Sekarang nak merapu sikit....Tidak dinafikan, nawaitu saya mencari rezeki halal hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Selain itu, sebagai hambaNya, memang diakui saya tidak dapat lari daripada tersediknya perasaan mengharapkan pengiktirafan daripada pihak berwajib terhadap perkhidmatan/pengorbanan yang telah dicurahkan. Paling asas pengiktirafan semasa bekerja dahulu ialah mengharapkan kenaikan pangkat. Selepas bersara sepenuh masa, tidak terlintas mengharapkan sebarang pengiktirafan kerana tidak lagi menyumbang apa-apa kepada sesiapa. Lantas, saya bersyukur dan terharu apabila ada hamba Allah yang mengiktiraf perjuangan saya dalam isu Bukit Kepong sehingga beliau telah mengeposkan satu entry dalam blognya di sini.
Saya menulis tentang wira-wira Bukit Kepong dengan harapan agar negara mengiktiraf pengorbanan mereka. Saya tidak faham mengapa mereka dipinggirkan. Sepertimana yang dicadangkan oleh seorang pembaca, saya telah berinteraksi dengan PM melalui facebook beliau berkenaan isu ini. Pengiktirafan yang saya harapkan terhadap diri saya sendiri ialah apabila kerajaan menganugerah Darjah Perkasa kepada mereka...Itu sahaja.
Itu Anugerah Perkasa. Adakah sesiapa yang tahu bahawa terdapat golongan anggota dalam perkhidamatan beruniform yang cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Kerajaan agar mereka dianugerah dengan Pingat Perkhidmatan Am (PPA)? Seorang pembaca blog saya telah bertanyakan mengapa anggota perkhidmatan berkenaan tidak layak menerima PPA? Jujur saya katakan, saya tiada jawapannya, hanya sekadar menyarankan beliau menulis kepada Bahagian Istiadat, JPM. Beliau telah menulis kepada JPM tetapi sehingga kini jawapannya kurang memberangsangkan. Saya tabik spring kepada beliau kerana kegigihannya terus berusaha melalui berbagai saluran bagi menentukan agar perkhidmatan beliau turut tergolong dalam perkhidmatan yang layak diberi PPA.
Saya tidak mewakili sesiapa, tapi tidak salah saya katakan bahawa, bagi warga tentera, PPA ini dah di'take for granted' saja; setahun berkhidmat gerenti tersemat di dada.
Lihat gambar berikut...Penerima PJM di Kerdau pada 3 Mac tempuh hari. Mungkin ada yang berfikir 'apalah sangat PJM'. Apakah signifikasi PJM? Bukannya membawa sebarang gelaran atau pun menerima imbuhan. Tapi penerima boleh berbangga bahawa beliau turut terlibat dalam kempen menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Ini satu pengiktirafan.
Pengiktirafan kepada saya ialah apabila gambar ini dihantar oleh salah seorang daripada penerima PJM, S/Sjn Jamaluddin (berdiri 2 dari kanan), dan petikan sms ini '...sekali lagi tk yg tdk terhingga utk tuan n Jen zul krn bersusah pyh utk sy...' Apa yang telah saya lakukan hanyalah menyampaikan rentetan anggota terbabit kepada KP JHEV. Pada saya, ini satu kepuasan dan tidak ternilai harganya.
Apa yang saya cuba katakan, pengiktirafan adalah 'relatif'.
Saudara jibeng,
BalasPadamTerima kasih. Asal conscience saya clear ...Alhamdulillah. Sebentar tadi hantar mesej kepada PM melalui facebook beliau '...Assalamualaikum Dato' Seri. Saya ingin mencadangkan agar PW1 Kanang anak Langkau SP PGB dianugerahkan darjah yang membawa gelaran Dato'. Sepertimana yang YAB sedia maklum, dari segi protokol, SP adalah yang teratas sekali...mengatasi gelaran Tun. Pada saya, ATMlah yang sepatutnya menganugerahkan gelaran tersebut. Saya difahamkan ATM ada darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' tapi ini khusus untuk Brig Jen ke atas. Adakah sesuatu yang mustahil sekiranya 'ruling' ini dikecualikan untuk beliau?. Adakah kerana beliau hanya seorang LLP maka tidak layak diberi gelaran Dato'? Pertimbangan YAB sangat dihargai. Terima kasih.'
untuk anon yg tak suka bab tuan Nor menuntut pingat dan bayaran elaunnya,biarkan dia dengan pandangan nya.
BalasPadambagi sayA hanya yg pernah berjuang menentang insugensi dan seTerusnya berjaya maka tuntutan yg di perjuangakan oleh tuan nor sangat sangat di harga. TERIMA KASIH TUAN.
sebagai org awam, saya menghargai pandangan tuan penganugerahan pingat kepada pasukan keselamatan kerna mereka pertaruhkan nyawa yang tak terhingga. Jika artis ngan ahli sukan dengan mudah boleh dpat pingat nape tidak kepada PK kita? renung-renungkan lah
BalasPadamSalam Tuan
BalasPadamMcm expara87 jugak, forget about them yg terlupa bahawa kesenangan mereka sekarang ini adalah hasil pengorbanan org lain. They never experience the hardship, difficulties faced by us despite having noted his father pun ex-service jugak. Baru sorang yg komen macam tu, doesn't carry weight langsung. Ini adalah contoh org yg tak reti bersyukur. Anak ex-service apa lagu tu, heheeheee....
As I said earlier in my recent comments, kita dlm military ni bukan minta balasan pingat ka, elaun ka tapi kalau dilayan mcm bangsat habis madu sepah dibuang, we need to stand up!
There is someone asked me (vide comment in Mind No Evil) to return my pension for not being thankful to Kerajaan just because I'm vocal.
Do I care???... To hell with him laaaa.
Zaman saya nak dapat pingat PPA pun disyaratkan bertugas di kawasan operasi baru layak dapat pingat PPA. Dalam konteks tentera darat kena masuk hutan, kalau navy kena belayar ke malaysia timur atau kawasan yg digazet kaw operasi. Tentera sekarang abis rekrut je dah nampak pakai pingat PPA. Mungkin kawasan operasi dah takdak. semua kawsan malaysia ni dah selamat gamaknya. Jangan jadikan Pingat sebagai hiasan pada baju tp ianya mesti dinilai dgn pengorbanan. allahuallam
BalasPadamSalam tuanx semua..
BalasPadamOrg yang tak pernah memahami pengorbanan warga pasukan keselamatan nie ada satu shj puncanya: sbb mereka tak pernah hidup susah disebabkan oleh ancaman musuh atau tidak pernah meletakkan nyawa mereka dlm keadaan genting utk negara.
even dlm keadaan aman sejahtera spt skrg ini pasukan keselamatan kita tetap bertugas memastikan kedaulatan negara kita tidak diganggu gugat oleh anasir jahat. sapa yg jaga pos2 keselamatan di sempadan..sapa yg jaga stesen2 luar pantai kita..sapa yg buat rondaan di hutan belantara..sapa yg buat rondaan di kawasan Ops Pasir..sapa yg buat combat air patrol..sapa yg duk kena hayun dgn gelombang kat tgh Teluk Aden..tak lain tak bukan warga ATM kita gak...kesemua ini adalah contoh pengorbanan warga pasukan keselamatan kita..jd kalau kita sendiri tidak mahu mengiktiraf atau mengingati perngorbanan warga pasukan keselamatan kita sendiri makna there is something wrong with us..
Utk Tuan Noor, teruskan usaha murni tuan..saya dan rakan2 yg lain tetap akan menyokong usaha tuan nie..
khaidir
Salam tuan
BalasPadamTahniah dan sekalung syabas atas kesungguhan tuan memperjuangkan nasib pasukan keselamatan.Usaha- usaha seperi ini amatlah saya kagumi.Suka untuk saya berkongsi tafsiran keselamatan itu sendiri terbahagi kepada 2 konteks iaitu Security dan Safety.Secara amnya tanggungjawab security di dipertanggungjawabkan kepada ATM dan PDRM.Bagaimana pula dari aspek safety? Kami, yakni Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia adalah agensi yang dipertanggungjawabkan.Dari hanya memadam api, kami telah mengorak langkah kepada pelbagai cabang penyelamatan.Malangnya pengiktirafan yang boleh dikatakan "take for granted" oleh tuan itu pun tidak dianugerahkan kepada kami.Walhal kami juga adalah agensi penyelamat utama di negara ini. Apa - apa pun, Kesungguhan tuan memperjuangkan nasib akan saya contohi dan teladani.
Sekadar berkongsi.
Sekian
Mohd Sufian bin Hassan
Pen.Kanan Penguasa Bomba
Tuan,
BalasPadamBagi orang biasa mungkin tidak dapat mengerti tentang pengorbanan seorang tentera. Cuma penghargaan yang diterima berupa Pingat sebagai lambang perjuangan seorang angota tentera.
Bila tersemat Pingat didada, mereka dapat merasakan bertapa megah apabila pengorbanan mereka dikenang dan dihargai.
Mereka bukan "membeli" pingat tersebut hanya untuk menjadi glamour. Tidak seperti orang sekarang yang sanggup mengeluarkan wang cuma untuk medapat title "Dato" dan ada juga yang telah tertipu dan ditipu.
Bila dikenang Siti Norhaliza dapat "Dato" sedih kerana sumbangan beliau bagi saya tidak membanggakan apa-apa pun dan sekadar hanya disanjung kerana pandai menyanyi.
Kita alpa tentang keharmonian kita sekarang adalah disebabkan oleh pengorbanan nyawa oleh angota tentera tidak kira Laut, Darat dan Udara. Mereka ini harus dihargai dan dikenang, bukan para artis atau ahli sukan.
Xairlinepilot
p/s- sorry pada peminat siti. Ini hanya dari pandangan peribadi saya.
Saudara Mohd Sufian,
BalasPadamTerima kasih. Teruskan perjuangan anda. Saya percaya kalau kita tidak jemu 'mengasak' pihak berwajib sehingga 'merimaskan' mereka, satu hari nanti saya percaya anda akan berjaya, InsyaAllah.
Saudari Xairlinepilot,
Terima kasih. Itu kata kita tapi apa pandangan mereka yang membuat keputusan? Saya berulang-ulang kali mengguna frasa '...mereka berkorban mempertahankan negara agar wira-wira sukan boleh mengharumkannya' (boleh ditambah artis2).
Salam Tuan,
BalasPadamSaya saudara tuan, bukan saudari.
Xairlinepilot
Saudara Xairlinepilot,
BalasPadamTerima kasih dan saya mohon maaf. Typo error.
Tuan Nor Ibrahim,
BalasPadamAs always the case those who had sacrificed their time and lives are forgotten in peace time. Out of sight,out of mind!! It has happened many times before due to weak and non-committal leaders failing to give credit when credit is due. Cos they fear that you will overshadow them.Never mind, God is Great and we will persevere end of the day.
Saya sanjung perjuangan Tuan untuk mendapatkan pengiktirafan kepada wira2 tak didendang kita(unsung heroes).Ramai rakyat sekarang sudah mula lupa kedamaian yang kita kecapi sekarang bukannya percuma,begitu banyak airmata darah yang mengalir,betapa banyak isteri menjadi janda, anak menjadi yatim,ibubapa kehilangan anak,kaki dan tangan menjadi kudung tapi sekarang siapa yang disanjung dan dijadikan idola mereka? Memanglah ada artis dan ahli sukan yang mengharumkan nama Negara tetapi lihat berapa ramai yang terjerumus dalam kontroversi dan menghakis nilai nilai ketimuran dengan berpakaian menjolok mata,salahguna dadah,perceraian rumahtangga ,inikah yang kita jadikan idola? Ini semua adalah antara faktor penyumbang kepada kepincangan sosial masyarakat kita.
BalasPadamMungkin ada yang tersinggung,tiada maaf dipinta,cuma hayatilah sejarah,bukan setakat memnbacanya untuk lulus peperiksaan sahaja!
Salaams
cube suruh anonymous tu masuk hutan pastu pijak booby trap. saya berani botakkan rambut saya kalau dia sanggup, tuan.
BalasPadamSaudara Op Tangguk, Mohamed & Dexter,
BalasPadamOrang Barat memang megah dengan sejarah mereka. Kebanyakan kita pandang sebelah mata tentang sejarah negara kita sendiri. Tak tahu mana silapnya. Sesiapa yang membaca buku Chin Peng, Rashid Maidin, Ibrahim Chik & Shamsiah Fakir, tanpa mengetahui cerita dari pihak kerajaan, pasti mengatakan mereka ada wira negara juga. Mungkin layak menerima SP & PGB juga!
betui memang betui chin Peng , Rashid maidin dan seangkatan dgn mereka berjuang lawan British, lawan Jepun dan akhirnya lawan Malaysia.
BalasPadamDepa patut dapat pingat semasa depa lepas tamat perang dgn Jepun . Betul tak?
Jawapannya salah dan jangan memanipulasi sejarah.Tujuan PKM tidak lain hanya untuk memerangi jepun atas dasar kebencian sesama mereka sejak dulu(Orang2 Cina dan Jepun).Kehadiran segelintir orang2 Melayu berhaluan kiri dalam pergerakan ini hanyalah marriage of convenience atas dasar musuh bersama (common enemy).Kalau mereka beroleh kemenangan ingat depa nak bagi anak pribumi memerintah?Kirim salam sikit,tu la orang suruh hayati sejarah bukan pi dengag politikus murahan nak sokongan orang Cina angkat depa ni jadi hero.Hang pi baca balik sejarah masa Jepun dah melingkup dan British tak sampai lagi,apa PKM tu buat dalam masa 2 minggu depa berkuasa?Habih tu sedara mara aku yang tinggai anak bini,ada yang mati dalam perjuangan melawan pergerakan laknat ni kira sia2 la ya? Hampa dah duduk senang lenang ataih perjuangan orang dulu2 senang saja cakap macamtu noo??
