Saya dicadangkan untuk menghubungi Lt Kol Aziz Rashid (B) (gambar) untuk mendapatkan kepastian cerita tersebut. Setelah beberapa bulan mencuba, akhirnya, pada 23 Ogos 2010 jam 2130, saya telah bertemu dengan beliau di Hotel Samila, Alor Setar. Saya sebenarnya tidak mengenali beliau. Saya memberitahu beliau cerita saya tentang 'Tragedi Gubir' tergantung kerana tidak mengetahui bagaimana 18 (bukannya 9) mereka yang 'tertinggal' selepas Ops Gubir (menawan kem pengganas komunis) selamat kembali ke Gubir. Menurut Lt (U) Murad, beliau tidak berkesempatan untuk mebawa keluar baki 18 warga komando tersebut disebabkan hari sudah gelap. Malah, ketika 'approach' ke lokasi itu, Nuri beliau telah ditembak. Penerbangan tersebut pada 1 Mei 1976, jam lebih kurang 1830. Mereka selamat mendarat di Gubir.
1 Mei 1976...Malam Pertama. Tinggallah 18 anggota komando yang diketuai oleh Lt M Aziz Rashid. Menurut beliau, dianggarkan sejumlah 60 pengganas komunis (PK) telah mengepung kawasan yang mereka berada. Lokasi ini ditanam dengan anak pokok getah. PK datang menaiki lori dan menjadikan malam itu macam satu pesta...mungkin meraikan Hari Pekerja agaknya...He...He...He. Keriangan PK jelas kelihatan kerana mereka (PK) mengguna lampu picit. Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan dan diarah menduduki 3 lokasi (lihat lakaran). Seorang sentri ditempatkan di antara lokasi 3 dan 1&2. Arahan beliau ialah mereka jangan menembak melainkan kehadiran PK sangat jelas. Ini kerana mereka kekurangan peluru. Malam itu besengkang mata mereka semua. Anehnya...PK tidak menyerang mereka! Beliau sempat menghubungi 'Z' skuadron yang beroperasi di kawasan Gubir untuk memaklumkan keadaan di lokasi. Beliau dimaklum Nuri tidak akan mengambil mereka keesokan hari kerana lokasinya tidak selamat. Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV (rendezvous) dengan satu kumpulan komando yang ditugaskan untuk 'menyelamatkan' mereka di satu lokasi di kawasan Malaysia, berhampiran dengan satu LP.
2 Mei...Hari ke2. Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 Alouette 'gunships' ke lokasi Aziz pagi itu. Sebelum bateri set radio 'mati', mengenali pilot gunship, beliau telah mengarah Lt (U) Khalid Ali untuk '..hang bantai' kawasan tertentu. Apa lagi...Khalid pun habiskan kesemua lebih dari 200 butir 20mm HE. Setelah gunships beredar, Aziz dan anak buahnya meninggalkan lokasi tanpa sebarang sarapan kerana kehabisan makanan. Sudah pasti mereka tidak mengambil jalan mudah dengan mengikut 'track' yang sedia ada kerana kemungkinan besar sudah dipasang dengan jerangkap samar dan mungkin juga akan diserang hendap. Mereka bergerak berpandukan arah kompas. Dalam perjalanan, mereka terjumpa 'kem' PK yang ditinggal secara tergesa-gesa. Masih ada periuk, makanan, sebilah pisau dan dokumen yang disahkan kepunyaan Ketua Pasukan Penyerang (Assault Force). Kemungkinan PK melarikan diri akibat tembakan gunships.
Sama seperti malam terdahulu, mereka sedar PK sentiasa mengekori mereka tetapi tidak menyerang atau membuat serang hendap terhadap mereka. Bila malam menjelma, Aziz memerintahkan anggotanya membuat 'rumah batu' (membuat 'hammock'). Memang terkejut mereka mendengar arahan ini...dalam keadaan getir sebegini masih fikirkan keselesaan untuk tidur! Ini kerana sebarang pergerakan ketika berada di atas hammock akan mengeluarkan bunyi. Sudah pasti keadaan ini memudahkan PK mengesan kedudukan mereka. Kebiasaannya, warga komando hanya tidur berhamparkan ponco atas tanah.
