Masalahnya, ada rakan yang bertanya bila mereka akan menikmati elaun berkenaan. Bagi meredakan kegusaran ini, saya telah menghantar e-mel kepada seorang penjawat awam terbabit. Respons beliau yang saya terima pada 4 Jan 2012, petikan '.....Saperti yg Tuan sedia maklum, sebuah akta khusus utk elaun kenangan tsb perlu digubal dan kemudiannya di luluskan oleh Parlimen sebelum elaun tsb blh mula di bayar.Apa yg tlh di maklumkan kpd saya , JPM yg bertanggungjawab tentang perkara ni tidak dpt membentangkan rang undg2 berkaitan di sesi Parlimen di hujung tahun lepas kerana terlalu byk rang undg2 lain yg menanti giliran utk di bentangkan. Saya juga di fahamkan bahawa rang undg tsb di jangka akan di bentangkan di sesi Parlimen pada Mac akan datang. Oleh itu, saya menjangkakan elaun kenangan tsb hanya akan mula dibayar seawal awal nya pada pertengahan tahun mengambilkira proses legislatif rang undg2, penwartaan dan lain2 urusan pentadbiran JPM.
Utk makluman Tuan semasa menguatkuasakan kadar baru elaun SP dan PGB, ia mengambil masa 10 bulan selepas pengumuman sebelum ia mula di bayar.'
Saya pun 'forwardkan' e-mel ini kepada rakan-rakan terbabit untuk pengetahuan mereka. Semenjak itu, tiada lagi soalan 'bila' diajukan kepada saya! Tut...Tut...Diam tak diam, saya terbaca surat daripada 'MENUNGGU SAMPAI TUA' dalam kolum Forum Utusan Malaysia bertarikh 27 Jan 2012. Mana boleh mejar pencen ini duduk diam begitu saja. Jawabnya, melayanglah surat berikut....
Bagi memastikan surat tersebut membolos 'gate-keepers' penjawat awam terbabit, ia turut dihantar melalui e-mel. Tak sangka juga apabila terima respons daripada salah seorang 'bos' di JPM...
From: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
To: YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim
Cc: Chong KL; khalid Ali ; Capt Murad ; Md Som ; Dato Zaini Utusan ; nor ibrahim sulaiman ; Dato Abu Bakar JPA ; YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan ; YBrs. Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad
Sent: Friday, 27 January 2012 10:23 PM
Subject: RE: ELAUN KENANGAN
To: YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim
Cc: Chong KL
Sent: Friday, 27 January 2012 10:23 PM
Subject: RE: ELAUN KENANGAN
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh,
YBhg. Datuk,
Harap dapat disampaikan maklumat yang sama kepada pengadu sepertimana cadangan jawapan kita kepada pihak akhbar. Harap dapat diselaraskan.
Terima kasih.
"Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"
OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD
27 Januari 2012
Sebenarnya, Datuk Othman tidak tersenarai dalam 'Salinan kepada' surat di atas. Tapi dalam e-mel saya masukkan namanya kerana beliau adalah bos kepada Datuk Wan Hamidah. Saya ada musykil sedikit apa maksud '..cadangan jawapan kita kepada pihak akhbar.' Cadangan? Saya akan ajukan kemusykilan ini kepada Datuk nanti, Insya-Allah.
Who is 'Khalid Ali', 'Capt Murad' n 'Md Som'? Saja bertanya.
BalasPadamAlamak,
BalasPadamThis three guys.....Nuri pilot la..
just name any ops at the Border la from the 70' and 80' this guys are there flying men
Salam Tuan!
BalasPadamTk paparan....lg lama tangguh lg banyak 'arrears'....kami pun belum terima Elaun utk bulan Jan 2012.Bla?Wallahu aqlam.....samaa2 tunggulah!
Salam Tuan,
BalasPadamKerenah birokrasi terlalu banyak. Terlalu banyak red tapes.
Luke
kpd JPP,
BalasPadamSabarlah... Mejor pencen yang penat buat keje ni pun tak bising,yang tak buat keje banyak songel pulak.....dah dapat duit sok diam terus mejor pencen yang buat keje ni nanti terus dilupakan, dah perangai kerajaan macam tu terima ajelah, kalau duit RM250juta tu lain lah...
Saudara Semua,
BalasPadamTerima kasih. Betul kata veteran, harap JPP sabar sajalah. Insya-Allah, akan dapat nanti. Macam kata Saudara Basri, lagi lama, lagi banyak tunggakan nanti...wallahualam.
Kalau depa tak mau bayaq langsung... hangpa nak buat apa?
BalasPadamhangpa fix deposit GE...hah hahahaa jangan marah