Pages

Khamis, 10 Disember 2009

Oh Sungguh Malangnya Nasib Mu...! Episod 2




Saya sebenarnya tidak menyangka coretan bertajuk "Oh Sungguh Malang Nasib Mu...!" mendapat maklum balas dari seorang pembaca. Saya menerima e-mel dari pegawai atasan Pte Abdul Rani Wok, 71, yang mengesahkan cerita wira tersebut. Seterusnya, saya telah memajukan e-mel tersebut ke Utusan Malaysia dengan harapan agar cerita tersebut disiarkan dalam Forum "Tentera". Manalah tahu...kalau ada rezeki, mungkin ada 'Hamba Allah' atau pihak-pihak tertentu yang bersedia untuk menghulur bantuan kepada beliau bagi mengharungi sisa-sisa kehidupan ini, InsyaAllah.

E-mel Lt Kol (B) Idris Hassan (tanpa edit) kepada saya...

Wednesday, December 9, 2009 5:42 PM
From: "Idris Hassan" ltcolidris@yahoo.com
To: nibsny@yahoo.com

Saudara Nor,

I read with great interest the story posted on your blog; Oh Sunggouh Malang Nasib Mu.........! about Pte 72032 Abdul Rani Wok. I know this soldier very well because at the time of the contact in Klau village near jalan Sg. Chalit Sg. Ruan he was serving under me in HQ company. He was an exemplary soldier, very hard working, and a quiet and unassuming person. Every thing he has said about out the contact and killing of the CT is true. I visited the Bn HQ the next day after the contact and was promptly mobilized by the CO to command 2 platoons to sweep from Sg Chalit all the way to Lurah Bilut near Bentong.

I have covered this contact in detail in my Commandant's Paper ,'" The History of the 12 Infantry Battalion Malaysian Territorial Army - 1960 - 1980. It is on Pg, 61. 62 & 63. on The Seventh Rangers (Mechanized) Blog. Go to archives date 11/01/2009. I also have copies of the Comd. Paper and am willing to send it to any who is interested in helping this soldier. Although I am suffering from a crippling back problem I am willing to narrate this story to Utusan Malaysia or any one in person.

In this contact there was also another hero one Capt Yusof Thamali who too killed another CT ( Read my Paper) but the irony was none of them were put up for any award. How ever the CO was well decorated !!!!!!( again read my paper)

Once again Nor thank you for high lighting this story in your blog .You are great.

If you want to post it on your blog you have my permission

Salam

Idris

E-mel saya ke Utusan Malaysia...

Wednesday, December 9, 2009 6:36 PM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: "utusan" , "utusan" othman.mohamad@exchange.utusan.com.my>, "utusan m'sia" normala.hamzah@utusan.com.my
Cc: "Idris Hassan" ltcolidris@yahoo.com

Assalamualaikum,

Rujuk kepada berita bertajuk di atas yang disiarkan di Utasan Malaysia pada 8 Dis 2009. Saya majukan e-mel Lt Kol Idris Hassan (B) yang merupakan Pegawai Pemerintah pesara Pte Abdul Rani Wok. Beliau mengesahkan kebenaran apa yang diceritakan oleh Pte Abdul Rani.

Saya ingin mencadangkan agar pihak Utusan dapat membantu dengan menulis rencana dalam Forum "Tentera" berkaitan pengalaman wira-wira yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia seperti pesara tersebut. Sepertimana yang dinyatakan oleh Lt Kol Idris, beliau bersedia mengesahkan cerita tersebut.

Diwaktu pihak tertentu menyoalkan tahap patriotisme dewasa kini, pada pandangan saya rencana seperti ini harus dihebahkan untuk pengetahuan umum.

Saya telah menjadikan laporan di atas sebagai satu pos bertajuk "Oh Sungguh Malang Nasib Mu...! di blog saya http://xnuripilot.blogspot.com.

Kerjasama pihak anda sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

E-mel saya kepada pihak yang mungkin boleh membantu wira tersebut...

Pembelaan Wira Negara

Thursday, December 10, 2009 6:51 AM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: "Dato' Zahid Hamidi" , "KSU Indef" , "S/u Politik" shahrul.yahya@gmail.com
Cc: "Idris Hassan" , "utusan" , "utusan m'sia" normala.hamzah@utusan.com.my

Assalamualaikum,

Harap Dato'/Tuan dapat meluangkan beberapa minit untuk membaca coretan bertajuk "Oh Sungguh Malangnya Nasib MU...! Episod 2" di blog saya http://xnuripilot.blogspot.com.

Janganlah lupakan mereka yang telah berkorban untuk negara di suatu ketika dulu.

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya berharap PBTM Cawangan Pekan membaca coretan ini dan seterusnya menghubungi Lt Kol Idris Hassan (B) untuk pengesahan cerita wira tersebut.

Kepada Pte Abdul Rani Wok...ini sajalah yang termampu saya lakukan. Semoga Allah meringankan apa jua bebanan yang anda hadapi, InsyaAllah!

2 ulasan:

  1. Tuan,
    memang lumrah hidup, habis madu, sepah dibuang...zaman dah berubah, rata2 masyarakat kita hidup senang lenang...civies tak pernah hargai perjuangan pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan negara kita dari ancaman musuh. Sampaikan ada yang tak sedar akan kejadian Pulau Sipadan yang dirampas Abu Sayyaf dan Kejadian rampasan senjata oleh Al Maunah...bahkan ada yang tidak sedar langsung yang Malaysia pernah berkonfrontasi dengan Indonesia sebelum ini. Mereka2 ini ingat yang negara kita ini sentiasa aman, so dalam mind set diorang: apa guna askar? apa guna bazir duit rakyat beli aset tempur?

    BalasPadam
  2. Saudara Peh,
    Saya mula menulis coretan di blog dengan harapan golongan muda menyedari pahit maung generasi lama berkorban untuk negara.Kerana sumbangan warga mas seperti kamilah mereka boleh menikmati kemewahan kehidupan sekarang ini.

    BalasPadam