Pages

Rabu, 23 September 2009

Kenangan Di Hari Raya

19 September, 2009, jam 0700 di Pasar Jitra......



Agak-agak anda, mengapa mereka beratur pagi-pagi lagi, termasuk saya sendiri? Apa lagi kalau tak kerana SANTAN....Tak tahulah, saya betul-betul kawal apa yang saya makan kerana kolesterol di tahap yang kurang memberangsangkan. Keputusan pemeriksaan darah (puasa) terakhir pada 8 Jun 2009, menunjukkan ditahap 'border line':
  • Kolesterol - 6.10 mmol/L (3.6 - 6.2)
  • HDL - 1.60 mmol/L (0.9 - 1.68)
  • LDL - 4.00 mmol/L (1.5 - 4.3)
  • Triglycerides - 0.70 mmol/L (0.1 - 2.26)
  • Gula ( 26/8/09) - 5.6 mmol/L (less than 6.1)
Saya sememangnya mengawal kesihatan saya. Setiap 6 bulan akan pergi ke RSAT untuk diambil darah; setiap penghujung bulan pula periksa tahap gula di rumah. Saya beli alat ini dan juga 'BP Monitor'. Tiap-tiap hari pula tarik troli main golf...... punyalah perihatin tentang kesihatan. Tetapi, tahap kolesterol masih tinggi. Sebulan sebelum dan semasa puasa, bermulalah saya mengambil oats setiap pagi/sahur.  Orang kata baik untuk jantung. InsyaAllah, November nanti saya akan ke RSAT untuk mengetahui keberkesanan oats sepertimana yang diuar-uarkan. Sekiranya berkesan, syarikat pengeluaran bijirin oats ini sepatutnya mengambil saya sebagai duta mereka kerana saya boleh mempromosikan keluaran mereka...he...he.

Tetapi tibanya hari lebaran......habis ‘willpower’ ini. Mana boleh masak kurma kambing ke, lembu ke, TANPA SANTAN.....tiada uuumph! Gila ke? Mana boleh santan diganti dengan susu cair - bukan kurma dah....tetapi 'KURSU".  Saya memang sedar pengambilan berlebihan bahan ini akan memudaratkan kesihatan.

Pembaca, kita tak boleh dipersalahkan. Kerajaan yang salah....bukan kita semua! Kerana kerajaan telah memberi jaminan negara tidak akan kehabisan kelapa untuk menyambut Hari Raya tahun ini. 1 juta biji kelapa dijamin berada di pasaran. Komoditi itu ada, saya belilah. Sekiranya tiada, tak belilah......betul tak? Sebaliknya, jika kelapa tidak mencukupi, kesian kerajaan dikutuk oleh rakyat.....!

Cukuplah merapu setakat ini. Serius  sikit..... Kebelakangan ini, saya sebenarnya memang kurang mengambil daging, makanan berminyak, berlemak, masin dan manis. Diet saya lebih banyak sayur dan ikan - bakar dan sup. Tidak salah makan makanan yang sungguh mengiurkan, tetapi sepertimana yang ditekan oleh Islam......SEDERHANA. Jangan jadikan Hari Raya melepaskan geram selepas sebulan berpuasa.

20 September, 2009, jam 1000 Hari Raya Aidilfitri......
Selepas solat Hari Raya, saya dan isteri terus ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menziarah seorang kenalan. Beliau baru lebih kurang 44 tahun dan dalam keadaan tenat. Menurut doktor, beliau dijangkiti kuman di otak. Mungkin meningitis...tak pasti pula.  Masalah beliau lebih kritikal kerana beliau mengidap kencing manis!

Kencing Manis (KM).....bagi saya.....TOK KEPADA KEBANYAKAN PENYAKIT KRONIK! Penyakit jantung, hati, angin akhmar, buta, kudung kaki/tangan, dan tak tahu lagilah. Puncanya.....tak lain dan tak bukan..... GULA! Saya bukan seorang doktor, tetapi ini adalah apa yang saya perhatikan.

Kalau difikirkan, mengapa kebanyakan kita membuat bising disana-sini apabila gula berkurangan di pasaran. Sepatutnya, kita perlu melihat dari aspek positif, malah sepatutnya bersyukur kepada Ilahi kerana dikurangkan bahan ini. Penyakit KM ini tidak mengenal mangsa, bangsa, agama, baik kanak-kanak hingga orang dewasa. Sekiranya kita prihatin tentang pengambilannya, insyaAllah penyakit ini dapat dielakkan. Doktor....betul tak? Tauke gula....sorok gula pun dah tak berfaedah....he...he.

21 September, 2009 di Taiping......

Berhari raya kedua di Taiping. Saya telah mengambil peluang ini untuk menziarah rakan setingkatan semasa di King Edward VII. Saya tidak berjumpa dengan beliau selepas peperiksaan SC/MCE pada 1966....43 tahun dahulu! Beliau ini seorang perokok tegar. Sebagai kawan, saya nasihatkan agar berhenti sajalah dari merokok. Nak tahu apa jawapannya? 'Aku dah 62 tahun, buat apa nak berhenti. Semasa sekolah lagi dah merokok sehingga kena tangkap oleh Form Teacher'. Kementerian Kesihatan, letaklah gambar yang paling mengerikan pada kotak rokok.....bagi perokok tegar, tak ambil kisah pun!

Ini mengingatkan saya kepada seorang rakan seperjuangan semasa kami berkhidmat di No 3 Skn. Arwah ketika itu adalah seorang pilot helikopter Alouette 111. Juga seorang perokok tegar! Kali terakhir saya berjumpa beliau pada akhir 80'an di Hospital ATM, Kinrara. Beliau mendapat barah usus. Semasa melawatnya, beliau tidak lepas dari merokok. Beberapa bulan kemudian, beliau menghembus nafas terakhir. Jenazah beliau diterbangkan oleh helikopter Nuri dari padang kawad ITU ke kampung beliau di Perak.

Al-fatihah untuk beliau...semoga Allah cucuri rahmat keatas roh beliau.

Kita mesti berusaha, Allah yang menentukan. Kalau usaha sudah dilakukan dan kita ditimpa kecelakaan, termasuk penyakit kronik, itu ada hikmahnya. Kita mesti percaya rukun iman...Qada dan Qadar! Dah jadi pendakwah pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan