Pages

Jumaat, 3 Jun 2011

Selenggaraan Pesawat

Pembaca...Saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit penjelasan kerana terdapat kenyataan, yang pada saya, kurang menyenangkan. Maksud saya, terdapat komen yang mengatakan juruterbang Nuri memberi alasan 'tak cukup hours...!' apabila tidak dapat meneruskan sesuatu penerbangan di era insurgensi dulu. Persepsi yang mengandaikan kami  'unprofesssional' perlu diperbetulkan. 

Sama seperti kereta, semua pesawat terbang MESTI diselenggarakan mengikut jadual. Kalau kereta rosak, boleh berhenti di tengah/tepi jalan: pesawat yang sedang terbang menghadapi kerosakan kerana mengabaikan selenggaraan? Percayalah....Industri penerbangan adalah salah satu 'highly regulated industry'.

Berikut adalah 'jadual' penyelenggaraan helikopter Nuri... 

Schedule Servicing

     Type Of Check                     Hours Due
  • Check 1                                 60 Hrs
  • Check 2                               180 Hrs
  • Check 3                               540 Hrs
  • Check 4                              1080 Hrs
  • Check 5                              4320 Hrs
Note:
  • Check 1 & 2 done by squadron
  • Check 3, 4 & 5 presently done by AIROD
Jadual tersebut melibatkan 'airframe': komponen seperti enjin, gearbox, FCU, dll pula ada 'life' mereka sendiri. 

Kebiasaannya, kami diberikan pesawat yang paling banyak jam untuk satu-satu tugasan penerbangan. Namun demikian, kami terpaksa menunda tugas yang diberi apabila tiba jadual selenggaraan. Suka tak suka....sortie terpaksa ditinggalkan. Persoalan 'unprofessional' tidak timbul langsung.

Selain itu, jam penerbangan aircrew juga menghadkan kelanjutan sesuatu penerbangan. Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, jam penerbangan Nuri aircrew yang tercatat dalam SOP ialah:
  • 7 jam/sehari
  • 60 jam/sebulan
  • 600 jam/setahun
Saya harap dengan penjelasan ini dapat mengikiskan tanggapan negatif terhadap profesionalisme semua juruterbang TUDM.

15 ulasan:

  1. Kepada yang pernah berkhidmat waktu insurgensi dulu kita memang sudah biasa dengan situasi untuk tidak terlalu bergantung kepada jadual Nuri menghantar bantuan bekalan resupply kedalam hutan. Sebab itu kita sentiasa berjimat dengan bekalan makanan kita untuk survive lebih lama sekiranya Nuri terlambat sampai.

    Bagi sesiapa yang tidak faham tentang hutan kita ini, sebenarnya dalam hutan Malaysia ni memang susah nak dapat makanan, bukan macam cerita fiksyen yang kononnya dalam hutan ada makanan hutan yang cukup lumayan macam cerita Tarzan. Kita golongan tentera yang berkhidmat dalam hutan waktu insurgensi tau sangat lah kalau Nuri tak datang hantar resup ikut jadual, jawabnya kita berlaparlah sampai kita pun tak tau apa yang kita makan tapi kita boleh hidup lagi sehingga next resup schedule.

    Itulah klise kehidupan tentera dalam hutan, bila tak ada makanan, makanlah apa saja untuk hidup dan berdoa yang esok Nuri akan datang. Itupun satu klise juga bila setiap esok kita bangun namun Nuri tak datang2.

    Namun saya bersyukur bila pada waktu2 yang kritikal Nuri tetap datang walau bukan membawa makanan tapi datang untuk mengangkat teman2 seperjuangan yang cedera terpijak ubi. Syukurlah sekurang2nya kita tau Nuri tidak tinggalkan kita sendirian. Nuri masih tetap ingatkan kita.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,

    Saya berharap Tuan dapat memperjelaskan lagi isu - isu penyelenggaran pesawat nuri mahupun pesawat lain dalam inventori TUDM. Seperti isu sekarang.. dengar2 hanya ada 5 pesawat nuri sahaja yang boleh beroperasi.. ditambah pula dengan komen2 dari individu yg hanya mengikut pandangan peribadi tanpa ada pengetahuan mengenai penerbangan.

    BalasPadam
  3. Saudara FMZam,

    Terima kasih. Ini pandangan peribadi saya. Tiada pilot yang tak nak terbang kerana kecekapan kami boleh diukur daripada jam penerbangan terutama mereka yang berhasrat untuk berkhidmat dengan airlines industry. Lihat iklan untuk juruterbang....Kapten pesawat dengan sekurang-kurangnya, misalnya, 1000 'command hour' on aircraft type, etc,etc. Banyak faktor di luar bidang kuasa juruterbang, seperti cuaca, yang menyebabkan penerbangan tidak dapat dilaksanakan. Wallahualam.

    Saudara Anonymous,

    Terima kasih. Maaf saya tidak dapat menjelaskan isu selenggaraan pesawat atau 'aircraft serviceability state' kerana di luar pengetahuan saya. Saya percaya TUDM sentiasa dapat memenuhi keperluan operasi bila keadaan memerlukannya, Insya-Allah.

    BalasPadam
  4. Ano 6:34 memang betul lah yang saudara tulis tu. TUDM sekarang kalut sikit sebab pesawat tak ada dan nak tahu silap nya tanya lah dengan pehak atasan TUDM. Jangan lah diharapkan sangat pada TUDM tu! Kalau perang tak payah tunggu TUDM, askar jalan kaki tahu apa nak buat.
    TUDM sedang merapu sekarang ni mungkin tak lama lagi lingkup bersama General Tentera Malaysia yang nak pencen tu.
    Alahai TUDM...
    Sorry maj, ini cerita benar orang TUDM sendiri bilang.

