal mereka tidak sedar semangat patriotisme amat diperlukan demi masa depan anak cucu mereka juga pada masa hadapan.

nurul belisa binti banjari
95108Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-2945070912978425512009-10-13T13:20:49.523+08:002009-10-13T13:20:49.523+08:00Patriotisme atau perasaan cinta akan tanah air mer...Patriotisme atau perasaan cinta akan tanah air merangkumi satu makna yang cukup besar dalam pembinaan negara dan bangsa. Setiap orang perlu disemai dengan semangat patriotisme supaya rasa kecintaan terhadap ibu pertiwi tidak luntur. Semangat patriotisme melambangkan kesanggupan seseorang individu itu untuk berkhidmat dan berkorban kepada negara, bangsa dan agamanya daripada tipu helah musuh di sekeliling. Malahan makna patriotisme sangat besar ertinya bagi pejuang-pejuang kemerdekaan yang berkorban jiwa raga demi mempertahankan tanah air daripada penjajah. Itu cerita 52 tahun lalu. Dan sekarang setelah 52 tahun negara merdeka, skop patriotisme menjadi meluas. Patriotisme sekarang tidak lagi perlu mengangkat senjata semata-mata tapi patriotik dalam diri itu yang penting. Hal ini berkaitan dengan cara seseorang mengolah kehidupan masing2. Dunia hari ini semakin hari semakin mencabar. Oleh itu, keperluan ilmu menjangkaui tahap pemikiran kita. Rajin menuntut ilmu sehingga keintelektualan kita menjadi rujukan merupakan satu contoh patriotisme pada hari ini. Bukan itu sahaja, ia turut merangkumi penggunaan produk dan perkhidmatan tempatan serta yakin akan mutu keluaran ciptaan sendiri seterusnya dapat meyakinkan pengguna luar akn kehebatan barangan kita. Itu juga patriotik kerana produk kita berdiri setanding produk luar. Perkara yang mustahak di sini ialah penggunaan bahasa harian sama ada berbahasa melayu dengan betul atau sebaliknya atau berbangga menggunakan bahasa asing. Nasib bahasa kebangsaan pada masa ini tidak begitu baik. Malah isu penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik tidak menunjukkan jalan penyelesaiannya. Kesannya, bahasa melayu semakin terpinggir dan terabai dalam urusan formal. Patriotik juga berkaitan dengan budaya, adat resam dalam upacara2 tertentu. Adalah menjadi hak seseorang untuk mempertahankannya. Patriotik perlu ada dalam diri setiap individu bagi menangkis anasir2 yang tidak baik. Kita ditegah sama sekali menjadi gunting dalam lipatan dan mengapi2kan sesama sendiri. Paling penting kita harus mempertahankan kemerdekaan yang dianugerahkan ini dengan sebaik2nya tanpa berlaku rusuhan atau himpunan yang semestinya akan mengugat kestabilan negara, ekonomi, politik dan sosial.

Norazira binti Ali
95076Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-60425295368431822092009-10-13T00:03:26.036+08:002009-10-13T00:03:26.036+08:00patriotisme bagi saya melambangkan semangat patrio...patriotisme bagi saya melambangkan semangat patriotik iaitu semangat cintakan negara. semangat cintakan negara dapat ditunjukkan dengan menghormati undang-undang negara, menghormati bendera, lagu negaraku dan menjaga nama baik negara Malaysia daripada dicela atau dijatuhkan oleh negara luar atau bukan warganegara Malaysia.

patriotisme yang wujud dalam diri tiap rakyat Malaysia kadang kala semakin pudar terutama golongan muda yang semakin tidak menghormati kedaulatan negara. mereka yang hanya mementingkan dunia sosial sehingga lupa tarikh bersejarah negara iaitu hari Kemerdekaan. apabila hari kemerdekaan negara pun tidak tahu, akan menyebabkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku sebelum kemerdekaan, iaitu mereka tidak mengetahui bagaimana pahit dan perit pejuang negara untuk mendapat kemerdekaan negara seterusnya menjadi sebuah negara yang semakin membangun dan berkembang pesat. oleh itu, golongan muda tidak ada semangat patriotisme yang mendalam seperti mana golongan terdahulu dan oleh sebab itu juga mereka sering mengabaikan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara ini.

patriotisme dapat digambarkan dengan menyokong produk buatan Malaysia bagi mengembangkan ekonomi negara dan tidak berbangga dengan barangan buatan barat yang hanya melengahkan kita dan menjadi ikutan golongan muda kini. selain aspek barangan, dari segi aspek pelancongan juga merupakan satu semangat patriotisme dimana mengenali Malaysia untuk dipandang seluruh dunia.

selain itu, patriotisme juga dapat digambarkan dengan perpaduan kaum saling hormat-menghormati antara satu sama lain. walaupun negara Malaysia sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, tetapi dengan semagat cintakan negara rakyat Malaysia dapat berganding bahu untuk perpaduan negara.

oleh itu, patriotisme ini dapat digambarkan dengan pelbagai aspek. semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalan diri tiap rakyat Malaysia sejak dari kecil dan sering menceritakan sejarah-sejarah kemerdekaan dan mengembangkan minda kanak-kanak tentang patriotisme dengan mengembangkan semangat patriotisme itu bukan sahaja hanya cintakan negara tetapi perlulah diterapkan sekali dengan perbuatan dan menyokong pembangunan dan ekonomi negara Malaysia.