BalasPadamSaudara Mohammed, saya bangga dgn tuan,terima kasih di atas peringatan tuan diatas. Sijarah tanag air kita jangan kita lupa.. kita boleh berlajar daripadanya.
BalasPadamharus di ingatkan juga kpd generasi masa kini bahawa peperangan insurgensi adalah satu sejarah malaysia tetapi amat sukar untuk kita ketahuinya sebab tak banyak bahan bahan bacaan tentang nya yg berada di negara ini. mengapa ya?
Saudara Anony, memetik kata2 pujangga Inggeris,mereka yang melupakan sejarah akan mengulangi (kesilapan)nya.Generasi baru perlu disuntik dengan rasa bangga kepada sejarah pembentukan Negara,tetapi ianya telah dipolemikkan sehingga mereka lebih kagum dengan sejarah negara2 lain.Benar kisah peperangan insurgensi kita amat sukar diperolehi,yang banyak saya dapati adalah buku2 tulisan pengalaman bekas Tentera Komanwel.Mungkin ini disebabkan kerahsiaan tinggi yang disyaratkan oleh kerajaan kepada bekas2 anggota?Atau budaya orang kita yang jarang membuat catatan perjalana kedidupan?Cuma spekulasi saya sahaja.betulkan sekiranya saya salah.
BalasPadamKomunis tetap komunis..kalau betul komunis tu berjuang utk negara kenapa mereka menjadikan rakyat negara ini sbg mangsa kekejaman mereka???..kenapa mereka tergamak membunuh org awam???..kenapa mereka membakar rumah2 org kampung yg tak berdosa???...jawapannya cuma satu aje..komunis bukannya pejuang kebebasan negara sebaliknya adalah petualang negara...mana2 org melayu yang menyokong atau menyertai komunis tu adalah org melayu yg takde agama sbb mereka tahu komunis nie tade agama tp still join komunis gak...
BalasPadamchin peng,rashid maidin atau shamsiah fakeh boleh tulis apa2 saja dlm buku diorang tp fakta yg sebenar tetap tak berubah..mereka adalah petualang bangsa dan negara..
kalau komunis tu memperjuangkan kebebasan negara dr pihak British, kenapa mereka tak letak senjata selepas Malaysia mendapat kemerdekaan dr British pd 31 Ogos 1957??? kenapa mereka tak sama2 berganding bahu dgn rakyat Malaysia yg lain utk membangunkan negara ini??? Jawapannya adalah kerana chin peng dan konco-konconya bercita-cita utk menjadikan negara ini sbg negara komunis, betul tak..sbb itu mereka sanggup menggunakan taktik kotor dan penuh dgn kekejaman utk menakut-nakutkan rakyat negara ini..supaya rakyat Malaysia tunduk dan akhirnya menerima ideologi komunis...tapi depa silap percaturan..depa lupa yg kat Malaysia bumi bertuah ni ada ramai perwira yg sanggup berkorban nyawa demi negara.
Well said Anony.Macam saya katakan terdahulu,bukti nya dua minggu semasa mereka berkuasa.
BalasPadamDan kita beruntung kerana mempunyai perwira2 (termasuklah tuan punya blog-Tuan Nor) yang sanggup berkorban untuk generasi kita sekarang.Cuma saya agak terkilan melihat generasi sekarang amat kurang semangat patriotnya.Yang banyak macam parrot,ikut apa orang lain cakap.Kalau orang dulu kurang makan nya,tetapi cekal hati dan jiwanya sebaliknya generasi sekarang yang terlebih makan nya tetapi lemah hati dan jiwanya.
Saudara Anonymous & Mohamed,
BalasPadamTerima kasih di atas semangat patriotisme anda. Petikan "alias CHIN PENG...MY SIDE OF HISTORY"....'Perhaps we would soon start receiving firm direction from the Central Committee geared to reaching our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya' (halaman 92).
hanya satu saya semat dihati....kehidupan aman yg sy dan ramai lagi rakyat malaysia nikmati sekarang ini,adalah hasil pengorbanan (dengan izin tuhan) anggota keselamatan kita.x kira diperbatasan atau d dalam bandar.x kira apa bangsa pun selagi pengorbanan itu adalah ikhlas dan suci.sy amalkan praktik dimana,kalau bersua dgn veteran sy ucapkan terima kasih kepada beliau.u r all sirs...my hero.not artists...not sports persons...not tv personalities..not ahli perniagaan.n NOT CERTAINLY Chin Peng,Rashid Maidin n all their goons...let them rot in hell!!!! after so many warriors died,lost their limbs,blinded,their bodies mutilated n desecrated in horrible manners...how dare some people can even think to suggest that terrorists b allowed to return? SHAME ON THEM!
BalasPadam