Apa pun, dah orang menaruh harapan, terpaksalah saya melayangkan emel berikut kepada pihak berwajib.
From: nor ibrahim sulaiman
To: Dato' Zahid Hamidi
Cc: KSU KEMENTAH
Sent: Friday, 18 November 2011 11:13 AM
Subject: ELAUN KENANGAN
Pelajar-pelajar sekolah sudah pun menerima RM100 sepertimana yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet baru-baru ini yang melibatkan sejumlah RM550 juta. Bilakah pula agaknya kami, seramai 123 penerima JPP & PTU, akan merima elaun perkara di atas yang telah diumumkan oleh PM pada 30 Julai 2011? Saya tidak mengetahui apa jua masalah yang dihadapi oleh pihak berwajib kerana semenjak pengumuman tersebut, saya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dengan pembayaran elaun ini. Saya harap kami tidak akan melalui apa yang dialami oleh penerima-penerima SP & PGB ketika kadar baru diumumkan pada 31 Julai 2009. Saya difahamkan salah seorang penerima PGB tidak sempat menikmati elaun RM1500 kerana arwah telah meninggal dunia sebelum pembayaran dibuat. Mereka menerimanya 10 bulan dari tarikh pengumuman.
Pertimbangan Dato' agar menyegerakan pembayaran ini sangat dihargai. Terima kasih.
RAKYAT DIDAHULUKAN....PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Sama ada pihak berwajib akan memberi sebarang respons...Wallahualam.
hahahahahah. 123 penerima je,
BalasPadamTiada apa apa kesan dari segi ekonomi kerajaan mau pun undi akan datang...lambat lagi lahtu.
Salam Tuan
BalasPadamSaya rasa bukan soal kekangan ekonomi atau bilangan undi yang sedikit tetapi ini adalah soal janji kepada para penerima JPP & PTU.
Seharusnya mereka berhak untuk bertanyakan bilakah pembayaran akan dibuat & keep reminding/pushing "pemakan gaji buta" agar mereka membuat kerja.
Faham-faham ajerlah, Kerajaan sekarang hanya pandai berjanji ajer. Bayaran RM100 pada para pelajar pun bermasalah sampai menteri pun kena masuk campoq.