Tajuk coretan pertama saya sebagai seorang blogger ialah "Mengapa Saya Menentang Chin Peng Kembali Ke Malaysia" yang diposkan pada 20 Jun 2009. Saya menceritakan bagaimana saya bersarapan pagi dengan Pegawai Risik 6 Bde di Mes Pegawai, Sungai Petani. Pegawai tersebut, Kapten Hardev Singh, terkorban apabila konvoi beliau diserang hendap di kawasan operasi Gubir.
Klik di gambar untuk membaca keratan akhbar
8 April 1975...2 buah pesawat Nuri membuat 'detachment' di TUDM Butterworth untuk tugas operasi di Gubir. Krew helikopter saya ialah arwah Kapten (U) Ismail Saud (kapten) dan Sjn Arumugam. Krew pesawat kedua ialah Lt (U) Meor Zubir (kapten) dan Lt (U) Irwin Ratnasingam. (Kapt (U) Ismail & Lt (U) Meor Zubir adalah squad saya). Maaf, saya terlupa AQM mereka. Krew saya kembali ke Kuantan pada 16 April 1975. Terlupa yang saya berusia 26 tahun pada 9 April ketika detachment dan berhadapan dengan ancaman pengganas komunis. Selama 9 hari detachment, saya 'clock' 33 jam 50 minit.
Setiap hari kedua-dua Nuri terbang ke Gubir untuk membawa trup masuk ke kawasan operasi dan di eskot oleh sebuah Alouette Gunship. Kalau tak silap saya, pilot Gunship ialah Kapten (U) Lim Tow Liang, squad juga; 'Gunner' beliau dah tak ingat.
11 April 1975...Butir-butir 'tasking'...
- OD 262 'Bravo' - Butterworth-Sg Petani-Gubir-LPs- Butterworth
- Airframe # - 1710
- Krew - Capt (U) Ismail/Self/Sjn Arumugam
Setelah membuat beberapa 'sortie' ke LP, Nuri berhenti untuk mengisi minyak di Kem Gubir. Ketika ini Nuri 'Alpha' masih belum tiba. Sedang dalam proses mengisi minyak, kami di Kem, termasuk Panglima 6 Bde, Brig Jen Dato' Arulgrapasam, dikejutkan...bang...bang...bang. Tembak-menembak berhampiran dengan Kem!
Sejurus kemudian sebuah Land Rover yang berlubang-lubang dengan tembusan peluru, meluru ke padang di mana Nuri berada. Pemandu memberitahu bahawa konvoi yang diiringi oleh 'Ferret Scout car' dari pasukan 'Peninjau' telah diserang hendap.
Untuk makluman Pembaca...semua perjalanan dari Kem Gubir ke kawasan operasi yang menggunakan kenderaan, seperti dari Kem ke pos di empangan Pedu, MESTI dieskot dengan 'kereta kebal' Ferret Scout car...masa itu mana ada APC.
Gunship telah diarahkan untuk memberi 'fire support'. Capt (U) Lim 'airborne' dengan serta merta tetapi saya tidak pasti sama ada beliau 'straff' kawasan tersebut kerana tidak mengetahui kedudukan sebenar anggota kita ketika itu. Saya percaya kehadiran gunship ada kesannya...PK tidak menunggu lama untuk terus menyerang trup...mungkin!
Apabila keadaan telah reda dan sah selamat, Nuri 'Alpha' pun tiba di Gubir. Tugas pertamanya ialah untuk mengambil mereka yang terkorban dan tercedera. Lt (U) Meor meminta bantuan saya untuk menunjukkan lokasi kejadian. Sebenarnya, saya sendiri tidak mengetahui lokasi tersebut...tapi...no problem. Selain krew dan saya, terdapat seorang 'dog-handler' dengan anjingnya. Mereka akan diturunkan di lokasi serang hendap nanti.
Lokasi tersebut ialah atas 'jalan' lori balak. Di sebelah kanan kawasan tinggi dan di kiri jalan pula cerun. Mayat Kapten Hardev berada di atas jalan. Nuri terpaksa 'hover' kerana tiada tempat untuk mendarat. AQM mengarahkan 'dog-handler' membawa anjingnya untuk diturunkan dengan 'hoist' tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana anjing tersebut mungkin fobia dengan ketinggian. Seingat saya pun...tidak pernah menurunkan anjing melalui kaedah winching.
Dengan menggunakan NATO 'Strop', mayat mendiang di'winched up' sehingga ke 'cargo door'. AQM telah memanggil dog-handler untuk membantu beliau menarik masuk mayat yang masih tergantung pada cable hoist. Beliau (dog-handler) enggan membantu dan tidak berganjak dari tempat duduknya. Memahami masalah yang dialami oleh AQM, saya terus memeluk badan yang sudah kaku dan menarik masuk ke dalam Nuri. Lt (U) Meor seterusnya terbang ke Gubir.