Saya mohon maaf di atas kesilapan saya tidak menulis nama pada tempoh hari.

NAMA : NOOR SHUHADAH BINTI AHMAD
NO. MATRIK : 95052
MAJOR : SAINS POLITIK

dihantar pada :
October 6, 2009 1:44 AMAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-38995794643788247702009-10-12T13:14:40.426+08:002009-10-12T13:14:40.426+08:00Assalamualaikum..dan salam sejahtera..Persoalan te...Assalamualaikum..dan salam sejahtera..Persoalan tentang patriotisme sangat menarik untuk dibincangkan dan dihuraikan di sini kerana persoalan ini perlu diketahui oleh semua rakyat yang tinggal dalam negara yang telah mencapai kemerdekaan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,patriotisme bermaksud sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air yang lahir dari jiwa yang kental dan berani. Selain itu, dapat diterangkan di sini juga tentang patriotisme bukan sahaja perasaan sayang kepada negara malah juga meliputi perasaan cinta dan semangat sayangkan bangsa yang mendiami tanah air. Patriotisme juga dapat diterangkan dengan lebih lanjut iaitu satu perasaan yang bersifat spiritual. maksudnya ialah satu rasa kecintaan yang mendalam,subur dan kental terhadap negara yang didiaminya sendiri, contohnya negara Malaysia. Bagi merealisasikan semangat patriotisme ini, perlulah disertai dengan nilai seperti kesungguhan, kebebasan, keyakinan, dan keberanian dalam mempertahankan negaranya daripada golongan penjajah yang ingin menjatuhkan negaranya. Bagi pendapat saya, dengan adanya semangat patriotisme dalam diri setiap warganegara yang mendiami di negara Malaysia ini maka mereka haruslah memastikan negara Malaysia sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera.
Di sini dapat dibuktikan sekali lagi apabila satu fakta telah diketemui tentang semangat patriotisme ini iaitu Malcolm X pernah berkata bahawa " Kita tidak boleh dibutakan oleh patriotisme sehingga mengabaikan realiti. Yang salah tetap salah, tidak kira siapa yang melakukannya atau siapa yang mengatakannya".
Semangat patriotisme bukan sahaja dapat dibuktikan dengan laungan lagu negaraku, kibarkan bendera dan juga melaungkan "MERDEKA" tetapi semua perkara dari semua aspek perlu ada dan cukup untuk melahirkan seorang individu yang mencintai negara.
Oleh yang demikian, bagi melahirkan masyarakat yang cintakan akan negara, pelbagai jalan perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi meneruskan lagi perjuangan negara dalam melahirkan sebuah negara yang aman damai dan maju setanding dengan negara maju seperti China, Jepun tanpa adanya pergelutan dan juga perbalahan antara rakyat..MALAYSIA BOLEH!!! 1 MALAYSIA, 1 SISWA.....

NORHAZWANY BINTI BAHARUDIN
95081
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN (PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-57997714598928122542009-10-12T13:08:48.339+08:002009-10-12T13:08:48.339+08:00Assalamualaikum..dan salam sejahtera..Persoalan te...Assalamualaikum..dan salam sejahtera..Persoalan tentang patriotisme sangat menarik untuk dibincangkan dan dihuraikan di sini kerana persoalan ini perlu diketahui oleh semua rakyat yang tinggal dalam negara yang telah mencapai kemerdekaan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,patriotisme bermaksud sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air yang lahir dari jiwa yang kental dan berani. Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air lahir dari jiwa yang kental terhadap tanah air. Selain itu, dapat diterangkan di sini juga tentang patriotisme bukan sahaja perasaan sayang kepada negara malah juga meliputi perasaan cinta dan semangat sayangkan bangsa yang mendiami tanah air. Patriotisme juga dapat diterangkan dengan lebih lanjut iaitu satu perasaan yang bersifat spiritual, iaitu rasa kecintaan yang mendalam,subur dan kental terhadap negara yang didiaminya sendiri, contohnya negara Malaysia. bagi merealisasikan semangat patriotisme ini, itu perlu disertai dengan nilai seperti kesungguhan, kebebasan, keyakinan, dan keberanian dalam mempertahankan negaranya daripada golongan penjajah yang ingin menjatuhkan negaranya. bagi pendapat saya, dengan adanya semangat patriotisme dalam diri setiap warganegara yang mendiami di negara Malaysia ini maka mereka haruslah memastikan negara Malaysia sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera.
di sini dapat dibuktikan sekali lagi apabila satu fakta telah diketemui tentang semangat patriotisme ini iaitu Malcolm X pernah berkata bahawa " Kita tidak boleh dibutakan oleh patriotisme sehingga mengabaikan realiti. Yang salah tetap salah, tidak kira siapa yang melakukannya atau siapa yang mengatakannya".
semangat patriotisme bukan sahaja dapat dibuktikan dengan laungan lagu negaraku, kibarkan bendera dan juga melaungkan "MERDEKA" tetapi semua perkara dari semua aspek perlu ada dan cukup untuk melahirkan seorang individu yang mencintai negara.
oelh yang demikian, bagi melahirkan masyarakat yang cintakan akan negara, pelbagai jalan perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi meneruskan lagi perjuangan negara dalam melahirkan sebuah negara yang aman damai dan maju setanding dengan negara maju seperti China, Jepun tanpa adanya pergelutan dan juga perbalahan antara rakyat..MALAYSIA BOLEH!!! 1 MALAYSIA, 1 SISWA.....

