Keghairahan PK menjadikan pilot nuri sasaran utama mereka terus memuncak. Markas Udara (MU) mengarahkan nuri mesti di'escort' dengan 2 Alouette Gunship (GS) di kawasan operasi tertentu dan sekurang-kurang 1 GS di kawasan lain. Kawasan Operasi Selamat Sawadee merangkumi negeri Perak, Kedah dan menyeberangi sempadan Thailand. Sebelum mendarat di LP, GS akan 'straff' kawasan berhampiran setelah mengambilkira kedudukan anggota keselamatan (AK); GS berlegar di udara semasa nuri berada di LP. Juga, pesawat F5E dan Tebuan turut digunakan untuk mengebom kawasan yang telah dikenalpasti. Seorang anggota RGK ditugas ikut bersama untuk menembak PK sekiranya nuri ditembak.
Setiap krew pula dikehendaki memakai 'fragmentation vest' dan membawa pistol mengguna 'shoulder holster' selain M16. Di masa itu, ves kalis peluru masih tiada dalam inventori TUDM. Sungguh tidak selesa, sudahlah panas, berat dan berbau pula!
Namun demikian, kami masih mengguna budi bicara sekiranya bantuan nuri diperlukan walaupun ketiadaan GS atau di waktu malam. Sortie-sortie' casevac ' dan 'resupply' yang melibatkan hidup mati anggota menjadi keutamaan.
Di satu senja, semasa detachment di Kroh, Pegawai Risek (PR) 6RAMD telah memohon kepada BASO (Brigade Air Support Officer), wakil MU, untuk nuri mengambil satu casevac di LP. Anggota tersebut telah ditembak di kepala dan masih hidup. BASO meluluskan permohonan tersebut tetapi memberitahu PR bahawa terpulang kepada saya sama ada bersetuju untuk membuat penerbangan tersebut. BASO sedia maklum nuri tidak dilengkap dengan peralatan untuk penerbangan malam. Peralatan paling canggih ialah 'mk2 eye-balls (mata)' sahaja. Memang kami membuat penerbangan malam tetapi melibatkan penerbangan dari 'airfield to airfield'. Ini ke LP di kawasan 'panas' dalam keadaan gelap dan memerlukan GS escort pula.
PR berjumpa saya dan betul-betul merayu manakala BASO hanya berkata '....up to you'. Saya bertanya pilot GS dan beliau bersetuju untuk meng'escort' saya. Bayangkan......sebuah nuri 'hovering' untuk winching casevac dengan 'flood and hover lights' terang menderang!! Lampu-lampu terpaksa dinyalakan untuk membantu KU mewinching casevac. KU memberitahu anggota tersebut telah meninggal dunia dalam pesawat. Satu lagi catitan statistik.
Syukur kepada Ilahi, hari tersebut tiada latihan menembak malam dalam jadual PK. Kalau tidak, kami akan dijadikan 'target practice'!
Untuk mendarat di Kroh, saya dan GS dipandu oleh lampu Land Rover. Beberapa buah Land Rover digunakan sebagai marker di 'grass strip'. Misi berjaya. TUDM tidak menghampakan TDM. Sebagai penghargaan, keesokan petang, Pegawai Memerintah 6RAMD telah menjemput kami untuk minum teh di mes pegawai beliau (khemah canvas).
Lain pula resepsi yang saya terima sekembali dari detachment. Penerbangan malam itu telah diketahui oleh Ketua Skuaderon. Saya telah di'jemput' ke pejabat beliau. Beliau mempersoalkan tindakan saya yang tidak mengambilkira risiko ke atas krew saya, krew GS, dan pesawat sekiranya PK mengambil tindakan untuk menembak kami. Saya hanya boleh memberitahu beliau bahawa sekiranya saya tidak melakukan penerbangan tersebut, anggota tersebut akan terkorban dan kemungkinan anggota-anggota keselamatan akan hilang kepercayaan terhadap TUDM. Saya tidak mengetahui keadaan sebenar casevac tersebut. Sekiranya diberitahu anggota tersebut telah terkorban, sudah pasti saya tidak akan mengambil risiko tersebut. 'Bodevac' boleh dilakukan keesokan hari.
Dibuat salah, tak buat salah, lama-lama jadi serba salah!! However, my conscience is clear. I tried to save a life but he didn't make it. Sebagai kapten pesawat, saya bertanggungjawab keatas sebarang keputusan yang saya buat.
Saya berharap anda memahami mengapa saya menentang Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia.
bersambung..........
Squad,
BalasPadamYour bravery is commendable. You deserve a PTU. Well done.
Thank you squad.
BalasPadamTuan,
BalasPadamCatatan ini lebih menginsafkan saya tentang pahit getir aircrew helikopter TUDM dalam era 1970an di mana penerbangan malam harus dilakukan tanpa NVG!
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. Syukur Alhamdulillah masih terdaya untuk menceritakan pengalaman buat tatapan mereka yang berminat tentang kisah silam yang dilalui oleh veteran2. Tak usah NVG, bullet proof vest pun tak ada, hanya fragmentation vest untuk mempertahankan diri.
harap-harap dalam latihan TTS ada buah untuk kalis peluru
BalasPadam