Pages

Rabu, 4 Ogos 2010

Tak Habis..Habis

Allah telah berfirman dalam 'Surah Alam Nashrah'...
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sumber:disini.

Tak apalah. Saya redha dengan kegagalan dalam perjuangan untuk 
mendapatkan elaun untuk penerima anugerah Darjah Perkasa - JPP, PTU
& KPK (tak semesti mengaku kalah - hanya 'retreat'). Sekarang ini,
cuba pula memperjuangkan agar Kerajaan mengiktiraf wira-wira yang 
terpinggir agar mereka turut dijemput sekurang-kurangnya pada Hari Pahlawan
setiap 31 Julai. Justeru, melayanglah e-mel berikut...

Hari Pahlawan & Hari Merdeka
From:
nor ibrahim sulaiman 
To:
Tan Sri Azizan ; Dato' Zahid Hamidi ; KP Veteran 
Cc:
Datuk Wan Hamidah ; Hamzah Hussin MoD ; Rosliana bt. Mohamed ; PBTM KL ; PBTM Kedah; sidek ksn ... more

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Pada 25 Julai 2010, saya telah menghantar e-mel kepada JPM, Bahagian Istiadat & Urusetia, mencadangkan agar penerima-penerima Anugerah Perkasa - JPP, PTU & KPK - turut dijemput untuk meraikan Hari Pahlawan dan Hari Merdeka. Jawapan berikut diterima pada 27 Julai 2010...

"...2. Untuk makluman tuan, jemputan untuk bekas-bekas tentera bagi menghadiri Sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan pada 31 Julai ini adalah diuruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia. Memandangkan jemputan adalah terhad, maka ia hanya dipanjangkan kepada penerima anugerah S.P. dan P.G.B. Walau bagaimanapun, Bahagian Istiadat mengambil perhatian ke atas input yang diutarakan oleh tuan dan akan mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan Jawatankuasa Sambutan bagi memanjangkan jemputan kepada penerima-penerima J.P.P., P.T.U. dan K.P.K di masa-masa akan datang". Saya difahamkan pihak ATM yang dipertanggungjawabkan ialah Hal Ehwal Veteran. 

2. Sepertimana yang Tan Sri/Dato' sedia maklum, jumlah penerima anugerah tersebut hanyalah 695 orang. Ada yang dianugerahkan secara 'posthumous', ramai yang cacat anggota angkara kedurjanaan pengganas komunis di suatu ketika dulu dan sebilangan besar sudah terlalu uzur. Kemungkinan besar mereka yang masih hidup tidak dapat hadir sekiranya dijemput. Tetapi, apa yang penting ialah mengorbanan mereka diiktirafkan oleh negara...hanya dengan satu kad jemputan sahaja!! Adakah ini satu yang terlalu membebankan? 

3. Siapa lagi kalau bukan ATM sendiri yang sepatutnya menyahut seruan DYMM Yang 
di-Pertuan Agong dalam titah baginda sempena Hari Pahlawan pada 31 julai 2010 "....This is the day on which we should pay tribute and remember our heroes, those who are in service or have fallen in the line of duty'" (ms 10 New Sunday Times, 1 Ogos 2010). 

4. Sekiranya difikirkan jemputan di peringkat kebangsaan adalah satu yang terlalu 'mustahil', saya mencadangkan agar kami dijemput untuk menyemarakkan Hari-Hari tersebut di peringkat negeri. 

5. Fikir-fikirkanlah.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) PTU


Pembaca...Saya tidak hairan sekiranya e-mel tersebut berakhir di... 
Maaf kerana mempunyai persepsi sebegini terhadap kewibawaan Penjawat Awam dan agensi kerajaan tertentu...Baik tentera mahu pun awam. Saya hanya meluahkan apa yang pernah saya alami.

6 ulasan:

  1. Tuan

    Allah sahaja yang akan membalas khidmat yang tuan telah beri kepada ATM.Bersabarlah.Kot2 rezeki mai dari sumber yang tidak d sangka2.

    ...wawa

    BalasPadam
  2. Salam Tuan

    Memang tidak terkezut saya kalo e-mail tersebut end-up di dalam bakul sampah kerana penjawat awam ni memang fobia ngan teknologi maklumat. Skit-skit buat sorat, sikit-sikit buat surat.

    Website jabatan terbentang e-mail mereka tetapi hanya gah nak bagi info konon tapi hakikatnya, nak on komputer pun gagap.

    Sebab tu saya katakan dari dulu, kerja penjawat awam ni memang sesuai untuk mereka yang malas. Tak payah kita menafikan perkara ini dgn alasan hanya segelintir saja yg malas bukan mewakili semua penjawat awam.

    Yang pasti kita ni hanya suka syok sendiri.

    BalasPadam
  3. Major Nor, 695 surat jemputan nak kena buat... mahal tu.....

    BalasPadam
  4. Saudara wawa,

    Amin & terima kasih.

    Saudara Sanusi,

    Saya pun tak faham. Adakah mereka ini 'computer-shy'? Tanggapan saya ialah mereka bolayan e-mel dari rakyat kerdil tanpa gelaran. Saya pasti mereka akan respons sekiranya Jen Tan Sri Nor Ibrahim yang hantar. He...He...He.

    Saudara xpara87,

    Ya tak ya...saya terlupa ianya melibatkan kos.He...He...He.

    BalasPadam
  5. Untuk pengetahuan Mejar,
    saya yang bekerja diperkhidmatan awam ni sebenarnya bukan tak suka baca e-mail, tapi merasakan e-mail sebenarnya dianggap benda tak rasmi.
    Cara biasa walaupun dianggap lama - menggunakan surat resmi adalah lebih berkesan, kerana surat dianggap lebih rasmi, praktikal - boleh dilihat dan lampirkan dan mudah dirujuk kepada bos, mudah disimpan dalam fail2 penting. Sedangkan e-mail dianggap seperti bercakap dalam telefon - tidak rasmi dan mudah hilang dan tidak boleh dibawa kemana-mana untuk ditunjukkan. Walaupunn sepatutnya jabatan kerajaan kini lebih kearah 'paper-less', tetapi 'hanyut' saja.

    BalasPadam
  6. Saya juga berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan e-mail adalah mod komunikasi yang paling kerap digunakan bukan sahaja untuk komunikasi dalaman tetapi juga dengan pihak luar.
    Setuju bahawa idea 'paperless'untuk jabatan kerajaan akan jadi bahan tertawa jika tiada yang nak berubah.

    BalasPadam