Dari seorang yang 'geli' memegang kucing, isteri saya sekarang mengasihi kucing terbiar yang berkeliaran di luar rumah.
'TUAH' yang dibela semenjak dilahirkan 13 tahun lalu dianggap sebagai anggota keluarga. Kalau kami makan durian, seulas mesti disimpan untuk Tuah kerana kucing ini sangat suka durian. Tapi mesti durian yang
'fresh'....yang "berpeluh" dia tak pandang langsung.
Tuah sedang bertafakur
Makanan Tuah dan kucing-kucing terbiar diberi makanan berikut. Ini tidak termasuk 'pil perancang keluarga'.
Stok makanan
Tuah pun sama seperti manusia. Kadang kala teringin makan bersama 'Pak Hitam' yang beliau benarkan berkeliaran di kawasan rumah.
Tuah dan sahabatnya Pak Hitam
Lihat 'rakyat' beliau menjamu selera setiap pagi dan petang...
Yang lain dilarang masuk
Salam Tuan
BalasPadamDah 8 tahun saya membela 2 ekor kucing yg mana seekor dah mati. COD tak diketahui kerana tiada post-mortem dijalankan.
Selain dari pemakanan harian, saya cadangkan agar Tuan beri dia makan ubat cacing setiap 6 bulan. Ubat ini mampu menambah selera makan Tuah yg pastinya boleh menyihatkan badan dan bulu tak luruh.
Kalau Tuan ke Alor Setar, cuba singgah ke Pumpong ada sebuah klinik haiwan yang menjual pelbagai ubatan dll khas untuk haiwan peliharaan. Ini tak termasuk pelbagai aksesori seperti rantai pencegah kutu (penting ni), loceng dll.
Staff di sana nama Anita (lawa tu) tapi entah ada entah dah resign.
Heheeheee...
hahaha,,,the strays remind me as a kid ! peeping across the fence watching tv sebab tiada di-rumah ayah kita-lah yang 9 adik beradik yeop oii !!. Zaman dulu byk cerita sedih dan dugaan hidup yang anak anak zaman sekarang takes for granted ! those were the days.
BalasPadamRight now, i have Jane my faithful bitch to keep me company on the island hehehe. The rest of the family has their city lives to lead but that's not for me. Pirating on the high seas suit me fine yoohohoo !. my cat smile will do me good too hihihi.
Salam tuan,
BalasPadamKepada Sdr Kamal terima kasihlah bagitau tentang ubat cacing kucing tu, saya pasti cuba keatas kucing2 saya. Selama ni saya cuma tau bila kucing sakit saya bawa jumpa doktor dan bayar bil yang lebih mahal dari bil demam saya.
Saya banyak kucing di rumah tapi semua kucing kampung, semua bermula dari saekor kucing "pendatang" yang dibuang orang depan rumah, lepas tu dia membiak entah dah berapa generasi, hidup dan mati di rumah saya. Sambil itu, banyak lagi kucing2 yang dibuang orang, yang sesat dan kucing pungut yang saya terima menetap jadi kucing2 saya.
Sementara jiran2 bela kucing Parsi, saya tetap dengan kucing kampung, tapi makanan dan penjagaan kesihatan kucing, saya rasa tidak kurang dari kucing2 jiran saya. Dan kerana kucing saya lebih banyak dari kucing2 jiran maka bila waktu makan jadilah saya Mr Catman yang dikerumuni kucing di kejiranan sini.
Namun saya pun ada buat family planning untuk kucing, tak nak bagi populasinya menjadi luar kawalan maka kucing2 betina yang telah melahirkan anak satu kali akan dioperate (harga operate @RM 120 seekor). Semua kucing betina yang telah di"kasi" jadi kucing gemuk dan sihat dan tidak menjadi tarikan kepada kucing2 jantan, maka jarang lah saya terganggu dengan bunyi kucing jantan yang berkelahi berebut kucing betina.
Tapi yang saya benci tentang kucing ialah bila kucing2 saya hilang saekor demi saekor tanpa kesan atau yang balik ke rumah separuh nyawa dengan luka kelar di badan atau yang mati dengan bekas gigitan. Cukup sedih bila kita bawa kucing yang cedera ke klinik haiwan, ada yang survive dengan berpuluh jahitan di badan dan ada juga yang "tertewas". Semuanya gara2 kumpulan anjing liar.
Ada kucing ni buat saya tak boleh tinggal lama jauh dari rumah, malah setiap kali balik kampung, walaupun Hari Raya, anak isteri saya akan tinggal di kampung tapi saya mesti pulang pada hari yang sama untuk jaga kucing, kalau tidak jawabnya tak makan lah kucing2 saya.
Saya tak suka hilang kucing, sebab bila hilang saekor pulak tu yang paling favourite, saya akan kesal berbulan2 lamanya sehinggalah ada penggantinya.
Sebenarnya bela kucing ni susah, bukan kerana nak hidupkannya tapi kerana nak kehilangan sesuatu yang kita sayangi. Tuan bayangkanlah bila kita hidup dengan kucing tu dari mula dia lahir merangkak2 terkesot2 dengan mata yang buta, cukup 3 bulan kucing tu dah berlari2 berak sana sini di laman, masuk 6 bulan dia dah bujang dara, tiba2 dia hilang. Siapa tak meroyan?
Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang!
apa yang diceritakan, permulaannya sama macam yang terjadi pada mak saya. Memang tak suka kucing dulu2. Sekarang, sejak adik bawak balik kucing terbiar yang dipanggil Oren, ada hampir 20 ekor di depan dan belakang rumah. Semua kucing kampung. yang dibenar masuk rumah cuma 2 ekor. Si Oren dan sekor kucing betina yang rupa parasnya nampak cool aja tapi bila ada pergaduhan, dia lah yang akan datang settle case. Hehehe....Boleh dikatakan kucing berpengaruh tapi low profile.. Memang best ada kucing. Pagi petang malam, kalau tak ada sapa2, boleh sembang dengan kucing. Yang bestnya, bila kucing lena, tuan dia panggil..dia akan jawab guna ekor..dia angkat ekor tanda sahut panggilan.
BalasPadamSaudara Kamal,
BalasPadamVet tu doktor Tuan. Semua rekod kesihatan semenjak 2001 ada di sana. Anita dah berhenti dan membuka 'hotel untuk kucing'di Bandar Darulaman.
Saudara FMZam,
Betul kata anda. Bawa kucing jumpa doktor lebih mahal cajnya dibandingkan sekiranya kita berjumpa doktor kerana demam. Setahun sekali kena buat vaccination..RM130. Tuah ni pula takut naik kereta. Jadi tak boleh tinggal rumah lama-lama. Kesian dia.
Anggap sajalah ini satu ibadah. Mereka akan turut berdoa untuk kesejahteraan kita.
Mejar,
BalasPadamsaya juga banyak memelihara kucing, tabiat temurun dari ibu saya yang gemar pada kucing. Tapi bukanlah kucing mahal berharga 600 seekor kitten, tapi kucing Malaysia biasa.
Kucing-kucing local lebih tahan kepada penyakit, independent, kuat dan berani.
Biasanya kucing jantan tak lama duduk di rumah sebab diorang suka roaming carik betina. Ini fakta sains. Sebab itu kucing jantan selalu hilang. Kucing betina akan duduk setempat (di rumah) sebab mereka perlukan tempat beranak dan bekalan makanan berterusan.
Saudara Hansac,
BalasPadamDi rumah ni pun semuanya 'Made In Malaysia'. Saya tak faham mengapa ada orang yang sanggup mendera manuasia, apa tah lagi binatang seperti kucing.