Pada 22 Feb 2011, jam 1354, saya terima satu sms daripada seorang mantan S/Sjn tentang Pingat Jasa Malaysia (PJM). Setelah membacanya, saya pun menghantar e-mel berikut kepada KP JHEV (as is where is)....
From: nor ibrahim sulaiman ;
To: KP Veteran;
Cc: Dato' Zahid Hamidi; Tan Sri Azizan ; S/U Politik ; KSU KEMENTAH ;
Subject: PJM
Sent: Tue, Feb 22, 2011 10:20:45 PM
To: KP Veteran
Cc: Dato' Zahid Hamidi
Subject: PJM
Sent: Tue, Feb 22, 2011 10:20:45 PM
Assalamualaikum Dato', Saya terima sms ini '...Salam tuan sy sdh 2 thn menanti PJM bila ditnya mcm2 alasan yg diberi kebetulan PRK yg ke 16 ini di kerdau yg berdekatan dgn rumah sy. sbbnya kebiasaan bila ada PRK JHEV akan adakan majlis anugerah PJM pd ex service di area itu dlm ertikata maksud yg tersirat n tersurat dan knp kera dihutan disusukan anak dirmh mati kelaparan sy dah 18 thn pencen sy mhn jasa baik agar majukan problem ini pd KP atau DS menteri dan lg tentera Komenwel hbs dibaginya vetera bhs madu sepah dibuang please sir dr Ssjn (B) Xxxxxxxxxx Xxxx Mentakab Phg.' Saya berharap respons Dato' dapat meyakinkan kepada semua veteran. Apa yang perlu didengar ialah satu 'Jadual' bila mereka akan menerima PJM tersebut, termasuk saya sendiri (410316). Sementelah bercakap tentang pingat, saya difahamkan yang Ahli Jawatankuasa RAFOC ada berjumpa Dato pada Jumaat 18 Feb 2011. Saya ada mencadangkan 2 isu dibangkitkan dengan Dato, iaitu elaun untuk penerima JPP, PTU & KPP dan jemputan kepada penerima anugerah tersebut untuk menghadiri Hari Pahlawan. Saya turut memberi senarai kesemua penerima Anugerah Perkasa tersebut kepada RAFOC. Mungkin Dato sedia maklum, saya sudah cuba mempertengahkan sehingga dibawa ke persidangan Parlimen pada 11 Nov 2009 tetapi tidak berhasil. Saya juga telah menghubungi Persatuan Bekas Polis Malaysia dan PBTM agar terus melobi kerajaan. Justeru, adakah isu ini dibincangkan ketika perjumpaan tersebut? Sekiranya ya, apakah keputusannya? Saya bukannya ahli RAFOC dan tidak menerima sebarang respons dari kelab tersebut. Kerjasama Dato' sangat dihargai. Terima kasih. MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) Syukur Alhamdulillah, KP masih ada masa untuk melayan mejar pencen ini.... Re: PJM |
Salam YBhg Tuan, terima kasih d atas email tsb. Saya faham sgt dgn isu PJM yg d hdapi oleh para veteran. Utk makluman Tuan, masaalah utama berkaitan isu ini adalah pembekalan stok buah pingat tsb dari pihak JPM. Stok pingat d bekalkan melalui Mk ATM dan sehingga kini masih tidak mencukupi termasuk bilangan utk veteran Commonwealth. D Jhev saya masih ada 4500 veteran dlm senarai menunggu yg masih belum dpt PJM mereka. Masaalah ini d ketahui oleh YB Menteri dan Mindef. Dan Mindef sentiasa berusaha utk mendapatkan pembekalan dari JPM olehkerana ianya adalah pingat persekutuan. Jadi saya harap veteran dpt bersabar sehingga bekalan stok akan dtg d perolehi. Bercakap tentang PJM, adalah menjadi keperluan Mindef agar veteran mendaftar utk mendapatkan PJM tsb. Ini adalah bagi tujuan verifikasi perkhidmatan dan pengesahan tempat tinggal terkini. Pendaftaran blh d buat d semua