Apa pandangan anda tentang surat Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM berikut...(klik untuk membaca).
Sebelum saya memberi pandangan, biarlah saya 'qualify'kan dulu apa yang akan diperkatakan. Saya beraggapan 'doktor 'cabut' adalah dari kalangan mereka yang dibiayai sepenuhnya oleh rakyat negara tercinta ini. Mereka menerima biasiswa seperti JPA, dll. Dengan lain-lain perkataan, mereka yang 'sendirian berhad' terkecuali dari pandangan 'negatif' saya ini.
Pada saya, mereka ini tiada walau segelumit pun perasaan cintakan negara ini...TIADA SEMANGAT PATRIOTIK DALAM JIWA MEREKA!! Kehidupan mereka hanyalah berpaksikan S$/RM/US$ sahaja. Mereka tidak ubah seperti '...kacang lupakan kulit'. Mana tidaknya, KITA YANG MEMBIAYAI MEREKA SELAMA, PALING TIDAKNYA, 5 TAHUN DI IPTA!! Boleh dikatakan mereka yang menuntut dalam bidang perubatan di IPTA mendapat biasiswa Kerajaan. Apabila lulus pengajian, mereka dikehendaki untuk bertugas dengan Kerajaan Malaysia sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai 'Pegawai Perubatan' setelah tamat tempuh 2 tahun sebagai 'doktor pelatih'. Itu hak kita terhadap mereka setelah kita membiayai pengajian mereka.
Mereka sudah pasti sedia maklum bahawa negara memerlukan khidmat mereka kerana doktor sangat berkurangan. Kerajaan terpaksa mengambil doktor-doktor dari luar negara yang melibatkan kos tinggi bagi menentukan rakyat mendapat perkhidmatan perubatan sewajarnya. Tetapi apa yang kita dapat...habuk pun tak dak. Bayangkan...Singapura, tanpa mengeluarkan walau sesen pun, doktor-doktor datang menggolek di tangga pintu mereka!! Mereka (doktor) boleh membuat 'housemanship' di hospital negara jiran.
Menurut laporan Utusan Malaysia pada 4 Mei 2010, Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah menyatakan, quote '....Setakat ini 20 daripada 209 siswazah perubatan UKM yang tamat pengajian pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran dari kerajaan Singapura dan menjangkakan seramai 80 lagi akan turut berkhidmat di negara itu', unquote. Di manakah letaknya semangat patriotisme/nasionalis mereka?
Saya ingin menuntut hak saya. Di sini saya mengesyorkan supaya Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penjamin-penjamin kepada 'doktor cabut'. Mereka MESTI mematuhi apa yang tercatat dalam kontrak. Dengan lain-lain perkataan...Bayar jumlah yang termaktub. Jangan bersikap 'kesian' kepada mereka yang tidak tahu mengenang budi...yang kena tindakan hanya beberapa individu sahaja. Yang rugi dari sikap 'mata wang' tersebut melibatkan seluruh warga Malaysia! Kesihankanlah kami...pembayar cukai.
Fikirkanlah...Hanya perlu berkhidmat 5 tahun sahaja dalam perkhidmatan Kerajaan!! Adakah itu satu bebanan? Selepas itu, kalau nak 'bxxxmxxs'...bxxxmxxslah. Itu barulah hak anda.
Doktor-doktor...di manakah 'conscience' anda?
Salam Tuan
BalasPadamPada pandangan saya, memang tepat kalau dikatakan kehidupan sekarang lebih berpaksikan RM dan yg sama waktu dengannya. Semoga tidak dijadikan Tuhan pulak.
Kalau diperhatikan di dalam kehidupan seharian, semuanya memerlukan RM yg bukan sedikit tapi tersangatlah banyak.
Hendak mendapatkan perkhidmatan terbaik perlukan banyak RM. Nak layanan terbaik, perubatan yg baik, malah apa yg terbaik memerlukan wang yg banyak. Itu tidak termasuk dalam harga barangan yang semakin melonjak naik.
Dan yang paling utama, sekiranya anda ada wang yg banyak, nescaya persepsi org ramai adalah berlainan dengan yg kureng wang. Byk double standard yg dah berlaku di 1Malaysia Bolehland ini.
Mungkin sebab itu ramai kalangan professional yang beralih negara utk memastikan mereka mendapat lebih RM.
Selain dari itu, suasana kerja yang tidak conducive, pakej dan faedah yg tidak menarik turut merupakan faktor perpindahan ini.
Kekadang, sukar untuk menyalahkan mereka dan sukar utk tidak menyalahkan mereka.
Umum mengetahui mengapa perpindahan ini berlaku tapi that is the price we need to pay in this current economic pressure.
Question is "Who to be blamed?".
Saudara Kamal,
BalasPadamMereka yang membiayai pengajian 'sdn bhd'...tiada halangan sekiranya mereka berhijrah. Bagi graduan yang kita, pembayar cukai, membiayai pengajian mereka..itu saya tidak setuju. Mereka hanya perlu berkhidmat 2+3=5 tahun sahaja. Selepas, pergilah ke mana jua mereka suka.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan
telah mengumumkan doktor yang telah berkhidmat di luar negara selama 10 tahun, sekiranya mereka
berminat untuk berkhidmat dengan Kerajaan, mereka akan diletakkan di tahap U52 (paling rendah). Mungkin JUSA! Sudahlah tak memenuhi kontrak..dinaikkan pangkat lagi. Bagaimana perasaan mereka yang sedia berbakti selepas tamat pengajian. Ini pandangan saya.