Ini hanya 'umpan'. Aziz meninggalkan 'Jungtel' (jungle hotel) ke lokasi di atas bukit berhampiran untuk mengatur serang hendap. Seperti terdahulu, arahan beliau jangan tembak melainkan kewujudan PK dipastikan. Menurutnya, PK akan pasang lampu picit yang diikat di penghujung kayu. Mereka (PK) akan menyuluh ke arah atas dengan andaian anggota komando akan makan umpan dan seterusnya akan menembak ke arah cahaya tersebut. Pada malam itu, memang seperti yang dijangkakan ...komando kita melihat cahaya ke arah 'atas'. Alhamdulillah, mereka patuh pada arahan dan tidak termakan umpan tersebut. Sekiranya tidak, PK akan dapat mengesan kedudukan serang hendap. Apa akan terjadi...Wallahualam!
3 Mei...Hari ke3. Menjelang pagi, Aziz dan anak buahnya turun ke Jungtel. Betul jangkaan Aziz...kem mereka telah dicerobohi oleh PK! Terdapat begitu banyak kesan tapak kaki di kawasan kem...dianggarkan lebih kurang 40 PK. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke RV. Apabila tiba di sempadan Malaysia/Thailand, terdapat lakaran JS yang dilekat di batang 2-3 pokok. Mungkin untuk menakutkan wira-wira yang kelaparan ini. Bagi mengelak dari terkena JS, Aziz mengarahkan tiga 'haversack' diikat dengan tali dan dilontar kearah yang akan dilalui. Kemudian haversack tersebut ditarik. Sekiranya terdapat JS, ianya akan meletup tetapi tidak akan mengena mereka. Ini diikuti pula sebatang kayu untuk 'prod' bagi menentukan laluan tersebut selamat.
Proses ini berterusan dan akhirnya mereka tiba di lokasi RV. Di sana, satu pasukan warga komando dari 'Y' skuadron yang diketuai oleh Lt M Rajasegaran sedia menunggu mereka...dengan makanan! Menurut Aziz, buat pertama kali beliau habis makan 1 'mess tin' nasi kerana terlalu lapar. Seterusnya, kesemua mereka bergerak ke LP. Wira-wira ini diterbangkan oleh Nuri dari LP ke Kem Gubir.
Aziz dimaklumkan pihak atasan sudah mengarahkan untuk menyediakan 18 keranda untuk mereka semua. Beliau memohon cuti 3 hari dari Pegawai Memerintah, arwah Lt Kol Hasbullah, untuk berjumpa dengan ibu-bapanya.
Lengkaplah coretan 'Tragedi 26 April 1976'.
Lt Kol Aziz Rashid...Terima kasih.
Tuan,
BalasPadamBaru puas hati dapat dengar dari mulut "Comd on the ground" tragedi "TGE" sendiri. Saya juga tumpang Berbaloi dpat mendengar sendiri dari mulut beliau. Walau pun peristiwa itu telah saya dengari dari kalangan anggota yang tertinggal didalam peristiwa itu, tetapi lebih memadai dari mulut Tuan Aziz sendiri.
Apatah lagi selepas peristiwa itu satu majlis kenduri kesyukuran turut diadakan oleh Orang tua beliau sendiri di KSS.Alhamdullillah semuanya selamat......
wow... ini adalah first hand story. saya benar-benar kagum dengan semangat dan keberanian anggota komando yang terlibat didalam peristiwa ini.
BalasPadamSaya puji bab membersihkan JS oleh kumpulan ini yang cukup kreatif dan unconventional, menggunakan haversack diikat dengan tali, sekaligus bertindak sekurang2nya dwifungsi - i) men'trip'kan sebarang tripwire switch of a booby trap, ii) berat haversack dan tali berfungsi sebagai grapnel hook dalam membongkar JS di tanah. Tabik spring kat abang2 Komando tu.
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamTuan, pada pendapat saya, jika perkara ni terjadi kat tentera US, sudah lama mereka memfilemkan cerita ini.. tapi malangnya di malaysia.. tak tau la, tak berani ke, tak de duit ke, takde kemahiran ke.. ramai dikalangan generasi pasca komunis (termasuk saya) tidak mengetahui perjuangan perajurit kita dahulu, hingga ada yang sanggup menyokong kepulangan CP.
