Nahas berlaku di kawasan operasi Pos Belum, Perak, pada 11 Jun 1991. Misi pesawat membawa rangsum untuk unit pasukan 304 RAW. Mereka yang terkorban ialah:
- Kapt (U) Tan Eng Huat - kapten pesawat (mendiang pernah bersama saya di No 5 Skn)
- Lt (L) Saiful Bahari Hj Baharum - ko-pilot
- F/Sjn Subramaniam - KU
- Kapt Sarwan Singh
- L/Kpl Mokhtar Mohamed Zain
- Pbt Johar Mohamed Zain
Nota:
- Sjn T. Balasubramaniam terselemat kerana beliau tercampak keluar.
- Maklumat dipetik di sini.
Difahamkan rancangan untuk memusnahkan saki-baki bangkai M23-19 tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat unsur-unsur 'mistik'. Wallahualam.
Hamba Allah....Terima kasih.
Zack Mzack Sjn T. Balasubrmaniam memang terselamat tapi beliau meninggal dunia 10 hari selapas nahas ini kerana mengalami kebakaran serious (85% of the body burn) saya adalah AQM yang pertama sampai di lokasi kejadian bersama sama SAR Team. Saya sendiri yang mengangkat Mendiang Sjn Bala kedalam pesawat dn terus ke GH Penang, tiba di padang POLO tepat jam 1920hrs. Tragedi ini masih segar lagi di ingatan saya hingga ke hari,ia adalah kenangan pahit kerana hilang sahabat2 seperjuangan, semogo roh sahabat2 ku di berkati...AMIN
Selamat Petang Tuan Nor,
BalasPadamSetelah saya membaca kisah yang dipaparkan, ingin saya bertanya kepada tuan, masihkah tuan ingat tentang satu kisah kehilangan pesawat Skyhawk TUDM yang dipandu oleh Lt (Udara) Wahi Anuar bin Mat Amin? Menurut cerita, sehingga kini kehilangan pesawat serta juruterbangnya masih menjadi tanda tanya.
Luke
Lt (L) Saiful Bahari Hj Baharum - ko-pilot
BalasPadamsoalan : Lt (Laut)
aisey cerita tergantung la Tuan, mistik mcm mana tu?
BalasPadamSaudara Luke,
BalasPadamItu bukannya yang terpencil. Sebagai contoh, seorang atau 2 (dah lupa) anak kapal KD PERAK yang tenggelam di Laut China Selatan pada 1984, sehingga sekarang tidak ditemui. Kalau tak silap saya, menurut peruntukan undang2, selepas 5 tahun mereka dianggap dah meninggal.
Saudara Fairul,
Nanti saya cuba dapatkan ceritanya, insyaAllah.
Salam Tuan,saya tertarik dengan entry tuan kali ini,jika sebut tentang mistik apa kah tuan pernah mendengar kawasan segi tiga Borneo? ada yang menggelar kawasan ini Segi Tiga Borneo bagi menyamakannya dengan misteri Segi Tiga Bermuda di Lautan Atlantik. Terletak di antara Bario, Pa'lungan dan Gunung Murud di Sarawak, kawasan tersebut dengarnya cukup digeruni oleh ramai juruterbang yang sering berulang-alik antara Bario dengan Ba'kelalan.
BalasPadamSelamat Petang Tuan,
BalasPadamSaya ingin bertanya, dalam peristiwa yang telah terjadi kepada Lt. Wahi, ada kemungkinan tak serpihan pesawat tersebut memang tidak boleh dikesan langsung? Kalau mengikut cerita daripada majalah mistik yang pernah saya baca, Flight Leader telah nampak sendiri bagaimana pesawat Lt. Wahi hilang setelah menempuh awan. Lt. Wahi ketika itu adalah dalam kedudukan sebagai Wingman. Adakah juruterbang pesawat skyhawk, iaitu jenis pesawat yang dipandu oleh Lt. Wahi, isyarat kecemasan pesawat tersebut perlu dihidupkan secara manual?
Luke
Saudara Luke,
BalasPadamSaya tiada jawapan. Saya percaya pesawat berkecai 'on impact' dan remnants ditolak oleh arus laut. Memang susah untuk mengesannya. Kebiasaannya, isyarat kecemasan trigger automatically on impact.
Salam Mej. Saya ada keratan akhbar mengenai isteri Allahyarham Leftenan Wahi Anuar. Allahyarham diishtiharkan meninggal dunia oleh Mahkamah Tentera setelah lima tahun kehilangannya. Al - fatihah buat Allahyarham.
BalasPadamSalam sejahtera Tuan. Lt.(L)Saiful Bahari pd masa itu baru saja tamat menjalani latihan penerbangan di TUDM Kluang,Johor bersama2 beberapa orang lagi pegawai TLDM. Saya tak pasti macamana beliau terlibat dlm operasi tersebut,kerana semasa latihan,Allahyarham dan rakan2 hanya menerbangkan pesawat Alouette.Saya bertugas di TUDM Kluang semasa Allahyarham menjalani latihan penerbangan.Allahyarham seorang yg peramah dan mesra dgn kami ground crew.Alfatihah utk beliau.:-)
BalasPadamtuan, saya ade berjumpa dengan peg RAMD yang terlibat untuk membuka LP ini semula.. Memang benar ada beberapa perkara mistik yang berlaku kepada tim mereka.
BalasPadamSaya masih lg di sekolah rendah SK Taman Senangan... Ayah sayajuga terlibat dlm operasi SAR M23-19...Ayah saya bersama anggota TUDM yg lain bergerak ke tempat kejadian dgn menaiki pesawat nuri M23-10 dari PU Butterworth... Saya sempat bersama2 dgn mendiang Sarjan T. Balasubramaniam ketika beliau dibawa bersiar2 di sekitar kuarters Sarjan PU Butterworth oleh anak2nya dgn menggunakan kerusi roda disaat akhir hidupnya dan selang beberapa hari kemudian beliau juga telah pergi selamanya... Sambil mengayuh basikal bersama rakan2 yg lain kami mengiringi beliau yg sedang ditolak diatas kerusi roda... Sedih sungguh melihat keadaan beliau... Banyak kenangan hidupku bersama nuri... Walaupun tak pernah terbang bersamanya...
BalasPadamsaya tinggal di blok yg sama dgn auncle bala....ketika kejadian saya juga bersekolah di sk tmn senangan. siapakah wahai saudara diatas? rakan2? rindu kawan2 di kem butterworth
BalasPadam