Syukur Alhamdulillah....Terjual juga 2000 naskah buku saya ini akhirnya! Sudah tentu saya banyak-banyak berterima kasih kepada para pembaca blog saya ini yang sentiasa memberi sokongan sehingga buku tersebut berjaya diterbitkan. Saya tabik spring kepada saya sendiri kerana berjaya menghadapi pelbagai halangan untuk menjadikan impian saya satu kenyataan....No joke man. Masuk bakul angkat sendiri...He...He...He!
Sesiapa yang berhasrat untuk menerbit buku secara 'solo', hubungilah 'Consultant' tak bertauliah ini dan saya akan memberi pandangan seikhlas-ikhlasnya. Jangan risau, tiada sebarang fee dikenakan...FOC, insya-Allah. Apa yang dimaksudkan 'solo'? Sayalah penerbit, pengedit, pemasar, penyimpan kira-kira, runner/despatch, operator telefon, dan apa-apa yang anda boleh fikirkan. Kalau buku diterbitkan oleh pihak kedua, anda tidak akan menghadapi masalah ini semua. Anda hanya perlu menulis...hantar kepada penerbit. Dan mereka akan edit, cetak, lancar dan pasarkan. Lepas tu, tunggu dapat royalty.
Kalau saya seorang ternama atau bergelar, mungkin mudah sikit untuk melariskan jualan buku. Jika hanya seorang mejar pencen, bukan mudah! Memang benar ramai politikus dan pak-pak jeneral menyarankan agar para veteran mendokumentasikan pengalaman sebelum menutup mata. Masalahnya, kebanyakan mereka 'cakap tak serupa bikin'. Bayangkan, pelancaran buku saya oleh Menteri Pertahanan di KEMENTAH pada 2 Ogos 2011....hanya laku lebih kurang 25 buku sahaja! (Pak Menteri sendiri telah membeli 200 naskah pada 9 Mei....saya bulldozed my way ketika beliau tiba kat Hotel Sri Malaysia, Kangar. He...He....He). Semasa meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri bersama warga 6 Briged dan penduduk di Sungai Petani, hanya senaskah saja yang laku! Itu pun dibeli oleh seorang isteri kepada seorang pegawai untuk dihadiahkan kepada suaminya. Kos petrol dan tol pun lebih daripada harga buku...Kesian saya! Inilah alam kenyataan yang mungkin ramai yang tidak mengetahui dan mesti dihadapinya oleh penulis persendirian.
Saya bernasib baik juga kerana ulasan Dato' Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit'nya di Utusan Malaysia, majalah 'Perajurit', surat KSN, serta program TV3 'Malaysia Hari Ini' banyak membantu.
Apa pun, saya bersyukur kerana Perpustakaan Awam (935 naskah), Perpustakaan ATM (70 naskah) dan unit-unit TUDM (TUDM memesan 100 naskah) telah memperolehi buku tersebut. Ada juga organisasi tertentu, seperti AIROD (mahukan 100 naskah tapi telah dihantar hanya 90 saja kerana ketiadaan stok), INTAN, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri dan BTN turut membeli (bukan semua). Saya telah fak/emel kepada pelbagai agensi kerajaan; hampir 2 inci tebal file surat-menyurat. Ada yang memberi respons - positif & negatif (banyak yang negatif) - setelah saya menghubungi Ketua Jabatan itu sendiri. Kira-kira bertuah dapat bercakap dengan bos. Kebiasaannya hanya terhenti di tahap 'gate-keeper' sahaja. Kalau harapkan mereka respons kepada surat/emel tanpa disusuli dengan panggilan telefon, jawabnya tunggu saja le sehingga kucing bertanduk!
Kemungkinan besar saya tidak akan mencetak lagi buku ini melainkan ada permintaan dalam jumlah yang besar atau pun ada penaja yang sedia membiayai kos penerbitannya. Memadailah dengan 2000 naskah tersebut. Yang paling penting ialah ia memberi satu kepuasan kepada saya...A real achievement as far as I'm concerned.
Sekarang bolehlah difikirkan buku kedua. Semuanya tertakluk jika ada sumbangan cerita daripada para veteran yang mahu pengalaman mereka diabadikan. Sebelum mengucapkan sayonara kepada "Coretan Xnuripilot", sekali lagi...TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.
Tuan, cadangan saya.... jual buku ini dalam bentuk ebook pula (format pdf). Harga boleh direndahkan dan lebih mudah dijual. Tak perlu simpan stok, hanya hantar fail ebook tersebut melalui email kepada pembeli. Kos pun amat minima.
BalasPadamSalam Tuan... Tahniah dan saya beruntung menjadi salah seorang diantara pemilik buku berkenaan. Dan saya menunggu tuan menerbitkan buku ke 2 pula,dan mungkin LT KOL Basri omar juga boleh menerbitkan buku memoir dia juga..hehehehe
BalasPadamSaya setuju dengan Tanzilan. Bagus juga kalau tuan dapat buat dalam bentuk eBook. lebih menarik.
BalasPadamSaudara Tanzilan & Anon,
BalasPadamTerima kasih. Saya sungguh teruja dengan cadangan itu. Masalahnya, saya tak tahu cara-caranya. Sesiapa yang boleh membantu, harap emel pada saya di nibsny@yahoo.com. Terima kasih.
