Pages

Isnin, 13 Ogos 2012

PBTM, JHEV atau JPM?

31 Julai 2012...Hari Pahlawan. Hanya mereka ber3 penerima PTU yang hadir...

Dari kiri: Kapt Saadan PTU, Kapt Mohd Som PTU, Brig Jen Dato' Ibrahim Hashim, Kapt Tien Sen PTU, Kapt Abdul Aziz (xPASKAU)

Saya telah kenal pasti sebab-menyebab kehadiran hero-hero ATM tidak menggalakkan.
  • Ramai penerima SP, PGB, JPP, PTU dan KPK tidak terima kad jemputan. Ada di antara mereka yang menghubungi saya mengesahkannya. Untuk makluman, JPM bertanggungjawab menghantar kad jemputan. Menurut agensi tersebut, mereka telah menghantar kad mengikut alamat yang diberikan oleh Markas ATM. Saya tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak bagaimana ini boleh berlaku. Harapan saya hanya ia tidak berulang.
  • RM...RM...RM. Jangan dinafikan faktor ini yang paling kritikal bagi kebanyakan mereka, terutama yang tinggal di luar Kuala Lumpur/Lembah Klang. Patriotisme...Patriotisme jugalah, tapi dapur kena berasap jugalah (sekarang mana ada asap kerana guna gas...He...He...He). Terus terang saya katakan, kos nak pergi ke KL dari Jitraq ~ RM400-RM500. Ialah...petrol, makan & hotel. Mereka yang masih berkhidmat boleh le buat tuntutan: orang pencen nak tuntut daripada sapa? Jadi, memadai menonton siaran langsung di tv saja. Jangan sama sekali disangkal kenyataan ini. 
Salah seorang yang hadir di majlis itu, memaklumkan bahawa kehadiran hero-hero daripada PDRM sungguh menggalakkan. Apabila ditanya, beliau diberitahu mereka dibiayai sepenuhnya oleh persatuan mereka - PBPM. Ini termasuk penginapan dan perjalanan.

Seperti biasa, saya pun menghubungi orang kuat PBTM sebuah negeri. Saya mencadangkan agar PBTM membiayai kos ahli mereka yang menerima jemputan. Mendengar saja saranan itu, tanpa berfikir panjang, secara spontan jawapannya '....itu bukan tanggungjawab PBTM'. Kalau ia pun nak 'bolayan' sipenyebok ini sekali pun, diplomatik sikitlah....'akan dipertimbangkan'...Eh...Eh...Eh. Dengan jawapan begitu, saya menghubungi  Dato' YDP PBTM. Beliau menyuruh saya menulis kepadanya supaya dipertimbangkan oleh jawatankuasa terbabit sebelum ditaicikan kepada....tidak lain dan tidak bukan... JHEV. Melayang pulalah emel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman ;
To: dmag@dmg.com.my ;
Cc: PBTM Kedah ;
Subject: HARI PAHLAWAN
Sent: Wed, Aug 1, 2012 6:02:49 AM 


Assalamualaikum Dato',

Saya bersyukur kerana akhirnya perjuangan saya (penerima PTU) agar para penerima JPP, PTU & KPK, turut dijemput ke upacara Hari Pahlawan menjadi kenyataan. WalaupunJPM telah meluluskan semenjak tahun lalu lagi, saya tidak pasti dimana silapnya, kami tidak terima kad jemputan. Tahun ini, saya dan beberapa penerima anugerah berkenaan telah menerima kad yang dinanti-nanti itu. Saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Namun demikian, saya telah menonton upacara tersebut melalui siaran langsung TV1 dari awal hingga akhir. Saya difahamkan hanya 3 penerima PTU yang hadir: KPK tidak dapat dipastikan.

Salah satu faktor kekurangan kehadirin ini disebabkan ramai daripada mereka tidak terima kad jemputan ke majlis tersebut. Ini termasuk penerima SP & PGB. Saya tidak tahu bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan tidak berhasrat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Harapan saya hanyalah agar pihak berwajib menentukan kelemahan ini dapat diatasi. Juga, selain tahap kesihatan tidak memgizinkan, kemungkinan mereka menghadapi kekekangan kewangan, terutama mereka yang tinggal di luar Lembah Klang. 


