Yang peliknya...setiap kali ada seminar ke..mesyuarat ke...untuk kaki tangan jabatan/agensi kerajaan diadakan di hotel-hotel 5 bintang! Mungkin kalau buat di dewan jabatan, tiada yang mahu hadir. Tapi ialah...tanpa sokongan kerajaan, keuntungan hotel-hotel akan terjejas, betul tak?
Sekarang tengok pula keadaan rakyat yang di kawasan 'perumahan awam'...
Boleh dikatakan setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta. Malah sebuah rumah itu ada hingga 4 buah kereta; ada rumah yang diubah suai sehingga hilang bentuk asalnya. Lihat pula di stesyen minyak. Saya tabik mereka yang saya sendiri lihat mengguna bahan api 'ron 97' @ RM2.00/liter untuk kereta yang sudah memadai mengguna 'ron 95' saja. Saya sendiri mengguna ron 95 @ RM1.80/liter kerana ianya sesuai dengan kereta saya. Memang benar perbezaan hanya 20 sen...apalah sangat. Namun, kalau 100 liter= RM20.00 bezanya! Pedulikan pasal duit...jadi ada vrooomph!
Mengikut Malaysian Automobile Association, penjualan kereta akan meningkat untuk 2010. Ingatkan AFTA nanti, harga kereta akan turun...tak pun. Malah faedah untuk pinjaman bank akan naik...kereta masih laku juga. Itu untuk kebanyakkan rakyat biasa. Macam mana pula rakyat 'tak biasa'? Setakat beli kereta berharga RM1-2 juta...'loose change' saja! Tak percaya? Lihat ini...
Apalah sangat RM2.6 juta untuk Rolls Royce "Ghost"...! Menurut ejen RR, mereka menjangka 8-10 buah RR dapat dijual tahun ini, malah sudah pun ada tempahan...wow! Dalam hati teringin juga tapi...tinggal teringin sajalah!
Sekarang...lihat pula 'outlets' makanan segera. Sentiasa dikunjungi pelanggan...di ulu Jitra ni pun apa kurangnya! Itu belum ambil kira di 'Kopitiam' dan gerai/warong makan. Kalau ada inflasi, sudah pasti semua ini tidak kelihatan. Orang akan makan di rumah...bukan saja dijamin bersih dan halal, ianya dapat menjimatkan.
Jadi...Apa itu INFLASI?
Pembaca...Bersyukurlah dengan apa yang kurniakan Allah. Sihat tubuh badan agar dapat melaksanakan perintahNya yang paling mustahak. Sekiranya ada masa terluang, sila baca coretan isteri saya - 'Living Within Your Means' di sini.
belajar banyak
BalasPadam