Pages

Isnin, 19 Mac 2012

Giliran Pak Menteri Pula

Kat PAT telah diemelkan di sini. Sekarang tiba pula giliran Pak Menteri Penerangan menjadi 'mangsa' mejar pencen ini. He...He...He.
From: nor ibrahim sulaiman ;
To: YB Dato Rais yatim ;
Cc: kamaruddin@kpkk.gov.my ; Hj Derasah ANM ; Sulasteri ; Md Farizal ANM ;
Subject: MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH DARURAT
Sent: Sun, Mar 18, 2012 4:56:57 AM 


Assalamualaikum Datuk Seri,

Dengan segala hormatnya, saya ingin mengucapkan SYABAS kepada agensi di bawah Kementerian Datuk Seri, iaitu ANM. Saya sungguh terharu dan teruja apabila agensi tersebut telah mengundang saya dan rakan seperjuangan ke Majlis di atas pada 13 Mac yang diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur. Keprihatinan Datuk Seri menekan semangat patriotisme terhadap negara tercinta ini, terutama golongan remaja, sangat membanggakan. Ini terbukti apabila Datuk Seri telah merasmikan 'Kolokium Sejarah Malaysia' pada 25 Februari di Universiti Malaya dan menyaran agar penulis blog 'menerap cinta kepada negara' (petikan Utusan Malaysia 17/3 ms3).   

Saya tidak menyalahkan sepenuhnya jika terdapat segelintir generasi 'X' dan 'Y' yang mungkin semangat patriotisme mereka agak terhakis. Ini kerana mereka tidak didedahkan dengan maklumat sewajarnya. Melalui pemerhatian saya, kebiasaannya topik ini hanya 'bermusim', seperti menjelangnya Hari Kemerdekaan dan apabila tercetusnya polimik mempersoalkan siapa yang dianggap wira negara. Sepatutnya aktiviti seperti yang dianjurkan oleh ANM berterusan sepanjang masa dan tidak tertumpu di Kuala Lumpur sahaja.

Sekiranya diizinkan memberi cadangan, saya berpendapat kegiatan ini perlu dianjurkan di peringkat negeri. Agensi-agensi di bawah KPKK seperti ANM, Perpustakaan Awam, DBP, JKKN, Pejabat Penerangan, boleh memainkan peranan. Saya yakin ramai para veteran sedia menceritakan pengalaman mereka sekiranya diundang sebagai Pengkisah. Ini kerana jemputan tersebut mencerminkan bahawa negara mengiktiraf pengorbanan kami demi mempertahankan kedaulatan negara di suatu ketika dulu. Negara seharusnya tidak melepaskan peluang ini ketika ramai wira-wira terbabit masih hidup. Saya sendiri berbangga jika mendapat jemputan dan, jika tiada aral melintang, akan turut hadir, Insya-Allah.

Akhir kata, saya ingin merakamkan  penghargaan kepada warga ANM, terutama Puan Yatimah, Puan Sulasteri dan En Mohd Farizal, di atas layanan yang diberikan kepada saya sepanjang berada di Kuala Lumpur . Diharap cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada  pihak Datuk Seri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 

Rasa-rasanya memadailah setakat ini. Sekiranya mendapat respons positif daripada pihak terbabit....Syukur Alhamdulillah. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya saya telah mencuba,  Allah menentukan.

Oh ya...Saya ada menerima jemputan untuk memberi ceramah kepada guru-guru pelatih  di sebuah IPG  di selatan Semenanjung Malaysia. Disebabkan faktor jarak yang jauh, dengan dukacita saya terpaksa menolak. Namun demikian, saya telah mencadangkan squad-mate saya, Mej Dato' Salehuddin Mutalib PGB (B), mengganti hero ini. Syukur Alhamdulillah, Dato' setuju menerima jemputan tersebut.

Semalam saya terima e-mel daripada xmejar komando. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah ditugaskan '.... Mesy Agung KVKM  akhirnya mereka mahukan saya mengumpulkan sejarah pertempuran dan dibukukan saya perlu dapatkan bahan bahan dari empunya cerita seterusnya sahkan perkara tersebut.' Saya bersyukur kepada Ilahi kerana tulisan saya sekurang-kurangnya menjadi penggerak kepada para veteran mengabadikan perjuangan mereka demi negara tercinta ini...Real satisfaction!! 

Para Veteran....Dokumentasikanlah pengalaman anda untuk dijadikan bahan rujukan kepada generasi akan datang. Kalau tidak kita yang mengusahakannya....Siapa lagi?

Pensyarah terbabit....Terima kasih. 

2 ulasan:

  1. Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

    If Malaysians possess the spirit of patriotism and resilience as the many unsung heroes of the military, we do not need to create institutions to inculcate the spirit of patriotism and love for the country such as the National Civics Bureau, the National Service Training Programme and others. However, the fact is, (my apologies if this is my generalised statement) many of us forget the history of the nation's struggles…especially of our ex-servicemen; as well as having poor sense of identity. The spirit of patriotism and passionate love towards the country are the fortresses to defend the independence and to ensure the harmony enjoyed today are continuously maintained. As citizens and leaders, we definitely do not wish for the recurrence of the tragic incident of 13th May 1969 and the colonisation by foreign powers to take place ever again in our beloved homeland Malaysia.

    Tn Mejar Nor, well done and BRAVO for the relentless effort and persistence Tuan! U are indeed a hero in your own way amongst the ex-servicemen!

    To all ex-servicemen, the Nation should and need to be told and to know and hear your experiences during those tough times…share…lets cherish and treasure them while we still can…for the sake of our future generation.

    p/s God bless the fallen souls – the unsung heroes - and all who had strived for the country’s peace and dignity.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam