Tuan,
nak tanya sikit.
Tuan ada dah terlibat dengan Casevac & Bodivac pada 26may1978. Extraction guna kaedah winching. Ops Sedar Gubir11. sg Baho- sg Seraya. LP mkr India.
Kalu tuan terlibat tolong masuk dalam blog tuan.
Bcos I want to write about that incident.
Kalu tuan terlibat tolong masuk dalam blog tuan.
Bcos I want to write about that incident.
Untuk kepastian, saya telah merujuk kepada 'Flying Log Book' dan memang saya membuat penerbangan pada 26 May 1978. Butir-butir adalah seperti berikut:
- Krew ~ Saya/Lt M (U) Md Som/Sjn Mansur
- Pesawat ~ FM 1718
- Nama Panggilan ~ Capung 282 Juliet
- Tugas ~ Butterworth - Gubir - LPs - Butterworth (casevac)
- Jam Penerbangan ~ 4:05 jam termasuk 1:05 jam penerbangan malam
Saya pun membalas e-mel beliau untuk mengesahkan pertanyaan beliau. Pada 18 Ogos, beliau menghantar ceritakan ini...
Casevac yg tuan buat pada 26 may 1978 adalah sisilan keatas kejadian yang berlaku pada 25 May .
Pada 25 May 1978 Pl 4 B coy. 14MTA ( now 9Rangers) pada 1845hrs bertempur dgn sekumpulan musoh di atas sempadan M'sia /Thai. dalam pertempuran itu seorang musoh berjaya di bunoh dan seorang anggota pl WIA. (Wounded In Action).
26 May , pl di arah mengeluarkan mayat musoh dan yang cedera keluar. Kami terpaksa bergerak dari kawasan pertempuran dan membina wincing pt .
Pada jam kurang lebih 1630hrs, saya dapat berhubung dgn AC (aircraft) melalui radio dan saya diarah kan untuk pasang smoke dan akhirnya casevac berjaya dibuat dgn selamat.
Masih dalam ingat saya , radia conversation pada hari itu....."Hello two one alpha this is alfa charlie..."
Pada zaman itu.... banyak lagi peristiwa yg dilalui yg melibatkan saya bersama dg NURI. 2 most memorable incidents....
1. NURI yang terhempas di Terendak tahun 75 .
2. Heli yang kena tembak di Mkr Speedy (south Thai) troop yg yg hendak di buat insertion pada hari itu adalah troop yang sama terlibat bertempur di Gubir - Apabila heli kena tembak, Heli masih lagi about 6 - 10 feet above the gnd. Kami terjun, macam kambing keluar kandang setelah AQ bagi arahan terjun. Sebenarnaya kami tak tau pun heli tu kena tembak dan pasai apa mesti terjun tak seperti biasa landing.... Everybody was safe no injury.
FSB/ LP ini lah juga, dimana Lt MUSA dari Kor Arti cedera kena booby trap dan buta ketua2 matanya.
Overall dalam perkhitmatan the first 10 was GUBIR, Keroh , Gerik , Batu Melintang, Gua Musang, Raub and south Thailand. After CPM sudah serender, ATM jadi mat bunga...so I pun join PARA. Nak rasa new life, new environment last last PARA pun dah jadi pasukan pertunjukan jeee... so,I say Bai bai.
Tuan,
Your blog sungguh hebat, ia membawa seribu kenangan dan THANK YOU very much.
selamat berpuasa
regards
Saya telah mencadangkan kepada Mej Ishak agar menulis kisah platun beliau membunuh seorang pengganas komunis. Sungguh gembira kerana beliau tidak menghampakan saya.
Mej Ishak...Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda. Saya akan menjadikan kisah ini sebagai bahan untuk "Koleksi Pengalaman" nanti, InsyaAllah.
Mej Ishak...Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda. Saya akan menjadikan kisah ini sebagai bahan untuk "Koleksi Pengalaman" nanti, InsyaAllah.
salam ramadhan tuan mejar.. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..
BalasPadamTuan,
BalasPadamAlhamdullillah, semenjak kebelakangan Blog ini mendapat perhatian ramai bukan sahaja dikalangan mantan-mantan ATM sahaja malah orang orang Awam malah adik-adik serta anak-anak kita yang masih berkhidmat pun turut serta. Semoga dengan penyertaan mereka akan merancakkan lagi blog tuan ini demi memertabatkan golongan mantan-mantan seperti saya, tuan dsbnya yang telah beransur-ansur pudar ditelan zaman. Malah kesungguhan mereka melibatkan diri ini juga akan saling merapatkan saliturahim diakalangan kita semua rakyat Marhaen.
Saudara en_me,
BalasPadamTerima kasih. Dapat berjimat ke dengan gadget tersebut?
Saudara Abah,
Terima kasih dan Syukur Alhamdulillah, veteran macam kita ni masih ada orang yang minat mendengar kisah silam. Tak nak menyumbang cerita untuk "Koleksi Pengalaman" ke? Saya menghubungi En Mohsain di Simpang 4 mencadangkan beliau menulis kisah lampau, seperti ketika Lt Raja Musah terkena jerangkap samar.
Tuan,
BalasPadamWalau pun tidak secara menyeluruh rasa nya yang telah saya tulis didalam ruangan Komentar blog tuan selama ini pun boleh dikirakan sebagai koleksi pengalaman kot?
Bukan apa saya agak keberatan untuk saya menulis, kadang terfikir saya cuma sekadar insan biasa sahaja . Takde apa yang boleh dibanggakan.
Saudara Abah,
BalasPadamKomen anda tentang Ops Gubir saya muatkan dalam manuskrip "coretan xnuripilot" yang ketika ini berada di UKM untuk dinilai. Anda mesti berbangga kerana turut memainkan peranan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Masih ramai rakyat Malaysia tercinta ini tidak mengetahui tentang pengorbanan kita semua. Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100% kerana mereka betul-betul tidak tahu.
Diharap, sekiranya golongan ini terbaca kisah-kisah sebegini, kemungkinan ianya akan memupuk semangat patriotisme.
Salam Tuan & Sdr Mej Ishak!
BalasPadamTk paparan ...sememang nya banyak nak di ceritakan tapi malu/segan pada kebanyakan org kita!
Rindu juga nak ketemu Mej Ishak ni ..tk atas sms tempohari..rasa2 ingat wajah tapi tak pasti..mklm dah beruban ...RUMAH DOK SURUH PERGI ,KUBUR DOK GAMIT MAI....cuma nya MASA belum mai lagi...akan sumbang apa yang mampu untuk di tatap generasi mendatang!
Saudara Basri,
BalasPadamTerima kasih. Apa nak malu untuk bercerita sekiranya ianya akan memunafaatkan generasi akan datang.
Salam Tuan & Sdr Mej Ishak!
BalasPadamSyukur Alhamdullillah,seronok bila dapat mel dan gambar Mej Ishak...confirm sama...seorang PERIANG n PERAMAH..Insyaallah jumpa Raya nnt dia bercuti bersama keluarga.Salam Ramadhan.
Saudara Basri,
BalasPadamSaya pun menunggu gambar dari beliau. Menurutnya, arwah Kol Harun Al Rashid mengarahkan beliau untuk melukis gambar Nuri pada dinding mes pegawai di Kem Gubir sebagai satu 'tribute' kepada krew Nuri. Saya ingat2 lupa. Tapi lukisan tersebut sudah tiada lagi. Beliau berkata bahawa ada ambil gambar dengan wartawan berlatar belakangkan lukisan tersebut.