4 hari sebelum kejadian di atas, pada 7 April 1975, konvoi 7 Ranjer telah diserang hendap oleh pengganas komunis di jalan Gubir/Nong Gajah. Seramai 6 anggota terbunuh. Pegawai yang tercedera terselamat dari dibunuh dengan 'parang' oleh pengganas komunis (PK) apabila ditegah rakannya (PK). Alasannya ialah supaya pegawai itu hidup untuk menceritakan kisah tersebut. Sila baca insiden berkenaan bertajuk "Ambush on the road Gubir/Nong Gajah" di sini.
Ucapan terima kasih saya kepada seorang ''Hamba Allah" kerana menghantar sendiri keratan akhbar di atas ke rumah saya pada 17 Mac 2010 jam 2210 dan Perpustakaan Negara Malaysia yang sentiasa sedia meng'emel'kan keratan akhbar yang dipinta. Terima kasih juga kepada 'Abah' terhadap pembetulan tarikh insiden, bukan 10 April, Kepala Batas dan tambahan peswat F28.
Tuan,
BalasPadamFakta yang tuan berikan berkaitan pergerakan Sqn saya keseluruhan nya adalah 99% tepat. Kapt Moid bertindak sebagai Ketua Sqn sementara menanti Ketua Sqn yang sebenar iaitu Kapt Sudirman (Wak Sudir). Didalam serangan yang dilakukan selanjutnya diketuai leh Kapt Sudirman setelah mengambil aleh tugas dari Kapt Moid.
Pergerakan Skn saya dari LT Batu Berendam ke BW dengan menaiki F2. Terasa macam VIP apa pulak ketika itu. Mungkin amat jarang sekali Anggota TP seperti saya menaiki F28yang dikhususkan untuk mengangkut VIP sahaja. Teringat juga satu ketika pergi menghadiri berkursus di Bandung pun menaiki Forker Friendship. Bayangkan sahaja keadaan keselesaan ketika itu.
Tuan,
BalasPadamFakta yang tuan berikan berkaitan pergerakan Sqn saya keseluruhan nya adalah 99% tepat. Kapt Moid bertindak sebagai Ketua Sqn sementara menanti Ketua Sqn yang sebenar iaitu Kapt Sudirman (Wak Sudir). Didalam serangan yang dilakukan selanjutnya diketuai leh Kapt Sudirman setelah mengambil aleh tugas dari Kapt Moid.
Pergerakan Skn saya dari LT Batu Berendam ke BW dengan menaiki F2. Terasa macam VIP apa pulak ketika itu. Mungkin amat jarang sekali Anggota TP seperti saya menaiki F28yang dikhususkan untuk mengangkut VIP sahaja. Teringat juga satu ketika pergi menghadiri berkursus di Bandung pun menaiki Forker Friendship. Bayangkan sahaja keadaan keselesaan ketika itu.
Tuan,
BalasPadamPembetulan
Forker 28 bukan F2 (typo error) dan maaf dua kali hantar.
Maaf, minta jasa baik tuan buangkan salah satu.
Terima kasih.
Saudara Abah,
BalasPadamTerima kasih kerana membetulkan fakta. Saya akan membuat pindaan sewajarnya. Boleh cerita sikit tentang 'search' tersebut?
Tuan,
BalasPadamSebenarnya saya ada mencoretkan sedikit tentang 'Search' yang dilakukan oleh Kapt Moid dan beberapa anggota dari Skn yang sama dengan saya itu. Entah kenapa tidak tersiar pulak coretan itu.
Seperti yang saya nyatakan fakta tuan berikan itu hampir 99% betul. Sememangnya pergerakan dari LT BB ke LT Butterwoth itu bukan sahaja melibatkan F28 tetapi melibatkan sama sebuah Caribou. Oleh kerana saya berada di Tp yang paling kanan didalam Sqn itu (No 1 Tp) maka saya diberi keutamaan untuk menaikki F28. Maka anggota dari Tp yang lain dan selebihnya menaiki Pesawat Caribou.
Pergerakan dari Buterworth ke SP dengan menaiki 3 tonners. Oleh kerana pergerakan dari SP ke taktikal Kem Gubir memerlukan eskort dari Pasukan Peninjau@amour maka pergerakan tertangguh kepada sebelah malam nya. Kereta perisai yang digunakan untuk mengiringi adalah V100 dan V150. Seingat saya semasa kejadian Mendiang Mej Hardev dan anggotanya termasuk Allahyarham Kpl Azhar (Komd Ferret Car)terlibat dengan 'MT Ambush' Skn saya masih berada di Kem SP.
