Beliau menceritakan beberapa insiden yang melibatkan PPH termasuk konvoi yang diserang hendap di kawasan operasi Gubir pada 60'an. Peristiwa ini terdapat dalam buku "The Malayan Police Force In The Emergency 1948-1960" oleh R.Thambipillay. Buku ini turut menyenaraikan semua anggota PDRM yang terkorban ketika menentang pengganas komunis. Saya sungguh kagum dengan keprihatinan PDRM dalam mengabadikan warga mereka...Syabas PDRM. Beliau berjanji akan e-melkan petikan cerita itu nanti untuk saya poskan dalam blog ini, insyaAllah. Beliau turut menceritakan satu insiden di mana seorang 'senior pax' telah menembak pengganas komunis dengan pistol dari sebuah helikopter Alouette 111. Ketika membuat tinjauan udara, mereka telah ternampak kem pengganas komunis di kawasan Simpang Pulai, Perak. Apa lagi...bang...bang....bang.
Saya ada terdengar kisah ini dan cuba bertanya siapakah pilot berkenaan untuk mendapat cerita daripada perspektif seorang pilot tetapi tak berjaya. Seorang mantan pegawai Cawangan Khas juga ada menceritakan pada saya tetapi beliau enggan memberi butir-butir selanjutnya.
Lihat bagaimana 'Mat Saleh' menyanjung wira mereka...
Satu dunia dimaklumkan
Mereka yang terkorban terpahat di Labuan War Memorial
Mengharapkan bangunan dinamakan dengan nama wira Pasukan Keselamatan adalah seperti mengharapkan buah jering jatuh. Untuk mendapatkan penghormatan ini, mesti 'MENGHARUMKAN' negara seperti ini!!!!
Adakah ATM mempunyai senarai mereka yang terkorban semasa kedua-dua Darurat? Sesiapa yang ada senarai tersebut, harap e-melkan untuk saya poskan dalam blog ini. Bukannya apa....Sekiranya terpaparnya senarai nama wira-wira tersebut, kemungkinan besar pelawat akan menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang beragama Islam.
Saya bangga atas usaha tuan mengumpul nama pejuang-pejuang negara yang terkorban. Semoga usaha tuan diberkati-Nya.
BalasPadamSyabas saudara kerana MENYERGARKAN KEMBALI ingatan kita kepada jasa perajurit kita yang gugur di medan perang demi negara tercinta yang kita diami sekarang.
BalasPadamAl fatihah. Amin
Sekiranya dapat dikumpulkan senarai nama yang gugur semasa era melawan PGK, alangkah baiknya. Saya pasti ada di kalangan pengunjung blog ini dari kalangan keluarga mereka yang gugur seperti saudara mara, cucu, atau anak . Saya juga dapat membayangkan perasaan mereka..Bangga, rasa diingati dan segalanya bercampur baur...Malah mereka yang mungkin sebelum ni tak tahu al-kisah ahli keluarga mereka yang gugur di medan perang, boleh jadi tahu...Sudah tentu si cucu cicit akan bercerita pada kawan2 atau di sekolah tentang semangat perjuangan datuk mereka dan betapa bangganya menjadi cucu kepada mereka yang gugur...sekaligus membangkitkan semangat patriotisme di kalangan mereka ...
BalasPadamteruskan kerja baik ini tuan. semua ini penting untuk renungan anak-anak muda kita.
BalasPadammoga mereka bersemangat untuk berkhidmat mempertahan kedaulatan negara.
Salam Tuan!
BalasPadamTk paparan...Senarai ATM...xpasti tapi utk TD Malaysia senarai nama terpahat di Tugu d Muzium TD Port Dickson. Tuan boleh hubungi Lt Kol Mahmood RAJD Timb Pengarah Muziam TD di talian 013-3638861 atau pun Kapt Zuraiman RAJD Bekas Kurator Muzium TD(kini sedang menuntut di IPTA?) di talian 019-3387066 . Saya yakin mereka boleh membantu,Insyaallah.
Saudara Semua,
BalasPadamTerima kasih. Saya akan menghubungi Muzium TD nanti, insyaAllah. Warga TUDM yang KIA hanya 5 orang sahaja semasa darurat.
betul tu TUAN... bukan menidakkan penghormatan kpd mereka (terutama warga sukan & artis) dgn duit berjuta2, pangkat etc elok di salurkan ke tempat yg sepatutnya. Sekarang ni, buat lawak atas pentas pun boleh kaya dalam sekelip mata.
BalasPadamSaya sekarang ulang-alik KL-Kuching. Bila nak boarding kat KIA, ternampak berderet NURI standby dlm hangar + 2 kat landing pad. Terus teringat kat TUAN. Persoalannya berapa ramai kah Warga Kita yg sedar akan kehadiran bbrpa 'ekor' Nuri kat situ ????
P1 @ katon-tin-ton adalah org yg sama (just log in pakai akaun lain)
BalasPadamthx
Sukan lebih diutamakan hehehe......Tentera yang berkorban jiwa dan raga ni di ketepikan supaya ahli sukan boleh mengharumkan nama Malaysia. Memang best Malaysia ku!
BalasPadam