NORHAZWANY BINTI BAHARUDIN
95081
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN (PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-89901228530518445492009-10-11T23:36:09.792+08:002009-10-11T23:36:09.792+08:00Patriotisme bermaksud semangat cintakan tanah air....Patriotisme bermaksud semangat cintakan tanah air.semangat ini wujud dalam diri sejak azali lagi.terpulang pada diri masing-masing samada untuk mempraktikkan atau tidak semangat tersebut.semangat ini semakin membara apabila muncul pejuang-pejuang yang sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk mempertahankan tanah air dan untuk mencapai kemerdekaan.
Jika kita lihat,masyarakat zaman dahulu mempunyai semangat patriotisme yang amat kuat.penduduk kampung sanggup bersama-sama pejuang mempertahankan tanah air.malah kaum wanita pun sanggup bersama-sama membantu memperjuagkan tanah air.
Demi mengenangkan jasa pejuang-pejuang jika sehingga berjaya mendapat kemerdekaan,setiap tahun Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan secara besar-besaran.walaupun ramai pejuang-pejuang kemerdekaan telah meninggal dunia,namun jasa mereka tetap dalam ingatan dan dikenang.
Namun,sayang kebanyakan masyarakat zaman kini semakin mengabaikan rasa semangat patriotisme.kebanyakan mereka sibuk dengan tugasan masing-masing sehingga terlupa tanggungjawab terhadap negara seperti mempraktikan semangat cintakan tanah air.
Untuk menunjukkan semangat Patriotisme tidak semestinya kita pergi berperang.tetapi semangat ini boleh ditunjukkan dengan menjaga alam sekitar seperti tidak membuang sampah merata-rata.selain itu,ada juga sesetengah rakyat Malaysia berjaya mengharumkan nama Malaysia ke seluruh dunia seperti mendaki gunung Everast,mencipta nama berenang diselat Inggeris dan macam-macam lagi.
Oleh itu,marilah sama-sama kita menanam semangat Patriotisme yang semakin dilupakan ini.Jika bukan kita yang menanam semangat Patriotisme,siapa lagi yang akan mempunyai semangat ini.
NOOR EMEY ALIZA ABDUL GHANI
95047Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-70120010968670796922009-10-11T02:05:26.864+08:002009-10-11T02:05:26.864+08:00Salam 1 Malaysia...
Patriotismenya adalah semanga...Salam 1 Malaysia...

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa.

Patriotisme mempunyai pelbagai definisi yang boleh kita fahami dan amati. Antara definisi patriotime yang dirujuk dari pelbagai kamus dan ensaiklopedia Melayu dan Inggeris ialah :
"Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air".
"Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara".
"Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa".
"Cinta dan setia kepada negara".
"Dedikasi yang tinggi kepada negara".
"Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya".

Di dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sekali. Di atas kepentingan patriotisme, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, “tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja”.

Kini negara kita boleh berbangga dengan adanya pelbagai bentuk pasukan sukarelawan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), RELA, Palapis Tentera Darat, Palapis Tentera Laut, Palapis Tentera Udara, Pertahanan Awam dan macam-macam lagi. Adalah menjadi agenda kepada pembentukan ketahanan sahsiah diri yang berupaya membawa anak bangsa menjadi warga negara yang berjiwa kental, bersemangat waja dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang.

Semangat patriotisme rakyat terutama generasi pasca merdeka perlu sentiasa dipertingkatkan melalui pelbagai program yang menjurus ke arah itu. Kita perlu menerima hakikat, manusia seringkali mudah lupa untuk melihat kembali sejarah. Sebab itu, semakin lama usia kemerdekaan negara, semakin mudah rakyat khususnya generasi selepas era tersebut lupa akan pentingnya semangat patriotisme ini meskipun dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan. Yang jelas, masyarakat hari ini sudah berada dalam zon selesa, makmur dan bebas melakukan apa sahaja. Lantas, ancaman seperti pengaruh budaya liar menyusup masuk ke dalam jiwa tanpa disedari.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral. Selain itu juga bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar putih tulang, jangan putih mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya.

1 Hasrat, 1 Semangat, 1 Tekad
~Norshamiza binti Azizan~
Major Perancangan, Pengurusan & Pembangunan.
PP Sains Kemasyarakatan, USMAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-37626750650631009002009-10-10T22:19:23.001+08:002009-10-10T22:19:23.001+08:00Semangat patriotisme sememangnya harus wujud dalam...Semangat patriotisme sememangnya harus wujud dalam diri setiap warganegara sesebuah tempat. Tidak kira bagaimanapun semangat itu ditunjukan atau ditonjolkan, yang penting ialah keikhlasan seseorang itu terhadap tanah tumpah darahnya. Walaupun dengan memakai pakaian serta menggunakan barangan buatan luar negara sekalipun tidak bermakna semangat itu tidak ada. Ia bergantung kepada pemahaman individu itu masing-masing dan cara bagaimana mereka lakukan. Namun matlamat tidak menghalalkan cara dan itu perlu diingat supaya tindakan kita melampaui norma-norma manusia dan undang-undang yang ada. Perasaan patriotisme ini perlu dididik sejak dari awal kerana ia tidak lahir bersama-sama kita sewaktu bayi. Tanpa semangat ini kita akan menjadi seperti kacang yang melupakan kulit. Pembangunan yang berlaku dalam Negara kini adalah salah satu cara kita selaku rakyat menunjukkan bahawasanya kita mempunyai semangat patriotisme dan setiap orang berhak menunjukkan dengan cara masing-masing.

