Dah menjangkau usia senja dan mempunyai banyak masa terluang, terfikir mengapa terlepas pandang mensyukuri keindahan alam sekeliling ciptaan
Nya. Kerap kali kewujudan semuanya ini di
'take for granted' sahaja.
Harap maaf gambar tak tersusun kerana kesilapan 'teknikal' (sebenarnya tak tahu nak mengaturkannya. He...He...He).
Syukur Alhamdulillah kerana masih tak terlambat untuk menikmati rezekiNya.
alhamdulillah. cantik. mmg sekarang mata jarang menikmati keindahan alam. lagi2 anak2 sekarang eyes all glued to iphone, ears blocked by ipod..all the 'i's n not looking at 'others'
BalasPadamSalam tuan,
BalasPadamAh!...lanskap buatan manusia, memang cantik bila manusia menginteraksikan imaginasi dengan alam semulajadi, menjaga, membaja, menyubur, merapi dan merekasusun flora & fauna dengan penuh kreativiti.
Kita terpersona dengan ciptaan arkitek2 lanskap yang telah berusaha membawa alam semulajadi sehampir mungkin ke dalam kehidupan seharian kita, di kotaraya, bandar, pekan dan kawasan kediaman dalam konteks membangunkan semula apa yang manusia telah musnahkan atas nama pembangunan dengan mempersembahkan kepada kita lanskap tiruan. Maka itulah kita terlepas pandang kerana selama hidup kita dalam tamaddun manusia, kita selama itu telah hidup dalam lanskap tiruan kerana manusia adalah pemusnah alam semula jadi.
Flora & fauna kita semakin berkurangan bila hutan kita semakin mengecil dan haiwan2 liar kehilangan habitat semulajadi mereka akibat perbuatan manusia. Kita mungkin tidak akan ada lagi alam semulajadi untuk ditinggalkan kepada generasi akan datang.
Siapa2 yang jadi askar yang pernah mendiami hutan Malaysia dan berkesempatan melihat dengan mata sendiri alam semulajadi buatan tuhan yang tidak terusik oleh tangan manusia, pastinya tidak akan lupa bagaimana rupanya hutan Lepang Nenering, Bukit Kobeh, Banding, Jeli, Belum, Ban Kok Mo (Thailand) etc, etc, etc.
Saya tetap ingat sebelum hutan Banding ditenggelami air empangan Temenggor, saya pernah makan buah tampoi berguni-guni, kundang hutan manis, buah bacang, tangkap ikan kelah sampai terpaksa buat pekasam sebab dah terlalu banyak, mandi di sungai yang berpasir macam pasir tepi pantai, turun naik air terjun yang tinggi, mengharung sungai yang berbatu besar, minum air dari sungai tak payah masak, mendaki dinding Bukit Kobeh yang macam tembok macam orang buat mount climbing, berjalan dalam hutan Banding yang rata seperti lembah luas dan berjalan di laluan "bandit highway" iaitu laluan motosikal atas ridge (rabung) diatas gunung yang digunakan penyeludup atau PGK yang menyambungkan semua banjaran2 gunung dari sempadan Thai sehingga boleh sampai ke Cameron Highland.
Sekarang ni kita lihat betapa senangnya orang kita memusnahkan hutan dan bukit dengan berleluasa. Nak buat pembinaan kawasan perumahan, seluruh bukit di tarah habis semua pokok, kemudian diupahnya arkitek untuk buat landscaping, lepas tu syarikat landscape tanam bunga sana setompok sini setompok. Lepas enam bulan pokok dah banyak berbunga maka nampaklah cantik dan kita pun lupa yang kita hidup atas kemusnahan bukit dan hutan.
aisey tuan, tgh asyik maksyuk main satio ke ? :D
BalasPadamSaudara ismi,
BalasPadamTerima kasih. Betul kata anda. Kita hanya 'tersedar' apabila 'rezeki' itu sudah tidak wujud.
Saudara FMZam,
Wow...sehingga tak terkata. Memang betul...selagi ada pokok...potong. Bukit...rodok sampai rata. Lihat Cameron Highland..habis bukit/gunung dilacurkan hanya kerana RM.
Saudara mangchikla,
Terima kasih. Tak padan dengan hp saja...gambarnya sungguh sharp.
SALAM MEJ. NOR IBRAHIM
BalasPadamWAH, WAH! CANTIK-CANTIKNYA BEBUNGA ITU SEMUA. YG LEBIH CEPAT MENGGAMIT MATA SAYA, SI ROS JEPUN TU. SEBABNYA, ITU KEMBANG KEGEMARAN SAYA & MASA INI PUN ADA BEBERAPA SPOT DI TEPI RUMAH SAYA DI MANA SAYA TANAM ROS JEPUN, TERMASUK DARI SPESIS KECIL.
Waalaikumussalam Cikgu,
BalasPadamTerima kasih. Memang cantik ciptaanNya. Gambar teratas kiri itu hanyalah bunga liar di tepi jalan. Orang tak pandang pun. Tapi apabila dilihat semula, sungguh indah pada saya.