Pages

Ahad, 15 Ogos 2010

E-mel Untuk YDP MDKP


Pada 13 Ogos 2010, saya telah menghantar e-mel berikut kepada YDP MDKP. Parit
di seberang jalan rumah saya sudah tertutup dengan semak-samun. Ini tempat membiak 
nyamuk 'aedes' dan juga sarang ular. Baru-baru terdapat kulit ular tudung senduk bersalin. 

Kebersihan Parit
From:
nor ibrahim sulaiman 
To:YDP KPasu 

Assalamualaikum,

Pertama sekali, selamat berpuasa.

Berhubung perkara di atas, saya memohon kerjasama anda untuk membersihkan parit di seberang jalan rumah saya yang sudah ditutupi dengan semak-samun - lihat gambar. Sepertimana yang anda mungkin sudah termaklum, baru-baru ini terdapat penghuni di kawasan perumahan yang saya menetap, Darulaman Heights,  telah dijangkiti penyakit 'denggi'. Dengan keadaan parit yang tidak terurus, sudah pasti pembiakan nyamuk 'aedes'mudah membiak. Selain nyamuk, kemungkinan besar parit tersebut menjadi sarang ular tudung senduk kerana saya terjumpa kulit ular 'bersalin' di luar rumah saya. 


Semenjak menetap di sini selama 10 tahun, saya perhatikan parit tersebut tidak pernah dibersihkan. Saya sendiri membersihkan parit di hadapan dan di belakang rumah saya,xxx Darulaman Heights.

Saya mengharapkan kerjasama anda untuk mengambil tindakan bagi membersihkan parit tersebut. Mencegah lebih baik dari merawat.

Akhir kata, didahului dengan ucapan terima kasih di atas ke prihatinan anda terhadap rentetan pembayar cukai.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Hari ini, Ahad 15 Ogos, kemungkinan besar e-mel tersebut akan di'terbaca' (Jumaat & Sabtu cuti hujung minggu). Apa tindakan selanjutnya, kita tunggu dan lihat sahajalah. Reaksi sekiranya tiada sebarang respons?Biasalah tu. Saya akan terkejut berok jika di satu hari terlihat kakitangan MDKP membersihkan parit tersebut. Sekiranya itu berlaku....Terima kasih, MDKP. Tidak menghairankan saya sekiranya e-mel tersebut berakhir dalam....!

2 ulasan:

  1. Salam Mejar
    Memang sedih bila kita ambil inisiatif beritahu, pihak berwajib tak ambil tindakan. Balas, kata terima kasih, pun tak sudi! Yg depa tahu, macam di kawasan saya, pasang papan besar suruh kita bayar cukai taksiran. Mungkin patut kita letak papan kita di bawah papan depa dan catat di situ: Boleh bayar, perbaiki perkhidmatan.

    Walau bagaimanapun, semoga dlm masa terdekat, MDKP beri respon & tunjuk responsibility.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Cikgu,

    Terima kasih. Memang betul, cukai kalau terlewat bayar, rumah akan disita. Sebarang aduan, membisu seribu bahasa. Tak terfikirkah mereka bahawa satu hari nanti mereka juga akan tidak lagi relevan seperti saya sekarang ini. Lagi pula, tak ingatkah istilah 'amanah'?

    BalasPadam