Bagi mengatasi masalah kewangan, di sini saya ingin mencadangkan agar PBTM membiayai perbelanjaan pengangkutan dan penginapan  para ahli yang dijemput dan berhasrat menghadiri majlis yang begitu signifikan untuk masa hadapan. Seorang rakan memaklumkan bahawa kehadiran wira-wira negara daripada PDRM dibiayai sepenuhnya oleh PBPM, bukannya PDRM. Justeru, tidak menghairankan kehadiran mereka sungguh menggalakkan. Sekiranya PBTM mencontohi PBPM, kemungkinan besar kehadiran daripada wira-wira ATM sudah pasti sangat membanggakan. Dan tindakan ini mencerminkan keprihatinan PBTM terhadap ahli-ahli mereka...Wallahualam.

Akhir kata, diharap cadangan ini mendapat pertimbangan Dato'. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN


MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya tekankan PBPM, bukannya PDRM kerana Dato' YDP macam tak percaya mana mungkin PBPM yang membiayai perbelanjaan ahli-ahli mereka. Emel di atas juga dipanjangkan kepada salah seorang ahli jawatankuasa cawangan di sebuah negeri. Petikan respons beliau '....Kenapa PBTM tak terlintas langsung perkara sedemikian? Adakah pucuk kepimpinan beranggapan Ahli PBTM ini semuanya kaya raya? Sepatutnya mereka yang mentadbir di Peringkat sedar atas sebab dan menyebabkan kehadiran di kalangan penerima pingat dari kalangan PBTM berkurangan berbanding dengan PBPM.' Memang ada kebenaran ungkapan beliau.Harap-harap beliau akan membawa cadangan ini di negerinya, wallahualam.

Ada seorang pula mencadangkan JPM yang sepatutnya menanggung perbelanjaan para jemputan kerana majlis ini adalah depa punya 'show'. ATM atau PDRM hanya 'pelaksana' sahaja. Seorang itu pula berkata apalah salahnya ATM menempat hero-hero depa ni dekat 'Transit Camp' di Jalan Ampang sekiranya mereka beranggapan hero-hero hanya layak menginap di kem tersebut. Dan, jika tiada bas, guna 3 ton untuk mengangkut depa ke Dataran Merdeka. After all, pengangkutan tersebut ada anak tangga bagi memudahkan para veteran menaikinya. Kesian kami!!

Tak tahulah sama ada cadangan simejar pencen ini mendapat tindakan positif daripada pihak berwajib. Jika dipanjangkan umur, tunggu dan lihat sajalah tahun depan....Wallahualam. Walaupun tidak menghadirinya, jangan sesiapa sekali pun mempertikaikan semangat patriotisme kami.

Oh ya...Terlupa nak bagi tahu. Saya sebenarnya telah menghantar emel kepada KP JHEV berkaitan perkara ini sebelum melayangkan emel di atas.

3 ulasan:

  1. Salam Tuan!

    Tu lah saya katakan terdahulu...mereka ni buat kerja hele bele saja(maaf bahasa Kedah)tak ada std!!!Jika dimklmbalas, lompat smpai kelangit! Mcmana htr 2 mggu xsampai ,Posmen leteh posa....Kesian tgk AKSPA dok kena buat surat di saat akhir!
    Mmg betui xPDRM di taja? saya tgk seorng peg polis dok confirmkan flt Dato Paul SP nak blk ke Kuching....nasib badanlah....tu sebab kdg2 jadi SAYU ats layanan!
    Wallahu aklam.
    SELAMAT BERHARI RAYA-MAAF ZAHIR BATIN!

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam,

    Apa nak dikatakan...biasalah tu..Taici-menaici. Tentang kos dibiayai oleh PBPM, itu yang dimaklumkan oleh seorang penerima PTU. Beliau telah bertanya kepada seorang penerima PGB. Jawapannya sepertimana dalam coretan saya itu, wallahualam.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

    BalasPadam
  3. Tuan, tak boleh tuntut dari Jabatan Veteran ATM ke? Contohnya jika pesara kerajan menerima jemputan ke Istana, tuntutan perjalanan dibuat kepada Bahagian Pencen JPA. Tak pasti pulak bagi pesara Tentera. Atau adakah majlis ini tidak diiktiraf oleh bahagian Pencen ATM (atau JPA)?

    BalasPadam