Pages

Selasa, 12 Oktober 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Ketika RTM sibuk memainkan semula lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" dan kerajaan menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, namun demikian terdapat segelintir agensi kerajaan yang masih tidak prihatin terhadap usaha kerajaan. 

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli


Tidak dinafikan perkataan "Kolej Tentera Udara" tersergam di pintu masuk di Jalan Hutan Kampung, Kepala Batas, tetapi pemaparan  "AIR FORCE COLLEGE" lebih menonjol kerana kedudukannya di Jalan Kepala Batas. Persoalannya...Mengapa mesti 'terjemahan' ini? Sungguh sedih sekali, semua warga TUDM dalam Kolej ini adalah rakyat Malaysia sendiri yang sudah pasti mahir menggunakan Bahasa Melayu!!

8 ulasan:

  1. Salam, Tuan.

    Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam isu bahasa kebangsaan, bahasa kita. Sememangnya sudah terlalu banyak teguran daripada pakar bidang bahasa terhadap penggunaan bahasa kebangsaan. Sayangnya, mereka yang menegur itu bukan Dato'-Dato', bukan Tan Sri dan bukan siapa-siapa. Maka, teguran itu hanya didiamkan sahaja. Kita sama sekali tidak menentang penggunaan bahasa Inggeris, tetapi kita berasa sedih apabila bahasa kita terpinggir di tanah airnya sendiri.

    BalasPadam
  2. Puan Marniyati,

    Terima kasih. Sebenarnya inilah e-mel saya kepada Forum Utusan Malaysia yang dihantar malam 11/10/2010...mungkin tidak akan disiarkan. Saya juga telah 'copy & paste' coretan ini dan telah e-melkan kepada pihak berwajib di KEMENTAH. Sapertimana yang Puan tentu sudah sedia maklum, saya akan terkejut sekiranya mereka akan mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan.

    BalasPadam
  3. Ya lah Maj... kan Air Force ada visi "Air Force Next Generation". Mungkin mereka lupa Bahasa jiwa Bangsa tetapi mungkin kot depa kat atas tu tahu kira Par, Birdie dan Eagle sahaja hehehehe!!!
    A good wake up call. Kita tunggu dan lihat reaksi mereka! Tapi rasa nya biasa la suara dari "Out of sight, Out of mind" depa kata so what!
    Tetapi kalau nak mempertahankan bahasa sendiri pun malu, macam mana lah agak nya nak mempertahankan ruang angkasa.
    Tapi tanya sama itu hud hud... amacam PTU... mu tak lik Ganu ke? Leh makang ikang!

    BalasPadam
  4. nyanyi kat TV berdegar-degar... amalan tak ada !!!

    atau komang sangat ke bahasa kita ?

    terhina dibumi sendiri!

    BalasPadam
  5. Pendapat peribadi saya,
    Penggunaan bahasa kebangsaan adalah elemen dalam pembentukan jatidiri bangsa disamping elemen yang lain...lihat negara Jepun,Indonesia....BAHASA JIWA BANGSA!...Saya tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris, semua maklum dengan kepentingannya sebagai bahasa pengantar dunia....Kolej Tentera Udara hak Malaysia,hak kita. Serapkan bahasa kebangsaan didalamnya-TQ

    BalasPadam
  6. Saudara Semua,

    Saya tidak sama sekali menentang penggunaan Bahasa Inggeris. Tetapi sebagai agensi kerajaan, TUDM semestinya mematuhi arahan Kerajaan dalam penggunaan Bahasa Melayu di tempat2 tertentu. Perhatikan, hampir semua kenderaan TUDM terpapar tulisan 'AIR FORCE' di kedua-dua belah pintu dan hadapan kenderaan. Nak katakan semua anggota TUDM pakar B.Inggeris, tidak juga!

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Mej. Nor Ibrahim

    Begitulah jadinya apabila kesungguhan politiknya tiada. Sudah lebihkurang setengah abad graf usaha memertabatkan Bahasa Kebangsaan ini turun naik. Kalau dilihat pada hasilnya, agak wajar kita katakan dalam graf itu, lebih banyak titik turunnya! Takkanlah, contohnya, sampai hari ini masih ada cerita mahu mempastikan iklan-iklan mesti dalam Bahasa Kebangsaan, dan mesti ditulis dengan betul! Sangat menyedihkan, malah memalukan. Paparan Mej. sepatutnya mencucuk mata dan hati sesiapa juga yang sepatutnya bertanggungjawab pada peringkat negara, amnya.

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam Cikgu,

    Bulan Oktober ini diistiharkan "Bulan Bahasa Kebangsaan" dan lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' yang saya ingati semenjak kecil lagi dah berkumandang dalam media elektronik. Tetapi sedih sekali, agensi yang pernah saya berkhidmat selama 25 tahun tidak mengendahkan seruan kerajaan. Kelmarin saya telah menghantar sms kepada seorang MP mencadangkan beliau membawa keangkuhan agensi tersebut dengan bahasa 'impotnya' untuk dibincang semasa persidangan Parlimen. Jawapan beliau '..K'. Tunggu & lihat sahajalah!

    BalasPadam