pej2 Jhev negeri atau melalui lamanweb Jhev. Bagi veteran SSjn X yg berdekatan dgn Kerdau yg sms Tuan,kalau Tuan blh berikan saya butir2 beliau supaya dpt saya semak pendaftarannya dan usahakan penyerahan pingat tsb. Jika berkesmpatan, mungkin YB menteri juga blh menyampaikan pingat tsb d kerdau. Isu PJM d sampaikan d kawasan pilihanraya hanyalah kebetulan dan mengambil peluang kehadiran Yb Menteri d situ. Dlm keadaan dan ketika yg lain, saya sendiri juga ada menyampaikan nya d tempat2 lain. Ya betul Tuan, minggu lepas Ajk RAFOC ada mengunjungi saya d ibu pej Jhev. Dan d antara lain perkara yg telah d kemukakan adalah isu JPP,PTU,KPP. Saya tlh menjelaskan dgn agak panjang lebar bahawa Jhev melalui Mindef telah memperjuangkan isu ini dgn begitu gigih sekali. Isu ini d sokong sepenuhnya oleh PAT. Tetapi saperti yg Tuan ketahui JPM masih lagi tidak berganjak dgn pendiriannya mengenai hal ini. Tuan.saya rasa kita bersesama harus terus memperjuangkannya dan melobi agar JPM mengubahkan kedudukan mereka berkaitan dgn perkara tsb. Dalam hal jemputan menghadiri sambutan Hari Pahlawan, saya setuju dgn cadangan Tuan itu. Malah saya berpandangan bahawa sambutan tsb sepatutnya menjemput SEMUA veteran tidak kira kedudukan/pkt mereka. Malangnya jemputan ke sambutan tsb d kawal dan d tentukan oleh JPM dan Mk ATM dan d atas sbb2 tertentu tidak menjemput semua veteran tetapi mentertibkan had2 tertentu. Walaupun begitu, saya akan mengangkat perkara ini lagi ke pihak atasan agar jemputan ke sambutan tsb akan lbh meluas lagi,insyallah. Ybhg Tuan, setakat ini shj yg dpt saya jelaskan dlm respons saya kali ini. Harap tuan ambil maklum dan kalau blh berikan nama veteran ssjn x yg tlh sms Tuan tentang PJM. Salam Zul, KP JHEV Sent from Yahoo! Mail on Android Saya telah menghantar e-mel kepada KP setelah mendapat butir-butir pemohon tersebut. Itu saja yang termampu saya lakukan. |
Kenapalah negara kita ini bangsat sangat? Merekakan dan mengadakan pingat dan bintang sangat pandai, tetapi apabila hendak menyampaikan pingat dan bintang kepada mereka yang layak menerimanya, kerajaan tidak cukup wang! Betulkah??
BalasPadamKalau tidak sedia mengadakan peruntukan kewangan, JANGAN pandai merekakan macam-macam pingat! Buat rakyat yang layak menerimanya menyampah dan meluak sahaja kepada kerajaan BN. Membelanja berbilion-bilion untuk membena kapal perang, membeli pesawat dan kereta kebal boleh, tetapi kerajaan rela melihat penerima-penerima pingat PJM menunggu sehingga pintu kubur!
Apa sudah jadi dengan slogan
"Rakyat didahulukan"?
Saya sangat mengharapkan PM YAB Dato Sri Mohd Najib campur tangan dalam hal ini!
Jangan biarkan Menteri Pertahanan dan KP JHEV merata-merata selesa menghebahkan bahawa peruntukan untuk medal PJM terletak dibawah JPM dan mereka tidak mempunyai peruntukan yang cukup hendak disalurkan kepada kos pengeluaran pingat!
Malulah Malaysia yang kita semua cintai!
tuan... Apa kritirea veteran yang layak menerima pingat PJM ini? Apa kelebihan kpd penerima pingat ini? Tk.
BalasPadamAPA IMBUHAN BAGI PENERIMA PINGAT PJM.....CITA SIKIT....ADA ELAUN KA?
BalasPadam