Saudara SENAPANG PATAH,
Terima kasih. Kalau cukup bahan, akan diusahakan, insya-Allah.
Alamak...baru plan nak dapatkan 1 salinan untuk simpanan pribadi...dah habis...lambat dapat makluat tentang buku ini.. Saya berharap kalau TUAN dapat buat seperti cadangan TAZILAN.
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamSyukor Alhamdulillah, setelah bertungkuslumussetiap cerok rantau, berkesudahannya stok 2K naskhah habis juga akhirnya. Saya turut berbangga dengan apa yang telah tuan hasilkan itu. Semoga harapan saya semoga tuan tidak merasa serik untuk melaksanakan langkah kedua sekiranya ada kesempatan dan bahan. Saya mendoakan semoga tuan merasa kepuasan dari hasil yang telah jayakan. TK
salam mejar, saya rasa amat bertuah kerana dapat membeli dan membaca buku tuan yang amat berharga itu. Alangkah bagus kalau ianya dapat di filemkan. Tapi sayang.. negara kita lebih mementingkan filem seram dan percintaan. A salute to you Mejar..
BalasPadamSdr dari Puchung,sebenarnya mmg ada ura2 dulu Tuan Nor nak buat tapi ada yang tak ikhlas dlm perkara tersebut sebab itulah Tuan Nor ada membuat kenyataan dihadapan blognya yg berbunyi sesiapa yang ingin untuk menchiplak........... perkara ini bukan baru nanti yang kaya orang lain dan kayap yang punya cerita,orang malaysia semua boleh master of everything but.....
BalasPadamSalam Tuan!
BalasPadamSyukur Alhamdulillah....akhirnya Habis juga satelah melalui Ranjau di sepanjang jalan....tak pa Tuan pengalaman itu akan jadi satu Guru amat berguna...betul cakap tak serupa bikin...mungkin yang SARAN tu pun x beli tambahan nak baca...NASIB!
Sdr Senapangpatah ..mmg berhasrat dan ada bahan tapi cuma utk syok sendiri!!!!!
Wallahuaqlam!
Tahniah Tuan! :)
BalasPadamSalam Tuan Basri,
BalasPadamRasanya jika tuan menerbitkan dalam cetakan terhad mungkin boleh kot? sayang jka pengalaman tuan tidak dikongsi bersama dengan generasi muda sekarang,mungkin mereka lebih mengetahui tentang TUNNEL RATS US ARMY,tapi mereka lupa yg di malaysia pun kita ada hero dalam pembersihan terowong bawah tanah...
Generasi muda sekarang sepatutnya didedahkan tentang pahit gentir para veteran terdahulu dalam mempertahankan negara,anak muda kini lebih mengenali para artis drp hero2 ATM sendiri.. contoh kalau sebut nama encik kanang,agaknya brp ramailah yg kenal ya?
saya sendiri baru memiliki buku terbaru 69 KOMANDO yang pada pendapat saya buku itu amat menarik sekali berserta gambar2 ketika era insurgensi ke 2 dulu,amat2 ekslusif sekali buku tu
Sdr Senapang Patah,memang betul kata Tuan, persoalannya...... salah siapa! jangan kata budak2 muda, dikalangan anggota ATM pun ada yang tak tau sebahgian drp operasi yang telah dijalankan dahulu.TQ
BalasPadamSaudara/Saudari Semua,
BalasPadamTerima kasih. Apa nak dihairankan, difahamkan ada graduan maktab pertahanan daripada TUDM tak mengetahui yang sebuah Nuri telah ditembak jatuh. Tapi, maklum sajalah....itu cerita lama!
Saya telah menghubungi seorang yang berpengaruh. Beliau sedia mempetimbangkan untuk memberi kerjasama bagi pembikinan filem sekira skripnya ada 'commercial value'. Kalau beliau setuju, agensi terbabit mungkin susah kot nak kata 'NO'. Justeru, saya telah menghubungi dua orang penerbit/pengarah yang tersohor jugalah. Seorang kata 'Tak minat' dan seorang lagi tak jawab langsung sms saya. Itulah ceritanya.
Salam Tuan Nor,
BalasPadamTahniah di atas penjualan Buku Coretan X Nuri Pilot.
Semoga perjuangan semua Juruterbang, AQM, ART & Semua Teknisyen pesawat Sikorsky S61A-4 aka NURI dikenang sepanjang hayat.
U call We Haul.....
Ikhlas,
JeffNSP@hotmail.com
Salam Tuan,
BalasPadamAiseyman, habes dah ka? Baru nak bank in duit nak beli, adui terkilan betul la..
Mana la nak cari lagi buku ni ;(
Saudara PVR,
BalasPadamTerima kasih. Sebenarnya saya masih ada beberapa naskah lagi tetapi ada sedikit defect, iaitu, keratan kertas tak sama (tak lurus): kandungan tak rosak. Untuk itu, harganya hanyalah RM30 termasuk pos. Sekira berminat, sila kredit dalam akaun CIMB 02100001938202 di atas nama Nor Ibrahim bin Sulaiman. Kemudian sms nama & alamat pos.
Salam Tuan,
BalasPadamPuas saya cari no henpon tuan kat main page tapi tak jumpa, hehe boleh bagi kt saya tak? Saya akan bank in utk dapatkan naskhah yang defect tu.. tango kilo
Saudara PVR,
BalasPadamTerima kasih. 019-4744849.