Bagi menjayakan Majlis tersebut, beliau bertanya sama ada saya sudi disenaraikan sebagai seorang 'Pengkisah'. Saya tak ada masalah dan kalau tiada aral melintang, no problem, InsyaAllah. Tapi, siapa yang akan membiayai kos perjalanan dan penginapan? Menurut beliau, kos terbabit akan ditanggung sepenuhnya oleh ANM.
Pegawai berkenaan juga bertanya sekiranya saya boleh menamakan beberapa veteran TUDM yang perlu dijemput sebagai Pengkisah. Saya telah memberi nama 4 Nuri pilots, seorang Gunship pilot, seorang AQM dan seorang anggota Air Rescue Team. Beberapa hari kemudian, beliau memaklumkan mereka hanya memerlukan tambahan 2 Pengkisah sahaja. Jadi, saya pun menamakan seorang Nuri pilot dan seorang AQM.
Selepas itu, saya terimalah surat jemputan berikut....
Saya pun faks surat penerimaan ini....
Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga agensi kerajaan yang sedia memberi peluang kepada veteran TUDM menceritakan pengalaman mereka semasa negara tercinta ini menghadapi ancaman pengganas komunis di era insurgensi. Ini satu pengiktirafan kepada TUDM amnya, krew helikopter, khususnya.
Bagi mereka yang terlepas pandang tentang Kolokium Sejarah Malaysia yang saya coretkan di sini, resolusi yang dicapai adalah seperti berikut....
"Histories make men wise"...petikan Sir Francis Bacon. Betul tu, tapi "wise but forgetful" pun tak guna juga.
Salam Tuan,
BalasPadamTahniah di atas jemputan sebagai PENGKISAH untuk sejarah darurat terutama penglibatan TUDM dalam era insurgensi.
At least the public will know the true life of TUDM also the contribution of workhorse "NURI" during insurgency time.
Sekian,
JeffNSP@hotmail.com
Well done Saudara Nor,
BalasPadamYou make all of us proud.
Saudara Jeff & Arunzab,
BalasPadamTerima kasih.
salam mejar,ape email mejar?saya nak berkongsi cerita..
BalasPadamWaalaikumussalam,
BalasPadamTerima kasih. nibsny@yahoo.com.
Salam,
BalasPadamSemua orang boleh datang majlis pengkisahan?
InysaALLAH kalau majlis tebuka dapatlah saya menghadirkan diri.
TQVM,
Waalaikumussalam Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. Menurut pegawai ANM tersebut, majlis tersebut terbuka kepada orang ramai.
Tuan,
BalasPadamBoleh dapatkan kisah dari Mejar Khalid Ali dan Mejar Murad tak? Saya difahamkan mereka antara penerima awal pingat PTU
Saudara Anonymous,
BalasPadamTerima kasih. Memang saya dah cuba meyakinkan mereka untuk menceritakan pengalaman mereka tapi tak berhasil. Mungkin mereka sibuk dengan tugas. Saya bolehlah menulis kerana jawatan saya sekarang adalah profesional pesara. Sentiasa bercuti...He...He..He.
Saya pernah jumpa kedua orang ni. Orangnya humble tetapi masih bersemangat ketika bercerita. Rugi rasanya jika pengalaman mereka disimpan begitu saja. Saya kenal diaorang ketika diaorang masih bertugas di kelantan. Sayangnya sekarang keduanya telah berpindah
BalasPadam