Justeru, mejar pencen ini telah menghantar emel kepada KP ANM pada 24 Jan 2013, jam 1546, dengan andaian bahawa masih tiada sebarang tindakan diambil untuk mendokumentasikan 'salasilah' Pulau Layang-Layang dan 4 lagi 'Stesyen' di Laut China Selatan.
Subject: SEJARAH PULAU LAYANG-LAYANG Syukur alhamdulillah, YABhg Tun Dr Mahathir telah memberi penghormatan kepada saya dengan kesedian beliau menukil 'Sekapur Sireh' dalam buku saya yang akan diterbitkan itu nanti, (http://xnuripilot.blogspot.com/2013/01/wajah-buku-ke2.html), insyaAllah. Hasil nukilan itu, saya terpanggil untuk mencadangkan agar pihak ANM menganjur majlis wacana bertopikkan perkara di atas.
Ramai di antara mereka yang terlibat dari peringkat perancangan sehingga pelaksanaan, masih hidup. Negara seharusnya mencungkil pemikiran Tun Mahathir yang menjadi penggerak utama sehingga 'acreage' negara bertambah. Kini, 'orang kita' ditempat di 5 buah terumbu, termasuk Pulau Layang-Layang. Pengalaman pelaksana seperti saya, warga Paskal/komando, Jurutera, hanyalah 'perencah' dalam mengimplimentasikan dasar kerajaan. Sungguh ironis sekali sekiranya generasi akan datang terpaksa merujuk kepada tulisan para cendiakawan asing untuk mengetahui sejarah negara sendiri!
Sekian untuk pertimbangan Puan. Diakhiri dengan ucapan terima kasih.
Saya tak pasti sama ada cadangan itu mendapat 'perhatian' pihak berwajib. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Oh ya, saya tidak bermaksudkan tumpuan hanya kepada transformasi fisikal dari terumbu kepada sebuah pulau seperti berikut....
Dari Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef)
Kepada Pulau Layang-Layang
Pada pandangan sayalah, pembinanaan infrastruktur itu sendiri oleh pihak swasta, tidaklah tergolong sebagai satu 'engineering marvel' walaupun mempunyai nilai sejarah tapi.... Bersambung... |
salam tn blog...
BalasPadamdah 2-3 ni saya amat berminat tentang sejarah pulau layang-layang...la ni adelah dapat beberapa maklumat tentang sejarah tempat ni...
alhamduillah, besar pengobanan tentera kita yang terlibat dari mula sampai Pulau Layang-Layang sekarang ni...
saya juga dapat tengok 3-4 gambar stesen-stesen kita yang ada berdekatan disana...
saya pun tak taulah kenapa minat sangat nak tau lebih lanjut pasal pulau ni, tapi bila tengok balik gambar yang ada, memang teruja walaupun tak jadi tentera...
harap sangat kalau buku ni diterbitkan, saya akan memiliki sebagai rujukan untuk generasi akan datang...
Tuan, kalau ada link untuk saya dapatkan maklumat lanjut sejarah pulau ni serta cerita lain yang menarik, boleh dimajukan pada mshafa.hanizam@gmail.com
Terima kasih berkongsi maklumat pasal pengalaman tuan & beberapa cerita kehidupan tentera kita...
Waalaikumussalam,
BalasPadamTerima kasih & insyaAllah.
Assalamualaikum,tuan.
BalasPadambapa saya adalah bekas komando dr RGK,dan diantara penghuni terumbu layang layang di era 80'an..apa yang tuan coretkan di dalam blog tuan ini sama dengan ape yang diceritakan oleh bapa saya..sekarang dah jadi pulau yang asalnya haya dari sebuah terumbu..moga hasil coretan tuan dapat membuka mata generasi muda erti perjuangan tentang susah payah anggota terdahulu.