Pengikut

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ageing Process

Since 4-5 months ago, I've this neck problem...It hurts whenever I turn my head to the right or left. I have difficulties whenever I have to reverse the car. I told my golf buddies about this and, as expected, the reason given was 'silap bantal'. Pity the pillow for being the root cause of my problem! Well, I make them happy since they don't have to contribute 50 cents for my RM1.50-ice Nescafe at our favourite haunt - D'Kembung. Before this, being a good golfer, they had to subsidise my drink...He...He....He. 

Anyway, now let's be serious. I asked my physician-brother at Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, during the recent Hari Raya Aidilfitri of the likely cause of this 'discomfort'. 'Bang....that's the symptom of degeneration of the bones- cervical spondylosis. A process of ageing'. My understanding is that the bones are 'thinning' out due to wear and tear. In simple Malay ...tulang dah haus.  He asked me to have my neck x-rayed. But of course, I didn't take much heed of his advice  till last Thursday. On that day, while typing at the computer, the palm of my left arm became numb. It lasted for a few hours. The first thing that came to my mind was....Am I experiencing heart problem? Through reading and tales from friends, numb=heart attack. However, I didn't experience excruciating pain on the left side of the chest and there was no sweating at all. So, my deduction was that I'm not having heart attack. I told my wife that I'd go to RSAT the next day. 

Friday 14 Oct....Drove to RSAT. Before that, I made another call to my brother and told him of the situation. Again, he asked to x-ray the neck. When I explained to the doctor, he directed me to have my ECG taken. It's in the SOP (I presume) that numbness is associated with heart problem. So, here I was all wired up.....

ICG ECG at RSAT

ECG reports indicated my heart is normal for a 62 years veteran....so far so good. The next step was to x-ray the neck. The result confirmed my brother's suspicion...degeneration of C3 through C7! Remedy? None and I've to live with it throughout my entire life. Medication? None except that he gave me  vitamins, calcium tablets and a cream to relief the  joint and muscular pains. Massage? OK but only lightly and No...No...No the twisting of the head as practised by the Indian barbers. (You can try at the barber shop next door the 'Yat San Restaurant', Taiping. You can hear the 'krup....krup' sound). Anyway, no matter what....Syukur Alhamdulliah.

Frankly, I never like to take supplements like calcium or whatever. Maybe I should take 'Anlene'...who knows I may be picked as a co-actor of Datuk Michele Yeoh doing all those stunts. And, I've to find a new technique in my golf swing. I won't let my golf buddies have the pleasure of enjoying  their drinks at my expense. He...He...He.

Readers...Joke aside, take care of your health. You may have an 'everest of wealth', but if you're not in the best of health....what a waste! On the positive side, let others enjoy your toils.

PS: Maaf le kali ini tulis 'london' sikit disebabkan dah nak berkarat bahasa tersebut dek lama dah tak cakap/tulis dalam bahasa tu. He...He....He.

Khamis, 13 Oktober 2011

Tepuk Dada Tanya Selera

Masih lagi coretan yang ada kaitan dengan kehidupan yang perlu dihadapi di sini. Jadi, saya hantarlah surat berikut ke 'Forum' Utusan Malaysia. Tak sangka bebeno akhbar tersebut sudi menyiarkannya!

Klik untuk membaca

Tak terniat langsung nak mempersendakan sesiapa. Nawaitu saya hanyalah dengan harapan agar pandangan saya itu dapat 'menyedarkan' mereka yang 'terlupa' bahawa mereka akan berhijrah ke alam nyata satu-satu hari nanti. Itu pun jika diizinkan Allah, InsyaAllah.

Kalau laporan akhbar berikut semuanya beno dan tak ada yang tak beno...memang menakutkan....

Utusan Malaysia 12/10/2011

Semuanya terpulanglah kepada individu untuk mencorakkan masa hadapannya. Memang senang nak jadi susah... memang susah nak jadi senang. Wallahualam.

Selasa, 11 Oktober 2011

Beres

Saya telah 'copy & paste' coretan ini dan meng'emel'kannya, bersama nama & nombor telefon saudara 'X', kepada KP JHEV.  Pada 10.10.2011, jam 5.51 PM, saya terima  respons berikut.....

