Pages

Khamis, 3 Mei 2012

Sekadar Ingatan

Mengapalah ramai sangat rakyat negara ini begitu naif tak bertempat!! Bukannya apa, ramai sangat yang mudah diperdaya oleh penyangak-penyangak yang tidak mempunyai perasaan kesian kepada sesama manusia. Tengoklah, beribu mangsa Tipah tertipu yang melibatkan begitu besar jumlah dana. Ada di antara pelabur-pelabur meminjam daripada Ah Long dan ceti kerana terpengaruh dengan pulangan yang begitu lumayan. Akhirnya, habuk pun tiada dan terpaksa menanggung hutang sehingga ke akhir hayat. Di mana silapnya?

Saya bukannya pakar pelaburan dan terlalu konservetif apabila bercakap tentang pengurusan kewangan. Pada saya, sesiapa yang berminat nak melabur dalam komoditi emas, saya syorkan buka akaun emas dengan bank-bank atau pun beli ketul emas daripada mereka. Saya rasa bank lebih boleh dipercayai...Wallahualam.

Pada 4 April 2012, saya telah dijemput oleh doktor RSAT KTU, Kepala Batas, untuk memberi ceramah kepada staf beliau tentang pengurusan kewangan. Modal saya memang tak asing kepada para pembaca semua...Melabur dalam produk PNB, seperti ASB. Nawaitu saya hanyalah bagi menyedarkan mereka agar memikirkan masa hadapan kaum keluarga bila tiba masanya tidak lagi relevan kepada organisasi nanti.

Seorang anggota telah menyuarakan lebih kurang imbuhan yang diterima sekarang ini tidak mencukupi. Justeru, mana mungkin nak memikirkan untuk menabung. Saya memaklumkan kepada beliau bahawa saya tiada sebarang jawapan kepada masalah beliau. Saya hanya mampu untuk memberi gambaran apa yang mungkin dihadapi di masa hadapan sekiranya tiada sebarang persediaan diambil dari sekarang. Pokok pangkalnya terpulang kepada beliau. Saya tidak tahu pendapatan dan tanggungannya. Saya tidak tahu apa keperluannya untuk kehidupan seharian dan apa pula yang diidamkannya. Saya mengharapkan beliau dapat membeza keperluan dan  idaman...what are the needs and the wants. Kalau tidak dapat membezakannya dalam keadaan dimana sumber kewangan sangat terhad, saya rasa sesiapa pun akan menghadapi masalah.

Tak tahulah saya....Tepuk dada tanya selera.

9 ulasan:

  1. kalau berani menghadapi risiko...
    cubalah yang lebih agresif..
    tetapi ASB pun dah kira terbaik..
    eehhee

    BalasPadam
  2. Salam Tuan.. cuma nak berkongsi pengalaman.. Just finished my 22 year service.. Kebanyakan anggota dah abis duit tabungan (gratuiti dan LTAT) pasai boleh keluar awal.. kalo labur jalan betul (ASB, Tabung Haji atau sebagainya) it's OK.. Tapi yg ramai melabur dalam SCK(Noradz Travel, AB fund, Saham Kambing la.. Burung walid la) last-last merana.. Saya pun kena juga pasai pengaruh kengkawan tapi nasib baik la tak pakai duit tabungan tu. At least this time I'll know how to manage the money.. Thanks for sharing Sir..

    BalasPadam
  3. Salam .... betul tu, ramai antara kita tidak tahu mana yg lebih penting antara "KEHENDAK" dan "KEPERLUAN". Cth : mmg H/P merupakan KEPERLUAN penting zaman sekarang tetapi jangan sampai jadi hamba kepada H/P dgn ertikata lain pantang ada jenama terkini ... mulalah ber"KEHENDAK"an menukarkannya ...

    BalasPadam
  4. Salam Tuan

    Not many people have the ability to differentiate what is "Barang KEPERLUAN" and "Barang KEMAHUAN".

    Simple definition from my brain:-

    Barang KEMAHUAN
    Semua barang yang kita mahu hinggakan mahu memiliki semua barang/orang dlm dunia ni hinggalah mahu hidup selamanya.

    Barang KEPERLUAN
    Semua barang yg kita perlu utk menjalani kehidupan terutamanya dari segi keperluaan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal.

    Contoh mudah yg Anom May 3, 2012 5:26 PM nyatakan amat bertepatan which need no more further explanation.

    Pokoknya, duit digunakan utk menjana duit. Tapi klu salah pengaruh dan melabur maka wal-asal-balik-asal, modal terbenam, untung dpt kat org lain. Nyiah duit hasil titik peluh 22 tahun dlm sekelip mata akibat terlalu cepat nak "kaya".

    Saya berpesan pada diri sendiri skalipun dah lama habis perkhidmatan agar sentiasa dpt membezakan antara barang keperluan dan barang kemahuan.

    BalasPadam
  5. Tak tahan juga dengar ayat "Lantak pi la duit aku, bukan duit hang" tak kala kita menasihati mereka bilamana kita mempunyai pengetahuan mendalam mengenai bentuk pelaburan yg nak disertai mereka"

    Nak ikut ke, tak ikut ke, ayat saya "Lantak pi la kat hang, untung rugi bukan duit aku. Aku nasihat ajer"

    Heheeheee....

    BalasPadam
  6. Dari zaman pak man telo, fauziah 350 kulim, lps tu yg baru sikit platinum lane sdn bhd jugak di kulim, sesungguhnya manusia tu tak pernah serik2 nk cepat kaya.

    BalasPadam
  7. Salam....sy lebih mempercayai koperasi tentera. kalau dulu baru masuk servis gunakan untuk tempat meminjam...tp sekarang setelah sampai ke penghujung nie...gunakan sebagai tempat menjana pendapatan tahunan melalui potongan yuran bulanan...10% dr pendapatan kasar...

    BalasPadam
  8. salam, alangkah bagusnya jika LTAT tu terus dibuka kepada warga pesara dengan sedikit pengubahsuaian.

    BalasPadam
  9. Saudara Semua,

    Terima kasih. Tak kisahlah di mana wang itu dilabur asalkan halal dan berisiko rendah: koperasi ATM, ASB, Tabung Haji, Bank Rakyat, dll. Janji sejumlah wang diperuntukkan untuk melabur demi untuk masa hadapan.

    Tentang LTAT, saya ada menyuarakan kepada seorang yang berpengaruh di KEMENTAH agar para veteran dibenarkan melabur dalam LTAT. Mungkin susah sikit kut. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba.

    BalasPadam