Pages

Khamis, 7 Januari 2010

Sinar Harapan...?

Pembaca...Masihkah anda ingat siri coretan saya bertajuk "Oh Sungguh Malangnya Nasib Mu...!"? Dalam 'Episod 2', saya telah menghantar e-mel ke Utusan Malaysia dan KEMENTAH untuk perhatian Menteri Pertahanan dan KSU. Harapan saya agar akhbar tersebut menyiarkannya supaya pihak PBTM menguhubungi Lt Kol Idris Hassan (B)  untuk butir-butir selanjutnya. Manakala saya mengharapkan pihak KEMENTAH dapat membuat sesuatu untuk kebajikan Pte Abdul Rani bin Wok. Surat tidak disiarkan dan, seperti yang dijangkakan, tiada sebarang respons dari KEMENTAH.

Saya turut menghubungi PBAT Cawangan Pahang. Saya memberitahu penerima panggilan supaya mereka menghubungi Lt Kol Idris Hassan (B) di nombor telefon yang diberikan. Beliau adalah pegawai atasan kepada Pte Abdul Rani semasa peristiwa itu berlaku dan telah mencatatkan peristiwa tersebut dalam 'Kertas Komandan' semasa mengikuti Kursus Turus di Maktab Turus Angkatan Tentera. Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 8 Disember 2009, PBAT Pahang ingin mendapatkan pengesahan tentang kejadian yang diceritakan oleh Pte Abdul Rani.

Saya ingat cerita ini telah tamat...sehinggalah saya menerima e-mel berikut (tanpa edit)...

JHEV Pahang (Pte Rani bin Vook)

Mon, January 4, 2010 11:55:19 PM
From: Idris Hassan 
To: mohdjomjalani@yahoo.com
Cc: nor ibrahim sulaiman
--------------------------------------------------------------------------------
Saudara Major.Jailani,

As requested I have posted to you to day my Commandant's Paper in which I described the action by Pte Rani Wook who shot and killed a CT at Sungai Chalit in Raub Pahang . Hopefully it will be of use to you in presenting his case for some sort of reward for this good and brave soldier whom I know very well as his Officer Commanding . We all should also be very grateful to sudara Major (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman of Jottings of an xnuripilot for posting this story on his blog which helped me to come forward with information on this incident which happened a long time ago.Please acknowledge receipt of book and keep me posted of further developments.

Regards

Salam

Idris

Lt Kol Idris Hassan...saya sungguh terharu dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana sekurang-kurangnya coretan saya akan memungkinkan Pte Abdul Rani mendapat bantuan sewajarnya. Saya berdoa agar pihak berwajib, seperti JHEV, dapat membantu beliau mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggungnya.

Bagi saya pula...inilah satu kepuasan yang tidak ternilai harganya, Alhamdulillah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan