Pages

Sabtu, 17 April 2010

26 Atau 27 April 1976?

Pembaca...Saya menerima e-mel berikut dari ANM mengesahkan penyiaran tragedi tersebut pada 27 April nanti...bukannya 26 April...

From: sulasteri sulasteri@arkib.gov.my
To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
Sent: Fri, April 16, 2010 9:15:08 AM
Subject: RE: Tragedi 26 April 1976

Assalamualaikum Mejar,

Selamat bertemu kembali. Saya harapkan Mejar dalam keadaan sihat sejahtera, terima kasih diatas keperihatinan tuan. Sebagaimana yang kami nyatakan dulu, bahawa kami akan menjalankan semakan/ penyelidikan mengenai peristiwa ini dan seterusnya menyairkan dalam ‘Hari Ini Dalam Sejarah’.

Untuk makluman Mejar, setelah semakan dibuat ke atas bahan di Arkib Negara serta pengesahan oleh Bahagian Arkib, Kementerian Pertahanan, kami mendapati tarikh sebenar peristiwa tersebut ialah 27 April 1976 dan bukannya 26 April (pegawai dihubungi : Mejar Zahrullail bin Hidayat – Pegawai Perhubungan Awam, Kementarian Pertahahan). Jadi, untuk makluman peristiwa ini akan disiarkan pada 27 April 2010. Mejar bolehlah menonton dan mendengar mengenainya melalui TV & Radio, RTM (di TV selepas berita pukul 9.00 mlm dan berita akhir, sementara di Radio – Klasik Nasional, setiap kali selepas berita jam 7.00 pg, 11.00 pg. 5.00 ptg, 9.00 mlm & 11 mlm. Walaubagaimana pun waktu siaran ini tertakluk kepada pindaan oleh RTM).

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas perwira-perwira yang telah berjuang hingga ketitisan darah terakhir untuk agama, bangsa dan Negara tercinta ini. Amin.

Terima Kasih

Sulasteri Abd. Hamid
Arb Negara Malaysia

Saya telah menghubungi Ketua Staf 6 Bde, Sg Petani, bagi mendapatkan kepastian tentang tarikh tersebut. Seterusnya, saya menghantar e-mel berikut kepada ANM...

Re: Tragedi 26 April 1976
Fri, April 16, 2010 10:27:40 AM
From: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
To: sulasteri sulasteri@arkib.gov.my
Cc: KP ANM Dato Sidek sidek@arkib.gov.my

Waalaikumussalam,

Terima kasih. Saya telah menghubungi Ketua Staff (KS) 6 Bde, Sungai Petani sebentar tadi untuk mendapatkan pengesahan tarikh tragedi tersebut. Respons melalui sms beliau '...saya dah confirm tarikh pada 26 Apr 76.' Sepertimana yang anda sedia maklum, semua operasi di Gubir adalah dibawah pemerintahan 6 Bde.

Untuk pengesahan, saya mencadangkan anda menghubungi Xx Xxx Xxxxx, KS, di 04-4290200. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Pembaca...Saya akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berkaitan dengan tarikh penyiaran program 'Hari Ini Dalam Sejarah' nanti. Walau tarikh apa pun, pokoknya tragedi tersebut akan dikenang, InsyaAllah. Sekiranya disahkan 27 April, saya minta maaf diatas kesilapan tersebut.

6 ulasan:

  1. Salam Tuan

    For the time being, I would take as 26 April until further confirmation from your goodself.

    Kekadang ni, Arkib Negara pun bergantung pada info dari pihak tentera.

    Have a nice weekend!

    BalasPadam
  2. Saudara Kamal,

    Thank you. I'll keep you posted. Have a nice weekend too.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan!

    Berkaitan tarikh 26 April 1976 tu...saya ingin nak buat pernyataan..saya terkena Jerangkap Samar di dalam terowong di dalam kem PGK yang berjaya di tawan oleh Skn 1 RGKM dibawah pimpinan Kapt Sudirman pada 25 April 1976..anak buah saya Almarhum LKpl Abdullah Majid meninggal dunia akibat cedera parah dlm kejadian yang sama. Saya di terbangkan ke Hosp Alor Star pada hari yang sama. Sa belah petang ,Almarhum Kapt Haris Rejab datang ziarah saya di Hosp..dan maklumkan dia dlm perjalanan ke Mks 6 Briged di Sungai Petani untuk nak masuk ke Gubir esoknya 26 April 1976....saya di maklumkan ttg Helikopter di tembak oleh PGK dan semua anak kapal serta penumpang terbunuh....Innalillah! Juga dalam helikoper tu Lt Ibrahim Zakaria..Peg Risik 3 RAMD (senior saya di STAR,Ipoh)turut terkorban.

    Untuk para Roh mereka,kita hadiahkan AlFatihah!

    Basri bin Hj Omar

    BalasPadam
  4. Saudara Basri,

    Sebentar tadi saya telah menghubungi ANM sekali lagi dan memberi # telefon KS 6 Bde. Pegawai berkenaan berjanji akan menghubungi KP untuk kepastian. Sebarang perubahan akan saya maklumkan, InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. salam tuan.
    nak tanya sikit. pesawat nuri yg kena tembak ni nombor FM17- ?? dan dari squadron mana?

    saya anggota sentra 5 kuching.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Saudara Anon,

    Terima kasih. Maaf, sampai sekarang saya dah lupa airframe no pewasat tersebut. Dari No 10 Skn. No 7 Skn hanya menghantar aircrew sahaja bagi membantu No 10 Skn.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

    BalasPadam