Pages

Isnin, 28 Jun 2010

WO 1 Kanang...E-mel Untuk PM

Saya sedar orang 'besar-besar' tak baca blog saya dan delete sebarang e-mel dari mejar pencen ini. Nak melepasi saringan penjaga tol bukannya mudah. Setakat Ketua Pengarah (KP) pun bukannya senang. Saya pernah berurusan dengan satu agensi kerajaan tetapi tidak pernah berpeluang bercakap dengannya, hanya dengan penjaga tol sahaja.  PA beliau akan memberitahu sama ada e-mel saya sudah diterima atau sebaliknya. Tanggapan saya ialah semua e-mel kepada KP di saring oleh PA dan ini bererti 'kata laluan' yang sepatutnya dikawal rapi disimpan oleh PA. Mungkin ini tugas PA agaknya...maklumlah saya tak pernah ada PA. Yakinkan saya bahawa PA tersebut akan menjalankan tugasnya dengan penuh amanah!

Apa tah lagi nak membolos penjaga tol Pak Menteri. Justeru, saya cuba menghantar e-mel keseberapa banyak alamat yang boleh dengan harapan ianya terbolos melepasi penjaga tol. Dengan memegang prinsip 'kalau tak cuba...tak tahu', melayanglah e-mel berikut ke YAB PM...

PENGIKTIRAFAN NEGARA UNTUK WO 1 KANANG ANAK LANGKAU
Sunday, 27 June 2010 18:13:07
From: nor ibrahim sulaiman Add to Contacts
To: YAB PM
Cc: Dato' Zahid Hamidi ; Hamzah Hussin MoD ; Dato Latt Shariman ; Muhammad Ammir PPM ; S/u Politik ; sidek ksn; KSU Indef ; PAT ; Mininter of Def ; YB Dato Rais yatim ; YB Dato Ibrahim Ali 

Assalamualaikum YAB Datuk Seri,

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan menimbangkan penganugerahan 'Datuk' kepada pahlawan negara tersebut. Saya tidak perlu memperkenalkan beliau kerana saya percaya Datuk Seri sendiri sekurang-kurangnya pernah mendengar namanya. Hanya beliau seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini yang telah dianugerahkan dengan Darjah Perkasa SP dan PGB. Saya difahamkan, dari aspek protokol, SP terkanan dari Tan Sri.

Menurut satu laporan, WO 1 Kanang pernah ditawarkan anugerah Datuk tetapi terpaksa menolaknya dengan alasan, petikan satu laporan'...he can't afford the Datukship title as he is not rich enough to dress and act like one'. Inilah persepsi seseorang yang lurus terhadap anugerah yang membawa sesuatu gelaran tanpa memikirkan ada segelintir penerima yang telah mencemarkan gelaran tersebut! Mungkin sekarang beliau bersedia menerima anugerah tersebut sekiranya ditawarkan kerana kedudukan kewangannya memberansangkan dengan adanya imbuhan bulanan RM3500 sebagai penerima SP dan PGB. Warga ATM yang layak dianugerah 'Datuk' hanyalah terhad kepada mereka berpangkat Brigadier Jeneral (dan setaraf) ke atas sahaja. WO 1 Kanang telah lama bersara dan beliau tidak lagi tertakluk kepada peraturan tak bertulis ini.

Sekiranya artis, pelawak, penyanyi, ahli sukan, perenang 'English Channel' dan lain-lain, dianugerahkan gelaran Datuk, mengapa tidak WO 1 Kanang? Beliau telah berkorban demi untuk mempertahankan negara supaya mereka tersebut boleh 'mengharumkan' negara. Adakah kerana beliau hanya seorang anggota LLP, justeru tidak layak digelar Datuk Kanang anak Langkau?

Saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan mengiktiraf pengorbanan penerima-penerima kelima-lima Darjah Perkasa, iaitu SP, PGB, JPP, PTU dan KPK, dengan memberi keistimewaan untuk mereka mendiami di wad 'kelas pertama' sekiranya terpaksa ditahan di hospital kerajaan ketika menjalani rawatan. Kemudahan ini sungguh bermakna terutama mereka dari golongan LLP berpangkat tertentu, selaras dengan status mereka sebagai wira negara. Bayangkan satu senario seorang penerima PGB berpangkat Prebet, beliau hanya layak ditempatkan di wad kelas biasa sahaja. Ini kerana kelayakan 'kelas' tertakluk kepada pangkat dan gaji. Elaun bulanan PGB RM1500 tidak tercatat dalam kad pengenalan atau kad pencen. Adakah ini penghormatan negara kepada seorang wira negara? Malah, salah satu hadiah untuk 'Sasterawan Negara' ialah penempatan beliau di wad kelas pertama di hospital kerajaan.

Sementelah menyentuh topik elaun, saya berharap Datuk Seri akan mengumumkan satu berita gembira untuk 695 penerima anugerah JPP (92), PTU (31) dan KPK (572) sempena menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai 2010 di Dataran Merdeka nanti, InsyaAllah.

Tindakan positif YAB Datuk Seri yang senantiasa prihatin terhadap rentetan warga/mantan ATM sangat dihargai. Terima kasih.



"RAKYAT DIDAHULUKAN...PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Salinan:

YABhg Datin Seri Rosmah Mansor
Penaung
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Bangunan Perdana Putra
625502 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963

Pembaca...Ini sajalah yang termampu oleh saya untuk menobatkan WO 1 Kanang anak Langkau, seorang Pahlawan Negara (dari kaca mata saya). Kalau ditanya kepada saya negeri atau agensi mana yang patut memberi gelaran tersebut? Jawapan saya ialah ATM sendiri. Siapa lagi kalau tidak ATM yang sepatutnya menghargai wira mereka sendiri? Apa salahnya menganugerahkan PSAT kepada beliau walaupun anugerah ini kebiasaannya untuk Mej Jen (dan setaraf) sahaja. Jatuhkah martabat Mej Jen apabila seorang WO 1 turut dianugerahkan PSAT? Apalah salahnya diadakan satu pengecualian.....!

7 ulasan:

  1. Maj!!!
    Begini lah lumrah nya dunia "out of sight... out of mind". Mereka yang berkuasa sekarang tidak peduli kerana mereka berada di awang awangan and the quality of the leaders now they are thinking mereka lebih besar dari segala gala nya. Kalau di amati golongan bawahan ini hanya menjadi seperti permainan "toy" sahaja kepada mereka apabila tidak diperlukan ditendang sahaja kedalam store simpanan kalau tidak tong sampah.
    Saya terserempak dengan seorang kawan yang menceritakan bagaimana Panglima Angkatan Tentera pada hari minggu pun di escort dengan dua MP out-rider di atas lebuh raya yang mana kalau di amati bahawa MP tersebut tidak mempunyai kuasa untuk mengawal trafic di jalan raya kerana bukan tugas mereka dan mungkin bertentangan dengan undang undang jalan raya. Tetapi mereka terus melaksanakan tugas tanpa mempersoalkan nya dan maj bayangkan kalau mereka di langgar olih kenderaan lain semasa mereka cuba menghalang lain lain kenderaan yang juga mahu kedestinasi dengan segara kerana cuba menentukan perjalanan seorang PAT lancar... (who is he anyway-what so urgent... no war what?)- mungkin hanya mati katak kot and do you think anyone cares? The point is, begini lah nasib lain lain pangkat malahan terdapat dikalangan pegawai pegawi juga yang jasa mereka diremihkan begitu sahaja well, masa diperlukan, tidak kira hari malahan hari minggu pun sanggup jadi escort tetapi begini lah nasib tentera Malaysia ni, just like your famaous "Out of sight...out of mind".
    Time will tell.... you are doing a real honorable mission maj...good luck and good health.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan!

    Syabas kerana tak pernah rasa jemu mencadangkan sesuatu yang amat baik untuk Pesara Tentera....apapun DOA agar dimakhbul NIAT tu....mcm anony cakap ....biar org lain bersikap NBC(No Body Cares)...Tuan teruskan sahaja ..after all..UNTUNG ADA RUGI TIADA!

    BalasPadam
  3. Salam Tuan

    Just a short comment from me

    "ALL THE BEST..."

    No respond is something which is expected but if there is a respond "... DALAM PERHATIAN." is a bonus.

    Today kalut sikit sbb musim barat di sebelah Utara...

    BalasPadam
  4. Assallammualaikum
    Tuan,
    Di atas usaha usaha Tuan untuk memastikan pengorbanan KITA (Veteran ops 70's to 80's) akan terus dikenang dan dihargai dengan sepatutnya oleh Rakyat Malaysia dan pihak Kerajaan, saya mewakili diri saya dan rakan seperjuangan (MSSR) ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah SWT membalas segala usaha Tuan dengan kebaikan yang lebih baik di dunia dan akhirat. InsyaAllah saya sentiasa cuba menyampaikan maklumat maklumat yang terkini daripada blog Tuan kepada anggota LLP yang rata rata telah mencapai umur 60 dan keatas yang tidak berpeluang untuk membaca blog Tuan.
    Again, Thank You Sir.
    Wassallam

    BalasPadam
  5. Saudara semua,

    Terima kasih. Saya ada membuat sedikit pindaan kepada teks. Setelah mengeposkan coretan, baru saya teringat bahawa ATM ada anugerahnya sendiri yang disampaikan oleh DYMM SPYD Agong. Pada saya, penghormatan dari ATM sendirilah yang paling bererti, seperti SPAT, yang membawa gelaran Datuk. Dan tidak perlu 'melobi' negeri untuk menganugerahkannya.

    Saya percaya majoriti warga ATM akan gembira sekiranya WO 1 Kanang dianugerahkan SPAT pada 16 September 2010 sempena Hari ATM nanti. Mungkinkah mimpi ini boleh menjadi satu kenyataan? Wallahualam. Kalau Menteri Pertahanan 'buddy' saya, sudah pasti saya lobi beliau untuk menjadikan impian ini kepada satu kenyataan.

    BalasPadam
  6. Ini pandangan peribadi saya. Nampaknya para pahlawan kita yang pernah berjuang ketika era insurgensi dulu semakin dilupakan. Inilah kelemahannya bila tiada ancaman yang perlu dihadapi. Para panglima hanya duduk dalam bilik berhawa dingin atau bermain golf. tapi anggota bawahan bertungkus lumus menunaikan tanggungjawab. Saya lihat, kerjasama dalam ATM sekarang pun dah tak seerat dulu. Masing-masing dengan hal sendiri.

    BalasPadam
  7. Teruskan usaha... Sesuatu yang manis akan terasa pahitnya dahulu...

    BalasPadam