SITI SAFAWATI BINTI MUSTAFA,95143Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-67987343035281340992009-10-09T21:49:56.345+08:002009-10-09T21:49:56.345+08:00pada pendapat saya, patriotisme lahir dari kata da...pada pendapat saya, patriotisme lahir dari kata dasar patriotik yang bermaksud cinta akan negara dan juga bangsa. semangat patriotik inilah yang dikatakan patriotisme. jika disoal tentang sejauh manakah semangat patriotisme di kalangan rakyat malaysia sudah pasti jawapannya semua rakyat memiliki perasaan tersebut namun adakah setiap individu itu betul-betul mempunyai semangat ini? sebagai contoh, pekara yang paling kecil iaitu meletakkan bendera di kenderaan, adakah ia hanya relevan pada hari kemerdekaan sahaja sedangkan semangat ini harus ada dalam individu pada setiap masa.
jika diteliti patriotisme ini boleh terbahagi kepada dua iaitu patriotisme yang baik dan juga melampau(taksub). bagi patriotisme yang baik, ia mampu meningkatkan perasaan cinta akan negara ke tahap yang mengagumkan.sebagai contoh, memperingati hari kemenangan negara iaitu hari kemerdekaan merupakan satu impilkasi positif semangat patriotisme. namun bagi patriotisme yang taksub ia mampu membawa kesan yang negatif kerana ia akan mendatangkan munasabah kepada negara kita sendiri. sikap seperti ini sering menimbulkan peperangan dan implikasinya dirasai oleh seluruh warganegara itu sendiri.sebagai contoh, pada suatu ketika dahulu negara kita digemparkan dengan seorang rakyat yang kurang mempunyai semangat patriotisme dengan menunjukkannya melalui gubahan lagu yang menghina negara malaysia sendiri. kejadian ini sangat menyakitkan setiap rakyat malaysia. semua contoh-contoh ini hanya berdasarkan perlakuan sahaja belum lagi menyentuh kepada pemikiran tentang patriotisme.
dari segi pemikiran, kebanyakan rakyat kita masih belum dapat menangkis segala pengaruh luar iaitu masih bangga dengan pemahaman dunia luar sama ada dari segi budaya, percakapan, muzik dan sebagainya. keadaan ini mengambarkan bahawa kita masih berada di tahap yang memuaskan dalam meniti semangat patriotisme sedangkan seharusnya kita berbangga dengan negara tempat kelahiran kita, malaysia. walau apapun yang terjadi negara kita tetap negara yang kita harus sanjungi. bak kata pepatah" hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".
akhir sekali,patriotisme ini harus ada dalam setiap sanubari rakyat dan ia juga harus diterapkan terutama dalam pendidikan agar generasi muda sedar tentang hakikat patriotisme yang sebenarnya. bukan hanya dilaungkan sahaja tetapi harus diaplikasikan selalu. semoga setiap rakyta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara malaysia.
sekian terima kasih.

CHING SAI LING,
94964,
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN, USMAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-48777676892763404122009-10-09T21:19:39.778+08:002009-10-09T21:19:39.778+08:00persoalannya "apakah itu patriotisme?".....persoalannya "apakah itu patriotisme?"..banyak jawapan yang kita boleh ungkaikan berdasarkan pemahaman dan pendapat bagi setiap individu sama ada dari perspektif lahiriah mahupun rohani. bagi saya pula,ia merupakan semangat cinta akan negara yang menjadi tanah kelahirian kita sendiri.Seperti di malaysia,semangat patriotisme itu terpancar sekali dalam kalangan penduduknya apabila kita sama2 meraikan hari kemerdekaan setiap tahun iaitu pada 31 ogos.Semangat patriotisme ini dapat dibuktikan melalui perilaku kita sendiri contohnya tidak melakukan jenayah,patuh kepada undang-undang negara,menghormati lagu negara ku..disamping itu juga semangat patriotisme itu boleh ditunjukkan berdasarkan 5 rukun yang telah termaktub dalam perlembagaan malaysia sebagai teras utama dalam menyatupadukan rakyat di negara kita walapun terdiri daripada pelbagai kaum,agama dan bangsa.Disamping itu juga,sejarah lepas turut mengingatkan kita kembali sejauh mana semangat patriotisme yang ada pada askar2 tanah melayu mempertahankan tanah melayu daripada jajahan kuasa asing.Pengorbanan mereka itulah yang menjadikan semangat patriotisme perlu ada pada setiap individu.Apalah gunanya kita hidup sebagai rakyat malaysia jika kita tiada sikap patriotisme dan identiti sebagai rakyat malaysia.Membeli barangan buatan negara kita sendiri juga sudah melambangkan semangat patriotisme.Kita tidak mahu jika kita tinggal di malaysia tetapi minda dan diri kita dijajah oleh budaya asing kerana tiadanya nilai patriotisme.Terutamanya pada masa sekarang ramai dalam kalangan rakyat kita tidak seperti penduduk pada zaman dahulu,seolah-olah semangat itu kian luntur.Segelintir masyarakat hanya melaungkan perkataan "Merdeka" pada 31 ogos sahaja dan itu seolah2 omongan semata-mata pada hari bersejarah itu sahaja dan bukannya untuk hari-hari yang lain. Wahai anak bangsaku,bangkitlah dari dunia khayalan mu..marilah kita bersama2 menyemaikan semangat patriotisme tanpa mengira walau di mana anda berada,ingatlah bahawa kita adalah 1 malaysia. Dan tonggak utama kita untuk mencapai hasrat ini adalah hanya satu iaitu 'perlu adanya semangat patriotisme yang tinggi untuk mempertahankan negara serta menjaga imej negara supaya tidak terus dijajah oleh pemikiran-pemikiran budaya2 asing"

