Pages

Selasa, 19 Oktober 2010

Permohonan Rasmi

Pembaca...Saya telah menghantar e-mel berikut kepada PTD pada 18 Oktober 2010...

Assalamualaikum,
Berhubung perkara di atas, saya memohon kebenaran dari pihak Tentera Darat untuk menyalin gambar-gambar tertentu yang terdapat di dalam buku ini.

 Untuk makluman, saya dalam proses mendokumentasikan pengalaman saya sebagai seorang juruterbang helikopter Nuri dan juga rakan-rakan seperjuangan, termasuk anggota TDM, terutama mereka dari pasukan RGKM, RAMD dan RAJD, ketika menentang ancaman pengganas komunis di suatu ketika dulu . Keperincian diberi kepada Ops Gubir 11 di mana sebuah Nuri telah ditembak jatuh dan mengorbankan 11 warga tentera pada 26 April 1976.

Mereka yang terlibat telah menceritakan dengan terperinci dari mula diaturgerak dari Kem Sg Udang, kemasukan ke kem pengganas komunis, pemusnahan jerangkap samar, ops mencari dan menyelamat Nuri terbabit, sehingga pembolosan warga komando dari kepungan pengganas komunis.

Tajuk buku yang dicadangkan ialah "Pengalaman Wira-Wira Tak Didendang".

Kerjasama pihak Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Gate-keepers...Bukan permohonan ini pun anda tak nak tunaikan. Apa yang anda perlu lakukan hanya menalifon pegawai berkaitan, lagi pun mana ada 'breach of security? Saya hanya nak mengabadikan pengorbanan warga tentera sahaja, termasuk anggota TDM.  Pembaca...Agak-agaknya penerima e-mel akan respons tak? Kalau ya, memang saya terkejut (lihat gambar)........... 

9 ulasan:

  1. Biarlah saya tafsirkan kezutan berdasarkan gambar berkenaan. Itulah yg dikatakan terkejut beruk bila e-mail Tuan mendapat respond dan berjaya melepasi gate-keeper tanpa bayaran tol.

    Saya bersetuju sangat dgn pengkisahan pengalaman wira-wira tak didendang tersebut. Kalau dapat dibukukan dan dijadikan rujukan di ATMA mungkin dapat menanam semangat tinggi pada semua kadet-kadet berkenaan yg membacanya.

    Apalah salahnya kalau beberapa keping gambar berkenaan disalin dan diolah semula membabitkan pengalaman sendiri org yg mengalami dan berada di masa-masa tersebut.

    Kalau salah jugak, hemmmmm.... no further comment lorrr...

    BalasPadam
  2. Salam, Mejar. Semoga e-mail Mejar sampai terus ke pengetahuan PTD. Berkenaan tajuk tu, pada saya, agak panjang sikit. Mungkin boleh dipendekkan. Dalam erti kata lain, "simple, but, precise" serta catchy. Mungkin boleh ditulis sebegini:

    "Kisah Kami : Ops Gubir II"

    My 2 cents.

    BalasPadam
  3. Ops Gubir II: Peluh, Darah dan Airmata

    Hidup Mati di Gubir

    Gubir II: Antara Berani dan Gila

    Gubir II: Mati Hidup Semula

    BalasPadam
  4. Saudara Sanusi,

    Long time no hear. Tak tahu apa nak katakan. Mungkin kalau Tan Sri Nor Ibrahim minta, baru depa layan agaknya! Setakat mejar pencen...no time.

    Saudara Faisal & Hansac,

    Terima kasih. Itu hanya satu cadangan saja.

    BalasPadam
  5. sentiasa menyokong usaha mejar. tak sabar untuk menantikan saat-saat usaha ini berjaya. semoga usaha keras mejar ini akan terlaksana nanti.

    BalasPadam
  6. Semoga Allah memudahkan urusan Tuan. Insya-Allah, kami akan ikut mendoakan...

    BalasPadam
  7. Saudara trooper_knife & Puan Marniyati,

    Terima kasih. Ada satu gambar dalam buku tersebut menunjukkan seorang casevac yang dibawa keluar dari Nuri. Muka beliau memberi gambaran yang beliau menahan kesakitan.

    BalasPadam
  8. Mejar, saya ada sebuah buku terbitan Jabatanarah Armor, Markas Tentera Darat. Buku ni adalah berkenaan imbasan kegemilangan Kor Armor DiRaja (1952-2002). Dalam erti kata lain, ia adalah berkenaan sejarah KAD. Terdapat juga foto-foto di zaman Insurgensi II. Saya boleh pinjamkan buku tersebut jika ia boleh membantu dalam penerbitan buku yang sedang Mejar usahakan.

    BalasPadam
  9. Saudara Faisal,

    Terima kasih di atas tawaran anda. Untuk buku ke2 nanti, saya rasa ada keperluannya nanti, InsyaAllah.

    BalasPadam