Pages

Ahad, 17 Januari 2010

Nasib "Wira" Negara

Pembaca yang dihormati...Sedarkah anda siapakah 'WIRA-WIRA' Negara?  Kalau nak tahu...ada dua kategori dan apa pula perbezaannya? Bacalah seterusnya...mengikut keutamaan...

Pertama...Ahli Sukan. Tidak percaya? Lihat imbuhan/insentif yang diterima oleh mereka...

Pemenang pingat Olympic dengan imbuhan sepanjang hayat, ganjaran dan gelaran 'Dato'...Wow!!

Lihat pula gambar di bawah sempena meraikan 'Wira-Wira' Sukan Sea pada 12 Januari 2010.

Utusan Malaysia pada 13 Januari 2010

Kerajaan dengan sekelip mata memperuntukkan RM10j untuk Tabung Pembangunan Bola Sepak hanya kerana berjaya membawa balik pingat emas setelah 20 tahun 'mengidam' untuk menjadi juara. Manakala kadar insentif baru akan diumumkan nanti untuk ahli-ahli sukan yang mengharumkan Negara...Ini baru Sukan Sea; Olympic sudah diumumkan pada 2008. Apalah agaknya yang akan diterima oleh pemandu F1 Negara sekiranya menjadi juara...Di luar imaginasi saya! 

Sekiranya Negara tidak meraikan kejayaan, jangan gusar kerana pihak negeri akan mengiktiraf keperwiraan warga mereka seperti gambar di bawah. Selain imbuhan kewangan, 'wira-wira' negeri dikurniakan...
"16 pemain bola sepak Negeri Sembilan dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di atas kecermalangan pasukan itu menjulang dan membawa pulang Piala Malaysia yang telah dinantikan sejak 61 tahun lamanya."...Keratan Utusan Malaysia pada 15 Januari 2010.

Kedua...Pahlawan yang berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara untuk membolehkan  'wira-wira' sukan memerah keringat untuk mengharumkan Negara. Ada dikalangan mereka dianugerah  Pingat Keberanian Negara. Bagi penerima SP dan PGB diberi imbuhan bulanan manakala 3 yang lain... 

  PGB - RM1500                                                                                 SP - RM2000
                                
 
                                                                 
    JPP - RM0                               PTU - RM0                                                KPK - RM0
Rayuan kepada PM, KEMENTAH dan Parlimen untuk mendapatkan imbuhan bulanan bagi penerima JPP, PTU dan KPK telah dikemukakan tetapi tidak berjaya dengan alasan yang bercanggah  walaupun dari hanya satu agensi Kerajaan! Namum demikian, sekurang-kurangnya bolehlah juga di'bangga'kan kerana masih ada  juga pengiktirafan.

Bagaimana pula dengan mereka yang bersabung nyawa tetapi tiada sebarang pengiktirafan? Terpampanglah berita seperti berikut...merayu menagih simpati dengan harapan ada pihak yang prihatin memberi bantuan diusia lanjut ini...
dan banyak lagi!

Bertuah sungguh 'wira' sukan
Setiap kemenangan menikmati imbuhan
Lain pula nasib 'Pahlawan'
Hutan belantara gelanggang buruan
Mempertahan negara bermati-matian
Menghapus komunis menjadi keutamaan
Pengganas komunis penghancur keamanan
'Nuri' turut menjadi sasaran
Banyak nama tinggal kenangan
Cacat anggota ditanggung badan
Mohon simpati tidak dipedulikan
Hidup daif menunggu kematian
Tiada siapa nak kasihan
Beginilah nasib seorang pahlawan
HADAPILAH ALAM KENYATAAN...BUKAN IMPIAN!!

7 ulasan:

  1. Mej!!! Salam....
    I salute you for your undeterred spirit and how I wish that table will be turned around and those people who simply remain deaf, dumb and what not will be on the point of where you are standing now.
    Jangan bersedih saudara kerana ALLAH maha pengasih lagi penyayang. Setiap janji nya akan tetap berlaku hanya cepat dan lambal sahaja. Sejarah juga telah membuktikan bahawa mereka yang bongkak, zalim dan penginaya sesama mahkluk akan pasti menerima segala apa yang di lakukan.
    Keep up the spirit but would like to suggest to write to the royal highness as writing to Minister, KSU and PAT tak ada makna nya!!! We can forget them!!!
    Semoga ALLAH memberkati saudara!!!

    BalasPadam
  2. Saudara Anonymous,

    Terima kasih diatas kata-kata semangat itu. Hari ini saya sungguh gembira apabila membaca Pbt Abdul Rani Bin Wok mendapat pembelaan JHEV. JHEV berjanji akan membantu beliau dari segi kewangan dan mencadangkan beliau dianugerah PGB. Sekiranya diluluskan, bererti beliau akan menerima 'pencen' RM1500 sebulan.

    Peranan saya dalam kes ini hanya mengenengahkan rentetan beliau di coretan saya bertajuk "Oh Sungguh Malangnya Nasib Mu" dan "Sinar Harapan". Saya telah menghubungi PBAT Cwg Pahang memberi # telefon mantan OC Pbt Rani untuk mengesahkan cerita beliau.

    Satu kepuasan yang tidak boleh dijual beli...Syukur Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. "Wira Negara" adalah satu perjuangan yang belum selesai!!!
    It has to be made known to the people and no body right from the PAT and the service Chiefs and the minister will even bother to look into this issue.
    Jangan terkejut satu hari nanti "harapkan pagar, pagar makan padi" dah terjadi pun dalam TUDM dan ini semua nya 'indicator' dan siapa yang patut di persalahkan!!!!! Bukan kah mereka yang di beri amanah!!!
    Entah lah Mej!!! Apalah nasib ramai lagi bekas tentera yang kais pagi makan pagi dan kalau cacat tak bolih kais maka merempat lah dia!!! Nasib Wira Negara ku,

    BalasPadam
  4. A'kum,

    Bila membaca catatan tuan, memang saya rasa pihak 'berkenaan' perlu melihat semula ttg jasa para 'pahlawan' kita yang telah bersabung nyawa dalam mempertahankan tanahair yang tercinta ini. Sedih rasanya bila jasa mereka ini tidak dikenang...Semoga tulisan tuan ini akan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya drpd pemimpin negara dan seluruh rakyat dalam menilai 'pengorbanan' pahlawan mana yang lebih bernilai...

    BalasPadam
  5. Saudara Amran,
    Terima kasih. Saya akan cuba...terus mencuba! Manalah tahu, satu hari nanti berjaya, InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. Saudara Nor Ibrahim,

    Keep going saudara Nor Ibrahim. I'll back you up, and with your permission, I wish to post this article in my blog. Sememangnya, jasa perwira kita lebih rendah dari jasa ahli sukan. Saya amat sedih dengan sikap kerajaan kita ini.

    BalasPadam
  7. Dato',
    Terima kasih. I'm honoured if you publish my posting in your blog.

    BalasPadam