Pages

Khamis, 28 Jun 2012

Apa pun...Syukur Alhamdulillah

Saya terima gambar-gambar berikut daripada PW2 Saifuddin Abdullah (B), xAQM ketika saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan. Memang tak ingat langsung akan gambar ini. Ia adalah majlis penganugerahan pingat sempena harijadi TYT YDP Negeri Sabah pada 1984.

Dari kiri: Saya (ADK), Brig Jen Mohammed Yunus Tasi (ASDK), Sjn Saifuddin (BSK), Sjn Jaafar (BSK)

Bergambar di Istana

Seramai 4 anak pesawat Nuri, saya, Kapt (U) Aziz Laji (ADK), Sjn Saifuddin dan Sjn Jaafar, telah dianugerahkan bintang/pingat berkenaan. Pencalonan kami bukannya melalui saluran biasa: CO tidak mencalonkan kami. Sebaliknya, Pejabat Ketua Menteri yang mencalonkannya. Ini mungkin kerana kami kerap membawa Ketua Menteri Sabah. Kapt (U) Aziz tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan tersebut disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Pada waktu itu, beliau telah tamat perkhidmatan dalam TUDM dan baru mula berkerja dengan syarikat penerbangan swasta yang berpangkalan di Labuan. 

Sungguh ironis! Setahun kemudian, 1985, tanpa pengetahuan saya, barulah ATM fikirkan saya layak dicalon untuk pingat BSK...satu step lower! Tak kisahlah. Orang bagi, saya terima sajalah....Bukan saya yang pinta!

Dulu nak dapat gelaran Dato' tak semudah sekarang. Lt Jen Tan SriMohammed Yunus Tasi TUDM (B), xPTU, ketika menerima ASDK (Ahli Setia Darjah Kinabalu) yang tidak membawa gelaran Dato', masih belum bergelar Dato' walaupun menjawat PANGUD (Panglima Udara). Sama juga Pangwilud 11, birasnya.  Dewasa ini, pakai saja satu 'bintang', boleh dikatakan 99% gerenti dianugerah Dato'. Yang lain-lain pula,  saya perhatikan, ada mejar yang pingatnya 3-4 baris tersemat didada. Dah  rezeki mereka.

Entahlah!! Di era saya, terdapat CO tertentu yang susah sangat nak rekomen anak buahnya untuk dianugerah pingat. CO TUDM Butterworth terkecuali. Seingat saya, sepanjang berkhidmat di Labuan selama 3 tahun, tidak pernah CO bertanya Ketua-Ketua Skuadron sama ada kami ada calon-calon untuk dianugerahkan pingat. Lain pula cerita seorang Ketua No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. Beliau bertanya kami, aircrew, sekiranya nakkan pingat, tulis 'citation' sendiri untuk beliau majukan  pencalonan ke pihak atasan. Tiada seorang pun menerima tawaran itu. Kan masuk bakul angkat sendiri kut!

Sepanjang 25 tahun berkhidmat dalam ATM, ini sajalah anugerah yang saya terima. Apa pun, syukur alhamdulillah.

PTU, ADK, BSK, PPA

7 ulasan:

  1. Saudara Nor,
    In your case I would  say it is not  the number of medals that count, but rather quality that really matters. It is no point having a double deck of ribbons when the medals are those that come to gether with our 'Ration Packs' However the rather stringent way that the RMAF of your time considered candidates for awards probably deprived many for their just dues. Still you can be very proud of your self.
    Salam

    BalasPadam
  2. Saudara Arunzab,

    Thank you. You're right. It's a real pity that I'd no avenues then to recommend those I felt deserved to be nominated for medals.

    BalasPadam
  3. As it was those that really deserved regconition are the ones being left out on awards....

    BalasPadam
  4. Maj,
    Sekarang Dato' bertebaran dan jeneral pun berkeliaran dan beza nya zaman mej ada quliaty tetapi la ni kalau tak caya cuba berbual dengan mereka nanti mej tahu la,,,,salam jasa mu tetap di kenang.

    BalasPadam
  5. macam mana nak baca code warna tu???....ada yang sampai penuh sekeping didada..

    BalasPadam
  6. tuan kira ok juga ada 5 pingat.
    saya 22 tahun service ada PPA jee.
    kesian kat saya.
    nak try dapat PJM, kerani kat veteran kata kena tunggu 2 tahun.
    Betoi ka kena tunggu sampai 2 tahun ?

    BalasPadam
  7. Anonymous,

    Terima kasih. Kesian. Ingat begini saja le...Dah tak ada rezeki! Saya sebenarnya kecewa dengan kebanyakan persatuan xveteran. Mungkin ramai di antara ahli-ahli persatuan tidak menyedari bahawa persatuan-persatuan yang berdaftar boleh mencalonkan ahli-ahli mereka untuk dianugerah bintang/pingat. Saya tahu satu persatuan dimana bosnya dianugerah pingat oleh sebuah negeri. Saya telah mengesyorkan kepada 2 persatuan agar ahli-ahli mereka dicalonkan. Dulu saya ingat veteran tiada 'avenues' untuk dicalonkan...memang salap tanggapan saya! Sekarang terpulang kepada ahli menggasak pihak pemegang jawatan melaksana tugas dengan penuh amanah.

    Tentang PJM, tempuh mendapatkannya lebih kurang seperti yang dinyatakan. Tapi sepatutnya ini bukan dijadikan alasan mengapa anda tidak memohonnya sekiranya fikir anda layak. 2 tahun...2 tahun le. Saya menghargai pingat ini kerana ia membuktikan penglibatan saya menentang pengganas komunis semasa negara berada dalam era darurat. Dengan itu, tiada sesiapa pun boleh mempertikaikannya. Pergilah pohon. Kalau panjang umur, anda terima surat jemputan ke majlis penyampain pingat itu nanti, insyaAllah.

    BalasPadam