'Assalamualaikum Tuan, terima kasih diatas maklumat tentang xcommando tsb. Saya akan maklumkan Pej Jhev Negeri Kedah utk menjejaki veteran tsb. Dari maklumat yg Tuan berikan tu, kemungkinan veteran tsb dlm lingkungan umur 40 ke 50s sbb anak2 masih di bangku sekolah. Saya agak hairan juga mengapa beliau tidak mendampingi atau menghubungi mana2 pej Jhev yg berdekatan. Kami tidak mungkin dapat membantu sekiranya Jhev tidak di beritahu yg veteran memerlukan bantuan. Betul saperti yg Tuan coretkan itu bahawa adalah diluar kemampuan Jhev utk menjelajah seluruh pelusuk negara utk mengesan veteran2 yg perlukan bantuan. Saya juga hairan mengapa veteran tsb tidak memiliki KBT dan maklum tentang rawatan percuma yg beliau berhak menerimanya.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan tkasih kpd Tuan kerana telah mengemukakan masaalah veteran tsb kpd saya. Keperihatinan Tuan itu memang mulia dan kita sama2 berharap ramai lagi di luar sana dapat saling membantu kawan2 kita yg memerlukan bantuan, insyallah. Salam'.

Kes saudara X sekarang mendapat perhatian JHEV, syukur Alhamdulillah. Tut...Tut....pada hari yang sama, terima sms ini dari Jitra....

'Aslmkm Tuan, slm bajet 2012 bagi ex Atm yg xda pencen sakit kronik dpt bantuan sara hidup rm200 JHEV. Dulu nak sambung perkhidmatan  x boleh sbb darah tinggi je saya x faham, kerjasama tuan sngt2 saya harapkan'. 

Saya tidak begitu faham apa yang dimaksudkan. Adakah beliau bermaksud JHEV akan memberi RM200 sebulan kepada pesakit kronik yang tidak mendapat pencen seperti beliau? Saya akan hubunginya untuk mendapat penjelasan nanti, insyaAllah.

Isnin, 10 Oktober 2011

Menjejak Kasih

Baru-baru ni, saya menonton 'Berita Nasional' jam 1300. Berita yang kurang enak didengar ialah tentang seorang mantan (panggillah 'X') warga tentera yang terpaksa 'berhenti' daripada mendapat rawatan glaukoma yang dihadapinya kerana beliau lebih mementing pelajaran anak-anaknya. Ongkos untuk perubatan disalurkan kepada keperluan persekolahan anak-anaknya. Itulah satu pengorbanan seorang bapa terhadap anak-anak tercinta.    Ketika ini beliau mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sepertimana yang sudah diduga, ada 'good samaritan' yang berjanji akan membantu beliau mengatasi masalah kesihatan.

Jujur saya katakan, saya memang bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh saudara X. Namun demikian, terfikir oleh saya, mengapa keadaan seperti ini berlaku? Di mana silapnya? Pada saya ada 2 isu di sini. Pertama, KESIHATAN. Setahu saya yang tidak begitu arif tentang polisi ATM sekarang ini, beliau layak mendapat rawatan percuma di mana-mana hospital kerajaan, tak kira sama ada beliau seorang pesara atau pun tidak. Saya telah menghubungi pihak JHEV untuk mendapat kepastian. Saya dimaklumkan bahawa  semua para veteran layak mendapat rawatan percuma di mana-mana hospital kerajaan kecuali mereka yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab ada 'kes' mahkamah/disiplin. Sekiranya bukan pesara, beliau perlu membawa Kad Bekas Tentera (KBT). Kalau tiada kad tersebut, pergi ke JHEV berhampiran untuk mendapatkan Surat Jaminan. Jadi persoalan terpaksa berhenti daripada meneruskan rawatan, pada saya, kurang tepat.

Saya tak tahu tentang pandangan anda semua. Tetapi pada saya, laporan tersebut sedikit sebanyak memberi gambaran negatif terhadap ATM. Mungkin persepsi rakyat ialah ATM mengabaikan mantan warga mereka.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ATMlah satu-satunya agensi kerajaan Malaysia yang mewujudkan 1 jabatan khusus untuk menjaga kepentingan bekas anggota mereka...Jabatan Hal Ehwal Veteran. Sebelum menamatkan perkhidmatan pula, anggota LLP boleh mengikuti Kursus Peralihan (Resettlement Training) yang dikelolakan oleh PERHEBAT sehingga 18 bulan.  Dengan lain perkataan, mereka dilengkapkan dengan kemahiran bagi membantu mereka menghadapi kehidupan apabila bergelar 'orang awam' nanti.  Malah, keprihatinan kerajaan terhadap mantan warga ATM turut diberi peruntukan dalam bajet 2012 pada 17 Oktober 2011.

Mungkin ramai akan mempertikaikan mengapa pihak JHEV tidak 'menjejak kasih' warga veteran. Untuk makluman, staf JHEV Cawangan Pulau Pinang, Kedah & Perlis hanya mempunyai 2 orang pegawai dan 4 staf pentadbiran. Rasanya 'berat' juga bagi Pengarah & Penolong Pengarah untuk menjejak kesemua warga ATM di 3 negeri berkenaan.

Isu ke2 - BANTUAN KEWANGAN. Tentang isu ini, apa yang saya mampu lakukan ialah meng'emel'kan coretan ini kepada JHEV untuk pertimbangan mereka....Wallahualam.

Para Veteran....Jadikanlah tanggungjawab kita sendiri untuk memaklumkan pihak JHEV sekiranya memerlukan bantuan. Sekiranya telah dimaklum tetapi tiada siapa yang datang menjengok bertanya khabar, itu lain cerita. Oh ya, saya tak dapat apa-apa pun daripada JHEV terhadap coretan ini. He....He...He.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Seketika Di Wisma Perwira 6 RAMD

3 Oktober 2011....Saya sempat main golf 8 lubang  saja kerana ada temu janji dengan pegawai 6 RAMD.

6 RAMD - Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Mejar Adnan Shafie, pegawai yang kerap saya hubungi, menjemput saya ke Wisma Perwira pada jam lebih kurang 1030 untuk bertemu dengan Pegawai Memerintah (PM) dan lain-lain pegawai. Beliau telah mengatur pertemuan ini berlandaskan kepada surat yang telah saya faks kepada PM. Dalam surat tersebut, saya telah menyatakan bahawa saya telah mengabadikan kisah arwah 22297 Lans Koperal Saidi Bin Ismail, warga 6 RAMD,  yang terkorban ditembak pengganas komunis. Ketika saya mengambil beliau di LP pada waktu malam dengan kaedah 'winching', beliau hanya satu 'casevac' tapi bertukar status kepada 'bodevac' dalam pesawat.

Saya turut mendokumentasikan bagaimana Kapt (U) Chong Keng Lay yang telah ditembak oleh musuh ketika cuba mengambil seorang casevac 6 RAMD, Prebet Majeni.  Misi 'Combat Air Rescue' telah mengorbankan seorang anggota  Air Rescue Team, Lans Koperal Ismail PGB.   

Saya sangat terharu kerana PM menghargai sumbangan saya dengan menggalakkan pegawai beliau memperolehi buku tersebut. Sambutan sungguh menggalakkan.

Dari kiri: Mej Adnan (PMC), Lt Kol Robia'ai (PM)

Saya sungguh kagum dengan infrastruktur kem dan kemudahan di Wisma Perwira...Sungguh jauh bezanya dengan apa yang pernah saya alami! Dan, inilah kali pertama saya menjejak kaki ke mes pegawai Tentera Darat, khususnya unit infantri (menumpang di mes pegawai di barisan depan seperti Kroh semasa berkhidmat dulu, dah jadi kebiasaan) sejak beberapa dekad. Kali terakhir saya 'menumpang' atau singgah di mes pegawai 'proper' ialah pada awal 70'an - Mes Pegawai 1 Renjer di Kem Tambun, Ipoh; Pegawai Memerintah ialah Lt Kol 'Mike' Nasir. Kami membuat detasmen ketika terlibat dalam satu operasi - Ops Setia? - yang dilancarkan oleh 2 Briged di bawah panglimanya, Brig Jen Dato' Jaafar Onn. Kami diberi sebuah rumah kelamin berhampiran dengan mes pegawai. Melepaklah kami setiap malam di mes.

Bila dikenangkan semula kisah-kisah ini, nampak sangat saya ini seorang veteran!!

Pegawai Memerintah, Mejar Adnan & Semua Pegawai 6 RAMD....Terima kasih.

Rabu, 5 Oktober 2011

'Kampung Tenggelam'

Saya ada menerima cadangan daripada rakan seperjuangan untuk mencoretkan kisah pemindahan penduduk Kampung Temengor pada awal 1976. Operasi ini melibatkan pemindahan penduduk sebelum kampung tersebut ditenggelami air disebabkan pembinaan Ampangan Temengor. Masalahnya, susah nak meyakin mereka yang terbabit untuk menceritakan pengalaman tersebut.

Pada 1 Oktober, saya terbaca kisah 'Kampung Tenggelam' dalam Utusan Malaysia. Laporan ini menceritakan pengalaman penduduk yang terpaksa berpindah dan kenangan mereka tentang kampung halaman  yang sekarang berada di dasar tasik. Menurut cerita, pemindahan ini melibatkan seramai 124 keluarga yang terdiri daripada 625 penghuni Kampung Temengor; terdiri daripada Kampung Panggas, Kampung Bukit, Kampung Mingkong dan Kampung Kertei.
Kampung Temengor di dasar tasik

Proses pemindahan bermula pada 24 Jun 1976. Pagi-pagi lagi, 3 buah Nuri telah berlepas dari No 10 Skn, TUDM Kuantan, menuju ke Ayer Ganda, Gerik, untuk misi 'Ops Pindah'. Misi diketuai oleh Lt (U) Azmi  Ibrahim dengan krewnya - Lt (U) Yeow/Lt M (U) Nasrun/mendiang Sjn Hua: nama panggilan ialah 'GADING 489 ALPHA'.  Kapten pesawat 'BRAVO'  ialah Lt (U) Sharif Abbas (gambar) manakala 'CHARLIE' ialah  Lt (U) Sheikh Azhar. Mendarat saja di destinasi, mereka diberi taklimat oleh BASO (Brigade Air Support Officer) untuk mengeluarkan penduduk kampung pada hari itu juga. Ini kerana laporan perisikan menyatakan kemungkinan pengganas komunis akan cuba mensabotaj Operasi Pindah. Mana tidaknya, moral musuh sangat tinggi kerana hanya 2 bulan sebelum ini, iaitu 26 April 1976, petualang negara telah berjaya menembak jatuh sebuah Nuri di kawasan operasi Gubir yang telah mengorbankan kesemua 11 POB (Persons On Board). Kawasan Temengor pun apa kurang 'kepanasannya'.

Trup sudah pun diaturgerak ke kawasan tersebut bagi mempastikan  keselamatan. Anak kapal hanya dikehendaki membawa penumpang sahaja! Mereka diarahkan jangan mengambil barang-barang.

Maka bermulalah misi pemindahan. Oh mak datuk...Bukan main terkejut Bilik Gerakan Pangkalan (BGP) dan juga BASO apabila pesawat membuat transmisi '...POB 48' ketika berlepas dari kampung-kampung terbabit menuju ke Ayer Ganda! Menurut Lt (U) Sharif, purata POB yang dibawa beliau ialah 46 orang. Malah Lt (U) Azmi Ibrahim membawa 60 POB!!

Sumber: Dr Damanhuri

Sumber: Dr Damanhuri

'Confirm POB 48?'....AOC (Air Operation Center, Markas Udara) sendiri bertanya, bukannya BGP! Mana tak terkejut kerana had maksima POB hanyalah 33 orang sahaja dengan 30 seat belts untuk paxs (33 termasuk krew). Walau dalam apa keadaan sekali pun, faktor keselamatan penumpang tidak boleh dikompromi: semua paxs mesti di'strap' di tempat duduk. Kenalah mereka menjelaskan keadaan sebenar. Persoalan 'maximum AUW' tidak timbul kerana paxs yang mereka bawa terdiri daripada kaum hawa, orang-orang tua dan kanak-kanak. Bukan nak ceraikan mak dengan anak-anak, lagi pula, semua paxs dewasa distrap manakala kanak-kanak di atas riba atau didukung oleh ibu mereka.  Lt (U) Sharif menceritakan paxs naik Nuri 'sehelai sepinggang' saja. Dan, hanya dengan cara ini sahaja misi dapat dilaksanakan sebelum 'last light'. Kena fleksibel le sikit. Setelah kesemua orang awam selamat dikeluarkan, barulah trup diterbang ke Ayer Kala.

Jam penerbangan Lt (U) Azmi untuk misi ini ialah 6 jam 10 minit. Misi pemindahan dilaksanakan dengan jayanya dan ketiga-tiga burung  Nuri selamat mendarat di sarang mereka di Kuantan dengan disambut oleh laungan azan magrib. Mission successfully accomplished. 

Baca keratan akhbar tentang pengalaman seorang penduduk menaiki Nuri dalam operasi tersebut.

Warga Kampung Temengor ditempat di perkampungan baru yang disediakan oleh TNB...
Kampung Ganda Temengor

Lt Kol Azmi Ibrahim TUDM (B) & Kapt Shariff....Terima kasih. 

Ahad, 2 Oktober 2011

Berani Merubah

Krew Nuri saya sebelum 1981 untuk penerbangan VVIP hanyalah 3 orang sahaja - kapten, ko-pilot & Kuatermaster Udara (KU) (lihat catatan 'Buku Log' di sini). Nuri pula hanya dipasang dengan permaidani dan tempat duduk pula dialas dengan kusyen. Itu sahaja.

Nak tahu apa dia tugas KU? Pagi-pagi lagi beliau akan menarik Strecer Salleh yang dimuatkan 3 survival packs, bertin-tin minyak enjin, 'mae west', dll, ke dalam perut Nuri. Dan tentukan pam bahan api turut dinaikkan. Semua peralatan ini diatur dan di'strap' dengan rapi dan selamat. Kemudian, buat preflight check - panjat Nuri untuk menentukan bahagian enjin semuanya OK. Bila VVIP sudah naik, beliau masih berada di luar pesawat dengan 'fire extinguisher' bagi menentukan semuanya selamat untuk kapten 'start & engage rotor'. Lepas tu baru beliau naik pesawat. Dan, dalam penerbangan operasi di kawasan 'panas', beliaulah krew yang paling terdedah kepada tembakan musuh kerana beliau akan membuka 'cargo door' untuk 'mempatter' juruterbang ketika mendarat dan berlepas.

Ketika dalam penerbangan pula, beliau terpaksa menghidang para VVIP dan lain-lain penumpang. (Kalau penerbangan bermula dari TUDM KL, makanan dibekalkan oleh MAS Catering). Dengan 'flying suit' yang berpeluh-peluh tu, faham-faham sajalah baunya. Tambah pula kalau membuat penerbangan mengambil dua-tiga hari 'night stop'. Kesian KU!

Jadi, bila saya jadi Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, pada 1981, saya membawa 2 orang KU. Tugas KU tambahan ialah sebagai 'Permugara'. Beliau bertanggungjawab untuk melayan keperluan VVIP ketika dalam penerbangan.
4 orang krew untuk penerbangan VVIP. Dari kiri: Sjn Jaafar, Sjn Yeap, Lt M (U) Ridzuan

Lepas tu, terfikir pula mengapa permugara ni pakai flying suit? Mengapa tidak pakai baju tangan panjang? Jawabnya, saya telah menempah pakaian seragam untuk krew VVIP melalui Skuadron Bekalan.  Tak ada pula komen daripada Pegawai Memerintah apabila beliau melihat permugara dengan flying uniform baru ni.

Dengan uniform baru, kan ke nampak smart permugara tu...kapten pula yang nampak tak terurus dengan rambut tak bersikat. He...He...He.
Penerbangan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong ke Padang Sasar Kota Belud. Dari kiri: Sjn Hood (permugara), Lt (U) Ali, Lt Kol (U) Hussein, Sjn Yeap. 

Saya bersyukur kerana berjaya mempengaruhi kerajaan negeri Sabah untuk menganugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada 3 KU No 5 Skuadron. Penganugerahan ini TIDAK langsung melibatkan TUDM. Sepanjang menjadi Ketua Skuadron, tidak pernah pihak atasan pangkalan bertanyakan kami, Ketua-Ketua Skuadron/Cawangan, tentang pencalonan pingat untuk anak buah kami. Oleh kerana saya kerap membawa VIP Sabah, saya tidak melepaskan peluang ini dan telah 'sound-sound'kan sikit pada orang tertentu. Tut...Tut...Terpaparlah nama mereka dalam akhbar sempena Hari Kelahiran TYT Sabah pada 1 Oktober 1983. (Saya dianugerah BSK pada 1984 setelah dicalonkan secara rasmi oleh pihak berwajib).

Itulah kisah saya yang cuba membawa pembaharuan kepada Skuadron. Dedikasi kepada semua KUATER MASTER yang pernah berkhidmat bersama saya walau dimana sekali pun....Terima kasih.