Salam Tuan
BalasPadamThis issue is very subjective. People might have different point of view but above all is the semangat patriotik.
The said spirit is no more in their mind & soul due to 1001 reasons compare to those days (my & your time).
Generally young generation nowadays prefer easy job with higher pay.
Saudara Kamal,
BalasPadamWell, you're right..very subjective indeed. I'm from the old school where patriotism was very much alive then. I suppose I've to live in the real world - 'Have RM will travel...! Syukur Alhamdulillah, I've passed that stage.
Salam tuan,
BalasPadamKepada semua doktor biayaan penuh kerajaan yang cabut; Pertama, kita salahkan doktor2 itu bukan saja kerana tindakan cabut itu sememangnya tak patriotik langsung, malah ianya tak bermoral kerana tak mengenang budi dan jasa pembiaya, tak beretika kerana melanggar perjanjian, tak berdisiplin diri juga kerana melanggar perjanjian dan bersikap pentingkan diri sendiri semata-mata kerana kepentingan materialistik, tak kira walau apa saja alasan mereka.
Kedua, kita salahkan kerajaan kerana tidak berani bertindak tegas keatas doktor2 yang ternyata telah melakukan pelanggaran perjanjian, jadi bila kerajaan sendiri takut menghukum, walau apa sekalipun sebabnya, maka orang tidak akan takut melanggar disiplin, peraturan maupun undang2. Mana dia perinsip "award and punishment" yang kerajaan ajar selama ini? Jadi kerajaan jangan takut laksanakannya, namun kerajaan seolah2 takut melaksanakannya, mengapa? Ada campurtangan politik ke?
Setuju dengan penulis, selesaikan perjanjian dahulu dan lepas tu kalau nak BERAMBUS, BERAMBUSLAH!
Salam Tuan,
BalasPadamI am new here,tapi terpanggil utk memberikan sedikit komen.
Yes I agree with you that the government should take stern or rather severe action against those kacang lupakan kulit.
Dulu sekitar tahun 80 an,kerajaan begitu tegas mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar perjanjian.Ramai rakan2 saya yg terpaksa membayar puluhan ribu untuk meninggalkan sponsor mereka.Dan mereka membayarnya,bukan cabut lari begitu saja.
Saya sendiri sampai sekarang masih memberikan khidmat kpd kpm walaupun telah dua kali meminta pelepasan tetapi tidak dapat.Saya terpaksa melepaskan peluang yang lebih baik dan akur dgn arahan.
But these younger generations they just couldn't care less.As tax payer I am very dissapointed for such attitude.Material gain has turned them into immoral, selfish lot.Looks like higher education has failed to mould them into better citizens with good values to uphold !
Saudara FMZam,
BalasPadamMemang saya terfikir...Mengapa susah sangat nak ambil tindakan? Dah terbukti ada 'breach of contract..demand payment'.
Dear madam gold (cikgu),
BalasPadamThank you for visiting my blog. Frankly, I can't rationalise why no appropriate actions are taken against those ungrateful Malaysians. A real pity indeed. Imagine, 50% of UKM March's medic graduates migrated to Singapore!
By the way, my wife was also a teacher. She retired in 2008. Please feel free to visit her blog at sitiroffinimy.blogspot.com.
Doktor2 tajaan JPA ni septutnya sedar yang kepakaran dan skill diorang tu diperlukan sangat2 oleh rakyat Malaysia. Mereka patut bersyukur yang lepas mereka tamat pengajian, mereka tetap diberikan tawaran jawatan sebagai UD41 Pegawai Perubatan dan bukannya jawatan lain yang tidak berkaitan.
BalasPadamLainlah dengan graduan lulsan sains dan kejuruteraan tajaan JPA...bila diorang habis pengajian, tawaran yang ditawarkan untuk mereka yang mendapat keputusan cemerlang tidak semestinya jawatan yang berkaitan dengan kepakaran mereka masing2, seperti C41 Pegawai Sains/pegawai alam sekitar/pegawai zat makanan, Q41 Pegawai Penyelidik, ataupun J41 jurutera/juruukur bahan/pegawai latihan vokasional atau DA41 tutor universiti. .Malah mereka pada masa sekarang ditawarkan ke jawatan yang langsung tidak berkaitan dengan kepakaran mereka seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir dan diplomatik dan sebagainya. Ada dikalangan mereka ini adalah graduan dari universiti luar negara. dan mereka terpaksa membazirkan kepakaran mereka untuk berhidmat dalam bidang yang bukan pengkhususan mereka...
Saudara Penjawat Awam,
BalasPadamPertama sekali, terima kasih kerana melawat blog saya. Inilah akibatnya jika RM mengaburi segalanya. Apalah salahnya menabur bakti HANYA 5 tahun sebagai mengenang budi!!