Hanya kerana nila setitik...rosak susu sebelanga!!
Utusan Malaysia pada 24 Disember 2009
Kepada sesiapa yang terlibat...anda semua adalah PENGKHIANAT ...orang yang tidak setia kepada negara (Kamus Dewan edisi ke4). Sejahat-jahat perompak pun mereka tidak mengkhianati negara. Adakah anda hidup di dunia ini hanya berpaksikan semata-mata kerana RM sahaja? Jika itulah jawapannya...sungguh murah nilai dirimu...boleh dibeli seperti membeli sesuatu barang di kedai! Di manakah maruah anda?
Saya berharap dengan kenyataan Peguam Negara, mereka yang terbabit akan didakwa untuk dibicara di mahkamah. Sekiranya terbukti bersalah, sepatutnya menerima hukuman sewajarnya.
Saya 'ciplak' gurindam kawan saya...he...he...he...
Kaya tapi resah gelisah
Buat duit tak payah susah
Duit Kerajaan kau belasah
Orang berkerja kau tak payah
Apa jadi kau tak kisah
Di dunia hidup mewah
Di akhirat selamanya pasrah
Oh ya...Saya sungguh hairan kenapa TUDM beriya-iya membuat pengumuman yang seorang Brig Jen tidak terlibat dalam skandal ini. Sebaliknya...
Utusan Malaysia pada 25 Disember 2009
Ini sudah pasti mengundang rakyat untuk membuat pelbagai andaian...apa yang tersirat sebenarnya? Ada apa-apa ke? Apa yang perlu dinafikan...! Sehingga kini, tiada seorang pun yang telah di pertuduhkan. Ingatlah prinsip undang-undang kita "...tidak bersalah sebelum didapati bersalah oleh mahkamah/you're innocent until proven guilty".
Selain persepsi tersebut, turut timbul jugalah persoalan-persoalan sebegini"...Dah jadi Jeneral pun masih tak cekap? Kalau begitu...bagaimana beliau boleh dinaikkan pangkat? Ini bererti pegawai yang menaikkan pangkatnyalah yang tidak cekap...!" Jangan salahkan rakyat membuat spekulasi kerana ini yang dilaporkan oleh media massa/elektronik. Jangan lupa...Kami pun boleh berfikir juga!
Hai TUDM...Mulut tempayan boleh ditutup...mulut manusia? Tambah pula mereka yang menganggap diri mereka teraniaya.
Wahai orang-orang beriman...Ingatlah...Setiap saat kita menghampiri destinasi terakhir kita!!
Alhamdulillah, blog tuan dah kemas nampaknya :)
BalasPadamSaudara Muiz,
BalasPadamTerima kasih. Masih lagi jauh ketinggalan. Nak buat carta salasilah pun tak tahu sampai ada orang sanggup memulakannya dengan 'Gene'. Walaubagaimana pun, syukurlah ada peningkatan.
malu lah dengan cerita terkini tentang TUDM
BalasPadamPengkhianat TUDM patut kena penjara
BalasPadamBanyak sangat rasuah dalam ATM. Semua projek kena 'hulur duit dulu' baru boleh dapat tender.
BalasPadam