Madline Sadi,
94993,
Pusat Pengajian sains kemasyarakatan..usmAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-31482322912246440772009-10-09T20:30:57.749+08:002009-10-09T20:30:57.749+08:00Patriotisme merupakan semangat yang murni, kental ...Patriotisme merupakan semangat yang murni, kental dan bebas daripada sentimen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan setia kepada nusa dan bangsa. Biasanya, patriotisme ini lahir dalam diri seseorang apabila adanya sifat atau sikap yang dilakukan terhadap sesuatu perkara dengan keikhlasan hati, kesukarelaan diri dalam dalam melibatkan diri terhadap sesuatu agenda, kesanggupan, kesungguhan serta mempunyai komitmen yang tinggi dalam mempertahankan kemerdekaan negara serta kedaulatan bangsanya. patriotisme ini lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang untuk menegakkan keadailan dalam usaha mereka untuk mengharumkan nama negara, agama, dan bangsa. Hal ini selaras dengan objektifnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, keharmonian, perpaduan, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggugugat oleh sesiapa. Dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama, melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara. Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar merangkumi aspek kepintaran dan kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan. Individu perlu menitikberatkan elemen kredibiliti dan integriti, kreativiti dan produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan, kemerdekaan dan kedaulatan. Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme tidak berasaskan prinsip-prinsip ini, ia mungkin akan mewujudkan ekstremisme. oleh yang demikian, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di negara ini perlulah lebih terancang, fokus dan menyeluruh. Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan di peringkat yang paling rendah dan asas sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Semangat ini harus disubur dari semasa ke semasa agar generasi yang akan datang akan tahu apa itu nilai patriotisme dan sentiasa disemai dalam sanubari mereka tentang patriotisme ini. Proses ini haruslah didokongi oleh semua bangsa kerana patriotisme bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan. Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba, mempunyai kemantapan budaya, politik yang bebas dari pengaruh universalisme, perpaduan yang teguh dan semangat perjuangan yang tinggi. contoh patriotisme boleh dilihat melalui semangat individu dalam melakukan pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi selat Inggeris, memacak dan mengibarkan jalur gemilang di puncak Gnunug Everest. menghormati lagu Negaraku, menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh makna dan sebagainya.
sekian terima kasih.

NURSYAHIDA BINTI GHAZALI (95103)
PP.SAINS KEMSYARAKATAN (USM)syamidanoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-18551931328216807302009-10-09T13:03:00.130+08:002009-10-09T13:03:00.130+08:00patriotisme.. menarik untuk dibincangkan bersama. ...patriotisme.. menarik untuk dibincangkan bersama. Sejenak berfikir, mungkin daripada kita mengatakan bahawa patriotisme berkait rapat dengan kemerdekaan. Tidak dapat disangkal bukan? ada ketikanya kita berfikir tentang patriotisme ini ketika menyambut kemerdekaan..

Patriotisme lebih membawa maksud semangat cintakan tanah air. Walaubagaimanapun, bagi saya patriotisme adalah satu semangat dan kebanggaan kepada kita dalam menjaga kepentingan bersama pelbagai aspek tidak kira aspek sosial, politik atau ekonomi.
Dalam aspek sosial misalnya, penerimaan pemikiran generasi muda terhadap budaya barat, apakah itu semangat patriotisme mengekalkan budaya bangsa ketimuran kita? Pemikiran kita tidak seharusnya menjurus ke arah itu kerana apa yang mendatangkan keburukan tidak seharusnya diterima. Semangat patriotisme untuk mengekalkan budaya bangsa semakin luntur dengan adanya anasir-anasir luar yang cukup menguasai generasi kita.

Apa yang perlu kita fikirkan adalah, apakah sama semangat kita seperti orang-orang terdahulu yang sanggup mempertaruhkan nyawa, wang ringgit untuk keamanan dan semangat mereka atau kita hanya sekadar mengucapkannya..

