Faktor utama membantutkan keinginan ini ialah RM...Biasalah tu! Namun demikian, andaikan ongkos bukanlah satu masalah untuk mejar pencen ini, saya tak nampak jalan bagaimana buku-buku tersebut boleh diedar di kedai-kedai buku seluruh negara. Bagi melaksanakan impian ini, saya memerlukan penerbit yang berwibawa. Jadi, cubalah nasib dengan menghubungi Dewan Bahasa & Pustaka bertanyakan sama ada mereka mempunyai dasar menerbitkan buku yang telah diterbitkan oleh penerbit persendirian seperti saya. Maka, melayanglah surat berikut kepada KP DBP.....
Ingatkan habis begitu sajalah. Ketika sedang tarik troli pada pada 22/11/2011 jam 0805, tut...tut...saya terima panggilan telefon daripada DBP memohon saya hantarkan satu naskah buku bagi mereka 'mengkaji' kesesuainya untuk diterbitkan oleh mereka. Jawabnya, lepas 9-lubang saja, bergegaslah saya ke pos laju untuk pos xpreskan buku itu. Apa keputusannya nanti...Wallahualam.
Jujur dikatakan, saya agak pesimistik akan keputusan yang saya akan dimaklumkan nanti. Sebabnya? Kan ke DBP diamanahkan oleh gomen untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Mana ada DBP menerbitkan buku yang gaya penulisan 'talking writing' dan bahasanya pula lebih daripada rojak buah! Agaknya mereka yang terbabit di DBP mengeleng kepala membaca buku saya tu...Eh...Eh...Eh.
Apa pun, saya sentiasa bersyukur kerana, sekurang-kurangnya, saya telah mencuba. Kalau ada rezeki....Alhamdulillah.
Salam Tn Nor Ibrahim,
BalasPadamMudah2an buku Tn; Coretan X-NuriPilot, dapat dicetak lagi kerana rasanya ramai lagi yang ingin mendapatkan naskah bercetak, walaupun ada cadangan untuk diterbitkan secara e-book. Saya sendiri memerlukan beberapa naskah untuk koleksi peribadi saya.
Semoga hajat Tn untuk terus berkarya menerbitkan buku kesinambungan dari X-Nuri Pilot 1 menjadi realiti. Jika tidak ke DBP, PTS juga merupakan pencetak yang boleh diyakini Tn. InsyaAllah.
Selamat Maju Jaya dalam berkarya lagi Tn - dengan perkongsian ilmu dan pengalaman Tn dan rakan2 seperjuangan, yang sangat berguna buat tatapan dan didikan anak bangsa yang cintakan negara dan maruah bangsa.
"Bangsa yang besar itu ialah bangsa yang mengenang jasa pahlawnnya" Presiden Sukarno.
Tuan Nor,jangan risau tentang bahasa,bahasa aircrew macam tu lah,orang paham bahasa kita lebeh2 lagi english "don't with the english and the spelling as long as the sound is there it should be ok" ha ha tapi ada satu masaalah,DPB approve but you have to pay for the translation or sentence in correct english....just wait and see
BalasPadamSalam Tuan
BalasPadamSejarah telah membuktikan bahawa kalau kita tidak mencuba maka kita tak tahu. Telah byk kali Tuan mencuba di mana hasilnya telah diketahui umum.
Coretan Xnuripilot telah berjaya diterbitkan.
Elaun penerima pingat dah dapat.
Pengiktirafan telah diberikan kepada golongan veteran.
Itu adalah contoh-contoh di mana semua percubaan mendapat hasilnya samada hasilnya sebagaimana yg kita kehendaki atau sebaliknya. At least we satisfied.
Sedikit pandangan 2sen saya mengenai peranan DBP yg dilihat gagal untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Banyak bahasa inggeris yang dimelayukan seperti Correctional dijadikan Koreksional (akademi koreksional di Langkawi). Sound funny bila terlihat papan tanda akademi tu.
For me, I don't bother on the choice of words in your book but the message/point yang hendak disampaikan lebih utama.
Good luck...
p/s: Nak kena balik Jitra buat persiapan menghadapi banjir nanti, hehehe...
Salam Mejar,
BalasPadamMaaf sudah lama saya tidak menjeguk ke sini. Nampaknya saya ketinggalan untuk mendapatkan buku coretan tuan. Sekiranya DBP bersetuju untuk menerbitkannya sekali lagi, harap dapat saya membuat booking awal.
Best of luck.
nur_emyinda12 & Moza AQM,
BalasPadamTerima kasih. Tunggu sajalah keputusan DBP nanti. Mungkin tahun depan baru dapat berita, agaknya.
Kamal Sanusi,
Dah simpan stok beras, telor & biskut. Sayor/ulam no problem kerana subur tumbuh ditanam. Takut kawasan perumahan saya menjdi sebuah pulau nanti. Terperangkap tak boleh ke mana-mana macam tahun sudah.
Oldstock,
BalasPadamTerima kasih. Kalau anda tak kisah sedikit defect (kandungan tiada masalah), ada lagi beberapa naskah lagi. Kalau minat, kredit RM35 termasuk pos xpres.
Salam Mejar,
BalasPadamOk saya setuju. Tolong emailkan nombor akaun ke fadhil.isma@gmail.com. Nanti saya bank in dan berikan alamat. Terima kasih.