Buat pertama kalinya, saya terima cerita daripada seorang xAQM pesawat Caribou, Kapt Mohyuddin Abd. Rahman TUDM (B). Walaupun pendek, ini merupakan satu permulaan.....1 transformasi. Petikan emel berkenaan.....
'........Membaca dari coretan yang dikirim oleh RAR (Mej Ramli Abd Rahim dalam forum Nostalgia TUDM), saya rasa ada banyak lagi cerita semasa zaman menentang komunis. Banyak skuadron yang telah berjasa semasa zaman itu. Sedang orang lain nyenyak tidor, ada yang sedang menjalankan tugas untuk membaiki dan menerbangkan pesawat, tanpa mengira keselesaan keluarga sendiri.
Saya memasukki No. 1 Skn pada penghujung 1973, selepas menjadi juruteknik radar pertahanan di No.3 ADC, Kuantan. Sebelum ini saya ditugaskan di TUDM Alor Star sebagai HF operator selepas berkursus di RAF Locking selama lebih kurang 14 bulan. Saya belajar sendiri cara2 berkomunikasi dalam set, sebab ini bukan tred saya..tugas ini adalad tugas ATC. Masa itu kerap juga pesawat heli beroperasi di kawasan Kedah. Ketika itu lah, banyak askar dan polis hutan terkorban semasa operasi, saperti di Nami (ambush), booby trap dan ditembak. Bayangkan, baru masuk TUDM sudah nampak insiden2 begini.
Selepas mendapat 'cat' sebagai AQM Caribou, macam2 tugas dibuat..tapi tugas tidaklah secabar yang Nuri atau Alouette buat. Kami membantu dalam operasi di Gubir. Pesawat Caribou ditugaskan membuat troop move anggota RGK dari Melaka ka Butterworth. Mereka menaiki pesawat Nuri untuk ke lokasi mereka di Gubir. Banyak anggota RGK yang diangkut tadi cedera atau gugur.
Dalam tahun 1975, 3 pesawat Caribou ditugaskan mengangkut anggota PPH dalam masa 24 jam dari Betong. Pesawat tidak dibenarkan berhenti salepas mendarat. Anggota PPH diarahkan melompat masuk kedalam pesawat, 'no trim sheet, load and take off..'..2 lagi pesawat belegar di udara menunggu giliran untu mendarat....saya dapat bau belerang peluru masa itu....ditiup angin.
Caribou juga terpaksa membuat penerbangan dalam cuaca yang tidak begitu baik (IMC) untuk tugas Air Drop Supply. Kami diberi tempoh sebab kegagalan menghantar bekalan akan diekploitasi oleh pengganas komunis untuk mempengaruhi orang asli membantu mereka.
Tuan,..siang malam angkut orang cedera dan orang mati...SOP tolak tepi. Sekian dulu tuan..terima kasih kerana cerita merapu ni......'
Tiada apa yang merapu. Pada saya, gaya penyampaian tidak mustahak, kandungannya yang penting. Ramai dewasa kini tidak mengetahui peranan pesawat Caribou, pengganti 'Twin Pioneer'. Sebelum ketibaan C130 Hercules, pesawat inilah 'the workhorse of RMAF's fixed-wing aircraft'. Caribou akan mengambil supply untuk airdrop di landasan terbang Taiping sebelum terbang ke beberapa lokasi di kawasan pedalaman. Peranan Nuri pula ialah untuk mengambil payung terjun dari pos-pos tersebut.
Saudara Mohyuddin....Terima kasih.
semasa berkitmat dulu, buat pertama kali naik caribou punya la kecut perut. hanya satu kipas je yg berputar.Penerbangan dari labuan ke Sandakan.
BalasPadamyang bagusnya pesawat ini ianya ia tak laju. Good for paracuting.
terima kasih tuan kerana sudi menceritakan pengalaman tuan ketika operasi dulu untuk tatapan kami generasi muda. teruskan....
BalasPadamsalam. kalau sebut pasal caribou ini pasti berhubung kait dengan satu unit hantaran udara tentera darat. Dimana semua kepala traknya dicat dengan warna kuning kalau tidak silap saya. Lapangan Terbang Tekah di Taiping ini memang sibuk dahulu kala. Mungkin sesiap yang pernah berkhidmat di unit ini boleh menceritakan pengalaman dan fungsi unit hantara udara ini buat pengetahuan semua. terima kasih
BalasPadamMasih ingat bunyi Caribou yang macam bunyi motor Hardley Davidson. Turun-naik Caribou dari Tekah dulu adalah memori yang manis masa kanak-kanak dulu.
BalasPadamSaya cuba mengelak naik caribou. Tak tahan dengan bunyi dia.
BalasPadamSaudara mat bond. Terima kasih kerana sudi membaca kisah silam veteran ini. Apa yang saya harapkan hanya agar golongan remaja menghargai pengorbanan kami.
16 HU (Hantaran Udara). Masa saya bersekolah di KE VII (64-66), kerap pergi ke Tekah untuk melihat Twin Pioneer buat air drop. Rumah dekat saja, Jln Hugh Low.