Lukisan oleh
Saudara Ahmad Husni Ahmad Basri yang tersiar dalam mukabuku beliau (dengan izin). Lukisan yang didedikasikan beliau kepada
11 wira yang terkorban dalam nahas pesawat Nuri -
FM 1715 - pada 26 April 1976 di
sini.
Syukur Alhamdulillah....Masih tetap dalam kenangan walaupun 37 tahun telah berlalu!!!
Saudara Ahmad Husni....Terima kasih.
Assalamualaikum tn. Kalau tn singgah di MK Tak Gubir, gambar heli resup kalu tak silap saya ada dilukis di dinding wisma perwira. Sampai skrg Nri masih penting walaupun aman, sebab kalu 'burung besi' patah sayap alamak kebulur le kami
BalasPadamSaudara Hafizie,
BalasPadamTerima kasih. Gambar yang dimaksudkan boleh dicoretkan di http://xnuripilot.blogspot.com/2010/09/satu-penghormatan.html dan diabadikan dalam buku saya - Coretan Xnuripilot - ms 216.
Selamat Petang Tuan Nor,
BalasPadamCantik dan menarik gambar ni. Antara satu sudut helikopter Nuri yang saya suka perhatikan ialah apabila pesawat tersebut mahu mendarat dan kita dibelakang pesawat tersebut, seperti dalam gambar ini.
Luke
Salam,
BalasPadamAda tak cerita berkenaan nahas Super Puma TUDM ?
Waalaikumussalam Saudara Bob,
BalasPadamMaaflah. Tak ada. Tugasan pesawat itu hanyalah VIP comm flt saja.
......saya dulu dalam tahun 80an nak ke KL dari kampung naik bas ekspress nasional,tambangnya rm7.50.Dekat nak masuk KL ,lagu 'kuala lumpur' nyanyian alleycats membuat saya sangat teruja.
BalasPadamHari ini Kuala Lumpur dah jadi metrpolitan moden. Semua bangsa ada hinggakan ada tempat kat KL nak cari muka melayu pun susah....sungguh banyak perubahan di negara tercinta ini.
Salam tuan Nor,
BalasPadamSebak saya lihat lukisan ini. Terharu yang teramat sangat... sebab ada yang masih appreciate pengorbanan ayah saya serta rakan2 beliau. Menitis air mata saya. Terima kasih tuan.
Wan Muzaffar,
BalasPadamTerima kasih kembali.