    BalasPadam
  5. Corruption!

    Syabas Airod kerana berjaya 'corrupt' duit Msian defence.

    BalasPadam
  6. Penerbangan helikopter TUDM kurang sebab dah banyak agensi lain dah pakai helikopter contohnya :PDRM,APMM,ARMY,juga syarikat swasta seperti PLUS dan banyak lagi. Kurang permintaan bermakna kurang kerja, kurang kerja bermakna kuranglah 'flying hours. Tak macam dulu2 hanya yang ada NURI dan ALLOUTE III jer..jadi work horse nie di belasah cukup2...

    BalasPadam
  7. Saya setuju dengan pendapat Yankee Alpha.Seperkara lagi sejak di bangku sekolah saya dah dengar komen2 negatif dan dari konon2 nya orang dalam sesuatu jabatan yang 'terlebih tahu',jangan silap perhitungan,mereka mungkin ada agenda lain.Saya katakan begini kerana sudah berapa ribu kali kita dengar konon2 nya Malaysia akan muflis dan berbagai2 tohmahan lagi sejak berpuluh2 tahun dulu? Memang agenda sebegini direkakan khusus oleh musuh2 kita kerana dari perisikan mereka orang2 Melayu ni cukup suka menghina bangsa sendiri!

    BalasPadam
  8. Ano 10:35....jangan beri fakta berdasarkan cerita orang yang tak pasti sahih atau tidak........
    Selalunya orang yang mengeluarkan fakta macam tu adalah orang yang kecewa dengan perkhidmatan.
    Sama lah macam orang yang selalu mengatakan Nuri = 'Keranda Terbang' walhal golongan ni naik @ tengok nuri pun tak pernah dan tak tau lansung pasal Nuri ni. so tanya la orang yang benar2 mengendalikan (aircrew) Nuri tu.baru kita tau cerita yang benar. Apa yang saya tau,aircrew berebut-rebut untuk terbang......so,thinking before doing...

    BalasPadam
  9. Saudara-Saudara,

    Saya setuju bebeno yang kita seharusnya tidak mempercayai sepenuhnya berita yang didengar melalui 'hearsay' sahaja. Lagi pula, maklumat seperti 'aircraft serviceablity state', jangan sama sekali dihebohkan keseluruh dunia kerana ia boleh memudaratkan keselamatan negara.

    Walau bagaimana kritis sekali pun pandangan kita terhadap sesebuah agensi kerajaan, janganlah sehingga keselamatan negara terancam.

    Saya yakin sepenuh TUDM mampu dan bersedia untuk memenuhi keperluan operasi sekira keadaan memerlukannya.

    BalasPadam
  10. Salam tuan-tuan,

    Diharapkan janganlah kita menceritakan hal-hal serviceability state aset-aset kita. Just keep them to yourself. Bukan apa, takut orang lain nanti copy dan paste maklumat tu, betul seperti saranan Tuan Mej Nor Ibrahim kita. Salam kepada Tuan Kapt Aziz Laji yg dah bersara, semoga jasa-jasa tuan-tuan sekelian sentiasa dikenang.

    Haron Ahmad - ex 3 sqn & RISUD..

    BalasPadam
  11. Saudara FMZam,

    Setuju dengan komen Mej Nor tu, tiada pilot yang tidak mahu terbang terutamanya resupply. Tapi banyak faktor lain yg pengaruhinya. Saya dulu pernah mencuba untuk menghantar resup tapi apakan daya, terbang di atas tu tengok awan macam permaidani terbentang. Itupun kami cuba cari lubang-lubang yg boleh dimasuki, namun ternyata gagal. Masuk lubang ni ada bahayanya, takut tak jumpa lubang keluar pulak, ke atas tak boleh, ke bawah pun tak boleh, itulah perkara-perkara yg kita cuba elakkan. Tetapi pilot memang akan mencuba dengan sedaya upayanya..

    BalasPadam
  12. hati2 dlm mngeluarkan pendapat, kebnyakan yg mngeluarkan pndapat negatif kpd ATM mnyatakan maklumat diperoleh drp rakan/org dlm/ adik dan sbgainya, dan ada sesetengah dakwaan terbukti tidak sahih, ada pihak yg mngeluarkan pendapat mengikut perasaan, bukan fakta, jgn nnti sampai kita sebarkan fitnah...

    BalasPadam
  13. Hahahahaha kaki bodek dalam ATM terus bodoh.
    Esok kalau perang lingkup. Tanya sama keldai dan lembu engaging talent..hahahahaha buka mata dan hati!
    In the name of security and national interest everyone is blurred until it is too late to be corrected.
    Just like PM want to defend PUTRAJAYA but against who? hehehehehehhehe

    BalasPadam
  14. Rasa2 nya Anon ni cuba meprovokasi kita semua atas dasar politik sempit dan memecah belah kan persaudaraan kita.Minta Sahabat2 seperjuangan tidak layan komen2 begini.Selalunya orang2 bacul yang kecewa akan mengunakkan cara sebegini.End of conversation for Anon,bo layan.

    BalasPadam
  15. Saudara Anonymous,

    Semua orang ada hak bersuara tetapi mesti ada batasan. Janganlah kerana tidak puas hati terhadap seseorang itu atau agensi, kita sanggup memperkecilkan keupayaan pasukan keselamatan negara kita sendiri.

    Saya percaya ketiga-tiga cawang ATM berupaya & sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang pencabulan terhadap kedaulatan negara tercinta ini. Malah, kita sendiri bertanggungjawab memastikan keselamatan negara tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

    Ada perkara kita boleh kritis...ada perkara kita mesti bersatu, terutama sekali tentang keselamatan negara. Ini pandangan peribadi saya.

    BalasPadam