Norasmahani abd aziz
95075Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-10747490894665802352009-10-09T12:13:03.630+08:002009-10-09T12:13:03.630+08:00Pada pendapat saya semangat patriotisme merupakan ...Pada pendapat saya semangat patriotisme merupakan satu perasaan cinta terhadap negara dan tanah air dimana seseorang itu dilahirkan. Patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui sambutan hari kemerdekaan sesebuah negara malah dapat ditunjukkan melalui sumbangan masyarakat terhadap negara. Ini dapat ditunjukkan melalui sumbangan dalam pendidikan seperti mendidik anak bangsa di sekolah, institusi pengajian tinggi, membuka perniagaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.
Daripada pernyataan di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui kerjaya politik. I ajuga dapat dibuktikan dengan penglibatan atau kejayaan warganegara dalam bidang kesukanan,ketenteraan dan sebagainya.
Selain daripada itu, kita boleh menunujukkan semnagat patriotisme dengan melakukan sesuatu yang lebih memihak kepada negara sendiri. Ini termasuk dalam aktiviti seharian seperti membeli barangan buatan tempatan sepertimana yang diharap-harapkan oleh kerajaan melaui kempen "belilah barangan buatn Malaysia". Sepatutnya, sebagai warganegara yang ikhlas dalam membuktikan semangat patriotisme ini, mereka seharusnya membeli barangan buatan Malaysia secara ikhlas dan niat itu perlu datang daripada jiwa seseorang warganegara, bukan melalui paksaan pihak tertentu seperti desakan melalui promosi dan tindakan undang-undang daripada pemerintah.
Kesimpulannya, patriotisme yang tulen adalahdatang daripada keikhlasan dan jiwa warganegara tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak supaya mereka berbuat demikian.

Daniel Ugih Anak Echoh 94965Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-2729988120627611952009-10-09T12:12:01.101+08:002009-10-09T12:12:01.101+08:00Pada pendapat saya semangat patriotisme merupakan ...Pada pendapat saya semangat patriotisme merupakan satu perasaan cinta terhadap negara dan tanah air dimana seseorang itu dilahirkan. Patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui sambutan hari kemerdekaan sesebuah negara malah dapat ditunjukkan melalui sumbangan masyarakat terhadap negara. Ini dapat ditunjukkan melalui sumbangan dalam pendidikan seperti mendidik anak bangsa di sekolah, institusi pengajian tinggi, membuka perniagaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.
Daripada pernyataan di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa patriotisme bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui kerjaya politik. I ajuga dapat dibuktikan dengan penglibatan atau kejayaan warganegara dalam bidang kesukanan,ketenteraan dan sebagainya.
Selain daripada itu, kita boleh menunujukkan semnagat patriotisme dengan melakukan sesuatu yang lebih memihak kepada negara sendiri. Ini termasuk dalam aktiviti seharian seperti membeli barangan buatan tempatan sepertimana yang diharap-harapkan oleh kerajaan melaui kempen "belilah barangan buatn Malaysia". Sepatutnya, sebagai warganegara yang ikhlas dalam membuktikan semangat patriotisme ini, mereka seharusnya membeli barangan buatan Malaysia secara ikhlas dan niat itu perlu datang daripada jiwa seseorang warganegara, bukan melalui paksaan pihak tertentu seperti desakan melalui promosi dan tindakan undang-undang daripada pemerintah.
Kesimpulannya, patriotisme yang tulen adalahdatang daripada keikhlasan dan jiwa warganegara tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak supaya mereka berbuat demikian.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-44057607349198097632009-10-09T03:44:40.383+08:002009-10-09T03:44:40.383+08:00Istilah patriotisme membawa maksud yang amat berma...Istilah patriotisme membawa maksud yang amat bermakna dan menjadi unsur penting bagi menyemarakkan semangat cintakan tanahair. Kepada sebahagian besar penduduk Malaysia, terutamanya generasi muda, semangat patriotisme atau perasaan dan rasa cinta kepada negara masih belum difahami ertinya yang sebenar. bagi saya pula patriotisme membawa maksud semangat cintakan negara..sayang dan bangga akan negara kita ini..banya maksud yang boleh diterjemahkan dengan perkataan patriotisme ini. setiap orang ada maksud yang tersendiri. pada saya , apapun maksud yang diterhemahkan ia seharusnya tidak lari dari tujuan atau kunci utamanya iaitu cinta akan negara. selain itu patriotisme pada saya juga adalah semnagat untuk mempertahankan negara, menjaga serta mengekalkan keamanan negara ini.
contoh semangat patriotisme ialah contohnya apabila tiba musim sambutan kemerdekaan kita pastinya tida sabar untuk melaungkan merdeka apabila jam tepat menunjukan pukul 12. hal ini kerana semangat cintakan kemerdekaan dan cintakan negara yang ada dalam jiwa kita. kita juga sering melihat ada antara warganegara kita yang sanggup berhabisan duit membuat pelbagai rekaan corak pada kereta mereka dengan lamang bendera malaysia dan sebagainya. hal ini kerana beliau mempunyai semangat patriotisme yang menebal serta berbangga dengan apa yang eliau kecapi hari ini. contoh lain ialah, contohnya apabila kita menonton siaran sukan, samaada perlawanan badminton atau pun sukan2 lain yang mana menunjukkan penyertaan malaysia. apakah perasaan anda jika melihat wakil negara kita mencapai kemenangan? pada saya, saya sangat berbangga dan kadang2 tanpa saya sedarai saya seperti mahu menitiskan air mata melihat kejayaan ini. hal ini kerana saya sangat gembira dan berbangga dengan pencapaian negara saya, kerana saya rasa adanya semangat patriotisme itu dalam jiwa saya. walaupun bukan saya yang menang tapi kemenangan itu adalah untuk negara saya. oleh itu sama2 lah kita memelihara keamanan negara ini dengan menanamkan semnagat patriotisme dalam jiwa masing2. saya anak malaysia! salam 1 malaysia.

nurul farhana binti ali
95110Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-87959693890084141732009-10-09T02:29:40.226+08:002009-10-09T02:29:40.226+08:00kata2 ini sering didengar oleh generasi muda pada ...kata2 ini sering didengar oleh generasi muda pada masa kini : 'eh xde perasaan patriotisme ke kat diri korang erk?'sekiranya sewaktu menyambut ulangtahun kemerdekaan adalah sambil lewa. Tidak memasang/mengkibarkan bendera malaysia di rumah, di kereta,ataupun tidak menyanyikan lagu negaraku dengan betol dan semangat,adakah ini sebenarnya yang dimaksudkan dengan patriotisme oleh generasi muda pada masa kini.? dan ape pula yang dimaksudkan dengan patriotisme oleh generasi terdahulu?mungkin generasi muda pada masa kini, patriotisme kepada mereka hanya terhad kepada semangat cintakan negara dan tanah air.tetapi perasaan patriotisme semakin kuat, apabila adanya buku-buku sejarah di sekolah, dimana pengalaman dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu mamstikan negara kita bebas dijajah tercatat di dalam buku sejarah, dan semanagt ini lah yang telah mendorong generasi muda pada masa kini,hormat kepada tokoh terdahulu dan menjadikan 31 ogos sebagai tarikh keramat kita dan meyambutnya dengan begitu meriah.itu, mungkin dari perspektif generasi muda. Bagaimana dengan generasi terdahulu? yang berhadapan dengan keadaan dimana negara dijajah, darah tumpah di depan mata,banyak nyawa yang hilang.bg mereka, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi negara yang tercinta.
Rukun negara yang selalu dilaungkan juga merupakan salah satu perasaan patriotisme. Jika kita faham maksud disebalik rukun negara itu, sudah tentu kita betol-betol rakyat yang cintakan tanah air kita. sekian

norashikin mohamedAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-12467816608539521112009-10-09T01:49:35.850+08:002009-10-09T01:49:35.850+08:00Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mendifinasikan p...Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mendifinasikan patriotisme sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan yang kuat terhadap tanah air lahir dari jiwa yang bangga terhadap tanah airnya. Ia lebih bersifat spiritual, iaitu rasa kecintaan yang mendalam,subur dan kental kepada negaranya. Selain itu perlu disertai dengan nilai seperti kesungguhan, kebebasan, keyakinan, dan keberanian dalam mempertahankan negaranya. Dengan adanya semangat patriotisme ini dalam setiap diri warganegaranya maka akan memastikan negara sentiasa dalam harmoni dan sejahtera.
Petriotisme bukan bermakna kita mengibarkan jalur gemilang dan melaungkan merdeka, sebaliknya ia lebih dari itu. Semangat petriotisme bukan semata-mata perayaan, ia satu penghayatan yang mendalam oleh warganegaranya. Bulan Ogos pada setiap tahun menjadi bulan sambutan kemerdekaan, bagi memperingati detik-detik sejarah kemerdekaan tanah air. Pada bulan ini dapat dilihat kenderaan,bangunan dan jalan mula dihiasi dengan bendera. Juga pada bulan ini akan di isi dengan pelbagai aktiviti bagi berkait dengan kemerdekaan.
Adakah semangat patriotisme ini hanya pada bulan kemerdekaan atau berterusan dalam diri rakyat negara ini?. Ia merupakan persoalan yang tiada noktahnya, kerana dapat dilihat generasi muda kini kian pudar semangat cinta akan negara. Ini jelas dapat dilihat apabila anak muda dijajah pemikirannya dengan meniru cara pemakaian, gaya hidup dan pergaulannya dari barat. Oleh itu pelbagai usaha perlu dipergiatkan lagi bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan sanggup memperjuangkan negara apabila negera berhadapan ancaman.
Oleh itu semua pihak perlu bergabung bagi mengekalkan keamanan yang sedia ada. Keamanan yang kita nikmati hari ini lahirnya dari semangat patriotisme rakyat terdahulu. Warganegara perlu mengetepikan kehendak diri demi untuk memajukan negara.

NOR IMANI BINTI MAT SULAIMAN
95064
KERJA SOSIAL,USM.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-75633002686683883622009-10-09T00:46:31.197+08:002009-10-09T00:46:31.197+08:00Pada pendapat saya, patriotisme bukan hanya suatu ...Pada pendapat saya, patriotisme bukan hanya suatu kelakuan yang boleh menunjukkan semasa hari kemerdekaan. Akan tetapi, patriotisme merupakan orang bersemangat cinta kepada tanah air sendiri. Mereka adalah bebas pengaruh dari fizikal, tingkah laku, mental, dan lain-lain. Dengan semangat patriotisme, mereka akan tekun berusaha menjadi seorang warganegara yang berguna dan berkhidmat untuk Negara. Oleh sebab amereka harap lihat adalah Negara yang aman damai dan maju.

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu.Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya.

Dalam hal ini konsep patriotisme perlulah dilihat dalam makna yang lebih luas. Patriotisme hari ini adalah sebagai satu aspirasi yang perlu difahami oleh anak-anak bangsa hari ini supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka kepada tanahair mereka. Mereka perlu sentiasa peka akan kepentingan pendidikan yang boleh mencorakkan masa hadapan yang gemilang jika mereka berusaha bersungguh-sungguh dan setelah mendapat kepakaran tertentu mereka perlu berkhidmat kepada negara ini dan membina idea-idea tertentu untuk memajukan negara dan bukannya memusnahkan negara seperti seperti segelintir anak-anak belia hari ini yang menggunakan kepakaran yang mereka ada untuk tujuan yang tidak bermoral.

Persoalannya???? Mengapa pejuang patriotisme perlu diagung-agungkan? Patriotisme dan nasionalisme sebenarnya mempunyai suatu kuasa luar biasa yang boleh mengundang kekuatan yang istimewa. oleh itu, masyarakat harus menanamkan semangat cintakan negara bagi menjaga keamanan dan kemakmuran negara yanga akan berterusan sehingga generasi akan datang.

ROSDI BIN OSMAN
98878
PPSK USM MAJOR KERJA SOSIALAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-91136254801034399972009-10-09T00:10:13.382+08:002009-10-09T00:10:13.382+08:00'Merdeka', 'Merdeka', 'Merdeka...'Merdeka', 'Merdeka', 'Merdeka'. Laungan keramat ini akan bergema setiap kali sambutan ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos. Semangat petriotisme dalam kalangan masyarakat dapat dilihat dengan nyata dalam setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Patriotisme juga adalah mengutamakan kecintaan kepada negara terlebih dahulu. Patriotisme yang sebenarnya juga adalah untuk mewujudkan keharmonian sesama manusia, melakukan keadilan dan menegah kezaliman. Semangat mencintai negara dan bangsa yang ditiupkan adalah untuk mengimbangi kecenderungan negatif yang mungkin terdapat pada negara dan bangsa lain bukannya untuk memulakan permusuhan. Patriotisme yang sebenar juga bukan bermaksud seseorang itu merelakan negara atau bangsanya mencabul dan menzalimi orang lain. Akhir-akhir ini kita melihat senario masyarakat Melayu khususnya sebagai 'tuan' asal Malaysia bumi bertuah ini kelihatan luntur patriotisme. Persoalannya apakah patriotisme. Mengapa pejuang patriotisme perlu diagung-agungkan? Patriotisme dan nasionalisme sebenarnya mempunyai suatu kuasa luar biasa yang boleh mengundang kekuatan yang istimewa. oleh itu, masyarakat harus menanamkan semangat cintakan negara bagi menjaga keamanan dan kemakmuran negara yanga akan berterusan sehingga generasi akan datang.

ZURAIZI BT YUSOFF
(95173)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-71666620237450746312009-10-08T23:50:56.740+08:002009-10-08T23:50:56.740+08:00Pada pendapat saya, patriotisme merupakan satu sem...Pada pendapat saya, patriotisme merupakan satu semangat atau perasaan kecintaan terhadap negara dan bangsa dalam diri individu. Sewajarnya, setiap individu mempunyai perasaan dan semangat ini supaya mereka dapat menilai dan terus berusaha untuk menjaga dan memelihara keamanan serta keharmonian yang kita miliki kini. Patriotisme sebenarnya, bukanlah sekadar merayaikan hari kemerdekaan, melaungkan kata merdeka, mengibarkan bendera atau menyanyikan lagu negaraku. namun, ia seharusnya ada dalam hati setiap individu yang mana, perasaan dan semangat ini terus mekar dan sebati dalam diri mereka. seterusnya, mereka akan menjalani dan menikmati kehidupan dengan mengamalkan cara hidup yang betul dan tidak terpesong atau berbentuk fanatik. patriotisme juga merupakan suatu inspirasi yang boleh diterapkan dan dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia bermula di peringkat awal lagi seperti di bangku sekolah lagi. dengan adanya semanagat ini dalam diri, kita kan kuat untuk terus menghadapi pelbagai cabaran di masa depan selain tidak mudah berasa goyah akan risiko yang mungkin terpaksa di hadapi.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1456581832201210484.post-88322097043880053702009-10-08T23:11:27.416+08:002009-10-08T23:11:27.416+08:00Patriotisme merupakan semangat cintakan negara. Se...Patriotisme merupakan semangat cintakan negara. Semangat patriotisme ini harus diterapkan kepada diri individu sejak azali lagi untuk membentuk semangat jati diri dan cintakan negara. Semangat ini amat penting kerana muda mudi masa kini semakin nipis semangat cintakan negaranya. Apa perasaan rakyat Malaysia jika dia melihat benderanya di bakar oleh rakyat negara asing? Mungkin ada yang menganggap bahawa itu hanya sehelai kain yang di bakar, tetapi di sebalik itu semua ada perkara yang penting perlu di ingatkan bahawa dengan adanya semangat patriotisme, kita akan menjadi marah dan amat garam dengan perlakuan begitu. Semua ini wujud sekiranya ada semangat cintakan negara. Semangat ini begitu penting untuk semua warganegara Malaysia untuk sayang akan negara dan mengelakkan diri daripada di jajah secara fizikal dan mental.

NURUL FARAHANA BINTI MOHAMED IDRIS
95109Nurfarahhttps://www.blogger.com/profile/17027677696634104448noreply@blogger.com