26 Oktober 2009, jam 0929, semasa menarik troli di lubang 18, saya menerima satu sms dari Cik Pushpaghandi '..Uncle say dh balik dr padang..skrg saya di kl untk interview di MAHSA esok..nanti lps saya habis interview saya akn msg uncle lg'.
Coretan ini adalah sambungan kepada '1MALAYSIA...1 DILEMA' yang mengisahkan seorang siswi Universiti Andalas. Pushpa telah terbang ke Padang pada 19 Oktober 2009 selepas mendengar taklimat oleh pegawai KPT di UPM di hari yang sama. Pada 22 Oktober, saya telah menalifon bapanya, WO 2 (B) Krishnan bertanya khabar tentang Pushpa. Menurut beliau, Pushpa memaklumkan kepada beliau bahawa keadaan di Padang memang tidak selesa untuk menyambung pengajian. Pihak universiti memberitahu bahawa pengajian 'perubatan' dilanjutkan ke 6 tahun, tidak lagi 5 tahun seperti kebiasaannya; malah ada kemungkinan sehingga 7 tahun! Ini sudah pasti melibatkan kos yang tinggi.
Masalah kedua pula, boleh dikatakan 90% siswa-siswi Malaysia tidak berhasrat untuk menyambung pengajian di sana, termasuk rakan serumah anaknya. Untuk makluman, penuntut-penuntut kita menyewa rumah di Padang. Saya difahamkan, dalam kes Pushpa, beliau dan 5 rakan menyewa sebuah rumah dengan kadar RM1,500 sebulan. Setiap seorang hanya membayar RM250 sebulan sahaja. Masalahnya, kesemua rakan beliau membatalkan niat untuk meneruskan pengajian di sana. Ini bererti, beliau terpaksa membayar RM1,500 sebulan. Tambahan setahun pengajian dan sewa rumah sudah tentu melibatkan kos yang tinggi. En Krishnan meminta pandangan saya. Jawapan saya ialah'....terpulang kepada Pushpa dan beliau sendiri kerana beliau yang akan membiayai kos pengajian itu nanti!'
Sebelum terbang ke Padang, Pushpa memberitahu bahawa MAHSA menawarkan kepada penuntut-penuntut yang tamat 'pre-medic' boleh terus masuk ke Tahun Pertama di IPTS tersebut. Beliau telah mendaftar dengan MAHSA sebagai satu opsyen.
Keesokan hari, saya telah menghantar e-mel berikut kepada YB Menteri Pertahanan dan KSU KEMENTAH.
BIASISWA UNTUK KURSUS PERUBATAN
Fri, October 23, 2009 7:51:44 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: Dato\' Zahid Hamidi ro.ppm@mod.gov.my; KSU Indef abubakar@mod.gov.my
Assalamualaikum Dato'-Dato',
Di sini saya ingin merayu agar KEMENTAH dapat mempertimbangan memberi biasiswa untuk seorang anak perempuan kepada PW2 (B) Krishnan, Kor Jutera Diraja, melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Pushpagandhi adalah siswa Tahun Pertama di Universiti Andalas (UA) atas biayaan bapanya, seorang penjual gas masak yang mengguna motosikal untuk menghantar gas ke rumah. Saya mengenali beliau kerana membeli gas darinya.
Pushpagandhi telah terbang balik ke Padang pada 19 Oktober 2009 selepas mendengar taklimat di UPM yang diberi oleh pegawai KPT di sebelah pagi. Saya difahamkan oleh En Krishnan, pihak UA memaklum kepada siswa-siswi mereka bahawa pengajian perubatan dilanjutkan sekurang-kurang 6 tahun, bukan lagi 5 tahun; ada kemungkinan 7 tahun! Ini sudah pasti melibatkan kos yang tinggi. Masalah kedua, kos penginapan tinggi kerana 'house-mates' beliau tidak berhasrat untuk meneruskan pengajian di sana. Ini bermakna beliau terpaksa membayar RM1600 sebulan untuk sewa rumah; sebelum ini hanya RM250 sahaja. Sebelum terbang ke Padang, Pushphaghandi telah mendaftar dengan IPTS sekiranya beliau terpaksa membatalkan pengajiannya di sana.
Sehingga kini, En Krishnan telah membelanja sejumlah RM73K untuk puteri beliau. Ini termasuk yuran 'pre-medic' dan Tahun Pertama, sewa rumah, dll. Mungkin jumlah ini hanya 'loose change' untuk sesetengah pihak, tetapi tidak bagi majoriti rakyat. Sebelum pemergian anaknya ke Padang pada 2008, saya ada mencadangkan kepada En Krishnan untuk memohon biasiswa KEMENTAH. Beliau diberitahu oleh pegawai KEMENTAH untuk memohon selepas lulus Tahun Pertama. Untuk 'pre-medic' dan Tahun Pertama tiada tajaan.
Walaupun Pushpaghandi hanya mendapat CGPA 3.88 sahaja untuk 'pre-medic'...tidakkah ini boleh dipertimbangkan? Saya ada menulis 2 coretan bertajuk "1Malaysia" dan "1Malaysia...1 Dilema" yang ada kaitan dengan Pushpaghandi dalam blog saya -xnuripilot.blogspot.com.
Pertimbangan Dato'-Dato' sangat saya hargai. Terima kasih.
MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN
Pushpa, ini sahaja yang termampu uncle lakukan....!
Well done Major!!!
BalasPadamWe will wait and see what will these Minister and his KSU are going to do.
Anyway you should flash one to PAT and love to see their response!!!
That is only one case and many other ex soldiers are facing a lot more problem kerana habis madu sepah di buang!!!
Would love to challenge PAT whether he is capable of looking into the many problem faced by the xsoldiers of the three services, will he say something of substance rather than apple polishing and lip service!!!
We will wait......!!!!!!! roger out.
,,,"things don't just turn up in this world until somebody turns them up "
BalasPadam,,,well done buddy! ..but personal action and initiative must still be carried out by Cik Pushpaghandi to make things happen and to advance forward with her studies.
,,,we have a doctor in making here..and Cik Pushpa just keep your eyes on your dreams and destination with faith and determination. Believe success is yours in a matter of time, never ever give up, get up one more time than being knocked down even by an earthquake !!.
3.88 is excellent indeed. MINDEF should greatly consider. Perhaps yr blog appeal sohuld extend to "Veteran' as well?
BalasPadamDear Nor,
BalasPadamWell done. I fully support you for this.