Pages

Khamis, 12 Ogos 2010

Sayonara TUDM

Saudara 'mangchik mangchuk' telah menghantar gambar berikut melalui e-mel yang diambil dari satu blog...
Gambar 1987 ketika bertugas sebagai Jurulatih 'SOS' di ITU Kinrara

Saya sendiri tidak memiliki gambar tersebut. Komandan ialah Lt Kol Ramli Ajir dan OC SOS ialah Mej Chin (duduk - 3 dari kanan).

Ini pula gambar yang terjumpa ketika isteri saya membuat 'spring cleaning'....

    
                  Majlis tamat kursus diadakan di KRTU, TUDM Subang

Gambar kanan saya dengan Mej (U) Koh Kia Lim (squad-mate & bersara Brig Jen Dato'). Lihat 2 pakaian seragam yang berlainan. Ketika itu TUDM sedang bercadang untuk menukar warna uniform kepada apa yang saya pakai. Dari ITU Kinrara hanya saya  seorang dipilih sebagai 'model', mungkin kerana 'handsome' dengan cermin mata ala KM Sarawak. He...He...He.

Saya mengucap 'sayonara' ke TUDM dari ITU Kinrara selepas genap 25 tahun berkhidmat dalam ATM. 

Saudara 'mangchik mangchuk'...Terima kasih. 

7 ulasan:

  1. Tu yg perasan , cermin mata 'tinted', mmg ensem kakakakakak

    BalasPadam
  2. Salam Tuan

    Gambor di depan bar-counter tu mcm pernah ku berada once upon a time dulu masa kena buat air aptitude test dan segala mak nenek ujian lagi. Tapi time tu kena pakai planters-order. Tie sampai ke tengah malam.

    Memang tidak dinafikan bahawa Tuan cukup bergaya dulu. Lihat saja gambor berpakaian mess-kit yg ada pasangan cantik tuuuu.... Skrg pun apa kurengnya. Org lama (bukan tua) mmg sukar nak ditembusi oleh org muda.

    Heheeheee.....

    BalasPadam
  3. Hensem juga Encik ni masa muda-muda dulu; segak & macho.....he he he.

    Selamat Berpuasa ( ketika ini) dan
    Selamat Berbuka Puasa (Maghrib nanti)

    BalasPadam
  4. Saudara Semua,

    Terima kasih. Kembang hidung dibuatnya. Sekarang pun apa kurangnya...disana sini orang masih panggil 'Pakcik'saja...bukan 'tok wan' lagi. Maknanya masih OK lah tu. He...He...He.

    BalasPadam
  5. Salam Tuan,
    Saya Toharudin (Kapt Toha), student Tuan dalam SOS Course 22/91 di ITU. Saya dalam gambar kursus di atas berdiri paling kanan barisan tengah. Sekarang masih lagi dalam TUDM, tahun ke 30.

    Semoga Tuan dan isteri sentiasa dikurniakan oleh Allah kesihatan dan kesejahteraan.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kol Toha,

    Terima kasih kerana singgah di blog saya. Saya pun ada juga mencatatkan komen dalam blog anda. Jika dengan kuasa Allah buku saya diterbitkan nanti, Insya-Allah, harap dapatlah anda memberi sokongan.

    BalasPadam
  7. Saudara Kol Toha,

    Terlupa nak beri tahu. Gambar tersebut ada dalam buku itu nanti, Insya-Allah.

    BalasPadam