Pages

Sabtu, 31 Disember 2011

Semoga 2012 Membawa Keberkatan

Sungguh pantas masa berlalu! Tanpa disedari, 2011 hanya tinggal dalam kenangan. Walaupun menjawat status 'PESARA SEPENUH MASA', masa saya dipenuhi dengan aktiviti, justeru istilah 'bosan' tidak wujud dalam kehidupan seharian saya setakat ini, Syukur Alhamdulillah.

Diimbas kembali di antara kejayaan bagi saya sepanjang 2011 ialah....

~~Akhirnya berjaya melobi kerajaan untuk memberi 'Elaun Kenangan' kepada penerima JPP & PTU setelah memperjuangkannya semenjak awal 2009. YAB PM mengumumkan pemberian elaun tersebut pada 30 Julai  di Port Dickson 

~~Setelah terpaksa menempuh pelbagai rintangan, akhirnya berjaya juga menerbitkan buku di atas secara Sdn Bhd

~~Dan sungguh terharu apabila YB Menteri Pertahanan pula sudi melancarkan buku saya pada 2 Ogos=2 Ramadan. Mana tidaknya...Siapalah mejar pencen ini! 

~~Berjaya melobi kerajaan agar penerima JPP, PTU & KPK turut dijemput sempena menyambut Hari Pahlawan setiap 31 Julai dan Hari Kemerdekaan setiap 31 Ogos. Implementasinya? Wallahualam....

YBhg. Tan Sri KSN,

Saya juga mengucapkan terima kasih atas peringatan dan pandangan yang diberikan. Pada minggu lepas saya telah mengeluarkan penegasan kepada semua pegawai-pegawai khususnya Ketua Bahagian di PAJPM dan beberapa agensi dibawah saya supaya sentiasa membaca dan mengambil tindakan serta respon segera keatas email/termasuk lain-lain komunikasi  yang diterima walaupun pada waktu lepas pejabat atau hujung minggu. Pekara ini amat penting pada saya dan mengingatkan kepada pegawai-pegawai saya supaya kita tidak lagi berkerja selama 8 jam tetapi  kerja-kerja pejabat juga  boleh dilakukan dirumah/diluar  sejajar dengan kemudahan komunikasi yang ada.

2. Mengenai jemputan mengenai Hari Malaysia/kemerdekaan saya akan pastikan supaya jemputan-jemputan kepada tetamu yang sepatutnya diundang tidak akan tertinggal lagi.

Terima kasih.

Othman Mahmood.
23.10.11

Ybhg. Datuk Wan Hamidah- Harap bincang pekara dua diatas dalam mesyuarat mingguan PAJPM.

From: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan [mailto:sidek@pmo.gov.my]
Sent: Sunday, October 23, 2011 8:27 AM
To: nor ibrahim sulaiman
Cc: YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf; YBrs. Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim; Datuk Othman Bin Haji Mahmood
Subject: RE: ALTERNATIVE MEDIA

Wa’alaikummussalam Mejar.  Saya mohon berbanyak maaf kerana terlambat benar membaca mel Mejar.  Tidak ada alasan yang munasabah yang boleh saya berikan! Dan oleh itu saya tidak akan memberinya.

2.      Saya memahami dan menghargai pandangan-pandangan yang diberikan dan InsyaAllah dimana yang boleh akan dilaksanakan.  Terutamanya untuk mengingatkan diri saya dan lain-lain pegawai bukan sahaja untuk membaca e-mel dan lain-lain komunikasi yang diterima tetapi menjawabnya.

3.      Spesifik mengenai jemputan ke perayaan Hari Malaysia/Kemerdekaan saya percaya Datuk Othman Mahmood, TKSU Kanan JPM akan mempastikan ianya tidak lagi terlepas pandang untuk tahun-tahun mendatang.

Sekali lagi saya memohon maaf jua dan mengucapkan terima kasih atas ingatan yang diberikan.
  
(SIDEK HASSAN)
23 Oktober 2011

Ada juga yang menyedihkan. 01 Julai, TUAH, kucing kesayangan keluarga saya semenjak dilahirkan 13 tahun lalu telah meninggalkan kami buat selama-lamanya di hadapan mata kami....
TUAH...Ahli keluarga

Kejayaan terakhir pada 31 Disember 2011...Saya menjadi naib johan 'Monthly Medal (MM)' di Kedah Kelab DiRaja pagi tadi. Saya main 9-lubang: Senior Golfers, >55 tahun, diberi opsyen bermain 9-lubang dalam MM. Hadiah? Baucer RM70 yang boleh di'contra' dengan pembayaran yuran bulanan...He...He...He.

Azam tahun 2012? Hanya memohon kepada Allah agar diberikan kesihatan dan semua amal ibadat diberkatiNya.

Para Pembaca yang saya hormati. Kejayaan ini mungkin tidak tercapai tanpa sokongan dan galakan daripada anda semua. Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

TERIMA KASIH & SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012. SEMOGA APA JUA AZAM AKAN TERCAPAI DENGAN JAYANYA, INSYA-ALLAH

3 ulasan:

  1. Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

    Selamat Menempuhi Tahun 2012 dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga perjalanan kehidupan Tuan sentiasa dalam keberkatan dan dilimpahi rahmat kasihNya. Semoga Tuan sentiasa diberikan kelapangan dan ketenangan untuk terus berkarya lagi mengenai sejarah perjuangan, pengalaman dan perjalanan kehidupan anggota military dalam menjaga dan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara ini. Sesungguhnya ianya adalah khazanah negara yang tidak dapat dijual beli. Pengalaman sebenar mereka2 yang terlibat yang telah sendiri melalui pahit getirnya ini tidak mungkin akan dapat diketahui generasi baru tanpa ada usaha sepertimana yang telah Tuan lakukan.

    Tahniah atas segala usaha gigih Tuan membukukan memoir pengalaman Tuan dan rakan2 seperjuangan Tuan dan semoga segala usaha Tuan diberkati oleh Allah SWT.

    Selamat maju jaya Tn Mejar Nor Ibrahim.

    BANGSA YANG BESAR IALAH BANGSA YANG MENGHARGAI JASA PAHLAWAN NEGARANYA…Presiden Sukarno.

    BalasPadam
  2. Saudara Nor,
    In a short period of time you have achieved much success, not only for your self but for your comrades. The recognition of the PTU & JPP as medals worthy of monthly payment being the most outstanding one. If not for your persistence effort dozens of holders of these medals of courage would have been continued to be forgotten.

    In the process you have established your credentials well with the authorities and are looked upon as a man courage who can get things done without being loud. I am proud that the spirit of typical humble Malay who who refers to his house as a( pondok) still dwells in your hearth when you refer to your self as just a Major penchen. May with the blessing of Allah (swt) this' Maj. penchen 'continues to achieve further success in 2012.

    BalasPadam
  3. Saudari nur_nuremyinda12 & Saudara Gengis Khan,

    Thank you. I really appreciate all those words of encouragement. Frankly, sometimes I do feel so frustrated and want to give up, but then the support by the readers keep me going.

    BalasPadam