Peranan yang termampu saya lakukan hanyalah mengasak mereka bertubi-tubi dengan cerita-cerita operasi, termasuk Ops Gubir. Saya bersyukur kerana ada pembaca yang sudi menghantar bahan untuk dijadikan cerita. Salah seorangnya ialah Lt Kol Basri. Beliau menghantar keratan akhbar berikut membabitkan Ops di Gubir di suatu ketika dulu...
(Nota: 24 Ogos 2010...Untuk mengelakkan kekeliruan fakta sepertimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia tentang Ops Gubir pada April 1976, saya terpaksa menarik balik keratan akhbar berkenaan. Menurut 2 sumber maklumat yang turut bersama dalam operasi tersebut, terdapat kesilapan fakta yang dipertikai. Tiada warga komando terkorban dalam operasi tersebut; hanya seorang warga tim pemusnah jerangkap samar, Jurutera, yang terkorban akibat jerangkap samar ketika menjalankan tugas dalam terowong di kem pengganas komunis beerkenaan).
Tiga orang warga komando, Sjn Ahmad Jantan (bersara S/Sjn), Trp Hussin Mahbeb (bersara PW2) dan Trp Yaacob Hassan (bersara Kpl) tercedera pada hari pertama kerana terpijak jerangkap samar di kem pengganas komunis setelah selamat diturunkan. Mereka dibawa keluar dari kawasan operasi...tiga casevac! (klik untuk membaca)
Trp Hussin Trp Yaacob
Kosmo 14 Ogos 2010 Utusan Malaysia 7 Nov 2009
Catatan: Nama ketiga-tiga casevac diberi oleh WO2 Roslan melalui komen beliau. Fakta dikemaskini pada 23 Ogos 2010.
24 April 1976...Setelah kem tersebut ditawan, Menteri Besar Kedah, arwah Dato Seri Syed Ahmad, telah melawat kem Gubir dan telah diberi taklimat tentang kem pengganas tersebut.
NST pada 25 April 1976
Lt Kol Basri...Terima kasih.
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA
sir,
BalasPadamsaya tak pernah terfikir 70's masih ada komunis. awal 80's saya di terapkan ke unit komando negara saya selama 2 tahun setengah. cuma dapat berlatih perang dalam keadaan aman.
coretan Mejar membuat saya cendurung untuk lebih mengetahui wira2 melayu. saya cuma tahu tentang Lt Adnan.
Tuan,
BalasPadamOlahan cerita dan mengikut pandangan Wak Sudir tentang Operasi ini tidak begitu jauh bebeza dengan apa yang saya telah saya ceritakan kepada tuan sebelum ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa fakta itu mungkin ada sedikit perbezaan.
Namun demikian diantara kedua cerita dari dua buah mulut serta minda itu tidak lah jauh memesong sehingga lari dari kejadian asal sehingga menimbulkan beberapa gimik yang ketara membuat para pembaca tertanya-tanya dan merasa ragu-ragu tentang kesahihan cerita itu berpandukan kejadian yang sebenar.
Kemungkinan pulak ada sedikit berlainan beberapa fakta, jalan cerita atau pandangan sekiranya cerita ini juga diperolihi dari Lt Kol Aziz pulak. Walaubagaimana pun kejadian tersebut telah berlaku dan patut dijadikan sejarah bagi ATM bagi mengenang kembali titik-titik hitam itu pada negara kita.
When the present military leaderships are not concern so it will remain "out of sight, out of mind"
BalasPadamAsk the PAT where was he at the peak of Gubir ops....probably in .... wonder whether the government pick the right person to lead the Armed Forces.
Apa nak buat mej, anyway well done and semoga ALLAH memberkati usaha ikhlas dan gigih maj.Selamat berpuasa.
Salam Tuan!
BalasPadamTk lagi kerana tak jemu2 memaparkan kisah2 PENGORBANAN .....pilu bila ingat kawan2 yang telah pergi dulu..Doa dan harapan ROH2 mereka di cucuri Rahmat!
Tarikh masuk Komando tu 20 April 1976.....! Salam Merdeka!
Saudara Basri,
BalasPadamTerima kasih. Ini saja yang termampu saya lakukan dengan harapan pengorbanan veteran2 tidak dilupai begitu saja.
Saudara Noir,
BalasPadamTerima kasih. Sekira ada masa, sila baca coretan dibawah label "Unforgettable Flying Experiences".
Saudara Abah,
Sekiranya terjumpa Lt Kol Aziz, sila catatkan cerita the great escape. Tk.
Saudara Anonymous,
Ketika Ops Gubir, PAT masih berkhidmat sebagai Ops Officer di TUDM Kuantan. Beliau bertugas di Base Ops Room. Saya masih ingat menyerahkan Flight Plan kepada beliau di sana. Tak apalah...masih ada segelintir rakyat Malaysia yang sudi membaca cerita lampau tokwan ini, Syukur Alhamdulillah.
Bukan sahaja Tpr Hussin Bersara PWII, malah Sjn Ahmad Jantan Bersara SSJN dan juga Tpr Yaakob bersara (KPL) di Medivac hari pertama ketika menduduki Kem PGK akibat terkena Jerangkap samar Musuh. Ketiga -tiga mereka menetap di Melaka setelah bersara dari ATM.
BalasPadamSalam Tuan & Abah!
BalasPadamTk paparan ni...Insyaallah akan melkan gambar2 Kpl Yaaakob(org Kg dan satu sekolah pula)...Salam Ramadhan
salam tuan,
BalasPadammenjelang hari kemerdekaan yg ke 53, anak2 muda kita sudah leka dgn dunia, mereka lupa dgn bakti perwira2 kita, hanya segelintir yg masih mengingati jasa2 perwira2 negara..
sedikit ralat kerana mak tak beri saya join army dulu!!!
saya agak keliru dgn keterangan Kapten Sudirman menyatakan 11 org komando mati masa serangan tersebut.Ini satu fakta baru yg x pernah saya dengar. Yg saya tahu 11 orang mati akibat helikopter kena tembak.Minta Mejar pastikan cerita sebenar.
BalasPadamSalam Sdr Anonym!
BalasPadamTk minat keratan tu....sabenarnya dah tanya Kapt Sudirman....11 org tu adalah Peg2 dan anggota2 yang terkorban nahas Helikopter pada 26 Apr 1976.Manakala RAJD kehilangan seorang PTT Lkpl Abdullah Majid pada 25 Apr 1976 akibat kecederaan teruk terkena Jerangkap Samar PGK di dalam terowong.Wallahuaklam.
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerdapat tersilap fakta. Menurut mantan komando, 11 yang terkorban adalah mereka dalam Nuri berkenaan. Tiada warga komando terkorban ketika menawan kem tersebut. Insiden ini dah lama berlaku, justeru mungkin Kapt Sudirman terlupa.
Tuan,
BalasPadamSaay baru sahaja menghubungi SSJN (B) Ahmad Jantan@Abang Ahmad. Tidak menjadi keberatan untuk beliau memberikan sekeping Potret dirinya kepada saya. Masalah untuk beliau bergerak kesana-kemari mesti selalu didampingi oleh 2ICnya memandangkan keuzuran nya bergerak. katanya "Maklum sahaja lah bila usia sudah meningkat ini "macam-macam ada", bukan sahaja dengan Jantungnya, pinggangnya malah matanya juga turut ada".
Tengoklah sekiranya saya berkesempatan berjumpa atau berkunjung ke Rumahnya saya akan dapatkan sekeping potret beliau.
Untuk pengetahuan juga katanya beliau memperolihi 2 kali penganugerahan pingat KPK. katanya juga, "Emm begitu lah nasib, apa-apa pun kalau dapat sedikit penambahan elaun kepada KPK alangkah baiknya".
Untuk bermesra dengan beliau, beliau boleh dihubungi di talian 06-5533935.
SALAM
BalasPadamSAYA SANGAT SETUJU penerima KPK diberi elaun seperti PGB sebab mereka menyerah nyawa utk mempertahankan negara.Oleh itu perjumpaan dgn PM bulan 10 nanti patut dibisikkan kpd PM.
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. Persoalannya...adakah PBTM sedia 'membisikkannya' pada PM? Kkalau berpeluang bertemu dengan PM, saya akan lakukan, InsyaAllah. Tengok PM pun melalui TV. He..He..He.
Seronok saya baca artikel tuan dan komen-komen yang diberikan. Walaupun saya tak pernah merasa alam askar ni macamana, tapi bila saya selidik sudka-duka kehidupan tuan-tuan semua, saya rasa cukup bangga dilahirkan sebagai Anak Melayu Jati. Tanpa pengorbanan tuan-tuan saya dah duduk macam kat Somalia kot. Tabik...
BalasPadamSaudara Anok Kelate Jati,
BalasPadamTerima kasih. Saya bersyukur kerana ada yang mula menyedari peranan mereka yang berkorban demi untuk negara.
Cerita gubir dari ayah ku
BalasPadam.x pernah luput dr ingatan.. anak ex 7renjer..17326.