Bagi saya kita memerlukan sebuah filem yang memaparkan perjuangan tentera kita.Filem yang lebih realistik maksud saya, seperti bukit kepong (Lt Adnan bukan contoh filem yang realistik)
Saya rasa tak salah kalau kita mengambil pengarah asing(kalo pengarah malaysia tidak mampu). Pernah dulu ade satu filem berkaitan perjuangan islam menentang Ingris di Mesir(kalao tak silap) yang bertajuk Lion of dessert atau Dessert Lion(tak ingat) diarahkan oleh pengarah US. Filem tersebut ditaja oleh iran atau syiria(kalo tak silap lagi)
Saya rasa filem tentang perjuangan warga ATM (darat/laut/udara) kalau tidak dapat meningkatkan semangat patriotisma tapi sekurang-kurangnya memberi pengetahuan dan kesedaran kepada rakyat malaysia tentang perjuangan wira dahulu.
Sekian, terima kasih
Salam semua
BalasPadamUntuk makluman, pihak kami sedang melengkapkan proses kajian bagi menerbitkan pelbagai dokumentari ringan dan ilmiah serta teknikal. Pelbagai subjek telah dirangka meliputi era Perang Dunia Kedua sehinggalah Darurat. Tidak terkecuali peristiwa The Great Escape (TGE) akan diadaptasikan dalam bentuk dokumentari ringan di RTM seperti dokumentari Ekspedisi Gariswaktu yang sedang ditayang di TV1, selain itu TGE juga akan dipropose utk slot khas utk History Channel, insyaallah tim kami akan berhubung dengan mereka yang terlibat dalam sedikit masa lagi..
Salam Tuan,
BalasPadamI speak the same language as Mr. Paehinc. Di Malaysia ni, penerbit/pengarah filem/penulis skrip hanya tahu buat filem cinta ajer. Filem yg agak realistik pun Bukit Kepong ajer, lain tu langsung tak ada isi. Better Prebet Badul than Lt. Adnan.
I hope Mr. Jimio can speed up their process in conducting a thorough study without leaving any stone unturned. All the facts and stories should be told without fear and favour as transparent as possible demi menghormati perjuangan tulus yg telah ditunjukkan serta waris-waris mereka. Kalau ya katakan ya, kalau tidak katakan tidak.
Salam Tuan2,
BalasPadam1) Dato' Jins Shamsuddin baru2 ini ada buat saranan supaya industri perfileman kita giat kepada pembikinan filem2 bertema patriotik.
2) Saya dah lama meluat dengan filem2 kita yang tak habis2 dengan asyik2 cerita cinta dan kalau cerita lawak semua lawak bodoh.
3) Filem Thai, Jepun dan Filipina makin bertambah seronok ditonton. Tapi yang bestnya filem Korea tup tup dah nak sama standard filem2 Hong Kong padahal dulu kita tak pandang pun.
4) Filem Indonesia sekarang pulak kalau cerita hantu kebanyakan cerita hantu bodoh, tapi ada juga cerita2 bagus macam Laskar Pelangi, Berbagi Suami, Ayat2 Cinta.
5) Yang Sdr Paehinc maksudkan ialah filem Omar Mokhtar The Desert Lion.
Assalamualaikum Mejar,
BalasPadamSejak akhir-akhir wujud blog yang saya rasa kepunyaan bekas anggota PKM atau yang bersimpati dengan PKM walaupun PKM telah berkubur sejak tahun 1989. Saya bimbang akan wujud komunis yang berbentuk baru yang cuba meresap kedalam jiwa sanubari anak2 muda Malaysia.
Disini saya turut sertakan link sebahagian daripada blog2 yang saya terjumpa dalam internet ( mungkin ada banyak lagi yang belum dijumpai). Sekadar makluman...
http://greensocialis.blogspot.com/2009_11_27_archive.html
http://wasiatpejuang.blogspot.com/
http://matamin02.blogspot.com/search/label/Kampung%20Perdamian
Menariknya, ada juga blog2 ini cuba mengabui mata masyarakat kita dengan membuat linkage kepada blog blog kepunyaan parti pembangkang di Malaysia....Ini adalah satu taktik halus yang licik untuk memesongkan pemikiran terutama golongan muda-mudi Melayu....
Saudara paehinc, jimio, Sanusi & FMZam,
BalasPadamTerima kasih. Saya sungguh teruja dengan kenyataan jimio. Harap-harapnya akan menjadi kenyataan.
Saudara Nota Fikir,
BalasPadamTerima kasih. Setahu saya, PKM tidak pernah dibubar. Mereka hanya meletak senjata...BUKAN MENYERAH KALAH!
salam
BalasPadamsaya pernah terbaca keratan akhbar mengenai SSjan Maamin Latif bersama 8 kdo yg terlibat dlm great escape. Dia kata mereka telah lari beberapa hari hingga sampai ke betong apabila terbau masakan daging.Rupanya telah sampai ke kem askar Msia. Tidak pula diceritakan diselamatkan oleh Kdo yg lain.Ada versi yg lain ke?
Saudara Anonymous,
BalasPadamSaya pun baca kisah tersebut. Mungkin itu insiden yang lain. Tetapi setahu saya, inilah satu-satu insiden dimana warga komando dikepung ketika Ops Gubir. Lt M Aziz adalah ketua pasukan yang tertinggal. Wallahualam.
SALAM
BalasPadamSSjn Maamin Latif adalah orang yg mengekori Azizan Abu Bakar dalam kes liwat DSAI.Ini diceritakan dlm Mahkamah.
Saudara Anonymous,
BalasPadamSaya tiada sebarang komen tentang itu. Terpulanglah kepada anda.
Sdar Anon 11.21pm,
BalasPadamMenjawab soalan anda. Betul, beliau adalah orang yang sama iaitu orang yang mengiringi AAB semasa kes Liwat I dulu. Saya juga pernah terpandang gambar tersebut disalah sebuah akbar perdana (tak ingat samada BH atau UM) ketika kes itu diperbicarakan.
Saudara Nor Ibrahim,
BalasPadamI have been following your blog for quite sometime and my highest respect and salute go to you for sharing those wonderful Nuri flying experiences and great MAF operational missions which could have disappeared in thin air without your "stories".
My biggest regret to see how the political and present military leaders with power and authority who have not lifted a finger to give a very serious consideration on your proposal for monitary gestures to the recepients
of JPP, PTU and KPK. Mereka semua unta yang telah kenyang dan tidak lagi perlu membuka mata melihat kiri kanan!
Saudara Nor, I am proud to see an ex-RMAF Major with a lot of fighting spirit who never "say die"! I have looked at your past flying records in No.3 and 10 Sqn, especially your various flying missions to support the Army in combatting the CTs. You, your co-pilots and crew have been shot many times when flying the Nuri and yet you kept on flying. One of your Sqn Commanders complimented you and Mej Chong Keng Lay as being very brave and dedicated sqn pilots who were great examples of "fighting airmen"!
I honestly assess you as having more "GUTS" than present MAF and RMAF top leaders who only flew peaceful missions from luxury transport and fighter planes cockpits!
My prayer for you to keep writing and may Allah SNW shower you with health, rewards and prosperity in the month of Ramadhan. My respect to Siti Rofini for supporting a fighting husband.
Tamingsari
Dear taming,
BalasPadamTHANK YOU for your kind words. I'm extremely flattered. This afternoon I watched the History Channel on "VAT 69" and "Al-Maunah". PDRM is very proud of their roles in fighting the CTs. It's unfortunate that the public is not made known of RMAF's equally important roles. Filem Negara Malaysia has agreed to document the Gubir tragedy but RMAF did show much interest in collaborating with them.
Don't blame the public for associating RMAF with aerobatic displays and crashes.
Tuan,
BalasPadamSdra Taming,
Satu pandangan yang bernas dari Sdra Taming. Semoga Pang5 yang berbintang 'Kuning' akan mengikuti jejak-jejak Pang5 yang berbintang 'putih' didalam menonjolkan semangat keperwiraan anak-anak buahnya kepengetahuan Masyarakat Malaysia.
Saudara Abah,
BalasPadamTerima kasih.
Saya amat teruja dan kagum dengan penggambaran filem VAT 69 dan Al Maunah. TDM berjaya menonjolkan semangat juang barisan perajuritnya seterusnya membuka mata kepada orang awam kesusahan, semangat juang dan 'never say die'.
BalasPadamSebagai peminat filem Top Gun, saya masih menunggu filem dari TUDM- yang ada cuma Wira Angkasa.
Semoga kisah Gubir ini dapat difilemkan setanding dengan VAT69.
So this amazing story happened 40 years ago! The operators are already late in their years, and some have passed on. I think if the story isn't documented, then the knowledge will be lost forever.
BalasPadamPS: It'll interesting to hear from the other side too.