SELAMAT DATANG KE PESTA MAKAN
11 OGOS - 9 SEPTEMBER
TEMPAT: HOTEL/KELAB/RESTORAN DI SELURUH MALAYSIA
HARGA: 'BERPATUTAN'
HARGA: 'BERPATUTAN'
Menjelang sahaja bulan Ramadhan, hotel/kelab/restoran pun berlumba-lumba menawarkan hidangan berbuka puasa. Harga pula terpulang kepada lokasi. Setakat standard Darulaman Golf & Country Club baru RM38++. 'No class' bagi sesetengah warga Malaysia.
Menu istimewa - daging rusa setiap hari Jumaat
Untuk warga KL, RM99++ 'reasonable' lah untuk jamuan berbuka puasa. Kalau nak 'sikit atas', pergi Hotel Istana...baru RM110++ seorang sahaja. What is there...man...Setahun...hanya sebulan sahaja. Betul tak?
Sungguh pemurah orang Islam di Malaysia. Terdapat syarikat-syarikat swasta dengan rela hati menaja majlis berbuka puasa khusus untuk golonganka berkemampuan tertentu...bukannya untuk golongan 'homeless' yang berkeliaran di kawasan tertentu, terutama di KL. Mujurlah ada banyak NGO yang sanggup mewujudkan 'street kitchens' bagi golongan malang ini. Masalahnya, pertubuhan-pertubuhan ini kekurangan dana untuk meneruskan tanggungjawab sosial ini dan terpaksa merayu untuk mendapatkan dana untuk menampung kos yang sentiasa meningkat.
Dengan ilmu agama yang cetek ini, saya ingatkan lebih afdal bersedekah kepada mereka yang kurang mampu... bukannya kepada yang termampu. Namun demikian, apabila difikirkan sejenak, apa keuntungan diperolehi sekiranya menjamu golongan merempat ini? Baik jamu mereka yang berkemampuan bagi menghargai 'jasa & kerjasama' yang diberikan. Kerana mereka inilah maka mereka (syarikat) menjadi begitu 'pemurah'. He...He...He.

Saya 'tertonton' program 'Rasa Halal Orient - Kemboja' di saluran Oasis yang memaparkan sebuah sekolah agama 'Cambodia Islamic Centre'. Waktu makan, hanya satu talam nasi dan ikan kering/sayur dimakan bersama 5-6 orang, tanpa minuman. Nak minum...pergi teguk di paip air. Malam...tiada apa untuk dimakan. Malam...gelap gelita kerana ketiadaan elektrik. Nak rasa masakan daging? Jangan harap!!
Tapi, masih banyak syarikat, NGO dan individu yang prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Ada syarikat dan individu yang menaja berbuka puasa sepanjang Ramadhan kepada rumah-rumah anak yatim. NGO seperti Islamic Relief Malaysia (IRM) memberi sumbangan berbentuk 'sembako' (9 barangan pokok/asas) kepada Rumah Kebajikan di Jakarta Utara, Indonesia, melalui program 'Bantulah Mereka Berbuka Puasa'. Sesiapa yang berminat, anda boleh menyumbang RM50 bagi 1 pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga. Sila layari laman web www.irm.org.my. Apa salahnya mengiklankan benda yang baik. Dan banyak lagi...Syukur Alhamdulillah.
Dalam keseronokan berpesta makanan, jangan lupa menghayati peringatan ini...

'Forum' Utusan Malaysia - 6 Julai 2010
Ingatkan puasa ini dapat menginsafkan golongan yang berada terhadap mereka yang daif...tetapi sebaliknya!! Eh...Eh...Maaflah kerana tersasul sikit. Apa yang saya nak menyebuk sangat ini...bukannya duit saya. Suka hati merekalah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui nawaitu seseorang hambaNya. Saya hanya mampu berdoa agar diterimaNya amal ibadat saya. Di mana saya berbuka puasa? Sudah tentulah di rumahku....syurgaku. Dijamin bersih, halal dan tanpa was-was.