Pergerakan ke dari SP ke Gubir dilakukan sebelah malamnya. Namum demikian dipertengahan perjalanan berlaku sedikit gangguan. Iaitu sebatang pokok besar yang betul tumbang dan menghalang perjalanan kami. Maalum sajalah situasi ketika itu amat peka jika terjadi sebarang perkara sedemikian, berkemungkinan dilakukan oleh PGK maka 'drill-drill' tertentu dilakukan. Sampai ke Kem Gubir agak terlewat dari sepatutnya.
Skn didalam situasi "standby' di kem tersebut beberapa hari sehingga menunggu arahan selanjutnya. Beberapa hari kemudian kedengaran beberaba das Tembakan yang dilepaskan oleh PGK bagi tujuan menarik perhatian Pasukan Keselamatan yang berada Di Kem Gubir untuk bertindak. Didalam keadaan sedemikian Kapt Moid (Memangku Ketua Skn) telah diarah untuk bertindak, beliau dan beberapa anggota telah melakukan tindakan dengan berpandukan jangka arah musuh melepaskan Tembakan. Oleh kerana keadaan yang tidak begitu tepat, maka kedudukan musuh tidak dijumpai. Mungkin ada hikmah disebalik itu, berkemungkinan jika terjumpa kedudukan PGK ber mungkin ada kehilangan nyawa atau kehilangan anggota kepada pasukan beliau akibat BT yang dijangka begitu banyak diluar kawasan persekitaran Kem Gubir. Tambahan pulak morale PGK begitu tinggi ketika itu selapsa berjaya melakukan MT Ambush kepada Kumpulan(Mendiang) Mej Hardeev, Allahyarham Kpl Azhar dllnya.
Catatan : Saya tidak terlibat dengan kumpulan Search yang diketuai oleh Kapt Moid, cuma sebagai 'Backup Team' sekiranya diperlukan.
Wallahuaalam
Tuan,
BalasPadamSetelah saya mengenalpasti tarikh yang agak bercanggah dengan kejadian serta lokasi saya berada, maka saya membuat sedikit pembetulan fakta berdasar apa yang terjadi dan atas daya ingatan saya.
Kisah ini sekadar Nostalgia kisah ketika berstatus 'Bujang Trang Tang-tang....' ketika kejadian tersebut.
Mengimbau kembali tarikh kejadian tersebut pada 11hb April(Jumaat) 'Tragedi itu'. Pada tarikh 12hb Jatuh pada hari Sabtu yang mana masa itu Pasukan saya berkerja 6 hari seminggu. Hari Sabtu berkerja separuh hari iaitu sehingga jam 1300. Oleh kerana pada petang itu ada perlawanan bola sepak di Kem SU maka saya dan tidak dibenarkan (cuti hujung Minggu) 'Weekend'. Namum demikian ada juga sebahagian anggota telah pun selamat melepasi 'Balai Pengawal' dan selamat dari dikena 'Tindakan dilarang keluar'. Selepas sahaja perlawana bolas sepak tsb, maka barulah anggota dibenarkan keluar dari Kem. Kebetulan memang nasib saya ketika hendak melaporkan untuk keluar dari Kem, mendapat arahan dari Markas (Orderly Room) menyatakan semua anggota tidak dibenarkan keluar. Maka saya diarahkan berpatah balik ke Barrack (Frust ooooo takdapat jumpa Makwe). Semua anggota diarahkan 'Standby'.
Maka pada keesokan harinya mendapat arahan Skn digerakkan. Maklumlah ketika itu cara perhubungan untuk memanggil anggota amat terhad tidak seperti ada sekarang. Maka beberapa Land Rover telah diarahkan memanggil anggota yang berada di bandar Melaka dengan mengibarkan bendera skn. Maka bergentayangan bendera Merah berlambangkan Tengkorak (lambang Skn) dipersekitaran Negara Melaka. Disamping itu semua Panggung Wayang yang sedang menayangkan wayang gambar terpaksa dibehentikan dan diselangkan dengan 'Iklan Istimewa' Anggota sedia maklum, maka berteraburlan anggota dan pulang ke Kem dengan menaiki Land Rover dan Kereta Sewa/Taxi balik ke Kem.
Bayangkan dalam keadaan kelam kabut itu ada sebahagian anggota terpaksa membungkus peralatan tempur dengan Ponco sahaja dan bergerak semula ke LT BB dengan menaiki Teksi tersebut. Kisah benar dan sungguh-sungguh melucukan. Begitulah semangat setiap anggota Pasukan apabila mendapat panggilan pertiwi, maka dengan sepantas kilat menyambut seruan.
Begitulah seterusnya dan digerakkan dengan Pesawat TUDM ke LT Butterworth
Abah,
BalasPadamTerima kasih tentang tarikh kejadian. Dah pun membuat pembetulan. Sekiranya ada penaja untuk di'buku'kan tragedi ini, saya akan masukkan komen-komen tersebut...first-hand expriences.