Pages

Ahad, 5 September 2010

Menagih Pengiktirafan





Pada Hari Pahlawan 31 Julai 2010, saya telah menghantar e-mel kepada 'Forum' Utusan Malaysia (UM). Tujuan saya adalah untuk membetulkan fakta rencana bertajuk .....

Pingat-pingat yang di paparkan ialah SP, PGB, VC, GC, MM malah termasuk Pingat Jasa Malaysia (PJM)...sungguh mengecewakan! (VC, GC & MM dianugerah oleh Inggeris) Rakyat 'dilupakan' (sengaja atau tak sengaja) yang negara Malaysia menganugerah hanya 5 Darjah Perkasa berikut....
(Sumber: malaysianmonarchy.gov.my)

Faham-faham sajalah...Tak disiarkan. Justeru, pada 4 Ogos, saya telah menghantar e-mel kepada Dato' Zaini Hassan, salah seorang 'bos' di UM (maaf tak tahu jawatan beliau) dengan harapan beliau akan menyentuh 'sedikit' dalam kolumnya setiap hari Rabu tentang pingat berkenaan. Mind you...Tulisan beliau ada impak maksima kerana ramai 'politikus' berpengaruh membacanya. Saya turut selitkan tentang isu elaun yang saya perjuangkan (masih tidak mengalah. He...He...He). Sehingga kini, tak pula terbaca pun dalam tulisannya...mungkin keadaan masih belum sesuai untuk di'sentuh' kut. Tak apalah!

Masih tidak mahu mengalah...Pada 2 September, melayanglah lagi satu e-mel kepada Dato'. Kali ini mengambil 'approach' lain sikit. Saya meluahkan kekecewaan yang UM tidak terkecuali kerana terlalu 'segan' untuk memaparkan peranan TUDM amnya, Nuri khususnya, sempena Hari Pahlawan, Hari Merdeka dan Hari ATM setiap tahun. Sebut saja episod menentang pengganas komunis...HANYA TDM DAN PDRM yang ditonjolkan!! Peranan 'the old but faithful  iron birds' seolah-olah tidak wujud. 

Secara jujur, saya tidak menyalahkan media massa kerana pokoknya, TUDM sendiri terlalu 'modest' untuk mengumumkan kepada seluruh dunia tentang peranan mereka. Syabas TUDM. After all...Apalah nak kenang cerita lama tu!

Berbalik kepada Dato', beliau telah 'forward' e-mel saya kepada birasnya, seorang ex-caribou pilot. Respons beliau (tanpa edit)...

"...I agree with his statement.NURI pilot is the moving target actually.Caribou pilot is slightly lower risk as we are also doing the same job as NURI.(Parajump and Airdrop supply).You should interview and write up on both profession.Its real and good motivation for the rakyat."

Nota: Saya kurang pasti maksud 'moving target'. Pada saya, kami dijadikan 'static & moving targets'. Kami ditembak ketika sedang approach ke LP, di atas LP sendiri dan sedang 'hover'.

Hasilnya, pada 3 September, Syukur Alhamdulillah, setelah diedit tersiarlah...

Sama ada krew Nuri akan ditemubual sempena Hari-Hari berkaitan nanti...tunggu dan lihat sajalah. Saya kagum dengan sikap 'low profile' TUDM selama ini yang tidak mahu menonjolkan bakti mereka terhadap negara. Tak apalah, biarlah Mej pencen ini mencanangkan peranan yang dimainkan oleh siburung Nuri ini...The Workhorse Of The RMAF. Sekurang-kurangnya ada juga cerita yang positif tentang satu daripada 3 Perkhidmatan ATM!

Dato Zaini...Terima kasih.

11 ulasan:

  1. tuan ...dato' zaini juga orang kubang pasu

    BalasPadam
  2. masa komunis dulu,lihat kapalterbang terbang rendah kat atas kepala,fahamlah kami,tentu ada kejadian tak diingini.maka berkerumunlah dipadang Kulim utk lihat adegan ini.masa tu makcik tak tahu yang heli tu Nuri.
    Anyway,penghargaan sepatutnya diberi pada semua pejuang keamanan.

    BalasPadam
  3. Salam, Mejar.
    Sekalung terima kasih kepada pasukan tuan yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan tentera kita menggempur komunis satu masa dahulu. Ya, abah saya adalah seorang daripada anggota yang mendapat sokongan tersebut (beliau bekas anggota RAMD). Semoga bakti tuan dan pasukan tuan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada tuan dan pasukan tuan sebagaimana tuan memberikan kesejahteraan kepada kami, generasi hari ini. Terima kasih sekalung budi...

    BalasPadam
  4. "HANYA TDM DAN PDRM" sahaja di tonjolkan. Lebih specifik lagi..asyik asyik RAMD,RAMD & RAMD lain lain pasukan tak pun kurang di ceritakan. Kor Jurutera macam tak ujud pun.. Betul tak?

    BalasPadam
  5. Salam tuan,

    Kalau kita semua faham, sebenarnya ada satu macam kisah "The Tale of Two Emergencies" dalam sejarah perang yang tak diisytiharkan ini (undeclared war) tentang perjuangan kita melawan kominis di negara kita ini. Dalam cerita pertama yang dikenali sebagai The Malayan Emergency 1948-1960, diceritakan penglibatan pasukan Commonwealth Forces against Chin Peng's army, didalamnya didokumentasikan penglibatan hampir semua pasukan keselamatan, dari tentera darat, tentera udara, polis dan Special Branch, satu pun tak tertinggal dari coretan dan menjadi rekod dan buku sejarah yang berjaya didokumentasikan dan disimpan didalam arkib dengan baik selama sekian lama lebih setengah abad, untuk jadi warisan kepada generasi kita yang akan datang.

