Pagi Ahad 26 September 2010...Ketika memandu ke Alor Setar, ternampak 3 buah helikopter Alouette 111 membuat penerbangan formasi di ruang angkasa Jitra/Kepala Batas. Ini mengingatkan saya gambar-gambar yang dihantar oleh Mej Jen Dato' Fauzi TUDM (B). Gambar-gambar ini memaparkan sebuah Nuri dan 4 Alouette membuat penerbangan formasi di Labuan sekitar 1970. Ketika itu, No 5 Skn adalah skuadron Aloutte 111 dan Nuri tersebut dari No 7 Skn, TUDM Kuching.
Dato'...Masih ingat ke 'event' hari tersebut? Terima kasih.
Nota: Hari ini 'Hari Raya' selepas berjaya melaksanakan 'puasa 6', Syukur Alhamdulillah.
seronok saya membaca kisah2 dlm blog ini..tahniah.
BalasPadamSaudara Ihakim,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membaca coretan saya.
sejak saya mengikuti blog ini, baru saya tahu ramai perwira dan pahlawan kita yang tak didendangkan dan juga kisah2 yang tak 'dikisahkan'.tahniah kepada sedara.semoga blog ini menjadi rujukan kami...
BalasPadamx PELAPES,
BalasPadamTerima kasih. Memang banyak lagi kisah wira-wira yang kita tidak ketahui.