    Cerita kedua ialah kisah perang yang kita panggil dengan beberapa nama seperti Dharurat Kedua (Second Emergency) atau Perang Melawan Insurgensi yang bermula sebaik selepas Merdeka hingga termeterai satu perjanjian perlucutan senjata PKM pada tahun 1989 yang mengakhiri perang itu secara rasmi. Tapi kisah perang kedua ini tidak didokumentasikan sekomprehensif sejarah The Malayan Emergency.

    Jadi kisah The Tale of Two Emergencies ini adalah hasil dari dua pihak yang berbeza mentalitinya. Yang satu ialah pihak British dan yang satu lagi pihak Malaysia. Kalau sudah pihak Malaysia tidak serius dalam mendokumentasikan dan mendoktrinkan sejarah bangsa sendiri, maka apa yang ada untuk diadaptasikan kepada anak2 generasi kita hanyalah "loose document" yang sukar untuk kita cantumkan hubungkait antara peristiwa2 yang dialami oleh bangsa kita dalam perang yang hanya generasi yang terlibat sahaja yang faham dan menyimpannya sehingga ke akhir hayat untuk dibawa bersama ke dalam kubur.

    Agaknya bila kita semua sudah terkubur, maka baharulah nanti ada usaha untuk mengumpul cerita kita dari dalam kubur! Itulah orang kita.

    BalasPadam
  6. Tuan,

    Nak harapkan penerbit Filem Melayu untuk mengenengahkan cerita-cerita bercorak patriotik. Em entahlah, mereka lebih berselera untuk menghasilkan cerita-cerita bercorak "cinta' tidak lebih dari itu. Sebentar tadi ada sebuah Filem yang filemkan didalam sebuah Kem Tentera mungkin AW kot! Itu pun bercorak 'cinta' dan ala-ala komedi gitu. Rasa saya cerita-cerita sedemikian merosakkan imej pasukan atau pertubuhan itu dengan sendirinya. Saya perhatikan banyak unsur negatif dan lawak dipamirkan didlam filem tersebut.

    Sebagai contoh seorang Kapten yang juga ketuanya (mungkin OC kot) jatuh cintan dengan seorang pelatih rekrut nya dan banyak lagi unsur-unsur Negatif yang boleh memberi impak kepada pasukan atau ATM tersebut. Filem-Filem begini sahaja kah yang
    layak difilemkan oleh penerbit Filem Melayu. Sungguh memualkan.

    Filem tersebut bertajuk 'Prebet Jamilah' yang dilakonkan oleh Awal Shaari, Scha blah...blah...blah yang ditayangkan di ASTRO Ria. Jawabnya adakah Filem begini sahaja kah yang dibenarkan atau ditayangkan disebuah stesyen TV di Malaysia kita ini?

    BalasPadam
  7. Mej,

    I agree with Saudara FMZam's writing. The second emergency seems to go un-noticed by the country. Are there any detailed records? Saw recently on Astro about the VAT 69 troops.

    By the way who is the Ex-Caribou pilot you mentioned?

    BalasPadam
  8. Saudara Hamzah,

    Dato Zaini orang Tunjang.

    Cikgu mokjadeandell & Puan Marniyati Mohd. Nor,

    Terima kasih.

    Saudara Anonymous,

    TDM=RAMD!! RMAF=Fighters

    Saudara FMZam,

    Betul tu - ada 2 Emergency. Kerajaan memang banyak peraturan tapi tiada penguatkuasaan. Agensi kerajaan dikehendaki menghantar fail/dokumen selepas 5 tahun ke Arkib Negara. Berapa kerat yang mematuhi arahan tersebut? Nak hairan apa bila kita kalah Batu Putih. Inikan pula nak ikut masuk hutan yang penuh dengan 'ubi'! Lainlah mendokumentasikan pergerakan Pang5-Pang5.

    Saudara Faizul,

    Menurut pengarah VAT 69, tiada sebarang dokumen rasmi ketika pembikinan filem tersebut. Beliau terpaksa mencari mereka yang terlibat untuk mendapatkan bahan cerita. Sama apa yang saya lakukan sekarang. Sekiranya mereka berbohong...berbohonglah saya. Tapi saya seboleh-bolehnya akan cuba 'verify' apa yang diceritakan. Itu sebab ada cerita yang tersiar dalam akhbar tidak saya masukkan dalam blog ini.

    Kapt Mahmood. Bersara sebagai MAS kapten B737.

    BalasPadam
  9. Saudara Abah,

    Filem untuk memupuk semangat patriotisme tidak dapat menjana keuntungan. Justeru, penerbit tidak berminat. Hanya penerbit luar negara yang berminat seperti History Channel, Natgeo. Mungkin Tan Sri Dr Jins Shamsuddin atau Dato Yusof Haslam berminat.

    BalasPadam
  10. Tuan Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman, minta teruskan berkongsi cerita-cerita tentang juruterbang nuri. sangat menarik. mungkin satu hari nanti boleh ada biografi kehidupan seorang xpilot nuri.

    BalasPadam
  11. salam tuan..
    hanya Allah saja yg membalas jasa pejuang2 negara spt pasukan tuan..
    sy sebagai genarasi muda berbangga kerana masih ada peluang untuk hidup aman damai di bumi bertuah ini..
    tidak seperti 1960-1989

    sy minat baca blog ni selepas tersiar dlm utusan..
    hehe tango kilo tuan!!

    BalasPadam